UMNO Online - “Akta Keterangan Perlu Tafsiran Lebih Jelas Untuk Elak Kekeliruan” plus 7 more

UMNO Online - “Akta Keterangan Perlu Tafsiran Lebih Jelas Untuk Elak Kekeliruan” plus 7 more

Link to UMNO Online

Akta Keterangan Perlu Tafsiran Lebih Jelas Untuk Elak Kekeliruan

Posted: 23 Aug 2012 10:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Kekecohan yang ditimbulkan pengguna Internet baru-baru ini berhubung Seksyen 114A Akta Keterangan, mencetuskan gelombang yang agak besar, terutama berkaitan tanggapan bahawa seseorang yang namanya tertera pada sesuatu penerbitan adalah pemilik atau pengendali yangmenyiarkan kandungan berkenaan.

Peruntukan yang termaktub di bawah Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012mengundang banyak perbahasan, termasuk dalam kalangan penggubal dasar daripadapihak kerajaan dan pembangkang.

Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan pada 31Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau nama samarannyatertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia adalah pemilik, hos,pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang, yang dalam apa jua caramenyebabkan penyiaran atau penyiaran semula sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.

Pindaan itu juga merujuk kepada sesiapa sahaja, yang mempunyai kuasa atau kawalan terhadap komputer yang menjadi sumber asal tersiarnya sesuatu penerbitan itu, dianggap orang yang menerbitkan atau menerbitkan semula kandungan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.

Antara pendapat negatif yang dilontarkan para pembahas ialah kerajaan cuba menyekat kebebasan Internet hingga sanggup menuduh bahawa undang-undang yang diperkenalkan itu boleh ‘mengembalikan negara ini ke Zaman Pertengahan’.

Bagi yang menyokong pindaan itu pula, mereka berpendapat beban pembuktian kini beralih ke bahu pengguna Internet dan ini sudah pasti membantu pihak yang menguatkuasakan undang-undang dalam mengesan penyiaran kandungan yang menyalahi undang-undang.

Seorang pengamal ICT terkenal Azli Paat berkata undang-undang yangdiperkenalkan itu adil kerana keadaan sebelum ini tidak dapat mencegah seseorangdaripada menyamar sebagai orang lain di ruang siber.

Ketiadaan peruntukan yang diperkenalkan itu juga menyukarkan pihak penguatkuasa menahan dan mendakwa orang sebenar yang melanggar undang-undang kerana tiada siapa yang akan mengaku melakukan tindakan yang tidakbertanggungjawab, katanya kepada Bernama.

Azli berpendapat sekiranya undang-undang itu tidak dilaksanakan sekarang, lambat laun, ia perlu juga dilaksanakan memandangkan jenayah siber yang terus meningkat.

Bagaimanapun, Azli, yang juga presiden Persatuan Penyedia Kandungan Mudahalih Malaysia (MMCP), berkata pihak berkuasa perlu memberi tafsiran lebih jelas tentang undang-undang itu kerana ketika ini ia dilihat bersifat terlalu umum.

“Undang-undang ini dipandang negatif oleh kebanyakan orang kerana ia menghimpunkan semua pengguna Internet di bawah satu peraturan.

“Malah, ia perlu lebih spesifik kerana ketika ini, Seksyen 114A dilihat lebih melindungi mereka yang dianggap mangsa. Bagaimana pula dengan pemilik akaun yang sebenarnya menjadi mangsa? Sebagai contoh, seseorang yang digodam atau diceroboh akaunnya?” tanya beliau.

Azli mencadangkan agar subseksyen kepada seksyen utama perlu diwujudkan untuk memberi pelindungan kepada pemilik akaun media sosial seperti blogspot, Twitter atau Facebook, pengulas (individu yang menampal komen) dan mereka yang menampal semula atau mentweet semula sesuatu kandungan.

Beliau berkata ini bertujuan melindungi hak pemilik sesuatu akaun kerana ketika ini, seseorang pemilik blog tidak mempunyai kawalan terhadap komen yang diberi.

Katanya kerajaan perlu memberi penerangan secara lebih meluas kepada orang ramai tentang perlunya undang-undang seperti itu diperkenalkan kerana segala apa yang ditimbulkan oleh pengguna Internet pada 14 Ogos adalah berpunca daripada kegagalan mereka memahami sepenuhnya Seksyen 114A.

“Saya berpendapat sekiranya langkah diambil untuk meningkatkan kefahaman orang ramai dan melindungi hak mereka, orang ramai boleh menerimanya,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak berasa takut dan mengelak daripada berkongsi maklumat serta pendapat mereka secara dalam talian berikutankehadiran undang-undang itu.

Anehnya, penggubal undang-undang dari pihak kerajaan dan pembangkang sendiriyang meluluskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Mengulas perkara ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dapat dielak sekiranya Anggota Parlimen meneliti rang undang-undang berkenaan ketika ia dibentang untuk perbahasan.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab dan tugas Anggota Parlimen untuk meneliti sesuatu rang undang-undang yang dibentang di Parlimen.

“Sepatutnya, semua Anggota Perlimen meneliti dengan sepenuh hati setiap rangundang-undang yang dibawa ke Parlimen, membincangkannya daripada pelbagai aspekdi luar Dewan, sebelum membahaskannya.

“Mereka sepatutnya mengkaji secara serius kesan rang undang-undang itu terhadap sosiopolitik dan ekonomi sebelum berbuat demikian (membahas danmeluluskan rang undang-undang itu),” katanya.

Wan Junaidi berkata sebelum undang-undang itu dipinda, kerajaan atau Anggota Parlimen biasa perlu mengemukakan notis dan deraf pindaan kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk dibentangkan.

Beliau berkata usul yang dikemukakan kerajaan selalunya diberi keutamaan,berbanding yang dikemukakan Anggota Parlimen.

Sementara itu, Khaw Veon Szu, bekas pengarah eksekutif Institut Sedar, sebuah kumpulan pemikir tempatan, berkata beliau yakin undang-undang berkenaan boleh dikaji semula dan dibuat pelarasan yang diperlukan bagi menambah baik pelindungan yang diberi terhadap hak pengguna Internet.

“Saya berpendapat kebimbangan yang disuarakan berhubung isu ini ada kewajarannya. Memandangkan kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan tadbir urus yang baik, maka wajarlah ia menelitinya semula. Tidak ada ruginya,” kata Khaw yang juga seorang peguam.

Beliau juga mencadangkan agar pihak berkuasa menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji semula undang-undang itu secara lebih holistik dan mendapatkan pandangan profesional daripada orang ramai serta pemegang kepentingan lain.

MCA Objects To Bus Shelters In Front Of Ong Kongsi Heritage Building

Posted: 23 Aug 2012 10:27 AM PDT

GEORGE TOWN, Aug 23 – Penang MCA today pointed out that the state government’s announced intention to build two covered bus shelters in front of the Ong Kongsi in Penang Road violated a condition of the Penang Island Municipal Council (MPPP).

The party’s Komtar state constituency coordinator, Loh Chye Teik, said the MPPP prohibited the construction of structures in front of heritage buildings following the declaration of George Town as a World Heritage Site.

“The bus shelters will block a full view of the (Ong Kongsi) heritage building,” he told reporters.

Last week, Komtar state assemblyman Ng Wei Aik announced that two covered bus shelters would be built at a cost of RM90,000 in front of the Ong Kongsi, a heritage building constructed in 1918.

However, the Ong Kongsi committee members have objected to the construction of the bus shelters and have threatened legal action if the state government went ahead with the project.

Loh said Ng did not have the authority to make the announcement as the Komtar assemblyman was not an MPPP officer and his action was seen as having violated the MPPP condition.

He said the Ong Kongsi had permitted the authorities to use the designated site for a pedestrian route and the state government should heed the advice.

As such, he urged the MPPP authorities to object to the decision.

M’sia Should Emulate Australia On Cigarette Packaging – CAP

Posted: 23 Aug 2012 10:20 AM PDT

GEORGE TOWN, Aug 23 – Malaysia should emulate Australia which is the first country to introduce a law on cigarette packaging, said the Consumers Association of Penang (CAP) today.

CAP president, S.M. Mohamed Idris said the move made by Australian Prime Minister Julia Gillard was bold in the interest of the people and country despite criticisms from giant tobacco companies.

“It should be practiced in the country because it is reported that more than 10,000 people die due to cigarette smoking each year,” he said in a statement.

The law under the “Tobacco Plain Packaging Act 2011″ to be effective in Australia in December required that no logo is displayed on the cigarette box which would be replaced with a health warning.

Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 Akan Terus Kekal Demi Kepentingan Rakyat

Posted: 23 Aug 2012 10:14 AM PDT

KUALA KANGSAR, 23 Ogos – Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang dibentangkan di Parlimen pada April lepas hebat diperkatakan dalam laman sesawang, akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk melindungi rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara.

Mohamed Nazri berkata beliau tidak boleh memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili rakyat yang telah memilih beliau.

“Saya tidak teragak-agak untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen pada bulan April kerana saya fikir bahawa pindaan itu adalah untuk keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.

Beliau berkata perkara itu juga tidak mendapat tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut dibahaskan di Parlimen.

“Perkara ini telah dibentang pada April lepas dan telah dibahaskan selama 4 jam dan saya telah menjawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang. Mereka (pembangkang) tidak menentang habis-habisan perkara ini kerana mereka juga berpotensi menjadi mangsa,” katanya.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet.

Mengulas mengenai laman sosial facebook yang kononnya Pemuda UMNO memaparkan poster berbaur hasutan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, beliau menjelaskan bahawa Seksyen 114A bukan merupakan satu kesalahan.

Cadangan Undang-Undang Cegah Lompat Parti Hanya Sandiwara Politik DAP

Posted: 23 Aug 2012 10:07 AM PDT

PETALING JAYA, 23 Ogos – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menyelar DAP yang bercadang meminda perlembagaan negeri Pulau Pinang bagi menyekat perbuatan melompat parti, dengan berkata cadangan itu hanya sandiwara politik DAP.

Beliau yang mempersoalkan keikhlasan DAP tentang perkara itu, berkata DAP amat menyedari cadangan berkenaan tidak akan mendapat kelulusan dewan undangan negeri dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang tidak menyekat kebebasan politik mana-mana individu.

Kata beliau sekiranya DAP benar-benar komited untuk mencegah perbuatan melompat parti, mereka boleh berbuat demikian dengan meminda perlembagaan parti.

“Meminda perlembagaan parti adalah jalan paling mudah. Pindaan boleh dibuat dengan mudah dan katakan saja parti itu tidak akan menerima mana-mana ‘katak politik’ dan jika mereka (pelompat parti) melompat, mereka tidak akan ditawarkan sebarang kerusi.

“Senang saja dan habis cerita! Kenapa perlu pergi ke dewan undangan negeri? Akhirnya, anda buat gamat, menarik perhatian, tapi tidaklah semulia seperti yang cuba digambarkan DAP,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan ganjaran kewangan oleh The Star Publications (M) Berhad kepada atlet Olimpik kebangsaan Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pamg, di sini.

Lee yang menang pingat perak bagi acara badminton dan Pandelela yang meraih gangsa menerusi acara terjun pada sukan Olimpik London baru-baru ini, diberi ganjaran RM100,000 seorang.

Dr Chua berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membentangkan undang-undang menghalang perbuatan melompat parti di dewan undangan negeri.

Sambil menyebut beberapa perbuatan melompat parti sejak 2008, termasuk dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 Sept 2008 kerana ramai anggota parlimen Barisan Nasional (BN) akan berpaling tadah, Dr Chua berkata selama ini DAP memang menyokong perbuatan melompat parti.

Katanya DAP menerima dua bekas pemimpin UMNO ke pangkuannya awal tahun ini, malah menjanjikan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Dalam kes terbaru, dua bekas pemimpin BN Sabah juga menyertai pembangkang, tetapi DAP hanya membisu,” katanya merujuk kepada Anggota Parlimen Beaufort yang juga Pengerusi BN Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), yang meninggalkan BN bulan lepas untuk menyokong pembangkang.

“Sekiranya DAP ikhlas menentang perbuatan melompat parti, mereka tidak sepatutnya menerima orang yang melompat parti sejak mula lagi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Chua menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu dan memberi sokongan kepada atlet negara dalam usaha mereka meraih kejayaan lebih cemerlang untuk Malaysia.

“Jika ahli politik tidak dapat menyatukan semua rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya anda berdua telah membantu menyatupadukan semua rakyat Malaysia.

“Janganlah kita biarkan politik memecah belahkan kita,” katanya.

Pas Perlu Nyatakan Pendirian Berhubung Hukum Hudud, Bukan DAP

Posted: 23 Aug 2012 09:58 AM PDT

KOTA BAHARU, 23 Ogos - Pas yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu berkata Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang, perlu tegas denganpendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

“Yang penting hari ini, Pas perlu buat pendirian, bukan DAP yang buat pendirian. Orang Malaysia sudah tahu daripada dahulu lagi DAP tolak negara Islam, tolak hudud.

“Yang silapnya Pas pergi terima DAP buat apa,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka anjuran UMNO Parlimen Kota Baharu di sini, Khamis.

Akhbar hari ini melaporkan timbalan ketua pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara iniseperti hukum hudud.

Nik Abduh dilaporkan berkata kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam yang cuba dilaksanakan Pas jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Mohamad Fatmi berkata Pas juga sepatutnya membuat pendirian sama ada masih mahu kekal bersama pakatan pembangkang selepas kenyataan mereka berhubung penubuhan negara Islam dilihat sering ditolak DAP.

Mengenai kesesakan lalu lintas di negeri ini menjelang Aidilfitri, Mohamad Fatmi berkata UMNO merancang untuk membina Lebuhraya Kota Baharu-Gua Musang jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Ini adalah perancangan kepimpinan UMNO Kelantan. Kami akan membina lebuhraya ini dan tidak akan membebankan rakyat untuk memberi sumbangan,” katanya.

Jangan Terpedaya Janji Baru Anwar Untuk Sabah – Herbert Timbun

Posted: 23 Aug 2012 09:52 AM PDT

KOTA BELUD, 23 Ogos – Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Herbert Timbun Lagadan berkata rakyat Sabah seharusnya bijak menilai sejarah dan latar belakang ketua pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan.

Beliau yang juga ketua bahagian PBS Kadamaian berkata Anwar bukan sahaja gagal menunaikan janji 100 hari untuk memajukan Sabah dahulu, tetapi beliau juga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu mencapai agendanya untuk berkuasa.

“Inilah Anwar yang sanggup janji apa sahaja, dan kini beliau datang ke Sabah dengan pelbagai janji baharu dengan harapan rakyat Sabah akan terpikat,” katanya dalam ucapan pada mesyuarat tahunan PBS bahagian itu, yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Gopog Taginambur, dekat sini hari ini.

Herbert yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kedamaian berkata semasa presiden PBS (Pairin) memperjuangkan peruntukan yang lebih besar untuk Sabah pada suatu ketika dulu, Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu ‘menggelar’ Pairin sebagai antiKuala Lumpur dan anti persekutuan.

“Oleh itu, adalah penting bagi rakyat dan generasi muda untuk mengenal siapa sebenarnya ketua pembangkang itu,” katanya.

Beliau berkata golongan muda harus melihat sejarah perjuangan PBS yang tidak pernah berubah dan memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Herbert berkata keyakinan rakyat terhadap perjuangan PBS masih kuat dan utuh di kawasan itu, sekaligus menjadi penyumbang utama kemenangan BN di kawasan Kadamaian dan Parlimen Kota Belud.

Kerajaan Persekutuan Bantu Selesai Masalah Air Bersih Di 20 Lagi Kawasan Di Kelantan

Posted: 23 Aug 2012 09:46 AM PDT

KOTA BAHARU, 23 Ogos – Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan sedang mengenal pasti 20 kawasan di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah untuk pemasangan alat penapis air bagi memproses air dari sumber sungai dan telaga.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kos pemasangan alat penapis di kawasan terbabit dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menambah peruntukan bagi pemasangan alat penapis tersebut kerana prihatin dengan nasib penduduk di kawasan terbabit yang berada di tahap kritikal untuk mendapatkan air bersih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga JPP Kelantan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera mengatasi masalah bekalan air bersih di Kampung Derdap di Tumpat dan Kampung Kubang Bemban di Pasir Mas, dengan memasang alat penapis yang setiap unit berharga RM95,000 bagi memproses air telaga.

Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata langkah segera Kerajaan Persekutuan itu berikutan bekalan air bersih yang dibekalkan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kepada penduduk di kawasan terbabit tidak mencukupi.

Beliau berkata maklum balas penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang menunjukkan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang berjaya mengatasi masalah mereka dalam tempoh singkat dan dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa.

“Pemasangan alat penapis air ini adalah penyelesaian jangka pendek untuk  membantu penduduk yang terlibat manakala penyelesaian jangka panjang kita serah kepada kerajaan negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai komitmen tinggi untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan tanpa ‘pilih bulu’ walaupun di kalangan mereka memiliki fahaman politik yang berbeza.

Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan tomahan daripada pihak tertentu, Kerajaan Persekutuan terus membantu membangunkan negeri ini dalam semua bidang supaya rakyat hidup makmur, aman dan harmoni, katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...