Gelombang Rakyat |
HARUN TAIB BENGANG - "KALIMAH ALLAH? TANYALAH PRESIDEN PAS". Posted: 23 Jan 2013 02:05 AM PST Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan mengulas keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai pendirian Majlis Syura bersabit isu kalimah Allah di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat. Beliau sebaliknya menyerahkan segala maklumbalas berhubung isu berkenaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Itu tanya Presiden PAS. Saya taknak komen," jawabnya kepada Antarapos. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi berkata, setakat ini PAS belum mengusulkan sebarang cadangan untuk membincangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang. Oleh yang demikian menurut Anwar, Pakatan Rakyat tetap mendokong pendirian yang dipersetujui bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi pada 8 Januari lalu yang diumumkan Hadi sendiri bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan ianya tidak disalahgunakan. "Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan...tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah. "Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan," kata beliau rentetan permintaan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung, bulan lalu. Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menggesa Hadi agar menasihati Majlis Syura untuk mengkaji semula keputusan melarang orang Kristian menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Menurut beliau padangan Majlis Syura PAS harus selari dengan pendirian Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment