House PK |
- TERKINI! TAIB AZAMUDDIN MP BALING SANGAT TENAT DI HOSPITAL!
- HOI ANWAR! KALAU LU JANTAN JAWAB LA PERTANYAAN DS SALLEH KERUAK NI!!!
- PANAS! RAJA NAZRIN KECAM TINDAKAN RENDAHKAN AGAMA ATAS TUJUAN POLITIK!
- TAZKIRAH JUMAAT! USTAZ KAZIM HENTAM PAS KAW-KAW! WAJIB TONTON
- CILI KASI TARUK! INI BUKTI BETAPA BODOHNYA NASRUDDIN TANTAIK, KETUA PEMUDA PAS!
- KUNYIT HANGIT! BUKTI ANWAR TAKDE TELOR NAK JAWAB SOALAN MEDIA!
- LAWAK B.A.B.I. DITENGAH MALAM!
TERKINI! TAIB AZAMUDDIN MP BALING SANGAT TENAT DI HOSPITAL! Posted: 25 Jan 2013 12:49 AM PST Gambar di atas memaparkan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin, yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Pantai di Bayan Baru, Pulau Pinang. Beliau dilaporkan mengalami pendarahan dalam kepala dan sedang kritikal keadaannya. Maklumat yang kami perolehi bahawa rawatan susulan sedang diusahakan bagi menyelamatkan nyawa beliau. Sesungguhnya rakyat negara ini akan rugi besar sekiranya kehilangan bekas Imam Besar Masjid Negara ini memandangkan beliau adalah saksi penting melibatkan isu moral Ketua Umum PKR yang "geli" nak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh umat Islam di seluruh negara supaya mendoakan kesihatan beliau pulih kembali bagi mendedahkan kebenaran yang beliau pendam selama ini. Amin..! Sumber: Kedahan69ers |
HOI ANWAR! KALAU LU JANTAN JAWAB LA PERTANYAAN DS SALLEH KERUAK NI!!! Posted: 25 Jan 2013 12:00 AM PST KOTA BELUD 22 Jan - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. Menurutnya, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu dan amat berkuasa serta tahu apa yang berlaku di Sabah. "Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman"itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri)Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. "Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini, Selasa. Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. "Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. "Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya. Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. Sumber: KL Pos |
PANAS! RAJA NAZRIN KECAM TINDAKAN RENDAHKAN AGAMA ATAS TUJUAN POLITIK! Posted: 24 Jan 2013 10:00 PM PST Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah, perbuatan merendahkan agama Islam mahupun agama lain demi mendapatkan laba politik sebagai perbuatan tidak diasaskan kepada roh agama sebenar dan berkemungkinan besar menjadi perosak hubungan harmoni antara agama. Titah baginda, isu agama seharusnya ditangani dalam semangat dan roh agama, di kalangan ulama dan individuyang arif dalam ilmu agama bagi mencari penyelesaian dan bukan secara mensensasikan isu agama demi mendapat laba politik. "Rasulullah S.A.W sentiasa menegaskan bahawa keadilan adalah prasyarat kepada keamanan. "Sikap menghormati pihak lain betapa sekali perbezaannya akan meningkatkan kemuliaan seseorang insan malah ummah harus bijak menganalisis mengapa Baginda memilih kalimah seruan yang merangkumi seluruh manusia," titah baginda pada perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Jaya Utara, dekat Sungkai hari ini. Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan. Raja Nazrin bertitah, kebelakangan ini garis sempadan yang menyentuh tentang agama Islam kelihatan mula dilanggar. Malah, terdapat segelintir dikalangan individu bukan Islam semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam atau dalam ucapan memetik contoh tidak tepat melukiskan imej Islam secara negatif. Baginda bertitah, perbuatan tersebut bukan hanya melanggar adat resam beragama secara aman dan harmoni, malah dilihat sebagai perbuatan memiliki unsur-unsur menghina agama Islam. Baca seterusnya di Perak Today... Juga anda boleh baca tentang Sambutan Maulidur Rasul di Perak. Klik sini |
TAZKIRAH JUMAAT! USTAZ KAZIM HENTAM PAS KAW-KAW! WAJIB TONTON Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST |
CILI KASI TARUK! INI BUKTI BETAPA BODOHNYA NASRUDDIN TANTAIK, KETUA PEMUDA PAS! Posted: 24 Jan 2013 06:00 PM PST Pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di Gaza, telah membuatkan sebilangan pemimpin PAS meloncat, dan pada masa yang sama, ada pula yang cuba untuk 'test market'. Nasharuddin Mat Isa, merupakan figura yang paling dikenali di dalam PAS. Walaupun desakan demi desakan agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari PAS, namun sehingga kini, Majlis Syura PAS enggan berbuat begitu. Pemerhati politik beranggapan, PAS enggan mengambil risiko dalam tempoh terdekat ini, memandangkan Nasharuddin Mat Isa mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun kedudukan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS tidak akan selamat sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir dan keputusan diumumkan. Nasruddin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut. Sama ada dia cuba untuk mendapatkan perhatian atau barangkali juga ingin menguji sejauh mana pengaruh Nasharuddin Mat Isa yang selama ini kurang menonjol, hanya dia yang lebih tahu. Namun cubaannya untuk memperlekehkan pemergian Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri dan anggota rombongannya yang lain, ternyata memakan diri. Nasruddin Tantawi boleh melihat sendiri reaksi yang diberikan oleh 'rakan-rakannya' dalam Facebook yang lebih banyak membidasnya berbanding menyokong pendapatnya. Beberapa hari lepas, Nasruddin Tantawi melompat sakan dan begitu marah dengan Karpal Singh yang memaksa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar mengarahkan Majlis Syura Ulama PAS menarik balik ketetapan yang telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH. Pada ketika itu, Nasruddin Tantawi mendapat sokongan yang begitu meluas. Ramai penyokong PAS yang tidak senang dengan kerenah DAP, memuji-mujinya tatkala sebilangan besar pemimpin PAS pula menekup telur masing-masing. Mungkin bertitik tolak daripada reaksi yang diterimanya itulah, Nasruddin cuba melakukan ujian. Ramai pecacai Pakatan Rakyat yang cuba melakukan tohmahan dan hasutan berhubung penyertaan Nasharuddin Mat Isa dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza. Daripada kecaman yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terhadap kehadiran Perdana Menteri Malaysia di Gaza, sehinggalah reaksi yang ditunjukkan oleh agen-agen provokator Zionis, terutama menerusi berita-berita yang disiarkan, para pecacai Pakatan Rakyat menjadikan seolah-olah kehadiran itu tidak dihargai oleh warga Palestin. Baca seterusnya di SEL13.COM |
KUNYIT HANGIT! BUKTI ANWAR TAKDE TELOR NAK JAWAB SOALAN MEDIA! Posted: 24 Jan 2013 04:00 PM PST Semua alah UMNO kan Anwar? Be a man la, orang tanya jawab la, apa nak kira dari mana? Tu pemimpin kerajaan semua dok layan Mkini dan Malaysian Insider selamba je? Anwar lu tarak telor ka? |
LAWAK B.A.B.I. DITENGAH MALAM! Posted: 24 Jan 2013 07:56 AM PST Alkisahnya benda ni berlaku di sebuah sekolah yang telah didoktrin akan kepala cikgunya dengan kunyitan Anwar. Ini sekadar ceritera takde kena mengena dengan yang dah mati mahupun masih hidup. Begini kisahnya... Selamat Pagi Cikgu (nyanyi macam upin & ipin) Budak Tadika: Cikgu macam mana nak eja EPAL, Cikgu? Cikgu Anwar: UMNO Budak Tadika: Cikgu satu campur satu jawapannya apa Cikgu? Cikgu Anwar: UMNO Budak Tadika: Cikgu kenapa perlu kita minum air cikgu? Cikgu Anwar: UMNO Budak Tadika: Cikgu, lepas huruf Alif, apa huruf lagi Cikgu? Cikgu Anwar: UMNO Budak Tadika: Cikgu boleh tak saya guna tulis PENANG? Cikgu Anwar: Yang tu baru bukan UMNO, ni ko kena tanya TOKONG SEGALA TOKONG LIM GUAN ENG Budak Tadika: ? ? ? Inilah doktrin Anwar pada pengikutnya yang terlebih telan kunyit! Dia meliwat, kantoi SALAH UMNO! Dia mendokong negara Israel, kantoi SALAH UMNO! Dia merasuah sampai jadi Bapa kepada segala Perasuah, kantoi SALAH UMNO! Dia kantoi berzina ngan China Doll, salah UMNO! PENDEK KATA APA SAJA SALAH ANWAR, bila terkantoi SEMUA SALAH UMNO! Lu oramg pikir la semdiri! Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment