Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


SIASAT SEGERA!! - SUARAM SOGOK AS$100 JUTA PEGAWAI KERAJAAN TUTUP KES 'AGEN SOROS'..?

Posted: 04 Oct 2012 11:39 PM PDT




Cuepacs meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.

"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada AS$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.

Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan.


FITNAH RAPID - PARLIMEN KECOH NURUL IZZAH NAK 'TUMBUK' AZALINA..!!

Posted: 04 Oct 2012 02:09 AM PDT




Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah  projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.
Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia itu juga mengesahkan bakal mengheret Mazlan Aliman ke Mahkamah dengan menyerahkan bidang kebijaksanaan peguamnya sebagai langkah susulan.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...