Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Kisah Perempuan Mabuk Kena Humban Dari Tren!!
- PANASS!! Penulis Buku Air Mata Memali Bantai Kepimpinan Pas Pusat!!
- HOT! #IsuAirSgor: Dua Ahli Parlimen BN Bidas Khalid, Hilang Akal ke Bengap?!!
- GEMPAR!! Bob Lokman Kata Artis Mana Yang Sokong Najib Tu Tak Waras?
- PANASS!! MB Kedah Azizan Razak Makin Tenat Selepas Kena Balun! #TukarKedah
- PANASS!! Apabila Ketua Dewan Ulama Pas Anggap Nurul Izzah Budak-Budak!!
| HOT! Kisah Perempuan Mabuk Kena Humban Dari Tren!! Posted: 14 Nov 2012 07:16 AM PST Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam. Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan. Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki. Wanita terbabit juga kelihatan meludah dan memaki sambil memukul-mukul mereka secara tidak keruan. Selepas beberapa minit bergelut, seorang lelaki agak berusia cuba mententeramkan keadaan dan memujuk wanita itu tetapi malangnya dia pula dipukul. Terkejut dengan serangan itu, sekumpulan lelaki memberi amaran supaya tidak memukul lelaki berkenaan dan memisahkan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini. Ketika lelaki terbabit beredar, wanita itu menolaknya dengan kuat. Akibat tidak tahan dengan kata-kata kesan dan tingkah-laku wanita itu, kira-kira lima lelaki berpakat menangkapnya dan memaksa dia keluar dari tren. Apabila tren itu berhenti di sebuah stesen, mereka membuang barangan wanita terbabit ke tepi landasan sebelum dia sendiri ditolak keluar. Wanita itu kemudian dilihat cuba mengadu kepada seseorang dipercayai kakitangan komuter di stesen berkenaan. Moral: Memang patut pun diajar macam tu. Tapi janganlah sampai pukul memukul. Mabuk memang raja kepada segala kejahatan. Sebab itulah Islam melarang keras umatnya meminum minuman keras. Kerana ia membawa kearah jalan kejahatan. P/s: Video tersebut telah diremove dari You Tube! | ||
| PANASS!! Penulis Buku Air Mata Memali Bantai Kepimpinan Pas Pusat!! Posted: 14 Nov 2012 04:37 AM PST Cikgu Zainol ni dulu Exco Pemuda Pas Kedah. Salah seorang pejuang Memali yang sampai sekarang kononnya dijadikan modal kekejaman UMNO. Tapi hanya Cikgu Zainol(cikgu Non) yang tahu, siapa sebenarnya yang kejam di Memali tu. Sebagai orang yang menulis buku Air mata Memali (buku yang diharamkan oleh Pas) beliau banyak menyimpan rahsia mengenai Pas Kedah dan Pas Pusat. Kalau nak dengar Cikgu Non berceramah lagi, pi la kat tempat Madrasah Pengkalan Kundur Selatan. Sokong Jihad Satukan Ummah. McTheory: Tak kira Pas ka UMNO ka, Bersatu demi Islam! | ||
| HOT! #IsuAirSgor: Dua Ahli Parlimen BN Bidas Khalid, Hilang Akal ke Bengap?!! Posted: 14 Nov 2012 12:15 AM PST Nampaknya masalah air di Selangor menjadi semakin kritikal. Bukan kerana kekurangan air, tetapi masalah mental yang dihadapi oleh Menteri Besar Selangor membuatkan semua orang jadi susah. Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa Selangor bakal mengalami masalah kekurangan air dan tempat penyimpanan air yang lebih besar? Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa loji-loji di Selangor tidak mampu lagi menampung permintaan air di Selangor pada tahun 2016 kelak? Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa apa yang diperlukan sekarang ialah sebuah loji penyimpanan air yang cukup besar dan sumber air mentah tambahan untuk menampung jumlah permintaan air dari Selangor pada 2016. Jadi, kenapa Khalid masih beria-ria mahu teknologi membran dilaksanakan di Selangor? Malah membran dikatakan mampu menggantikan fungsi Langat 2? Betul ke? Dari mana dia belajar agaknya? Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membran lebih murah kosnya. Ramai yang terkejut dengan tindak tanduk Khalid. Sehingga keputusan Khalid itu menjadi pertanyaan kepada dua orang Ahli Parlimen BN yang sememangnya arif dalam bidang kejuruteraan. "Tan Sri Khalid tahu tak apa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membran ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna. "Jika kita guna kaedah Membran ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selain itu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana. "Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum," kata Ir Datuk Idris Haron yang juga merupakan seorang jurutera. Terkejut dengan riaksi Khalid berkaitan cadangan menggunakan membran untuk mengantikan loji Langat 2. "Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membran, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membran, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu. "Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat," tambah Idris lagi, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu. Begitu juga dengan komen Ir Hamim yang juga seorang jurutera, beliau menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air. Malah beliau berkata teknologi membran ni lebih mahal dari sistem konvesional yang selama ini digunakan di Malaysia. Buat apa kita gunakan satu benda yang mahal dan sia-sia? "Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membran sebab kandungan mineral dalam air di negara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensional juga jauh lebih mudah dan murah," katanya. "Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor. "Berbalik kepada isu asas, kita kurang bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membran ini," katanya. Inilah masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor. Rakyat Selangor mempunyai seorang Menteri Besar yang hanya pentingkan diri dan pemikiran politik dari nasib rakyatnya sendiri. Malah dikhuatiri, si Khalid ni tidak mempunyai akal yang cukup untuk menjadi Menteri Besar, kerana tidak dapat membezakan diantara masalah kekurangan air dengan kekurangan loji pembersihan. Umpama, seorang doktor yang hilang akal, orang yang sakit kepala, diberi ubat sakit perut. Memang takkan sembuh la penyakit tu. Begitu jugalah dengan apa yang terjadi sekarang. Andaikata Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek teknologi membrannya tu untuk mengantikan Langat 2, ianya merupakan satu perkara yang sia-sia. Masalah kekurangan air di Selangor pada tahun 2016 takkan selesai. Malah atas kesilapan dan kebodohan Kerajaan Negeri Selangor, menyebabkan rakyat Selangor menanggung kesilapan itu pada masa akan datang. Penyelesaiannya untuk jangka pendek sahaja tetapi kepada rakyat bebannya ditanggung untuk jangka panjang. Keegoaan Kerajaan Negeri, membawa malapetaka kepada rakyat Selangor kelak! McTheory: Dapat MB Bodoh, nasib laa.. | ||
| GEMPAR!! Bob Lokman Kata Artis Mana Yang Sokong Najib Tu Tak Waras? Posted: 13 Nov 2012 10:16 PM PST Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN. Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik. "Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis. "Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan," tempelaknya. Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN. Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni. "Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi, maknanya mereka tak normal. "Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu," tegasnya ketika dihubungi. Pada hakikatnya kita mengetahui bahawa, artis dari dulu hingga kini dijaga oleh kerajaan. Hinggakan nak buat filem pun ada pinjaman kewangan hingga berjuta ringgit. Kalau artis tak boleh cari makan, kenapa kebanyakkan artis berkereta besar dan mewah? Kadang-kadang, kerajaan tidak perlu tunjuk untuk salurkan sesuatu kepada rakyat. Negara yang aman, sejahtera dan stabil sudah cukup untuk membantu rakyatnya membina sumber dan rezeki sendiri. Kalau yang malas tu kita tak payah kira la. Baik suruh dia terjun lombong saja. McTheory: Rezeki ada dimana-mana, malas dengan rajin saja bob oii.. | ||
| PANASS!! MB Kedah Azizan Razak Makin Tenat Selepas Kena Balun! #TukarKedah Posted: 13 Nov 2012 07:18 PM PST
Akhinya pekung puak Pas di Kedah meletup juga. Perkara ini telah Mc ketahui, namun kami simpan hingga PRU. Tapi apabila didedahkan sendiri oleh tuan punya badan dan penyokong-penyokongnya. Mc rasa ianya lebih afdal. Mari kita hayati luahan dari penyokong Pas ni. McTheory: Akar umbi Pas Sungai Limau nak guling Azizan PRU ni.. hangpa tau dak? | ||
| PANASS!! Apabila Ketua Dewan Ulama Pas Anggap Nurul Izzah Budak-Budak!! Posted: 13 Nov 2012 05:21 PM PST Maafkan Nurul, dia masih budak-budak' PETALING JAYA: Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menganggap Nurul Izzah tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam agama. Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib. "Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam. "Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama," kata Harun. Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama. Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu. "Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama," katanya. Harun turut bertanya, mengapa isu Nurul heboh diperkatakan tetapi tidak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun pemimpin nombor satu juga banyak bercakap salah mengenai agama Islam. Harun berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul dalam satu program di dalam sebuah gereja Sabtu lalu. Dalam program tersebut Nurul dilaporkan sebagai berkata, jika kebebasan beragama boleh digunakan kepada orang bukan Islam ia juga seharusnya melibatkan orang Islam juga. Kenyataan tersebut menimbulkan kontroversi sehingga beberapa pihak membuat laporan polis terhadap pemimpin muda PKR itu. Nurul bagaimanapun, menafikan beliau membuat kenyataan tersebut dan mendakwa ia diputarbelit oleh media. Sumber : Free-Mkini He he.. Nurul Izzah yang dah jadi bini orang dan mak budak tu masih budak-budak? Mungkin apa yang dimaksud oleh Harun, ialah ilmu Nurul Izzah kot, seakan budak-budak. Akal tak berapa nak cukup. Maybe dorang tahu, Anwar pun taklah terer sangat ilmu agamanya. Sebab tu anaknya jadi macam tu. Anwar banyak berlakon macam pandai agama, hakikatnya..apa pun tarakk! McTheory: Patutnya, Anwar kena nikahkan Nurul dengan orang bijak pandai agama.. baru betul.. taklah kedua-duanya songsang terus! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment