BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KETUA PEMUDA PAS KENA BANTAI DENGAN PENYOKONG SENDIRI GARA-GARA PERLEKEH USTAZ NASHA !!!

Posted: 28 Jan 2013 03:00 PM PST


1 MALAYSIA !!!

Pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak di Gaza,telah membuatkan sebilangan pemimpin PAS meloncat dan pada masa yang sama,ada pula yang cuba untuk 'test market'.Nasharuddin Mat Isa,merupakan figura yang paling dikenali di dalam PAS.Walaupun desakan demi desakan agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari PAS,namun sehingga kini,Majlis Syura PAS enggan berbuat begitu.Pemerhati politik beranggapan,PAS enggan mengambil risiko dalam tempoh terdekat ini, memandangkan Nasharuddin Mat Isa mempunyai pengikutnya yang tersendiri. 

Namun kedudukan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS tidak akan selamat sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir dan keputusan diumumkan.Nasruddin Hasan Tantawi,Ketua Pemuda PAS juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut.Sama ada dia cuba untuk mendapatkan perhatian atau barangkali juga ingin menguji sejauh mana pengaruh Nasharuddin Mat Isa yang selama ini kurang menonjol, hanya dia yang lebih tahu. Namun cubaannya untuk memperlekehkan pemergian Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri dan anggota rombongannya yang lain, ternyata memakan diri. Nasruddin Tantawi boleh melihat sendiri reaksi yang diberikan oleh 'rakan-rakannya' dalam Facebook yang lebih banyak membidasnya berbanding menyokong pendapatnya.


Beberapa hari lepas,Nasruddin Tantawi melompat sakan dan begitu marah dengan Karpal Singh yang memaksa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar mengarahkan Majlis Syura Ulama PAS menarik balik ketetapan yang telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH.Pada ketika itu,Nasruddin Tantawi mendapat sokongan yang begitu meluas.Ramai penyokong PAS yang tidak senang dengan kerenah DAP, memuji-mujinya tatkala sebilangan besar pemimpin PAS pula menekup telur masing-masing. Mungkin bertitik tolak daripada reaksi yang diterimanya itulah,Nasruddin cuba melakukan ujian.Ramai pecacai Pakatan Rakyat yang cuba melakukan tohmahan dan hasutan berhubung penyertaan Nasharuddin Mat Isa dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza.Daripada kecaman yang dibuat oleh Presiden Palestin,Mahmoud Abbas terhadap kehadiran Perdana Menteri Malaysia di Gaza,sehinggalah reaksi yang ditunjukkan oleh agen-agen provokator Zionis,terutama menerusi berita-berita yang disiarkan, para pecacai Pakatan Rakyat menjadikan seolah-olah kehadiran itu tidak dihargai oleh warga Palestin. 

Dalam hal ini,kita dapat melihat bagaimana golongan yang kononnya menyokong PAS, turut beraksi seperti ANJING PKR dan DAP.Golongan inilah yang paling kuat menyalak dan menggonggong mengikut kehendak tuan-tuan besar mereka. Manakala kepimpinan PAS pula masih lagi terfikir-fikir apa yang seharusnya dilakukan terhadap Nasharuddin Mat Isa. Menariknya, ada di kalangan penyokong PAS tegar yang memperkatakan semula tentang KERAJAAN PERPADUAN yang sangat banyak dikaitkan dengan Nasharuddin Mat Isa. Kebetulan pula, Najib Abdul Razak ketika berucap di Gaza, memperkatakan tentang penyatuan antara HAMAS dan FATAH yang saling bertentangan dan saling berebut pengaruh di dua kawasan Palestin yang terpisah akibat penjajahan Zionis Israel.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! LAGENDA BADMINTON NEGARA DATUK EDDY CHONG MENINGGAL DUNIA !!! TAKZIAH DARI BR !!!

Posted: 28 Jan 2013 11:00 AM PST


Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali,Datuk Eddy Choong,meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang hari ini.Choong,83,menghembuskan nafas terakhirnya di pusat pakar Loy Guan Lye,Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lepas.Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang.

"Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953,1954,1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu. Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia. - Bernama

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG EDDY CHONG...

HOT NEWS !!! USTAZ NASHA KENA BUANG DARI MAJLIS SYURA !!! ELOK SANGAT BERJUANG LUAR PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Jan 2013 07:56 AM PST


Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa terjawab apabila Setiausaha Majlis Syura PAS,Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas Timbalan Presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum,Ustaz Nasharudin Mat Isa telah pergi ke Gaza mengiringi YAB Perdana Menteri,DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Misi Kemanusiaan Ke Gaza.Kesan dari tindakan beliau mengiringi Perdana Menteri itu telah pun dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia kerana perkara sebegini pernah berlaku sebelum ini.Pada Ogos tahun lalu,Ustaz Nasha juga turut bersama DS Mohd Najib Tun Abdul Razak di Mekah dan berita itu telah mengejutkan kepimpinan PAS.Pada ketika itu hangat dalam semua perbincangan arena politik tanah air tentang hasrat PAS dan juga desakan sahabat sekatil PAS didalam Pakatan (PKR dan DAP) untuk memecat Ustaz Nasha.Namun pada September ketika mesyuarat Majlis Syura,isu Ustaz Nasha tidak dibincangkan langsung demi menjaga ego politik PAS yang dikecam hebat pada ketika itu.Namun pada hari ini,nampaknya PAS sudah tidak dapat menahan sabar dan amarah lagi apabila buat kali kedua Ustaz Nasharuddin dilihat bersama DS Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Gaza pula. 

Mungkin ada hikmahnya pengguguran Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura PAS ini supaya tindak tanduk Majlis Syura dimasa akan datang yang bertentangan dengan Islam,kesan negatifnya tidak akan melekat kepada Ustaz Nasharuddin itu sendiri.Ramai yang menjangkakan Majlis Syura akan carca marba dan hilang arah selepas pengguguran Ustaz Nasharuddin memandangkan hilangnya satu suara lantang yang akan memperbetulkan kesilapan PAS.Nampaknya,kes pemecatan Ustaz Nasharuddin ini merupakan kali kedua berlaku dalam PAS dalam masa yang singkat selepas Datuk Dr. Hassan Ali dipecat dan digugurkan tanpa diberikan peluang membela diri.Datuk Hassan Ali,sepertimana kes Ustaz Nasharuddin dipecat apabila bersuara lantang mempertahankan kedaulatan Islam terutama di dalam kes murtad di Selangor dan penjualan arak yang berleluasa di negeri yang sama.Apa yang orang-orang PAS pertikaikan pada masa ini adalah dimanakah terletaknya hak orang yang dituduh sedangkan didalam hudud pun setiap yang bersalah dibenarkan membuat pembelaan.Dimanakah keadilan Islam didalam PAS ??? Alasan yang diberikan bahawa Ustaz Nasha digugurkan kerana 'merugikan parti' tentunya agak pelik kerana Ustaz Nasharuddin hanya digugurkan dari Majlis Syura dan bukan parti (PAS). Bagaimana pula dengan orang yang pernah menconteng arang ke muka PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang pernah ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Normah,di bilik 121,Hotel Perdana,Kota Bharu,Kelantan ??? Bukan hanya beliau 'diselamatkan' malah beliau diberikan jawatan kedua tertinggi di dalam parti.Nampaknya benarlah telahan ramai bahawa perjuangan PAS hari ini hanyalah bersandarkan kepada perjuangan parti yang bersifat duniawi dan bukanlah demi Islam.Apapun kita ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada Ustaz Nasharuddin di atas keberanian beliau menegakan kebenaran dan kedaulatan Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada kepimpinan PAS yang carca merba dan kecut perut terutama di dalam menghadapi keputusan yang dibuat oleh sekutu mereka di dalam PKR dan DAP. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN 
Sent from GMail for iPhone

HOT NEWS !!! ULAMA PAS DAH PANDAI MENIPU ??? APA CERITA NI ???

Posted: 28 Jan 2013 04:00 AM PST


Tuduhan Umno dan BN zalim, kejam, tindas rakyat , salah guna kuasa untuk kroni, guna kuasa untuk kepentingan keluarga dan bla...bla...bla...bla...tuduhan-tuduhan lain yang sewaktunya sudah menjadi seperti zikir atau ratib di mulut pemimpin dan orang-orang Pas. 

Allah Maha Kaya.... 

Allah Maha Besar.... 

Allah Maha Adil..... 

Allah Maha Saksama..... 

Tiba-tiba minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah kereta Porshce Cayman milik seorang individu yang berada dalam kepimpinan tertinggi Pas yang bertaraf ulama. aitu Adun Pas Sanglang yang juga pesuruhjaya Pas Perlis.Setelah pendedahan berlaku ulama Pas berkenaan bangkit menjawab perkara berkenaan.


Katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online 

Pesuruhjaya Pas Perlis,Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri."Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu,dengan harga kira-kira RM100,000.Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat," katanya.Menurutnya,anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu,menggunakan kereta itu. 

Setelah membaca penjelasannya itu beberapa perkara yang kita boleh rumuskan..

Pertamanya beliau telah menyalah gunakan kuasanya atau kepentingan atau kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kegunaan ahli keluarganya.Permit import (AP) dan pengecualian cukai import yang diberikan oleh Kerajaan Pusat BN yang selama ini mereka tuduh zalim dan menindas rakyat hanya diberikan kepadanya selaku wakil rakyat.Bukan kepada anaknya.Dalam hal ini dia telah melakukan penipuan atau menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan anaknya.Ulama pun menipu juga ke ??? Permit import dia punya,beli atas nama dia,sedangkan itu kereta anaknya.Itu dah menipu namanya.Kamu telah menipu pegawai-pegawai kastam dan agensi-agensi lain semasa proses membawa masuk kereta ke Malaysia.

Ketayap tak lekang atas kepala tetapi menipu.Ustaz tak takut dosa ke ??? Dengan hanya ada AP dan pengecualian cukai import untuk sebiji kereta pun seorang pemimpin Pas yang bertaraf ulama sudah menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan ahli keluarga mereka, bayangkan jika mereka berkuasa memerintah negara ??? Jawabnya habislah disapu untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya..Lagi nak bercakap pasal Umno korup dan kroni ??? Yang kedua,anaknya menjalankan perniagaan dan mampu pergi ke England untuk membeli sebuah kereta Porshce Cayman.Maknanya anak dia seorang ahli perniagaan yang berjaya.Jadi dimanakah apa yang kamu katakan selama ini kerajaan BN menindas dan menzalimi rakyat jika seorang anak wakil rakyat Pas boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ??? - RBF Online

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! BN TETAP PILIHAN DI HATI PENGUNDI PADA PRU 13 !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Jan 2013 12:30 AM PST


Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului PR dengan lima mata peratusan.BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata. 

Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.Daripada perbelanjaan isu rumah,pendidikan,kebajikan pelajar,warga emas,pemandu teksi,golongan karyawan,agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan. Begitu juga lain-lain program KR1M,Klinik 1 Malaysia,TR1M,KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan,Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik,agama,bahasa,budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah. 

BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan ekonomi,politik dan sosial daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara. Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan,integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum,namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang. 

Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih "tidak pasti" untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka,pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil,kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka. Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional,komited,berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PUAK PAKATAN HARAM ANJUR HIMPUNAN MENGHINA AGAMA ISLAM DI PULAU PINANG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 27 Jan 2013 08:48 PM PST


Semalam,I4TT dapat maklumat dari Utara dan semestinya dari Pulau Pinang.Seperti telahan I4TT,sememangnya kes nak membakar Bible tu cuma ciptaan DAP sahaja untuk memberikan alasan kepada puak diorang ni berhimpun.Apa lagi yang boleh mereka buat pun kan.Berhimpun secara haram ni memang aktiviti kegemaran mereka.Semalam,sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi "Holly Book Reading",bertempat di Dataran Pidato,Padang Kota Lama (Speaker's Square),Esplanade,Pulau Pinang.Himpunan secara haram itu bermula kira-kira jam 12.00 tengahari dan difahamkan sehingga jam 2 petang masih lagi ada yang berhimpun.I4TT menerima email yang disertakan dengan 20 gambar (dibawah) berkaitan himpunan haram yang mereka jalankan semalam. 

