BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! JIKA TERBAKAR KITAB BIBLE BAHASA MELAYU !!! LIM GUAN ENG HARUS DISALAHKAN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- ISU KALIMAH ALLAH !!! ANWAR IBRAHIM U TURN 360 DARJAH DAN KATA PAS SETUJU ??? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! HARAKAH DAILY NAFI PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH ??? BIAR BETUL ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! ANDA NAK TAHU KENAPA KAUM CINA RELA ANWAR IBRAHIM JADI PM ??? WAJI BACA !!!
- HOT NEWS !!! SELEPAS DAMAIKAN FILIPINA-BANGSA MORO !!! PM @NAJIBRAZAK BAKAL DAMAIKAN FATAH-HAMAS !!!
Posted: 26 Jan 2013 07:30 AM PST Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa,Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah S.W.T dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang.Dasar hipokrit betul.Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang,lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.Dalam pada itu,ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama. PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible,pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya,lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah S.W.T untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012,perkara sebegini tidak akan timbul langsung.Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah S.W.T sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat. Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah S.W.T kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah S.W.T terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? RENUNG-RENUNGKAN |
ISU KALIMAH ALLAH !!! ANWAR IBRAHIM U TURN 360 DARJAH DAN KATA PAS SETUJU ??? APA CERITA NI ??? Posted: 26 Jan 2013 04:00 AM PST Portal media,selangorku.com melaporkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan baru iaitu Majlis Syura Pas telah bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible tetapi dengan beberapa syarat tertentu. "Majlis Syura (Pas) juga memutuskan bahawa penggunaan itu dibenarkan namun melalui beberapa syarat yang diperincikan. "Perkara tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bersama sebelum itu, namun jelas ia tetap berlandaskan kepada pendirian yang sama," tegas Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi,lapor selangorku.com. Dengan tajuk "Anwar : Parti Komponen PR Sehaluan Dalam Isu Kalimah Allah" portal Selangorku.com yang merupakan media rasmi kerajaan Selangor melaporkan Ketua Umum PKR hari ini bertegas bahawa tiada perbezaan pandangan dalam isu kalimah Allah di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan parti komponen PAS. Jelas Anwar, pendirian yang diumumkan PR adalah berdasarkan kepada keputusan yang dicapai bersama dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Ini merupakan kenyataan kedua Anwar menjawab isu Majlis Syura Pas selepas kenyataan pertamanya pada 23 Januari lalu.Namun begitu,kenyataan Anwar yang mendakwa Majlis Syura Pas 'membenarkan' jauh tersasar daripada keputusan sebenar sayap tertinggi parti Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari itu. Dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Dr Haron Din parti itu menolak sama sekali kalimah Allah digunakan untuk menterjemahkan 'God' atau 'Lord' dalam Bible versi bahasa Melayu. - AIDC Berikut disertakan lampiran lengkap kenyataan media itu : Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut : 1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam.Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. 3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. Oleh kerana itu,menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna,tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am,Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3. Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia MANA 1 YANG BETUL NI ??? ANWAR IBRAHIM ATAU PAS ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! HARAKAH DAILY NAFI PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH ??? BIAR BETUL ??? WAJIB BACA !!! Posted: 26 Jan 2013 12:30 AM PST Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah S.W.T dengan Tokong Lim DAP.Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman,serta memijak bendera DAP.Malah,terdapat juga laungan agar PAS keluar dari PR.Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian.Tetapi,seiring dengan itu juga,Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP,PKR menang dan PAS kalah,walaupun PAS enggan mengakuinya.Sehubungan dengan itu,pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan "DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah".Pendek kata,PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.saya faham,bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu,yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya,apa kesudahannya ??? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan ??? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP ??? Akhirnya,Harakahdaily memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan,Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS.Katanya,itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP.Katanya,itu adalah bukti UMNO terdesak.Menurut beliau,ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.Dalam ertikata lain,beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja dan di masa yang sama,tertakluk kepada keputusan PR bahawa ahli DAP,PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain. Inilah hakikat keputusan rasmi PR yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS,tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.Abdul Latif pasti faham,bahawa selagi PAS terus bersama PR,selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.Oleh itu,sekiranya,PR memenangi PRU kali ini,maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain,tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ANDA NAK TAHU KENAPA KAUM CINA RELA ANWAR IBRAHIM JADI PM ??? WAJI BACA !!! Posted: 25 Jan 2013 09:00 PM PST Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya,Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kaji selidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.Sebelum ini,kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar,namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai 'menyambung tugas' Merdeka Center,iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat 'mesra' dengan idea-idea liberalisasi.Selain itu,Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.Justeru,apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN,maka ia sebenarnya telahpun dijangka. Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN dan sudah menjadi 'tugas' UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.Walaubagaimanapun,bagi berlaku adil,kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL,yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu,95% daripadanya ialah kaum Cina,sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.Lebih menarik ialah,isu NFC,Lynas dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.Manakala di pihak pembangkang,isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman.Walaubagaimanapun,amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama,manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.Isu-isu seperti PTPTN,tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat. Apapun,sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia,maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.Sokongan kaum Cina kepada PR atau Anwar Ibrahim jika benar,dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa 'Negara Islam' dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.Lebih dari itu,PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.Walaupun PAS seharusnya menjadi 'pengimbang' kepada desakan liberalisasi di dalam PR,tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu. PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan atau paling teruk memijak bendera DAP.Itu saja. Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.Hakikatnya,PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim,seorang Melayu Islam.Anwar berfahaman plural,berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang. Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO,parti itu bolehlah diabaikan saja.Justeru,saya tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan saya tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP,penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.Namun,yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana saya percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.Jika ini yang menjadi isu,maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.Kesimpulannya,kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu.Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah,walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.saya tidak bersikap rasis,saya minta pembaca jangan salah sangka kerana inilah sebenarnya kehidupan RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SELEPAS DAMAIKAN FILIPINA-BANGSA MORO !!! PM @NAJIBRAZAK BAKAL DAMAIKAN FATAH-HAMAS !!! Posted: 25 Jan 2013 06:00 PM PST Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju,tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain,tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut,pantas memperbaharui,meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Datuk Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina-MILF pada Oktober 2012.Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.Kejayaan tersebut membawa Datuk Seri Najib ke Gaza pula,di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza,Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin,Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh.Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Datuk Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin,Dr Abdullah M.I. Abdullah.Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012. Sebelum ini,Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam Al-Quran dalam pesanan mengenai Yahudi,pastinya tidak mudah.Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua,iaitu parti Hamas dan Fatah.Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11,2004.Punca konflik ini juga begitu 'klasik' atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.Akibatnya,rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak,antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah. Justeru,harapan yang diletakkan di bahu Datuk Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.Apa yang pasti,harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina,di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.Ini kerana,Datuk Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara,perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan,Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh,bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi 'ugutan' pemberontakan dari pihak-pihak tertentu,kekal berdiri teguh,aman dan makmur.Segala provokasi agama,prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan,telah tidak menjadi.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Datuk Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis 'serangan' pihak yang tidak bertanggungjawab itu.Oleh itu,saya tidak ragu-ragu yang Datuk Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut 'menepis' hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.saya editor Badut Rakyat berharap semuanya berjalan dengan lancar,Amin.... RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment