Manifesti Pakatan Kelenting Rakyat Selangor, Penduduk pangsapuri berdemo

PETALING JAYA - Penduduk pangsapuri Mentari Court di sini semalam mengadakan demonstrasi aman mendesak kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk memberikan air percuma kepada setiap rumah di Selangor seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.
 
Melalui demonstrasi itu, penduduk memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tersebut.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mentari Court, Kamarul Azman Kamarudin berkata, pihaknya juga menuntut ganti rugi sebanyak RM570 untuk setiap isi rumah yang tidak pernah mendapat subsidi air sejak Ogos 2008.
 
"Kami telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut tunggakan subsidi air sebanyak RM1.1 juta bagi penghuni di 1,892 unit rumah yang menggunakan meter pukal di pangsapuri berkenaan.
 
"Jika kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu ini dalam tempoh seminggu, kami akan mengambil tindakan mahkamah kerana subsidi tersebut perlu diberi secara adil tanpa diskriminasi," katanya.
Turut hadir, peguam mewakili JMB, Hasnal Rezua Merican dan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...