PISAU.NET

PISAU.NET


KISAH SEBENAR MASALAH JANTUNG TUN MAHATHIR MOHAMAD

Posted: 15 Nov 2012 07:30 AM PST

Tun M- Kali pertama saya berasa sakit dalam dada adalah kira-kira sebulan sebelum mengalami serangan jantung pada 1989. Bagaimanapun waktu itu, saya tidak mengendahkannya. Saya berada di Genting Highlands bagi menghadiri perjumpaan alumni Kolej Perubatan King Edward VII. Ramai rakan sekelas dan anak-anak mereka hadir serta bergembira. Saya sedang memerhatikan mereka apabila beberapa orang anak muda menarik saya ke lantai tarian. Sewaktu menari, saya berasa sesak nafas dan sakit dada, tetapi kesakitan itu hilang apabila saya duduk. Keesokannya, saya menunggang kuda dan sekali lagi berasa sesak nafas dan sakit dada. Saya tidak mahu menerima keadaan itu sebagai tanda-tanda serangan jantung, jadi saya tidak memberitahu sesiapa dan berharap masalah itu akan berlalu sendiri. Walaupun kita seorang doctor dan tahu tanda-tanda penyakit, kita lazimnya enggan mengaku yang kita mungkin ada masalah berkenaan.
 

Ketika itu, saya tidak membuat pemeriksaan kesihatan berjadual. Saya cuma ingat pernah sekali menjalani pemeriksaan rapi di London atas nasihat doktor apabila mengalami sedikit masalah tekanan darah. Ia benar-benar mengganggu sebab pemeriksaan itu mengambil masa yang lama dan saya dipaksa mengguna mesin pengukur denyutan jantung, iaitu ECG yang membonjol di pinggang saya. Lebih-lebih lagi apabila menghadiri satu majlis makan malam dengan membawa mesin itu sehingga nampak seolah-olah saya menyelitkan pistol di pinggang.
 

Sebulan selepas perjumpaan di Genting Highlands, saya bersama-sama Hasmah dan suami Marina makan malam di sebuah restoran Thai di The Mall bagi meraikan hari jadi Mokhzani walaupun dia sendiri tidak hadir. Kami sepatutnya berempat, tetapi Marina juga tidak dapat datang. Jadi yang ada hanya Hasmah, Didier (bekas suami Marina) dan saya. Bagaimanapun, kami sudah menempah makanan untuk empat orang dan saya akhirnya makan bahagian yang sepatutnya dimakan oleh Marina – mungkin disebabkan kesempitan hidup pada zaman perang menyebabkaan saya tidak suka membazir makanan. Apabila kami sampai di rumah, saya mula rasa sakit di dada dan kesukaran bernafas seperti sebelumnya. Kali ini, kesakitan itu tidak reda. Saya cuba baring dan duduk, tetapi masih berasa sakit. Hasmah menelefon seorang pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur, iaitu Dr Jimmy Eapen. Beliau rakan sekelas saya di Kolej Perubatan. Hasmah memberitahunya tanda-tanda masalah yang saya hadapi dan Jimmy datang serta-merta. Beliau membuat diagnosis yang saya mengalami serangan jantung, tetapi beliau perlu pulang ke rumah untuk mengambil mesin ECG mudah alih. Apabila mesin itu mengesahkan yang ia memang serangan jantung, saya serta-merta dibawa ke hospital. Saya fikir saya boleh berjalan, tetapi mereka mendesak supaya saya menggunakan kerusi roda.


Saya sepatutnya sudah tahu yang ia adalah serangan jantung kerana tanda-tandanya memang jelas. Sakit dada dan sesak nafas yang saya alami ketika menari dan menunggang kuda sebelum itu menepati tanda-tanda serangan jantung. Serangan jantung juga boleh dicetuskan oleh kebimbangan mengenai perjalanan yang jauh atau terlalu banyak makan. Memang pada malam di restoran Thai itu saya makan berlebihan. Saya sepatutnya tidak mengabaikan kesakitan kali pertama dan segera menerima hakikat yang saya sebenarnya mengalami serangan jantung.
 

Saya dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam 17 Januari 1989. Di sana, Datuk Dr Robaayah Zambahari mengesahkan yang saya diserang sakit jantung dan memberikan satu suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Beliau kemudian memberitahu Hasmah agar menghubungi semua anggota keluarga kami dan ini menyebabkan kami sedar betapa seriusnya keadaan waktu itu. Beliau juga menghubungi Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku.


Selepas selesai pemeriksaan biasa, mereka memutuskan bahawa saya perlu menjalani ujian angiogram, iaitu pemeriksaan radiografi ke saluran jantung sejurus selepas disuntik bahan radiolegap ke saluran darah. Kebetulan, Dr Simon Stertzer, pakar jantung dari California berada di rantau ini lalu beliau diminta hadir ketika ujian angiogram dijalankan. Dr Stertzer dan Dr Robaayah merumuskan bahawa saya mengalami serangan jantung yang memerlukan pembedahan. Mereka memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr Rozali Wathooth telah berjaya melakukan pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Tan Sri Dr Yahya Awang. Saya tahu Dr Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.
 

Sebagai seorang doktor, saya maklum risiko pembedahan tersebut. Saya sedar kemungkinan yang saya tidak akan selamat daripada pembedahan kerana waktu itu ia bukanlah prosedur biasa. Orang ramai masih takut untuk membenarkan doktor membelah dada mereka dan melakukan sesuatu ke atas jantung mereka. Saya meyakinkan diri bahawa kalau memang sudah ditakdirkan saya akan mati, apa yang boleh saya lakukan. Saya menyerahkannya kepada Allah SWT dan kemahiran pakar bedah. Bunyinya mungkin agak dramatik sekarang kerana ramai pesakit yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung. Namun sebaik sahaja saya menerima hakikat kematian, saya berasa cukup tenang.
 

Saya berehat selama empat hari sebelum menjalani angiogram yang mengesahkan bahawa saya memerlukan pembedahan. Dr Stertzer sekali lagi memberi pilihan kalau saya mahu menjalani pembedahan di California, Amerika Syarikat walaupun beliau sendiri mengakui yang Dr Yahya juga sama cekap dengan mana-mana pakar bedah di Amerika. Apabila tinggal saya dan Hasmah di dalam bilik, saya meminta Hasmah memanggil Dr Yahya. Sebaik sahaja Dr Yahya masuk, tanpa banyak bicara saya terus memberitahunya yang saya mahu beliau melakukan pembedahan. Saya kenal rapat dengan ayah beliau, Dr Awang yang juga adalah seorang doktor yang baik dan menjadi Ahli Parlimen serentak dengan saya pada 1964-69. Sewaktu saya diserang sakit jantung, Dr Awang sudah pun menjadi Gabenor Pulau Pinang.
 

Kemasukan ke hospital menghalang saya daripada menghadiri mesyuarat mingguan kabinet setiap Rabu. Doktor juga memberi amaran yang saya tidak boleh menerima pelawat, dan Hasmah memutuskan yang beliau sendiri akan memantau arahan itu. Ramai orang datang dan mendesak agar dibenarkan menjenguk saya, tetapi Hasmah sangat tegas. Beliau hanya membenarkan beberapa orang sahaja mengintai saya dari luar bilik ketika saya terbaring kerana diberi ubat pelali. Ada satu pilihan raya kecil waktu itu dan khabar angin tersebar luas mangatakan saya sakit tenat. Malah ada yang berkata bahawa saya sudah mati. Hasmah tidak pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa. Dr Robaayah menawarkan untuk memberi beliau ubat tidur pada malam pertama saya dimasukkan ke hospital, tetapi beliau bertekad untuk berjaga bagi memastikan tidak ada sesiapa datang mengganggu saya.
 

Pada malam sebelum pembedahan, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew membuat panggilan telefon kira-kira jam 10. Beliau amat bimbang dan bercakap dengan Hasmah kerana waktu itu saya sudah pun diberikan ubat sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Lee meminta Hasmah supaya memujuk saya menangguhkan pembedahan sebab beliau ada menyediakan sepasukan ahli perubatan untuk terbang ke Kuala Lumpur. Pakar bedah terkemuka, Dr Victor Chang, seorang rakyat Singapura menetap di Australia dicadangkan untuk melakukan pembedahan itu. Menurut Lee, Dr Chang mempunyai pengalaman cukup luas setelah melakukan lebih 1,000 pembedahan jantung. Lee kemudian bertanya Hasmah siapa yang akan membedah saya. Hasmah menyebut nama Dr Yahya yang Lee tidak pernah dengar, dan Hasmah memberitahunya bahawa saya sudah pun membuat keputusan dan ahli keluarga bersetuju dengan saya. Hasmah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan berjanji akan menghubunginya apabila pembedahan selesai. Hasmah tahu bahawa sekali saya sudah membuat keputusan, saya tidak akan mengubahnya. Apa yang saya ketahui kemudian adalah Lee bukan sahaja menghubungi Hasmah, malah beliau turut meminta Tun Daim Zainuddin agar memujuk Hasmah. Walaupun kami mempunyai banyak perbezaan pendapat untuk sekian lama, saya amat menghargai sikap ambil berat beliau itu.
 

Tiga anak lelaki kami berada di luar Kuala Lumpur ketika itu manakala Marina pula di Singapura. Ineza, anak perempuan Marina sedang tidur di dalam buaian di bilik kami. Dalam tergesa-gesa hendak membawa saya ke hospital, Hasmah hampir meninggalkan cucu kami terkunci di dalam bilik. Nasib baik pada saat akhir Hasmah teringat lalu memindahkan buaian Ineza ke biliknya. Marina dan Mokhzani yang ketika itu berada di Miri terbang pulang keesokannya. Mukhriz pula di Boston manakala Mirzan di Philadelphia, Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka sempat pulang sehari sebelum pembedahan. Sejurus sebelum pembedahan, pihak hospital membawa masuk Hasmah dan anak-anak kami seorang demi seorang untuk mencium saya. Itulah kali pertama saya melihat Hasmah menangis.
 

Masalahnya sebagai doktor, kita tahu apa yang akan dilakukan ke atas kita sewaktu pembedahan. Dalam pembedahan jantung, mereka akan menghentikan fungsi jantung dan paru-paru serta mengalirkan darah kita melalui mesin jantung dan paru-paru. Saya kurang senang dengan kaedah itu, terutama kerana prosedur tersebut masih baru dan peralatan yang digunakan tidaklah secanggih hari ini. Tun Hussein Onn menjalani pembedahan pintasan koronari di London dan beliau tidak pulih sepenuhnya selepas itu. Seorang lagi orang kenamaan yang turut menjalani pembedahan seperti itu ialah Datuk Jaafar Hassan, bekas Menteri Besar Perlis. Beliau meninggai dunia tidak lama kemudian. Saya bertanya Dr Yahya bagaimana beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan gergaji elektrik. "Terima kasih banyak-banyak," jawab saya, sambil menambah: "Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi."
 

Mereka mengangkat saya ke atas troli dan menolak ke dewan bedah. Saya masih dapat melihat samar-samar siling hospital sewaktu melalui koridor dan memasuki ruang tara bersebelahan dewan bedah. Saya dapat mendengar kata-kata perangsang daripada pakar bius yang sedang membius saya. Kemudian saya diangkat ke atas meja bedah dan disuruh mengira ke belakang bermula angka 10. Apabila sedar, saya sudah berada di bilik pemulihan. Dari aspek itu, pembedahan moden adalah satu ketakjudan.
 

Pembedahan mengambil masa kira-kira enam jam walaupun saya berasa tidak lebih dua saat sahaja. Keluarga sayalah yang terpaksa menunggu penuh debaran. Doktor mengambil urat dari kedua-dua kaki saya untuk membuat lima saluran pintasan. Dr Yahya dan Dr Rozali serta pembantu-pembantu mereka melakukannya dengan baik sekali dan tidak berlaku sebarang kerumitan. Hari ini, pembedahan terbuka seperti itu tidak diperlukan sangat kerana teknik angioplasti, iaitu perluasan semula saluran darah yang berpenyakit atau rosak dengan menggunakan sejenis dawai, lebih mudah dan kurang berbahaya. Selain itu, kawalan pemakanan dan senaman boleh mengurangkan kemungkinan berlaku aterosklerosis di mana saluran darah ke jantung menjadi sempit dan memungkinkan serangan jantung. Ada pihak berpendapat bahawa amalan pemakanan yang sihat boleh menyembuhan aterosklerosis, dan inilah yang sedang saya cuba amalkan sekarang…

Transkrip Soal Jawab Nurul Izzah di Gereja Tabernacle Subang

Posted: 15 Nov 2012 05:00 AM PST



 
AIDCNews  - 14/11/12 – Berikut disiarkan terjemahan transkrip yang disiarkan Malaysiakini, berkaitan dengan sessi soal jawab bersama Nurul Izzah  di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November.


Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.


Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?


Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.


Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.


Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.


Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.


Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.


Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.


Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini.
(Hadirin ketawa)


Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?


Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak..
(Hadirin ketawa)


Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.


Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.


Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.


Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.


Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.


Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.


Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.


Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.


Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.


Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…


(Loceng dibunyikan)

Moderator: Okay…satu minit lagi.

(Hadirin ketawa)

Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.


Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh  berkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
(Hadirin bersorak)


Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.


Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun  yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.
(Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.)
(Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).

Sempena Muktamar Mat Sabu Pertahankan Kerajaan Syiah Salahkan Sunni.

Posted: 14 Nov 2012 11:00 PM PST

Kita semua tahu dalang disebalik Arab Spring adalah Amerika,CIA menggunakan beberapa NGO seperti IIT,IRI dan NDI melakukan doktrin mengikut acuan dan kehendak Amerika.Mana mana negara yang dilihat masih tidak tunduk kepada Amerika kesemuanya akan ditumbangkan.

Begitu juga berlaku di negara kita,IRI dan NDI memainkan peranan secara langsung dalam merangka strategi,melatih dan juga bantuan kewangan kepada pembangkang di Malaysia. Yang terkini SUARAM turut didedahkan menerima jutaan ringgit untuk melakukan propaganda jahat untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menjatuhkan kerajaan BN yang semua orang tahu tidak akan tunduk dengan kehendak Amerika.

Buktinya klik sini, sini dan sini .

Bukti didepan mata apabila haprak pakatan melancarkan Bersih sampai melaungkan mahukan revolusi seperi di Dataran Tahrir.Syukur alhamdulilah Allah melindungi Malaysia daripada niat jahat haprak pakatan.

Banyak ceramah diseluruh negara barisan kepimpinan haprak pakatan mahukan Arab Spring berlaku di Malaysia,hasutan ,pembohongan yang diulang ulang untuk membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan.Kesemua ini dirancang rapi hinggakan semasa hari pembuangan undi pada PRU13 nanti belum pun keputusan diumumkan mereka akan melancarkan satu serangan untuk menolak proses pengiraan undi kononnya kesemua ini adalah pembohongan dan penipuan.

Berdasarkan maklumat daripada majlis pimpinan tertinggi pakatan ,mereka menyedari pakatan haprak akan kalah pada PRU13 sebagai langkah preamptive awal awal lagi mereka memainkan sentimen kononnya proses pilihanraya Malaysia tidak bersih dan berlaku penipuan maka halal untuk mereka turun ke jalan raya melakukan revolusi.

Terkini IslahPerlis mendedahkan rakaman berita Mat Sabu membuat lawatan ke Syiria.Sebuah kerajaan Syiah diberi sokongan sepenuhnya oleh PAS Malaysia yang mewakilkan Mat Sabu. Adalah amat pelik dalam masa Mat Sabu dan juga pakatan rakyat menyokong Arab Spring di Tunisia,Mesir,Yemen dan Bahrain tetapi di Syiria mereka tidak sokong malah menyalahkan pihak barat.


Puncanya disebabkan kebangkitan penentangan ini datangnya dari Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang menentang Basyar Asad yang berfahaman Syiah Alawiyah Nusayriyah. Jelas sekali Mat Sabu seorang syiah sanggup datang dari jauh ke Damsyik untuk memberi sokongan kepada satu kerajaan Syiah yang sekarang ini telah membunuh ribuan Umat Islam secara terang terangan. Apakah sunni  yang didalam PAS kesemuanya buta dan tuli? Timbalan Presiden PAS mewakili partinya menyokong Syiah secara terang terangan.

Video subtitle berbahasa Melayu
Mat Sabu menyokong Bashar Al Assad seorang pemimpin syiah yang menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah .


Surah Al-Ikhlas diubah dengan meletakkan namanya
Pisau kata "bila Hj Hadi tumbang,Mat sabu naik ..maka 100% syiah akan kuasai PAS selepas ni.."

Muktamar Himpunan Munafik SeMalaysia , Mana Hudud ?

Posted: 14 Nov 2012 05:00 PM PST

Sempena muktamar elok Nik Aziz dan gerembolannya umumkan kenapa hudud hingga sekarang tak dilaksanakan di Kelantan.Bukankah tahun lepas begitu meroyan si tua kutuk ini mahukan hudud. Bagaikan gila talak dan serupa mat gian tak dapat obat.. Nik Aziz desak semua pemimpin pakatan yang dia mendambakan hudud di Kelantan walaupun ditolak sekeras kerasnya oleh DAP. Ketika itu puak khawarij lihat Nik Aziz  serupa tokong PAS yang mampu menundukkan Guan Eng tokong DAP.Hebat si tua kutuk ini berlakon...


Kepada ahli PAS yang sedang bermuktamar. Cuba persoalkan kenapa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Ahli PAS yang bermuktamar di Kelantan ,cuba tanya  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kenapa sehingga sekarang hudud tidak dilaksanakan walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama di gubal dan sahkan oleh kerajaan PAS Kelantan.


Sesungguhnya orang-orang munafik itu ( ditempatkan ) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. ( QS an-Nisa: 145 ).


Nifak ( kemunafikan ) adalah sifat seseorang yang menampakkan sesuatu yang bertentangan dengan yang ada di hatinya. Ada dua jenis kemunafikan. Pertama, nifaq amaly ( munafik perbuatan ). Jenis nifak ini tidak mengeluarkan seseorang dari Islam (murtad). Mereka adalah orang yang jika berkata ia dusta, jika berjanji ia ingkar, dan jika diamanahkan ia khianat. Dalam riwayat lain ditambahkan, jika berseteru ia licik. Hampir setiap orang pernah melakukan salah satu dari hal tersebut. Bagaimanapun tiga ciri utama orang munafik tersebut sangatlah membahayakan diri dan orang lain sehingga harus ditinggalkan sejauh-jauhnya.


Kedua, nifaq diny ( munafik agama ). Jenis nifak ini mengeluarkan seseorang dari agamanya ( murtad ) dan mereka akan kekal di dasar neraka jahanam seperti yang digambarkan dalam surah an-Nisa di atas. Sifat mereka dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 8 sampai 20. Ciri-ciri mereka adalah mengaku beriman kepada Allah dan hari akhir, tapi Allah menolak keimanannya.


Mereka melakukan kerusakan besar di muka bumi ( terutama merusak agama Islam ), tetapi merasa telah melakukan perbaikan. Lalu, mereka menganggap orang beriman sebagai orang yang lemah akal, padahal merekalah orang lemah akal yang sesungguhnya. Sikap mereka berpura-pura baik di hadapan orang beriman demi kemaslahatan duniawi semata-mata, padahal hati mereka bersama kekufuran.
Dalam konteks kekinian, pelaku nifaq diny dapat dilihat bukan hanya karena melakukan ketiga ciri utama orang nifaq amaly ( munafik perbuatan ), melainkan meraka adalah orang-orang yang mengidentikkan Islam dengan terorisme atau mereka yang menuduh bahwa orang-orang saleh adalah pelaku kekerasan atas nama agama.

Pisau kata "Muktamar di Kota Bharu adalah himpunan munafik Semalaysia"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...