UMNO Online - “State Govt Does Not Control Foreign Ownership At World Heritage Site – Penang BN Youth” plus 9 more

UMNO Online - “State Govt Does Not Control Foreign Ownership At World Heritage Site – Penang BN Youth” plus 9 more

Link to UMNO Online

State Govt Does Not Control Foreign Ownership At World Heritage Site – Penang BN Youth

Posted: 06 Oct 2012 07:24 AM PDT

GEORGE TOWN, Oct 6 – Penang Barisan Nasional (BN) Youth claims the state government does not have a policy to protect 4,000 premises at UNESCO World Heritage site here.

Its chief, Oh Tong Keong said the state government should have a plan to control foreign ownership of heritage premises as the position of Penang in  world heritage is very important.

“The state government must control ownership by foreigners. If all premises at George Town Heritage Site are owned by foreigners, it is a great loss to Penang people,” he told reporters here today.

A Penang BN Youth study found that 82 out of 120 heritage premises are owned by foreigners, mostly Australians and Singaporeans.

Most of the premises are in the centre of George Town Heritage Site like Love Lane, Lebuh Chulia, Lebuh Armenia, Lebuh Stewart and Jalan Masjid Kapitan Keling.

Oh said a row of heritage premises in Lebuh Stewart currently under renovation was sold to an Australian for hotel construction.

Penang BN Youth deplored the state government statement that of 882 titles that involve transfer of ownership, only 34 lots were owned by foreigners.

He urged the state government to identify foreign ownership according to premises rather than lots as one lot consists of one or more premises.

Meanwhile, Tanjung BN Youth chief H’ng Khoon Leng urged the state government to inform Penang people on its policies on foreign ownership at the heritage site.

Ketua Audit Negara Sah Pembelian Scorpene Ikut Prosedur, Kata Zahid

Posted: 06 Oct 2012 07:19 AM PDT

BAGAN DATOH, 6 Okt – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.

Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.

Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program ‘offset’, latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian.

“Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat,” katanya.

Kajian Merdeka Centre Mengenai Populariti Ketua Menteri Sabah Diragui

Posted: 06 Oct 2012 07:11 AM PDT

KOTA KINABALU, 6 Okt – Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

“Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini.

Pembangkang Kini Macam Cacing Kepanasan

Posted: 06 Oct 2012 07:06 AM PDT

BATU PAHAT, 6 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Pakatan Pembangkang kini tidak ubah seperti cacing kepanasan apabila rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan miskin gembira dengan Belanjawan 2013 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru.

Ekoran itu, pembangkang dilihat semakin terdesak untuk mengalih perhatian rakyat sehingga mahu menganjurkan satu lagi perhimpunan haram pada 3 Nov ini bagi mengganggu keharmonian dan keamanan negara, kata beliau.

“Kononnya perhimpunan itu diadakan semata-mata untuk menuntut satu pilihan raya yang bersih.

“Perhimpunan yang hendak diadakan ini lebih kurang seperti himpunan Bersih yang diadakan sebelum ini, sedangkan kita tahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menjawab lapan tuntutan mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin dan majlis penyampaian cek bantuan membaiki rumah nelayan dalam kawasan Parlimen Batu Pahat, di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Suloh di sini hari ini.

Kerajaan Selangor Diingatkan Jangan Pandang Rendah Desakan Pembeli Rumah PKNS

Posted: 06 Oct 2012 07:02 AM PDT

TANJONG KARANG, 6 Okt – Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

“Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)… kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

“Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu,” katanya selepas merasmikan Mini Karnival Produk Pertanian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas demonstrasi lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20 Shah Alam baru-baru ini, yang meminta PKNS melupuskan hutang pembeli kediaman terbabit bernilai RM19 juta.

Noh berkata jika kerajaan Selangor boleh menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad bernilai RM392 juta, mereka juga sepatutnya turun padang membantu mengambil alih hutang penduduk berpendapatan rendah di negeri ini.

Negara Jiran Bekerjasama Hadapi Krisis Ekonomi – Ahmad Husni

Posted: 06 Oct 2012 02:06 AM PDT

IPOH, 6 Okt – Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Malaysia perlu saling bekerjasama dengan negara jiran bagi mengukuhkan perpaduan dalam mengharungi krisis ekonomi dunia semasa.

Ahmad Husni berkata dalam konteks globalisasi dan permasalahan dunia sekarang, negara berjiran perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memperkukuh negara bagi mengharungi cabaran semasa.

“Menerusi kerjasama, kita dapat bertukar-tukar pendapat mengenai kegiatan ekonomi di negara masing-masing, seperti lawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, ke kawasan Parlimen Tambun hari ini,” kata Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun kepada pemberita pada program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun.

Beliau berkata sudah menjadi hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerjasama antara Malaysia dan Singapura, terutama dalam aspek ekonomi, dipertingkatkan.

“Di Wilayah Iskandar Johor, banyak pelaburan dari Singapura berikutan hubungan baik antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata lawatan kerja Tharman, yang juga Anggota Parlimen Kawasan Wakil Rakyat Berkumpulan (GRC) Jurong (Singapura), ke Tambun, membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pengalaman mengenai kegiatan ekonomi antara kedua-dua kawasan itu.

Sementara itu, Tharman menyifatkan program komuniti antara kedua-dua negara dapat dilaksanakan menerusi program kerjasama sesama pemimpin dan sukarelawan.

“Pemimpin komuniti secara sukarela datang ke Tambun untuk mempelajari dan bertukar-tukar pengalaman bagi mewujudkan pembangunan komuniti yang kukuh. Datuk Husni melaksanakannya di Tambun, dan saya akan cuba aplikasikasinya di kawasan saya di Jurong,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan Pusat Khidmat Bergerak Tambun merupakan idea kreatif dan akan cuba mempraktikkannya di Singapura.

“Saya sudah menyaksikan sendiri inisiatif menarik di Tambun, termasuk khidmat bergerak. Tambun lebih besar berbanding kawasan saya, dan pusat khidmat bergerak itu merupakan kaedah yang sangat kreatif dan menarik bagi membawa perkhidmatan kepada rakyat dan menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Tharman dan isteri Jane Ittogi Tharman bersama 77 anggota delegasi yang terdiri daripada ketua-ketua komuniti dari kawasan Parlimen Jurong, melawat Perak semalam dua hari mulai semalam.

Tharman turut melawat Kebun Limau Tambun, menghadiri program bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Ulu Kinta serta menghadiri jamuan malam dan persembahan kesenian dan kebudayaan.

Women’s Support For BN On The Rise, Says Shahrizat

Posted: 06 Oct 2012 01:59 AM PDT

ROMPIN, Oct 6 – Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil today said that women’s support for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Barisan Nasional (BN) has been rising over the years.

She said it was revealed through the findings of a recent attitude survey conducted on women in both urban and rural areas.

“Although the women’s support for the prime minister and BN has been on the rise, we cannot take it for granted. We have to continue taking care of them and their wellbeing,” she told reporters after launching Rompin Wanita Umno ‘Salam Sayang’ programme here today.

Shahrizat said the various women empowerment programmes implemented by the government to help the women, such as the Sayang Squad and 1Azam, had also contributed to the increase in women’s support for the country’s leadership.

She said the 1Azam programme was also proven effective in taking single mothers and their families out of poverty and earning twice as much income.

“Thanks to the government’s aid and concern, the women, who used to make money by sewing clothes at home, can now open their own tailoring shops,” she said.

Shahrizat, however, did not disclose the percentage of increase in the support for Najib and BN.

Malaysian Economy More Balanced Now With Less Reliance On FDIs, Says PM

Posted: 06 Oct 2012 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 6 – The Malaysian economy is more balanced now and not relying as heavily on foreign direct investments (FDIs) as in the past to sustain, especially in the midst of strong global headwinds, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

During the CNBC Conversation with Najib Razak television programme, which was aired today, he said this year will not only see significant FDIs numbers but also domestic investment.

“This year will also be good…may not be as good as last year but it will be quite a strong performance in terms of foreign direct investment as well as domestic investment which is very interesting because in the past, we’ve relied quite heavily on foreign direct investment but now we see more in balance now,” he said in the 30-minute programme which was hosted by Martin Soong.

Najib, who is also the Finance Minister, said last year was a bumper year for the domestic economy in terms of FDIs compared with the last ten years.

This strongly reflected foreign investors’ confidence in Malaysia, he said.

It was a commendable performance and marvelous turnaround in difficult times especially with the country facing very strong global headwinds, he said.

Last year, FDI inflow into Malaysia increased 12.3 per cent to RM32.9 billion compared with RM29.3 billion in 2010, with the manufacturing sector accounting for 50.1 per cent of the FDI flow.

During the programme, Najib said apart from reducing the budget deficit, the government would have to be responsible by assessing and addressing basic core issues concerning the people such as cost of living, housing and education and transportation and health.

The prime minister said in a modern day democracy, serving the people was the fundamental principle of democracy.

“So as a responsible government, and a government that cares for the people, we have to address those issues. But at the same time Martin, we must be fiscally responsible. I like that.

“You know, I don’t want to throw caution to the wind and I don’t want to be tempted in a pre-election year or pre-election budget as I said, to just dish out as much as we could possibly do even to the point of increasing our deficit,” he said.

In his Budget 2013 presentation on Sept 28, Najib said the government was committed to reduce budget deficit to four per cent next year and three per cent by 2015.

