BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


SKANDAL TANAH DAN BALAK !!! KERAJAAN PAS KELANTAN 'MEMBUNUH' RAKYAT SENDIRI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 28 Dec 2012 07:30 AM PST


48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964,Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.Rentetan daripada itu,timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni,akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.Kini,di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun. Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min.Dengan demikian,kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya. Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu. 

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak,mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu. Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan. Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat.Hakikatnya,hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura.Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati. Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan. 

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak? Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya. Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan.Spin mengalahkan pusingan gasing.Dulu dan sekarang sama sahaja,tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada,kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri. Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang.22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti. Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! SKANDAL VIDEO SEKS !!! GANESAN SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS !!! @ANWARIBRAHIM DAN @AZMINALI APA CERITA ???

Posted: 28 Dec 2012 04:00 AM PST



Skandal dan ahli politik bagaikan aur dengan tebing,iaitu tidak boleh dipisahkan.Sama ada skandal tersebut benar atau tidak,itu adalah cerita lain sama sekali.Sekiranya skandal tersebut tidak benar,maka ia akan hilang sendiri.Tetapi sekiranya benar,maka ia mungkin bermakna berakhirnya nyawa politik mereka.Namun,di dalam politik,semuanya mungkin sehinggakan seorang yang telah terbukti meliwat dan video seksnya tersebar juga mampu bertahan,asalkan tahu caranya.Antara ahli politik yang berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali dan pembaca Badut Rakyat juga telah pun melihat bagaimana ada pemimpin politik yang terus 'bernyawa' walaupun memilih untuk mengaku salah.Keikhlasan beliau memohon maaf serta menelan malu akibat skandal tersebut adalah sesuatu yang luar biasa,sehinggakan akhirnya dipuji sebagai tindakan berani,jujur dan ikhlas.Beliau kini dimaafkan dan diterima baik oleh keluarga dan juga orang ramai.Lalu,skandal tersebut pun habis setakat itu sahaja,kali ini,skandal mengenai ahli politik lain pula mendapat tempat di media.Skandal terbaru ialah mengenai video seks yang melibatkan ahli politik ialah kes Speaker Dewan Undangan Negeri,Datuk R Ganesan. 

Terdahulu,Adun Tronoh,V Sivakumar pada sidang media mendakwa pihaknya menerima sampul surat yang mengandungi video cakera padat (VCD) salah laku dengan tertera gambar Ganesan dengan seorang wanita dalam keadaan mengaibkan selain satu salinan artikel online yang telah dicetak.Datuk R.Ganesan pantas menafikan sekeras-kerasnya yang beliau terlibat dalam skandal seperti itu dan mendakwa pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan berita palsu.Beliau kemudiannya membuat laporan polis bagi menyangkal fitnah terbabit untuk membersihkan namanya.Tindakan pantas beliau wajar diambilkira bagi menggambarkan kesungguhan beliau.Ini kerana dalam kebanyakan kes yang melibatkan video seks,jarang sekali mereka yang dituduh membuat laporan polis dengan pantas tanpa terlebih dahulu berdolak dalih di akhbar.Dalam kes Anwar,misalnya,beliau memilih untuk terus mempolitikkan video seksnya dengan china-doll dengan cara menafi dan menuding jari ke serata arah mendakwa difitnah.Kenyataan demi kenyataan akhbar dibuat dengan penuh aksi termasuk drama air mata Wan Azizah.Akhirnya,setelah puas orang menontonnya,setelah muak kita melihat Wan Azizah menangis dan setelah kantoi dengan jam omega,barulah Anwar membuat laporan polis.Namun,laporannya juga menimbulkan kemusykilan kerana ia bukan bertujuan untuk menyangkal bahawa orang yang di dalam video tersebut adalah dirinya tetapi bertujuan supaya polis menyiasat tindakan menyebarkan video tersebut kepada orang ramai.Ertinya,beliau tidak menafikan secara undang-undang bahawa beliau terlibat dalam video tersebut tetapi hanya mempersoalkan perlakuan jenayah pihak yang menyebarkan video lucah yang 'mungkin menampilkan dirinya' itu, kepada orang ramai. 

 
Begitu juga apabila video Azmin beraksi di dalam bilik air bersama seorang wanita terdedah luas.Azmin tidak meminta siasatan dijalankan untuk mengesahkan siapakah lelaki di dalam video tersebut bagi membersihkan namanya tetapi hanya membuat penafian demi penafian di media sambil menuding jari ke sana sini.Melihat dari kedua-dua situasi yang hampir sama di pihak pemimpin pembangkang ini dan MIC ini,maka tindakan Datuk Ganesan membuat laporan harus dilihat sebagai satu cabaran oleh Anwar dan juga Azmin.Sedarkah mereka bahawa berbeza dengan Datuk Ganesan,cara mereka berdua menangani isu ini amatlah meragukan bagi seorang yang mengaku tidak bersalah.saya dapat melihat kesungguhan Datuk Ganesan untuk membela diri dan menebus malu keluarganya dengan pantas membuat laporan polis,tetapi sebaliknya anda dapat melihat betapa Anwar dan Azmin tegar mengheret anak isteri ke dalam skandal seks mereka tanpa bersungguh-sungguh membersihkan nama mereka.Malah,Azmin lebih teruk lagi di mana selain dari video seksnya sendiri,beliau sehingga kini juga langsung tidak mengambil tindakan apa-apa untuk menebus nama baik dan maruah isterinya yang turut dikaitkan dengan skandal seks Anwar.Tidak ada sebab bagi seseorang yang benar-benar tidak bersalah untuk tidak membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka,melainkan mereka sememangnya bersalah.Begitu juga tidak ada sebab bagi seorang suami untuk membiarkan maruah isterinya dipijak-pijak dan dihina melainkan beliau seorang dayus tulen atau isterinya sememangnya layak diperlakukan sedemikian.Oleh itu,salahkan kita jika mempunyai persepsi bahawamereka ini bersalah walaupun belum terbukti bersalah di mahkamah ??? Sedangkan, menunggu ia dibuktikan di mahkamah adalah sesuatu yang mustahil jika laporan polis tidak dibuat oleh mereka berdasarkan tuduhan sebenarnya. 

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! AMBIGA GUNA BERSIH PECAH BELAHKAN ORANG MELAYU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 28 Dec 2012 01:00 AM PST


Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia.Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih,kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.Program iti kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan. 

Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah,nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding. Akhirnya apabila keputusan diumumkan,lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu. 

Namun pilihan raya yang bersih,adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan. Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia. Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.

Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO,Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu. Jika ramai belia,remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan. Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! 8 AMANAT HADI AWANG PADA 7 APRIL 1981 TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Dec 2012 10:00 PM PST


Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya,seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.Namun,sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri,iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia,cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat di atas.Nik Aziz amat terkenal dengan takbur,riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.Begitu juga dengan Presiden PAS,iaitu Datuk Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.Lebih buruk lagi,Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.Walaupun sudah berhari-hari isu ini 'dipanaskan' semula oleh media-media perdana,tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari 'radar'. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.

Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat,antaranya :

1. percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,
2. percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,
3. percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera
4. percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO
5. percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad
6. percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.
7. percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam
8. percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.


Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi,namun soal syahadah dan akidah,soal hubungan suci suami isteri,hubungan darah daging,soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa,serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat,tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia,tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak.Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut,maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir ??? Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir ?? Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir ??? Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga 'tersalah tafsir' amanatnya ??? 

Jika ya,beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya.Justeru,penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama.Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar,tepat dan benar ataupun tidak.Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat,termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama ??? Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW : "Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya." 

RENUNG-RENUNGKAN

ARAH PULANG GELARAN DATUK !!! BUKTI DAP MEMPERLEKEHKAN RAJA MELAYU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 27 Dec 2012 06:00 PM PST


Pengerusi DAP,Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar,Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu,Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.tapi,sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu,ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini,hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.apa cerita ni ??? anda lihat permainan di situ.Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka.Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP. 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...