Misi pertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki telah bermula!

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 







Connect with me


 
Hi tuanhamba,
 
Misi pertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki telah bermula!
Memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain negara menjelang Piala Suzuki AFF ketika meninjau sesi latihan mereka di Wisma FAM
 
Piala AFF Suzuki sudah bermula. Saat yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk melihat aksi wira-wira kita mewakili negara berentap bersama pasukan terhebat Asia Tenggara. Pada ketika inilah, seluruh rakyat Malaysia akan setia menonton setiap aksi pasukan Harimau Malaya sama ada menerusi televisyen mahupun menyaksikannya sendiri di stadium.

Seperti semua sedia maklum, pasukan Harimau Malaya merupakan salah satu bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa bersatu tanpa kira kaum. Setiap kali pasukan kebangsaan beraksi, pada setiap kali itu jugalah kita dapat lihat sokongan tidak berbelah bagi kepada para pemain kita. Ini sekali gus selari dengan semangat 1Malaysia!

Untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana ini, satu peraduan di Twitter diadakan dimana rakyat Malaysia boleh menghantar kata-kata semangat mereka kepada pasukan Harimau Malaya yang menjadi sumber inspirasi kepada kita semua. Kata-kata semangat itu perlu dihantar ke Twitter masing-masing dan ia harus dimulakan dengan #DemiHarimauMalaya. Mereka yang menghantar kata-kata semangat terbaik akan memenangi tiket perlawanan percuma pada setiap aksi pasukan kebangsaan. Salah seorang daripada mereka yang bertuah juga berpeluang memenangi jersi terbaru Harimau Malaya.

Terbitan Sebelum Ini

Komuniti antarabangsa perlu mempunya keberanian untuk menolak keganasan dalam semua bentuk, di mana sahaja ia berlaku dan siapa juga yang menjadi mangsanya, dengan dipandu oleh kejelasan moral.
Sebelum ini, saya ada menulis tentang hari kanak-kanak sedunia serta mengenai kebimbangan Malaysia terhadap perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza. Anda boleh membacanya di sini.

Perkembangan Terkini

Semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Sungai Siput, Perak
Pada 17 November lalu, saya berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak, Sungai Siput, Perak. Pada majlis itu, saya berpeluang untuk bersama-sama merasai kemeriahan perayaan itu bersama-sama 25,000 rakyat berbilang kaum di negara ini yang turut hadir pada hari tersebut.

Rakaman Video

Menghadiri Majlis Pelancaran Pesta Kebudayaan Cina Malaysia kali ke-29 di Sekolah Menengah Pay Fong Bandar Melaka
Anda boleh menonton video ucapan saya di sini semasa melancarkan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia kali ke-29 yang diadakan pada 16 November lalu di Sekolah Menengah Pay Fong Bandar Melaka.
Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya

Ikuti saya di Facebook  dan Twitter   serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.


Najib Razak

Copyright © 2012 1Malaysia.com.my, All rights reserved.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...