“And beyond that, I would like for us to achieve a budget surplus if possible. But I’m not going to make a firm commitment yet. I want to get to 2015 first.”

Najib also pointed out that the increased tax collection last year had enabled the government to manage in giving out assistance to the people while maintaining the budget deficit at manageable level.

Pertukaran Datuk Bandar PJ Proses Biasa Kenaikan Pangkat Pegawai Kerajaan – KSN

Posted: 06 Oct 2012 01:42 AM PDT

PETALING JAYA, 6 Okt - Arahan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa Isnin lepas merupakan proses biasa yang berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, ini kerana Mohamad Roslan masih lagi berkhidmat di dalam negeri Selangor dan pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat.

“Pertukaran pegawai persekutuan ini, ia berlaku dalam negeri sama ada dari negeri-negeri tertentu ke jabatan persekutuan atau pertukaran di dalam negeri berkenaan sahaja…ini perkara biasa,” katanya selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ 2012′ di sini, Sabtu.

Ali mengulas kenyataan pihak tertentu yang mengatakan beliau membelakangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya itu.

Media pada Rabu turut melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju untuk menangguhkan selama sebulan pertukaran Mohamad Roslan ke jawatanbarunya bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Ali, keputusan penangguhan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa terdapat penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi mendapatkan maklumat rahsia negara, Ali berkata, beliau akan mengarahkan JPA untuk menjalankan siasatan.

“Oleh kerana ianya masih dakwaan, saya akan minta JPA dan lain-lain agensi untuk melihat sama ada dakwaan seperti ini benar atau tidak. Jika ada kebenaran tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terlibat” katanya.

PM : Malaysia Masih Teguh Terima Pelaburan Asing

Posted: 06 Oct 2012 01:39 AM PDT

KERTIH, 6 Okt –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia masih berada pada landasan yang teguh dalam menerima pelaburan langsung asing (FDI) walaupun persekitaran ekonomi global dilihat tidak menentu.

Perdana Menteri berkata, bagi suku pertama tahun 2012, negara mencatat kemasukan FDI bernilai RM13 bilion.

“Jelas terbukti bahawa para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan utama,” katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Loji Biometionina dan Tiokimia bersepadu di Taman Biopolimer Kerteh, di sini.

Projek bernilai RM2 bilion yang terletak di kawasan seluas 70 hektar itu merupakan projek kerjasama antara CJ CheilJedang dari Korea dan platform biokimia Arkema dari Perancis, yang bakal beroperasi pada Disember 2013.

Fasiliti bersepadu adalah yang pertama di dunia menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan.

Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) merupakan rakan kerjasama dalam menarik pelaburan itu ke Malaysia dan merealisasikan pelaksanaannya di Taman Biopolimer Kertih.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk seri Ahmad Said, ketua Pegawai Eksekutif CJ CheilJedang Kim Chu Ha dan Naib Presiden Eksekutif Arkema, Marc Schuller.

Najib berkata, pelaburan itu membuktikan keyakinan mereka terhadap negara ini sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.

“Apabila kerajaan menerima pelaburan asing masuk ke negara ini, selain daripada meningkatkan ekonomi negara, kerajaan juga akan juga menimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima ini dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

“Manfaat dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat,” katanya.

Mengenai projek bio-metionina, Najib berkata, loji itu merupakan kemudahanpertama seumpamanya di dunia yang memproses penapaian dalam menghasilkan L-metionina.

“Saya bangga disebabkan projek ini juga merupakan pelaburan utama pertama oleh syarikat industri bioteknologi antarabangsa dalam negara, yang akan meletakkan Malaysia setanding pengeluar dan pengeksport suapan lain serta membuktikan bahawa sudah muncul sebagai penggiat utama dalam forum inovasiglobal,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Taman Biopolimer Kertih juga merupakan antara projek penting di zon ekonomi khas ECER, penumpuan projek berimpak tinggi dari Kertih di Terengganu ke Kuantan Pahang, yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di ECER.

“Saya difahamkan bahawa usaha sama antara CJ dan Arkema sahaja diunjur menjana pendapatan negara kasar (PNI) sebanyak RM11.1 bilion menjelang 2020 dan RM20 bilion nilai jualan, selain menyediakan 500 peluang pekerjaan, kebanyakannya untuk penduduk tempatan,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata, kompleks biopenapisan itu dijadualkan beroperasitahun depan, menggunakan tenaga boleh baharu daripada biojisim.

“Projek ini dijangka menjana PNI mulatif sebanyak RM20.4 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 2,500 pekerjaan untuk Malaysia. Dengan unjuran FDI sebanyak RM7 bilion, kompleks seluas 1,000 hektar itu dijangkakan diduduki lapan pengusaha bioteknologi global menjelang 2015,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...