Gelombang Rakyat |
NIK AZIZ TERIMA 'FATWA' ANWAR - HARAM RAKYAT KELANTAN TERIMA 7 JANJI NAJIB..!! Posted: 21 Jan 2013 11:50 PM PST Secara tiba2 hari ini terpapar di beberapa laporan media yang mendapat pelbagai reaksi kotor dari pihak Parasit2 PAS seolah2 panik dengan 7 Janji Manifesto yang diumumkan PM Najib Tun Razak mewakili BN. Kesemua secara tergesa2 memberi maklum balas sepantas kurang dari 24 jam mendakwa Manifesto BN buat rakyat Kelantan itu adalah rasuah. Malah Nik Aziz begitu pantas 'ditazkirahkan' oleh Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan reaksi positif sebagaimana yang dilakukan Diktator PAS itu sebelum ini sejurus menerima peruntukan Kerajaan Pusat. Nik Aziz secara pantas menfatwakan bahawa Haram bagi rakyat Kelantan menerima kesemua janji tersebut merujuk dakwaan beliau yang mengatakan ianya satu bentuk rasuah. Berikut janji2 PM menerusi Ucapannya pada Program Janji Ditepati di KB semalam :-
Terdapat 2 Manifesto tambahan yang kini hanya menunggu ketetapan akhir dari beberapa pihak berkenaan tidak lama lagi iaitu :-
Adakah Manifesto itu sejenis rasuah? Bagaimana pula dengan Janji Anwar kepada rakyat seperti penghapusan PTPTN dan Royalti Minyak Kelantan? Jikalau itu dikatakan hak rakyat mengapa pula janji BN ini difatwakan rasuah? Adakah menaiktaraf air bersih itu satu bentuk rasuah? Jika peruntukan pendidikan itu salah satu bentuk rasuah? Adakah penyediaan rumah rakyat itu rasuah? Royalti pun rasuah? Maka apa yang dicanang Anwar juga berbentuk rasuahlah. Cakap politik sangat mudah. Tepati janji2 anda di 4 Negeri yang anda jajah. Dikhuatiri gagal dilaksanakan dek kerana rasuah juga. Janganlah terlalu ekstrim mencipta persepsi buruk terhadap Najib. Kelak memakan diri kamu PAS. Tidak salah memuji dan ucap rasa terima kasih. Jikalau tidak puji sekalipun sekurang2 nya berdiam diri. Tidak sampai 24 Jam sudah dihina. PAS semakin 'bijak' amal politik kotor. Janganlah diludah begitu sahaja sebuah Kerajaan yang pernah kamu puji kepimpinannya 1 ketika dahulu walaupun kekangan ideologi. Akan tetapi kini terkedu lidah kebas dek kerana hasutan rakan baru kamu itu. Kamu mengubah pendirian tidak menentu yang akhir sekali mengikut prinsip individu bernama Anwar Ibrahim. Dahulu dianggap musuh. Kini dijulang sahabat. Tidak mustahil esok lusa manusia ini kembali menjadi musuh kamu. Sejak dahlu kamu bekerjasama dengan pelbagai parti waimah Penentang Undang2 Islam sekalipun semata2 mahu membunuh UMNO. Tapi akhirnya sahabat2 kamu ini menikam kamu. Itupun masih ego, buta dan ada rasa dendam. VIDEO DI ATAS MERUPAKAN REAKSI DAN KEKAGUMAN NIK AZIZ TERHADAP INDIVIDU YANG DIDAKWA RAKAN LAMA BERNAMA TUN MAHATHIR SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM PALING LANTANG MENGKRITIK YAHUDI. |
CERITA SEBENAR KALIMAH ALLAH - ANWAR DIDAKWA HAMPIR TUMBUK HARON DIN..!!? Posted: 21 Jan 2013 06:44 PM PST Setelah sekian lama Diktator Pakatan Anwar Ibrahim berdiam diri, akhirnya beliau melepaskan geramnya ketika disoal pihak wartawan. Anwar didakwa berteriak seolah2 panas sejurus ditujukan soalan berkaitan pendirian Karpal Singh dan DAP yang jelas bertentangan dengan Majlis Syura PAS. Listen Listen Listen... Itu antara ungkapan Anwar bagi menghentikan soalan dari beberapa pihak wartawan berhubung isu tersebut. "You (kamu) mana punya? Ini media UMNO... UMNO ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media UMNO. Kita jawab apa pun, dia pusing," katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai dekat kuala Lumpur malam tadi. Anwar dikatakan sememangnya bertegang mulut dengan beberapa pimpinan PAS sebelum ini setelah membaca kenyataan media berkaitan pendirian itu. Malah Anwar hampir mengarahkan Azmin Ali mengeluarkan kenyataan keras mendesak PAS mengambil tindakan ke atas 2 pimpinan Majlis Syura yang disyaki terlibat dalam memutuskan pendirian tersebut. Arahan yang sama pernah dilakukan Azmin bagi mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Hasan Ali. Kini setelah dibincang kembali, Anwar meminta puak2 Parasit merekod dan dipantau secara tajam 2 tokoh yang disyaki iaitu Haron Din dan Ustaz Nasha kini menjadi pemerhatian paling tajam dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan secara terbuka. Anwar agak berang dengan pendirian2 Haron Din yang bertentangan dengannya seolah2 tidak mengenang jasanya ketika membela Timbalan Mursyidul Am PAS ini sejurus diambil tindakan digam dari sebarang jemputan Kerajaan ketika beliau memegang TPM sekitar 1997. Haron Din dikatakan mengalami masalah dalam meneruskan perniagaan Darul Syifa' dan dibantu dari pihak Anwar sehingga dipecat dari Kerajaan pada 1998. Arahan kedua diarahkan Anwar agar Azmin menyatakan pendirian Hadi Awang sebagai pilihan utama Pakatan sebagai mesej jelas menolak ketetapan Majlis Syura Ulama PAS. Anwar boleh terus berdiam atau cakap macam-macam kepada wartawan yang menjalankan tugas mahu melaporkan apa sepatutnya. Ini semua hanya mendedahkan kepada umum siapa Anwar dan apa pendiriannya dalam isu Kalimah Allah. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment