Kitab Terbaru Pas - Al-Jingga

KUALA LUMPUR 25 Julai – Politik retorik yang melingkari perjungan Pas sejak akhir-akhir ini seolah-olah tidak boleh dipisahkan lagi. Bak kata pepatah bagai irama dengan lagu dan bagai aur dengan tebing.
Hakikat itu boleh dilihat sekali lagi hari ini apabila mereka sendiri mengakui wujud perbezaan pendapat dengan DAP berhubung dasar negara Islam dan hukum hudud, namun masih setia menjunjung Buku Jingga yang dikatakan teras kepada part-parti pembangkang. Sedangkan di dalam buku jingga tidak dimasukkan negara Islam mahu pun hukum hudud.
 
Mengulas mengenainya aktivis UMNO, Datuk Hj Zainal Abidin Sakom berkata itulah politik sebenar Pas yang jika dilihat secara luaran cukup meyakinkan dan boleh memberi keyakinan kepada umum untuk bersama dengan mereka.
Namun jika dilihat secara teliti dan mendalam kata beliau lagi, Pas seolah-olah penuh dengan hipokrit dan seperti yang diperkatakan umum, Pas hari ini bakal terperangkap dengan perjuangan retorik mereka sendiri.
"Pas dilihat bukan sahaja 'kluk-klek' tentang perjuangan malah mungkin akan  terperangkap dengan gaya politik retorik mereka gara-gara untuk mencapai cita-cita menawan Putrajaya bersama sekutunya dengan berpaksikan kepada Buku Jingga.
"Yang menghairankan saya mereka mengakui wujud perbezaan pendapat berhubung negara Islam, Hukum hudud tetapi boleh terima pula Buku Jingga yang menjadi pegangan parti pembangkang.
"Sedangkan di dalam buku jingga berkenaan tidak wujud soal negara Islam dan hukum hudud. Apakah perjuangan ini benar-benar sejati atau sekadar penuh dengan nawaitu untuk menumbangkan kerajaan yang ada kini," katanya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata Pas tetap dengan dasar perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
 
Sambil mengakui wujud perbezaan pendapat dalam pakatan sendiri berkenaan dasar itu, beliau berkata hal itu tidak seharusnya diperbesarkan kerana bagi umat Islam sendiri  mereka perlu menerima hukum berkenaan.
Ustaz Zainal seterusnya menambah persoalan dasar atau asas perjuangan sewawajarnya tidak perlu disentuh atau diusik sewenang-wenangnya.
"Jika kita kembali kepada Tauhid……Kita boleh berbincang apa sahaja tetapi ianya tidak boleh sama sekali melibatkan dasar kita. Apabila melibatkan Islam, asas itulah yang perlu kita pertahankan.
"Ini tidak…lain pula gaya yang kita nampak hari ini….Saya tidak mahulah amsuk campur lebih-lebih cuma ulas sepertimana yang diperkatakan banyak pihak Pas tidak lagi seperti dulu…Penuh dengan 'kluk-klek'," katanya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...