BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! KES BERLIAN RM13 JUTA !!! MUNGKINKAH NASIB RAFIZI SEPERTI JULIAN ASSANGE ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jan 2013 07:30 AM PST


Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.Kali ini Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia.Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki.Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong Kononnya,Rafizi mendakwa,invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor,isteri kepada Perdana Menteri. 

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja.kaitkan Perdana Menteri,isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah,jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya,rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.Dalam pendedahan terbaru,Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut ??? Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih,semuanya boleh menjadi kenyataan.Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak,kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun.

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh,pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri ??? Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya ??? Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC,projek LRT Ampang dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka. Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan. Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini. Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU RAPID PENGERANG !!! PUNCA SEBENAR TIGA BERANAK BUNUH DIRI DI PENGERANG TERBONGKAR !!!

Posted: 05 Jan 2013 04:00 AM PST


Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion.Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas,maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP).Merujuk kepada tragedi tersebut,Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, "GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri".Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan.Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru.Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya. 

Akhbar China Press, Guang Ming, Kwong Wah Yit Poh,Oriental Daily,Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa,Pang Mao Song 55 tahun,iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan.Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang 'down-syndrome'. Kini,motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca.Sepertimana kilang Lynas,projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal,Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu. Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar,di selatan Johor. 

Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia. Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara.Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka. Contoh lain selain Lynas dan RAPID,ialah FGVH.Dalam semua isu ini,pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta 'impak' bagi menggoyahkan kerajaan.Namun,kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.Ini kerana,kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua. Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID. 

Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka,mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan termasuklah melalui pembangkang.Namun,membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang.Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan.Percayalah Pembaca Badut Rakyat,pembangkang bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira.Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, 'merencanakan' sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk 'membuktikan' kononnya kerajaan BN benar-benar zalim.Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal.Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID.Siapa tahu ???Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku.Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini,untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan.Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi.Justeru,kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung,tidak langsung serta halus.Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! KRISIS HUTANG DUNIA !!! MALAYSIA ADALAH ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA !!!

Posted: 05 Jan 2013 12:30 AM PST


Ekonomi global yang merudum pada tahun 1997/98 telah pun pulih pada separuh kedua tahun 2009.Namun,perkembangannya semakin perlahan bermula tahun ini,iaitu tahun 2012.Ekonomi global banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi negara maju dan perkembangan ekonomi di dalam negara pula sebahagian besarnya bergantung kepada krisis hutang serta keyakinan pasaran.Hari ini,hutang dunia telah meningkat dari USD18 Trillion kepada USD51 Trillion berbanding kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah.Menurut laporan Global Wealth 2012 oleh Credit Suisse Research Institute,negara di mana jumlah hutang isi rumah meningkat melebihi USD1 trillion,nisbah hutang berbanding aset meningkat secara purata sebanyak 50 sen dalam jangkamasa 2000 hingga 2008.Secara dasarnya,negara yang berada dalam keadaan ekonomi yang selesa cenderung mencatatkan hutang isi rumah yang lebih tinggi.Kedudukan nisbah hutang berbanding aset di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,United Kingdom menunjukkan paten yang sama iaitu meningkat secara drastik pada tahun 2008 dan kemudiannya menurun sekitar 20% pada tahun 2011-2012. 

The Economist pula mencatatkan peratusan hutang awam Amerika daripada KDNK adalah pada 74.2% atau USD36,873.70 per kapita dan UK pula 90.6% atau USD35,325.24 per kapita.Di Eropah,mengambil contoh Itali yang mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 11.1 % pada tahun 2012 iaitu antara yang terendah di dunia tetapi ia adalah satu peningkatan yang banyak kerana ia bermula pada asas yang rendah.Tetapi,jumlah hutang awam di Itali pula mencatatkan peratusan 120.7% dari KDNK atau USD40,590.48 per kapita. Hutang berbanding aset Sepanyol bagaimanapun mencatatkan nisbah 90% lebih tinggi dari tahun 2000 dan tiada tanda-tanda penurunan manakala peratusan hutang awam dari KDNK pula ialah 73.2% atau USD21,837.18 per kapita. Perancis mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 12.8% iaitu berkurangan sebanyak 10% dari sepuluh tahun lalu kerana berjaya meningkatkan asetnya.Hutang awam Perancis mencatatkan angka 89.8% dari KDNK atau USD36,723.23 per kapita. Jerman juga berjaya menurunkan nisbah daripada 24.3% pada tahun 2000 sehingga hanya 16.4% pada tahun ini. Kedudukan hutang awam Jerman pula berada pada tahap 82.8% dari KDNK atau USD34,224.93per kapita.Singapura dilaporkan hampir menyamai prestasi Jerman dalam mengurangkan beban hutang sementara Malaysia dan Filipina pula menurut laporan Credit Suisse Research Institute,telah tidak dapat dipastikan, tetapi berkemungkinan mempunyai rekod yang lebih baik.

Bagaimanapun, menurut The Economist, kedudukan hutang awam Malaysia berbanding KDNK ialah 56.7%, atau USD5,903.21 per kapita,Filipina 46.6% atau USD1,209.84 per kapita dan Singapura 96.4% atau USD50,074.83 per kapita.Seperti negara-negara lain,Malaysia juga tidak dapat mengelak dari menerima akibat daripada limpahan hutang dan kelembapan ekonomi Amerika dan Eropah.Keadaan ekonomi di negara maju ini mengakibatkan penurunan dalam pasaran global.Malaysia terkesan dengan keadaan ini melalui perdagangan antarabangsa dan harga komoditi.Ia juga menyebabkan kedudukan kewangan global menjadi tidak menentu sekali gus mempengaruhi kedudukan kewangan dalam negara yang mana memberi kesan kepada pendapatan isi rumah.Oleh yang demikian,amaran berbagai pihak mengenai kedudukan hutang negara yang tinggi tidak pernah diambil remeh oleh kerajaan.Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sentiasa memastikan eksport negara ini berbentuk berbagai dan tidak bergantung kepada elektrikal dan elektronik semata-mata tetapi turut merangkumi industri pembuatan lain,selain komoditi.Ini juga bererti rakan dagangan Malaysia lebih meluas dan tidak banyak bergantung kepada negara maju.Pada tahun 2011, 47% eksport Malaysia adalah ke negara Asia manakala hanya 30.2% ke Amerika dan Eropah. Mengenalpasti penurunan dari segi pelaburan swasta semenjak krisis ekonomi Asia 1997 mungkin menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi, maka kerajaan menggariskan beberapa transformasi strategik untuk menggiatkan sektor swasta di bawah Model Ekonomi Baru. Antaranya, mengembangkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan buruh asing, membina asas infrastruktur, meningkatkan sumber dan lain-lain lagi. 

Sehingga kini, langkah yang diambil oleh Malaysia telah pun menunjukkan kejayaan di mana Laporan Ekonomi 2012/2013 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan dana kasar yang diperoleh oleh sektor swasta melalui terbitan sekuriti hutang sektor swasta meningkat dengan ketara sebanyak 97.9 peratus kepada RM70.9 bilion untuk tujuh bulan pertama 2012 berbanding hingga 67.7 peratus kenaikan kepada RM35.8 bilion sebelumnya.Dana kasar yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat dengan ketara sebanyak 46.3 peratus kepada RM155.5 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini yang telah disokong terutamanya oleh keperluan pembiayaan infrastruktur berbanding dengan peningkatan 31.8 peratus kepada RM106.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Dana kasar yang diperoleh oleh sektor awam juga berkembang 3.3 peratus kepada RM64.3 bilion bagi tujuh bulan pertama 2012 berbanding dengan RM62.2 bilion,iaitu peningkatan 47.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.Oleh yang demikian,Malaysia mampu menjangkakan pertumbuhan yang berterusan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan lembab.Keupayaan kerajaan Malaysia untuk memandang ke hadapan dan bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kemungkinan limpahan hutang dunia memberi kesan kepada negara wajar diberi pujian.Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, rekod yang baik seperti yang tertera di atas adalah mustahil.Walaupun ada pihak yang cuba menafikan keupayaan dan kecekapan kerajaan, tetapi hakikatnya,masyarakat peniaga dunia lebih arif mengenainya. Ini terbukti dari peningkatan jumlah pelaburan langsung asing yang bertitik tolak dari peningkatan keyakinan pelabur. Rekod pelaburan langsung asing yang menjunam dari RM24.1 billion pada 2008 kepada RM5 billion pada 2009 meningkat kepada RM29 billion pada 2010 dan seterusnya kepada RM33 billion pada 2011. Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia,ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia.Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing,iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! RAKYAT LEMBAH PANTAI MENGAMUK !!! NURUL IZZAH MENCARI PUBLISITI MURAHAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 04 Jan 2013 09:00 PM PST


Penduduk Pangsapuri Putra Ria di Lembah Pantai mempersoalkan tindakan anggota Parlimen kawasan itu,Nurul Izzah Anwar yang mereka dakwa cuba mengambil kesempatan berhubung penyelesaian masalah pembersihan sampah di pangsapuri itu.Menurut mereka,Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman Twitternya bertarikh 21 Dis lalu memaparkan dua gambar mengenai longgokan sampah di situ dan memberi penjelasan seolah-olah beliau yang bertanggungjawab membawa isu itu hingga mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Sebaliknya,penduduk mendakwa masalah itu diatasi selepas mereka terlebih dahulu membincangkannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Pegawai Masyarakat (Penjaja) Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai,Ramli@Awang Ahmad berkata rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang disifatkan seperti 'lembu punya susu, sapi dapat nama'. 

"Beliau tidak pernah ambil peduli dengan persekitaran dan pembangunan di kawasan perumahan ini, mana mungkin tiba-tiba sahaja beliau menggambarkan telah berusaha membawa kepada pihak bertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap di sini," katanya pada sidang akhbar 

Satu gambar pada laman Twitter Nurul Izzah mempamerkan sampah berlonggokan dalam beberapa tong sampah sebelum lawatan beliau ke perumahan itu pada 16 Dis lepas manakala gambar sebelahnya memaparkan tong sampah telah dikosongkan pada 18 Dis selepas lawatan Nurul Izzah ke perumahan itu dengan penjelasan "Kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula membersihkan selepas isu ini dibawa oleh YB Nurul Izzah kepada pihak bertanggungjawab"

Seorang lagi penduduk,Sazmi Mamat,berkata tindakan Nurul Izzah amat tidak wajar dan lebih memberi impak buruk kepada anggota parlimen itu sendiri kerana penduduk di sini lebih mengenali antara satu sama lain setelah mereka menetap di perumahan itu sejak 17 tahun lepas. 

"Perumahan ini tidak pernah mempunyai masalah besar sebaliknya kerajaan melalui Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar banyak membantu bukan sahaja menjaga persekitaran bahkan kemudahan dan infrastruktur lain seperti jalan, surau dan sebagainya," katanya. 

Ketua Penerangan Umno Cawangan Apartment Putra Ria, Rokiah Kasim berkata tindakan Nurul Izzah yang memuat turun gambar berkenaan jelas satu penipuan. "Nurul Izzah memang ada hadir ke kawasan ini pada 17 Dis untuk satu majlisnya di sini, dan ketika itu memang sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah namun kami telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Nong Chik pada 15 Dis, dua hari sebelum kedatangan Nurul Izzah,untuk menyelesaikan masalah sampah itu," katanya. Apartment Putra Ria yang terletak di Jalan Bangsar,mempunyai tiga blok bangunan yang memuatkan 660 unit kediaman dengan kepadatan penduduk lebih 3,000 orang. - Bernama

APA CERITA NI URUL IZZAH !!!

DARI DULU SAMPAI SEKARANG NAK MENCARI PUBISITI JERRR !!!

SAYA NAK TANYA PADA ANDA !!!

APA TUGAS YB A.K.A AHLI PARLIMEN ???

MEMBANTU RAKYAT KAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DATUK @ZULKIFLINOORDIN MEMBELASAH HADI AWANG KAW-KAW !!!

Posted: 04 Jan 2013 06:00 PM PST


Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas,CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya.Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam,cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.Contohnya,mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali,beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.Malah,Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau.Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat! Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu.Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali,malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis! Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka! Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi! 

Kedua,Abdul Hadi perlu ingat,beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan.Apatah lagi dengan dunia Internet,beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain.Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan,Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau? Selanjutnya,Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.CN Al-Afghani bukan calang-calang orang.Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir.Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)! Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO! Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO,solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi. 

Jadi pada saya,Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.Yang perlu tahu dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut.Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu. Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali. Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'! Apa nasib mereka ini semua? Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan,undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah! Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003,Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan! Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan negara Islam dibuang, diganti dengan negara kebajikan! Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam al-Quran? Kalau benar, mengapa Abdul Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004? 

 Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan al-Quran memandangkan Negara Islam rupanya tiada dalam kitab suci itu? Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga adalah negara kafir? Kalau Mesir masih kafir, bagaimana kelulusan dan ijazah Abdul Hadi dan ramai ustaz dalam Pas yang mendapatnya daripada Mesir? Adakah kelulusan dan ijazah mereka tidak mengikut syariat kerana dikeluarkan oleh negara kafir? Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan status sekularisme mereka walaupun kini diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan daripada Parti AKP! Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah Belanda dan meletakkan Pancasila sebagai prinsip rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia kafir? Kalau mengambil Amanat Haji Hadi sebagai kayu pengukur, maka Mesir, Turki dan Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah! Kalau Mesir, Turki dan Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa Malaysia dan kerajaannya kafir? Sebenarnya banyak persoalan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong Pas mahu tahu. Bukan kepada umat Melayu-Islam di Malaysia sebab kami sudah tahu dan kami memang menolak Amanat Haji Hadi. Jadi tidak perlu Abdul Hadi memberi penjelasan melalui RTM, TV3 atau Utusan Malaysia. Cukup kalau Abdul Hadi memberi penjelasan melalui Harakah dan media pembangkang, juga melalui Youtube dan media alternatif yang lain. Awang Hadi juga boleh kerahkan semua ahli, penyokong dan pengikut taksub Pas mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan itu.Kalau perlukan bantuan,Abdul Hadi boleh minta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.Boleh begitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang?  

Oleh Datuk Zulkifli Noordin 
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...