BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KEGHAIRAHAN JUAL ASET PKNS SELANGOR DI BONGKAR !!!

Posted: 22 Nov 2012 03:00 PM PST


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hangat apabila kerajaan negeri dipersoal mengenai cadangan anak syarikat kerajaan negeri,Worldwide Holdings Bhd. (Worldwide) yang didakwa mahu menjual 100 peratus saham mereka berjumlah RM150 juta kepada syarikat bukan bertaraf Bumiputera.Persoalan itu dikemukakan oleh Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang mana walaupun penjualan tersebut difahamkan masih belum dimuktamadkan,namun ia dilihat satu cubaan untuk menjual aset milik kerajaan negeri.Jelasnya,berdasarkan cadangan tersebut,beliau dimaklumkan bahawa saham worldwide yang mana 100 peratusnya dipegang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan dijual kepada sebuah syarikat baru yang ditubuhkan pada 26 Mac 2012, Worldclass Title Sdn. Bhd. (Worldclass).Menurutnya,worldclass dimiliki oleh dua pemegang bukan Bumiputera dengan modal berbayar RM2."Bagaimanapun, pada 25 Mei 2012,kedua-dua pemegang saham dan Pengarah syarikat Worldclass meletak jawatan dan diganti dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS.Namun,mereka (dua pemegang saham Worldclass) masih lagi kekal sebagai pemegang saham. Ini bermakna, syarikat tersebut masih lagi dimiliki mereka berdua," katanya ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2013 kelmarin.Pada masa yang sama,Abdul Shukor turut bertanya kepada kerajaan negeri mengenai motif sebenar cadangan Worldwide itu mahu menjual 100 peratus saham mereka kepada Worldclass.Selain itu beliau turut mempersoalkan pelantikan Pengurus Besar PKNS dan Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS untuk menjadi pengarah kepada syarikat yang masih dimiliki sahamnya oleh dua orang pengarah bukan bumiputera sama ada amalan itu dibolehkan atau sebaliknya. 

 
"Rakyat sangat bimbang apabila sejak akhir-akhir ini ketika Pilihan Raya Umum ke 13 menjelang hampir, semakin banyak transaksi cuba dilakukan, adakah tindakan tersebut untuk menjana dana politik," soalnya.Dalam pada itu,Abdul Shukor turut mempersoalkan langkah PKNS memindahkan lima aset komersialnya kepada sebuah anak syarikat penuh,Private Real Estate Company (PREC) bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan. Lima aset tersebut ialah ialah Kompleks PKNS Shah Alam,Wisma Yakin,Kompleks PKNS di Bangi,Menara PKNS di Petaling Jaya dan SACC Mall di Shah Alam bernilai RM321 juta.Jelas Abdul Shukor,difahamkan PKNS akan menerima bayaran wang tunai sebanyak RM100 juta daripada pemindahan aset-aset tersebut manakala bakinya sebanyak RM221 juta dibayar melalui penjualan dan penyerahan harta saham biasa bernilai RM1 sesaham milik anak syarikat itu. Bagaimanapun katanya,pemindahan tersebut dilihat mengelirukan dan menimbulkan banyak spekulasi memandangkan beliau difahamkan pemindahan aset-aset tersebut sebenarnya bukan kepada PREC, tetapi kepada sebuah syarikat lain iaitu Central Holdings Berhad. 

 "Syarikat mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut. Siapakah Lembaga Pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar.Difahamkan pemindahan aset itu bukan kepada PREC,tapi syarikat lain iaitu Central Holdings Bhd.Realitinya, wujud perbezaan yang besar di antara PKNS, PREC dan Central Holdings Bhd. PKNS adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan pengurusannya dipantau ketat pentadbiran Selangor dan Perbendaharaan Malaysia,sedangkan PREC tidak banyak tertakluk kepada kawalan terus Kerajaan negeri dan Perbendaharaan Malaysia.Selain itu,tiada jaminan bahawa PREC akan terus menjadi milik PKNS.Malah, PREC juga terdedah kepada risiko dibeli oleh pihak swasta atau individu melalui proses 'management buy-out'," jelasnya.Jelasnya lagi,sekiranya PREC dibeli oleh pihak swasta,ia bermakna aset-aset tersebut tidak lagi menjadi milik PKNS dan rakyat Selangor. 

KEPADA MB SELANGOR !!!

DAH JAWAB KER ISU INI ???

ATAU JAWAPAN BERPUSING-PUSING MACAM GASING ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU SAMPAH DI SELANGOR !!! RONNIE LIU KENA BELASAH KAW-KAW !!!

Posted: 22 Nov 2012 10:53 AM PST


Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) mempersoalkan penjelasan Ronnie bahawa kegagalan kontraktor adalah punca sampah tidak dikutip di negeri selangor.Menurut Johan,alasan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana beliau sendiri telah menerima aduan daripada penduduk mengenai sampah yang tidak dikutip meskipun kontraktor dilantik telah menjalankan kerja-kerja yang sama dalam tempoh lapan bulan lalu.Tegasnya,berdasarkan jangka masa itu,ia bukan satu alasan kepada kontraktor yang dilantik untuk tidak mengutip sampah dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Sebagai contoh, di kawasan saya sendiri di Desa Mutiara, Sungai Jeluk mengalami masalah sampah tidak dikutip berbulan-bulan. Saya tanya penduduk, aduan sudah banyak dibuat, tetapi masih berhadapan dengan masalah ini," tegasnya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pada 20 November lalu,Ronnie ketika sesi pertanyaan lisan pada sidang DUN menyatakan orang ramai merupakan antara punca kepada masalah kutipan sampah di negeri ini.Menurut Ronnie,punca tersebut dilihat adakah penyumbang kepada masalah berkenaan apabila ada orang ramai yang membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.Selain itu,Exco kerajaan negeri itu turut turut memberikan alasan bahawa aduan sampah tidak dikutip juga adalah disebabkan ada pihak kontoraktor sampah yang baru dilantik kurang arif dengan kawasan kerja mereka. 

APA CERITA NI ???

BILA CERITA SAMPAH TAK DIKAUT NAK SELESAI NI ???

INILAH PADAHNYA KALAU UNDI PAKATAN HARAM !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! AUSTRALIA TOLAK RAYUAN ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 22 Nov 2012 07:35 AM PST


Menteri Luar Australia,Senator Bob Carr berkata,Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia,yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan,bebas daripada penipuan dan rasuah.Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.Bagaimanapun,Carr berkata,pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan,sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.Carr bagaimanapun berkata,Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu,Anwar berkata,beliau bimbang pilihan raya umum,yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan,akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi,tidak akan dibenar berbuat demikian.Katanya,nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi,berusia antara dua dan 12 tahun,terdapat dalam senarai pemilih.Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq,Afghanistan dan Myanmar,tetapi membisu tentang Malaysia. - Bernama

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG BEREBUT UNTUK JAWATAN PM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 22 Nov 2012 03:46 AM PST


Ramai dari anda pembaca Badut Rakyat tentu tersenyum sendirian apabila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP,Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.betul tak ??? Menurut Tun Dr. Mahathir,Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan Presiden PAS,Abdul Hadi Awang.Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM,dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim. 

Apa sahaja alasannya,cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.Namun demikian,ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan,sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM,terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.DAP pula melalui Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM,sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM. 

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.Namun begitu,disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing,ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini,belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan,nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.Silap percaturannya,tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM,alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! MAK LAMPIR JUAL BUAH DAPAT HILUX !!! AZMIN ALI JUAL AISKRIM DAPAT FERRARI !!! YANG TERBARU LAMBORGINI ??? WOWWWW !!!

Posted: 22 Nov 2012 03:37 AM PST


Sakan betul Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang.Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux,Volvo dan Mercedes Benz.Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR,ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu.

Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com,tuah ayam nampak di kaki,namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang,dalam sibuk-sibuk mereka menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya. Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang,bukanlah satu-satunya yang pernah wujud.Timbalan Presiden PKR sendiri,walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat,namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja.Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin,betul tak tak pembaca Badut Rakyat ???? Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux,Volvo dan Mercedes.Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini,tak begitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SIDANG DUN SELANGOR KECOH !!! DATUK SUBAHAN KAMAL BELASAH KHALID KAW-KAW !!!

Posted: 22 Nov 2012 07:31 AM PST


Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam tegang seketika selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Templer Datuk Subahan Kamal membidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa beliau menggulung perbahasan ucapan Bajet 2013.Subahan berkata beliau tidak memahami dan bingung dengan penerangan Abdul Khalid mengenai belanjawan itu. "Saya makin lama makin bingung kerana saya tidak faham apa Menteri Besar dok cakap. ni kursus kira-kira,accounting.ini kursus di UiTM atau nak bentangkan bajet ???.Tapi bila menjawab tu,biarlah menjawab terus kepada persoalan yang dibangkitkan bukan pusing satu dunia sampai ke Afrika sampai ke Amerika," katanya menyebabkan Speaker Datuk Teng Chang Khim meminta Subahan menarik balik perkataan bingung kerana ia bersangka jahat. 

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan Subahan menjawab beliau tiada masalah untuk menarik balik perkataan itu dan menyatakan bahawa Menteri Besar faham maksud beliau.Bagaimanapun,Teng berkata dengan menjawab boleh tarik balik tidak memberi erti jika Subahan tidak melakukannya."Saya tarik balik," kata Subahan dan Teng berkata: "Tarik balik apa ??? "Bingung tak salah,bingung bukan sangkaan jahat," jelas Subahan.

Keadaan itu membuatkan anggota-anggota pembangkang dari Barisan Nasional seperti Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) naik marah dan bangun memprotes tindakan Teng itu.Keadaan turut menjadi hingar bingar menyebabkan pembesar suara di tempat duduk pembangkang ditutup.Teng turut mengarahkan Amiruddin supaya duduk tetapi beliau enggan menyebabkannya diarah keluar selama sejam dari sidang dewan mulai 5.10 petang.Keadaan menjadi tenang selepas Teng meminta pihak pembangkang bersabar untuk membolehkan Abdul Khalid menggulung perbahasan. 

Terdahulu,Abdul Khalid berkata cara perbelanjaan dibuat pada masa ini berbeza dari dulu kerana kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat."Kalau dahulu maklumat agak lambat diperoleh,tetapi kini maklumat seperti prestasi kutipan hasil dapat diperolehi dalam tempoh tiga bulan dan ini memudahkan perbelanjaan dapat diselaraskan dengan peningkatan pendapatan.Itu adalah antara sebab mengapa pada tahun lepas,setiap kali sidang dewan diadakan peruntukan tambahan dimohon oleh kerajaan negeri," katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab perbahasan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Muhamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) yang sangsi Bajet 2013 kerajaan negeri berjumlah RM1.63 bilion akan kekal kerana kemungkinan ada permohonan peruntukan tambahan seperti tahun-tahun sebelumnya.

TAKKAN SPEAKER PANAS KOT ???

DAH MB PUTAR BELIT JAWAPAN !!!

MEMANG PATUT KENA BELASAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

SOKONG PALESTIN !!! SAH !!! NAMPAK SANGAT ANWAR IBRAHIM TUNJUK SIKAP HIPOKRIT !!!

Posted: 21 Nov 2012 06:09 PM PST


Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan disokong sebulat suara oleh semua ahli parlimen Selasa lalu.Usul tersebut dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan dibaca oleh Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz.Usul itu diluluskan setelah tiga jam perbahasan oleh anggota Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain.Anwar dalam membahaskan usul tersebut turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas.Malah Anwar dengan lantangnya mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih drastik untuk menghalang rejim Zionis terus menindas penduduk bumi Palestin yang di bawah cengkamannya.Bagi sesiapa yang mendengar ucapan Anwar yang berapi dan begitu tegas,sudah tentu akan teruja dan tertarik dengan sikap beliau yang seakan-akan sama dengan pendirian kerajaan Barisan Nasional.Malah boleh dikatakan ketua Umum PKR itu seolah-olah mahu dilihat sebagai pejuang dan pendokong kuat kepada perjuangan rakyat Palestin yang telah dirompak serta dijarah tanah air mereka oleh sang penindas Zionis Yahudi sejak 1948.

Tetapi apakah benar kenyataan Anwar yang mengutuk serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Gaza satu pendirian beliau yang harus dipercayai oleh umat Islam di negara ini.Adakah kenyataan keras beliau lebih baik daripada dasar berterusan kerajaan BN yang bukan sahaja telah mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Yahudi sejak dari era Merdeka lagi tetapi telah memberi sokongan moral dan materi kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan kaum Yahudi.Disetiap peluang pada pentas persidangan mesyuarat antarabangsa termasuk perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,wakil Malaysia akan berdiri di hadapan perwakilan menyatakan tanpa selindung dan ragu pendirian tegas negara berhubung isu Palestin.Dasar dan pendirian Malaysia tidak pernah berubah sejak 55 tahun lalu berhubung isu Palestin.Ini berlainan pula dengan Anwar yang berubah-ubah pendiriannya terhadap Israel.Kalau semasa di dalam Kabinet,beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri,rakyat mula melihat sikap sebenar atau 'true colours' Anwar berkaitan isu Palestin.Kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan keyakinan Anwar dalam konteks konflik Palestin-Israel. 

Kata beliau, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." atau "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel." Seperti juga kenyataan songsang anaknya,Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara.Hakikatnya Anwar cuba mempamerkan sikap talam dua muka menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak,wanita,orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut.Pendirian bermuka-muka Anwar ini adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri. 

Jika beliau tidak menyokong golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin,maka tiadalah harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Maka kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi.Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara.Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi ??? Jadi janganlah rakyat Malaysia tertipu oleh sikap lunak yang cuba ditunjukkan oleh Anwar berhubung isu Palestin kerana sebenarnya itu hanya topeng yang dipakai luaran untuk menyembunyikan agenda sebenarnya.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...