tun faisal dot com

tun faisal dot com


Produk baru Pemuda BN, BN Youth CyberTeam dilancar hari ini oleh YB @KhairyKJ

Posted: 07 Aug 2012 06:00 PM PDT




Hari ini pada jam 1 petang, Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan melancarkan satu lagi produk terbaru Pemuda BN, iaitu Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam. Ini merupakan inisatif Pergerakan Pemuda BN untuk menyediakan platform parti bagi menyelaraskan dan mengkoordinasikan gerakan siber Barisan Nasional bagi menghadapi PRU13.

Sebelum ini tidak ada platform rasmi bagi mengkoordinasikan semua inisiatif jentera siber Pergerakan Pemuda BN. Walaupun begitu kerjasama di antara Pergerakan Pemuda UMNO, dengan parti komponen melalui jentera sibernya Unit Media Baru (UMB) telah berlaku secara tidak formal sejak sebelum Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor lagi atas inisiatif UMB dan Ketua Penerangan MIC ketika P. Kamalanathan. 

Selepas itu terdapat sejumlah program yang dilaksanakan secara bersama oleh UMB dan jentera siber parti komponen, termasuk mengkoordinasikan gerakan perang siber bersama-sama parti-parti  komponen BN di Sarawak dan Pergerakan Puteri UMNO sebagai langkah untuk persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak bermula sejak Jun 2010 lagi sehinggalah sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian pada bulan April 2011. 

Seperti yang kita semua ketahui, Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) merupakan unit yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diberi tanggungjawab oleh PPUM untuk meningkatkan kesedaran di kalangan jentera UMNO mengenai pengunaan media baru / sosial agar penyampaian maklumat dan pendampingan (engagement) dengan golongan muda yang terdedah dengan media ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Peranan Unit Media Baru (UMB) PPUM sejak penubuhannya adalah :-
i. Terlibat mengendalikan perang siber bagi pihak parti UMNO dan BN di setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak PRK Manek Urai sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 
ii. Menganjurkan program-program kesedaran dan penggunaan media siber serta latihan perang siber untuk jentera siber, ahli dan penyokong UMNO
iii. Menganjurkan program-program berbentuk engagement dengan golongan muda dan masyarakat
iv. Terlibat membantu penyebaran maklumat dalam operasi-operasi khas seperti Bersih, 901, Lynas, Persidangan Meja Bulat PTPTN, Himpunan Jutaan Belia 2012, 1M4U dan sejumlah lagi operasi khas
v. Terlibat dalam wacana, forum, dialog, wawancara berkaitan media sosial dan penggunaannya, termasuk juga di saluran media seperti di ASTRO Awani, RTM, Radio BFM, Radio Bernama dan Antara Pos.

Sepanjang penubuhannya sejak tahun 2009, UMB telah terlibat dalam 117 program di seluruh negara. Selain itu, UMB juga telah terlibat dalam 9 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta mengendalikan 29 program latihan, 25 program 'engagement' dengan golongan muda, 12 operasi khas dan 27 program bual bicara di media arus perdana dan online.

Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam mempunyai peranan yang sedikit berbeza dengan UMB. YB Khairy akan memaklumkannya pada hari ini ketika majlis pelancarannya. Pada waktu yang sama, UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus melaksanakan tugasnya untuk menyampaikan maklumat dan menangkis fitnah Pakatan Pembangkang demi memartabatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara sehingga ia dibubarkan nanti apabila tamat kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia penggal ini.

`Press Freedom' ala Guan Eng - Siapa nak duit?

Posted: 07 Aug 2012 02:22 PM PDT

Seronok la jadi bloggers dan cybertroopers di Pulau Pinang sekarang. Balun dan puji Guan Eng dan dapat duit? Blogger Jai Just Read ada ceritanya... 


LGE's 'shut up' fund

Good news from Penang!

Journalists, bloggers, Twitters and FB surfers who want to make 'fast money', can try this out.

Jot or post anything bad about the state government, about chief minister Lim Guan Eng or about Pakatan Rakyat, you can be assured of something in return, at least a few thousand ringgit if you are asked to put a stop to it.

It will be more rewarding if you reverse your jotting and posting into something 'positive'.

However, you must be someone recognised as a member of the media, 'orang surat khabar', TV journos, pixmen with the mainstream newspapers and bloggers with good number of followers. It applies for Twitters and FB too.

The DAP-led Penang State Government is very smart in its news control. Apart from banning Utusan Malaysia and the New Straits Times, they also monitor Guang Ming Daily.

I believe they have a big fund to 'buy' these people, especially bloggers and Twitters. From where the money comes, is fully classified but with all the development projects on the island now - including the hill slope - it comes from many sources.

Lim had in July tried to invite The Star media boss Datuk Seri Wong Chun Wai for a 'special meeting' about the hill slope projects in Penang but the latter was smart enough to detect and smell the big fish on the CM's desk.

Ooppsss.... someone may ask about the money spent by BN government for its new media. Yes, there is but the government had never dictated them, let alone banned any publication like Rocket, Harakah, Mkini, Malaysia Chronicle and others.

But Lim Guan Eng is no pro. On top his 'freedom the the Press' slogan, he and his PR comrades are flexing their muscles on the media players, imposing the 'dos and donts' on them, dictating the kind of news and demanding this and that.

Call it the 'shut up fund' if you may but its really working well for him and the state government. Just wonder how much was paid and how many recipients had enjoyed it!

'Memang hebat!'


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...