Gelombang Rakyat |
- PEMIMPIN DAP KECAM HALA TUJU PKR SEMAKIN 'TIDAK SIHAT'.
- LAGI ULAMA' TEGUR GUAN ENG - "KALIMAH ALLAH HAK UMAT ISLAM."
- PAS PENANG TEKAD PROTES - FATWA HARAM SOKONG LIM GUAN ENG.
| PEMIMPIN DAP KECAM HALA TUJU PKR SEMAKIN 'TIDAK SIHAT'. Posted: 28 Dec 2012 11:37 PM PST Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan ideologi perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak sihat serta tiada hala tuju. Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan komponen mereka, DAP dan PAS. "Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar. "Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat," ujar Zulkifli ketika ditemui Antarapos baru-baru ini. Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong. Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP. "Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan 'mix area', DAP dengan PAS yang akan tolong dia," jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang. Kredibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN. "(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu. "Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan," katanya. |
| LAGI ULAMA' TEGUR GUAN ENG - "KALIMAH ALLAH HAK UMAT ISLAM." Posted: 28 Dec 2012 08:44 PM PST Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH. "Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan. "Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran. 'Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?" katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Semalam, Pimpinan PAS Penang telah mengetuai demonstrasi menyatakan bantahan keras terhadap tuntutan Ketua Menteri Negeri tersebut dan mendesak permohonan maaf secara terbuka terhadap umat Islam. KLIK DI SINI untuk artikel penuh dan beberapa keping gambar sekitar Demonstrasi tersebut. |
| PAS PENANG TEKAD PROTES - FATWA HARAM SOKONG LIM GUAN ENG. Posted: 28 Dec 2012 05:37 PM PST Kerjasama Pakatan 'ditampar' dengan penganjuran Demonstrasi di Pulau Pinang semalam menentang kepimpinan Lim Guan Eng yang dikepalai PAS Negeri tersebut. Majoriti Pimpinan PAS Kawasan di Negeri semakin tidak seteru dengan sikap berdolak dalik Kepimpinan Salleh Man selaku Pesuruhjaya PAS Penang dan beberapa Pimpinan PAS Pusat yang dikuasai Parasit mengawal dan membiarkan DAP semakin liar menyentuh beberapa isu sensitiviti melibatkan Agama Islam walaupun telah diputuskan menerusi Mesyuarat Pimpinan Pakatan. PAS diiringi lebih 10 NGO Negeri telah berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri. Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Penang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum. "Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini. "Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment