Meraikan Pesta Cahaya

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 







Connect with me


 
Hi tuanhamba,
 
Meraikan Pesta Cahaya
Minggu ini, kita akan meraikan Pesta Cahaya yang merupakan hari penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Hindu. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu di Malaysia dan di seluruh dunia. Meskipun ia berbeza dengan perayaan masyarakat Muslim dan Cina namun ada persamaan dari beberapa aspek seperti penganjuran rumah terbuka. Ini menunjukkan kemesraan di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan fahaman agama. Saya sendiri bersemangat untuk meraikannya bersama-sama anda semua.

Melawat Bazar Deepavali di Jalan Masjid India. Sangat gembira diberi peluang untuk berjumpa dengan masyarakat India di sana.
 
Memandangkan perayaan ini ada kaitan dengan cahaya yang terang, ini seolah-olah menggambarkan masa depan negara yang cerah. Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk terus mengekalkan semangat nambikei serta mendokong Gagasan 1Malaysia. Yakin dan percayalah kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kami akan terus melakukan transformasi kepada semua komuniti menerusi beberapa inisiatif bagi mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Terbitan Sebelum Ini

Pemimpin-pemimpin negara dari Eropah dan Asia berhimpun untuk berbincang serta berkongsi mengenai isu sosial, ekonomi dan politik bagi mencari jalan penyelesaian bersama.
Sebelum ini saya ada menulis artikel yang disiarkan di blog saya mengenai peluang untuk pelajari pasaran tunggal Eropah. Anda boleh membacanya di sini:

Perkembangan Terkini

Melawat Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom. Gembira dapat meluangkan masa bersama-sama dengan kanak-kanak di sana.
Pada 3 November lalu, saya melawat Pekan untuk menyertai beberapa program bersama rakyat. Saya turut melawat Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di mana saya melancarkan program Astro Kasih Knowledge Zone. Ia merupakan inisiatif yang menyediakan pemasangan serta langganan Astro secara percuma di semua rumah kebajikan yang berdaftrar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rakaman Video

Bertemu dengan pelajar cemerlang SJK(C) On Pong di Ampang, Selangor.
Pada 2 November lalu, saya melancarkan laman web “The Community Chest” yang merupakan badan kebajikan bebas yang bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu sekolah vernakular dan sekolah mubaligh. Anda boleh menyaksikan ucapan saya di sini:

Untuk terus mendapat perkembangan terkini, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, www.1Malaysia.com.my selain menonton video di saluran YouTube saya. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa.

 

Najib Razak


Copyright © 2012 1Malaysia.com.my, All rights reserved.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...