BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


ISU KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH MAT SABU DAN PAS KAW-KAW !!!

Posted: 06 Jan 2013 07:30 AM PST


Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini.Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah.Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.Seperti yang diketahui,hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja.Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan "God" yang membawa makna tuhan.Pemakaian "god" untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini,waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am,Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam,mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini.Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam. 

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat.Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa.Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka. Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik. Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu.Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui,PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI 
TTDI, KL
4 JANUARI 2013

HOT NEWS !!! PUNCA SEBENAR ASRAMA UNISEL DI TUTUP AKHIRNYA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 06 Jan 2013 03:49 AM PST


nampaknya Universiti Selangor (UNISEL) terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.Sebelum ini UNISEL diselubungi masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya,Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.Sejak Kampus UNISEL di Bestari Jaya ini siap dibina dan mula beroperasi pada 2005,masalah sistem utiliti pendawaian elektrik,mendapan tanah atau keretakan bangunan tidak pernah berlaku sama sekali.Namun apabila Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh pakatan pembangkang yang bersekongkol di bawah gabungan PR,masalah mula timbul berikutan tindakan Kerajaan PKR Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kontraktor yang dilantik semakin menggiatkan aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan berdekatan.Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila permit kebenaran melombong pasir disalah guna sehinggakan wujud pula aktiviti mengorek pasir secara haram yang kian berleluasa melewati sempadan yang telah ditetapkan termasuklah berhampiran kediaman penduduk dan Kampus UNISEL berdekatan.Sekitar tahun 2010 dulu para penduduk di kawasan ini merangkumi Bestari Jaya,Kampung Susu dan Kampung Berjuntai Bestari pernah beberapa kali meminta jasa baik Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri pimpinannya segera menghentikan kegiatan perlombongan pasir di sekitar kawasan berkenaan. ini adalah kisah benar,bukan rekaan.kalau anda kurang percaya sila ke sana untuk melihat sendiri apa yang berlaku

Tuntutan mereka itu berasas demi menjaga keselamatan penduduk setempat dan para pelajar di Kampus UNISEL Bestari Jaya,namun seperti mana biasa MB Selangor terus dengan sikap keras kepalanya mengabaikan aduan kebimbangan penduduk.Pada 29 Julai 2010,Mantan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Khir Toyo melalui blog beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan risiko aktiviti perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan termasuklah kerap menggorek jauh ke dalam bumi bakal menjejaskan alam sekitar kawasan tersebut.ketika itu ramai pimpinan Kerajaan PKR Selangor termasuk mandang mudah kebimbangan yang disuarakan oleh Mantan MB Selangor dan penduduk sekitarnya,tapi hari ini ia menjadi kenyataan.Gara-gara kegagalan urus tadbir Kerajaan PKR Selangor dan kelemahan bertindak Menteri Besarnya yang paling bebal dan keras kepala di atas muka bumi ini,akhirnya sekitar 6,000 orang pelajar UNISEL terjejas teruk,manakala penduduk di kawasan berdekatan terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak menentu.Inilah masalahnya apabila urus tadbir Kerajaan Negeri diberikan pada kelompok yang hanya pandai berjanji dan bercakap besar,akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung bebannya.rakyat selangor Menyesal ??? Tak berguna jika mentaliti kita masih percaya pada poli'tikus' baiki labu macam pemimpin-pemimpin PKR,DAP dan PAS.Seeloknya semasa PRU 13 nanti kalau-kalau berasa masih yakin dengan kebolehan sikap cakna rakyat yang kononnya dimiliki oleh para pemimpin PR,eloklah sama-sama kita terus mengundi PKR,DAP dan PAS untuk kebaikan bersama.Manalah tahu kot kalau mati dihempap bangunan atau tertimbus tanah mendap,alang-alang janji pendidikan percuma hanyalah janji dicapati oleh PR,setidak-tidaknya dapatlah juga rezeki tanah kubur percuma untuk anak-anak kita dan orang kampung sekitarnya.Tak gitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...