Sebelum itu di sebelah paginya,I4TT telah menerima whatsapp message berbunyi : "Pada 27/1 @ 12 tgh : sebuah kumpulan bebas yang diketahui punya hubungan dengan SUARAM dan ALIRAN akan anjurkan sesi "HOLY BOOK READING" di Dataran Pidato,Penang dimana penganut Islam,Kristian,Hindu,Buddhist turut dijemput dengan membawa kitab suci masing-masing. Ketua kumpulan ini,Kevin (016-551 5429). 

Kononnya sesi itu bertujuan untuk memahami agama diantara satu sama lain !!!  Semua ini adalah bohong !!! Sebaliknya merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi untuk menyamakan Islam dengan agama-agama lain.Mereka mahu hina dan musnahkan Islam.Jom kita bantah dan berdepan dengan puak-puak setan ni.." Para pesertanya tak tahulah pula apa agama yang mereka anuti kerana mereka ni dah macam puak atheis (tidak beragama) atau sesetengahnya menyebut free-thinker.Walaupun kononnya mereka dikatakan dari pelbagai anutan agama. Yang paling memeningkan untuk difikirkan bilamana ada antaranya mengatakan LGBT,free thinker dan pemikir sosialis,semuanya manusia dan agama yang sama. GILA !!! Pula tu,ada pulak yang sesat mengedarkan paper sosialis dan semestinya mereka tu puak sosialis (foto ke-10).Foto berkenaan diambil berhampiran waterfall dalam acara sambutan Thaipusam semalam berhampiran lokasi "Holy Book Reading".Antara peserta yang dikenalpasti oleh informer I4TT adalah puak-puak Fahmi Reza,puak sosialis yang mana rata-rata dari kem pembangkang dan juga yang berlindung disebalik nama NGO yang mesra meliwat... ehhh... mesra pembangkang. 

Informer I4TT ada bertanya permit KDN kepada mereka yang berhimpun dan juga puak sosialis yang mengedar akhbar sosialis berkenaan tetapi mereka gagal menunjukkan permit sambil mulut tergagap mengatakan kononnya mereka punya permit. Maka, bolehlah disimpulkan mereka ni berhimpun secara haram jadah !!! Apa ke jadahnya nak bincang pasal agama ditempat begitu dan dengan keadaan yang tak kenal aurat ??? Yang betinanya sampai terdedah sana sini sampai nak keluar "epal",yang jantannya pula dengan seluar pendek sampai boleh terkeluar "egg" !!! Haram jadah sungguh !!! Terserlah agenda mereka untuk menyamaratakan semua agama.Agama Islam yang suci yang mana diangkat tinggi didalam perlembagaan kini diletakkan dibawah tapak kaki mereka. 

Mahcam shiyallll !!! So,kepada mereka ni,I4TT nak tahulah juga,setinggi mana pegangan agama masing-masing ??? Apa kelayakan mereka untuk buat himpunan yang membincangkan pasal agama ??? Yang paling best sekali,cuma beberapa ketul je puak haram ni yang berhimpun.Macam yang korang tengok dalam gambar-gambar dibawah ni,berapa kerat je.Nampak sangat minoritinya.So,boleh kita simpulkan disini bahawa majoriti rakyat Malaysia ni masih sayangkan agama mereka masing-masing dan mereka ada 'stand' mereka yang tersendiri terhadap agama masing-masing.Tetapi,apa yang peliknya adalah,Dimanakah pihak berkuasa tempatan atau lebih tepat lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang ??? Dah kena beli dengan Tokong Lim Guan Eng ke ???

ANDA NAK LIHAT GAMBAR ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PEMBANGKANG MAHU DATUK IBRAHIM ALI DIPENJARAKAN KERANA PERTAHAN ISLAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jan 2013 06:20 PM PST


Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah S.W.T dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya,lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah S.W.T telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah S.W.T dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali,kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah S.W.T yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula.Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS,para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam,Lim Chee Wee.Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain. Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008,hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar ??? Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah S.W.T tidak pula dikecam sama ??? Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP.Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...