UMNO Online - “Rapatkan Saf Barisan, Teruskan Perjuangan Mulia Untuk Agama, Negara Dan Rakyat” plus 1 more |
Rapatkan Saf Barisan, Teruskan Perjuangan Mulia Untuk Agama, Negara Dan Rakyat Posted: 18 Aug 2012 10:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh ahli UMNO merapatkan saf barisan dan meneruskan perjuangan yang mulia ini untuk agama, negara dan rakyat yang tercinta. Justeru beliau meminta agar ahli UMNO tidak tawar hati apatah lagi putus asa di dalam menegakkan kebenaran dan perjuangan yang hak. "Jangan sekali-kali membenarkan fitnah serta tohmah melemahkan semangat kita. Jika kita tidak bersyukur, alpa, bersengketa dan memilih jalan yang salah, maka apa yang kita nikmati selama ini akan hilang. "Kuatkan pegangan kita terhadap perjuangan. Tidak ada sebarang makna buat parti kita yang telah membuktikan keupayaannya mentadbir negara selama 55 tahun, yang telah membangun dan memajukan negara ini jika kita tewas dalam medan ujian sebenar kesan dari tindak tanduk kita yang membelakangkan parti dan mengutamakan kepentingan peribadi", katanya. Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online dalam perutusan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri 2012. Jelas beliau lagi selama sebulan menunaikan ibadah puasa umat Islam telah melalui proses jihad melawan hawa nafsu dan muhasabah diri. "Diharapkan kedua-dua elemen jihad dan muhasabah ini akan melahirkan individu yang lebih bersyukur, kental jati dirinya dan prihatin terhadap jerih perih mereka yang kurang bernasib baik. "Teruskanlah amalan tradisi Syawal membuka pintu rumah dan pintu hati kita. "Akhir kata, saya bagi pihak kepimpinan UMNO mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon kemaafan zahir dan batin atas segala kekhilafan yang berlaku kepada semua ahli UMNO seluruh negara", ujarnya. - MediaUMNO |
Kekalkan Semangat Kerjasama, Perpaduan dan Pengorbanan Posted: 18 Aug 2012 10:00 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Ogos – Rakyat digesa mengambil iktibar daripada kehadiran bulan Ramadan untuk memupukkan semangat kerjasama, perpaduan dan pengorbanan dalam membangkitkan rasa kesedaran dan tanggungjawab. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rasa kesedaran dengan lebih mendalam perlu ada kepada setiap hati rakyat untuk terus berjuang demi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara. "Semangat itu bukan sahaja hanya perlu kekal pada bulan ini (Ramadan dan Syawal) sahaja dalam masa mengadakan sambutan tetapi pad setiap masa supaya wujud semangat persefahaman supaya perjuangan UMNO terus kekal," katanya. Beliau turut mengingatkan supaya tidak lupa kepada ulang tahun kemerdekaan negara yang turut sama di sambut dengan sambutan Aildil Fitri. "Kita jangan lupa dengan kemerdekaan kita, semangat perjuangan di kalangan pejuang-pejuang kemerdekaan perlu terus diingati dan dihormati," katanya. Muhyiddin berkata, suasana kehidupan yang dinikmati oleh rakyat sekarang perlu dikekalkan, dan untuk bagi memastikannya berkekalan, semangat perpaduan, kerjasama dan persefahaman perlu dipertahankan kepada semua rakyat. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment