Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Malang Untuk Peminat Manchester United, Paha Rooney Koyak!!
- PANASS!! Tempat Maksiat Sebelah Pejabat MB Kedah!!
- TUDIAA!! Mat Sabu Menghina Allahyarham Tun Ghafar Baba!!
- GEMPAR!! Apa Motif Kadiaq Pi Jumpa Tun Dr Mahathir?? UnTold Story Mesti Baca!!
- GEMPAR!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Bersedia Berdepan Karpal di dalam Mahkamah!!
- PANASS!! Siapa Individu Yang Akan Membeli KUIN Dari Pas Kedah?
- HOT!! Penjaga Gol Sensasi Malaysia, Khairul Fahmi APEX, Kemalangan?!!
HOT!! Malang Untuk Peminat Manchester United, Paha Rooney Koyak!! Posted: 27 Aug 2012 08:13 AM PDT Aksi perlawanan antara Manchester United dan Fulham semalam menyaksikan kemenangan telah berpihak kepada pasukan The Red Devil. Walau bagaimanapun, Wayne Rooney yang masuk menggantikan Shinji Kagawa telah mengalami kecederaan yang teruk dibahagian pehanya. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami luka yang agak dalam tetapi membenarkan beliau keluar dari hospital setelah menerima beberapa jahitan. Rooney dijangka terlepas beberapa perlawanan liga dan juga antarabangsa setelah dinasihatkan doktor supaya berehat selama sebulan. Malang bagi peminat M.U. Kehilangan Rooney mungkin akan menjejaskan permainan pasukan M.U yang masih lagi mahu mencari rentak. | ||
PANASS!! Tempat Maksiat Sebelah Pejabat MB Kedah!! Posted: 27 Aug 2012 05:36 AM PDT Ada cerita menarik disebalik aktiviti maksiat yang berlaku di Taman Jubli Perak, atau lebih dikenali sebagai Taman Rimba. Taman tu, kalau Azizan buka tingkap pun nampak, bukan jauh, sebelah saja. heh.. ALOR SETAR - Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan 'berasmara' di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang. Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu. Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. "Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini. "Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka" katanya kepada Sinar Harian. Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk. Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu. Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang. "Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil. "Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu," katanya. Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan. "Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini," katanya. Komen: Untuk pengetahuan pembaca, Taman Jubli ni sebenarnya hanya bersebelahan dengan Wisma Darulaman. Tempat pentadbiran kerajaan negeri. Kalau jalan kaki tak sampai dua minit pun sampai. Memang kegiatan sumbang di Taman ni telah lama, namun ianya dulu dicegah oleh penguatkuasa. Namun Mc diberitahu, ianya menjadi lebih teruk sekarang, apabila tiada pencegahan diambil. Masalah sosial makin bertambah apabila kelab malam untuk golongan muda berhibur semakin banyak dibandar Alor Setar. Ingatkan bila Pas memerintah, semua masalah sosial boleh dikurangkan. Tapi ia tidak jadi begitu, malah lebih teruk. Semakin bertambah-tambah pulak. Dulu puak yang jadi kerajaan ni selalu komplain pasal kerajaan lama tidak peka terhadap masalah sosial dan rakyat. Kini bila depa dah jadi kerajaan, perkara yang sama juga berlaku. Malah depa menambah-menambah masalah yang dulu menjadi lagi teruk! Ini bukan nak menambah baikkan, tetapi melingkupkan lagi keadaan. Jadi apa relevannya untuk kita tukar kerajaan negeri dulu, jikalau kerajaan negeri yang kita pilih tidak mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik dan hanya memburukkan lagi keadaan. Baru 4 tahun memerintah, namun kita sudah lihat negeri Kedah semakin teruk dengan pelbagai masalah, kalau dibiarkan lagi 4 atau 5 tahun.. rasanya apa akan jadi? Tak payah la kita mengadaikan lagi masa depan kita. Cukuplah setakat ini.. PRU ke 13 kelak, kita tukar balik kerajaan negeri. Kalau bagi Pas pegang lagi, rasanya tak makan anak cucu kita pada masa depan. Habis semua depa jual, nak tinggal apa? McTheory: Cukuplah dengan apa yang depa buat.. masa untuk berubah!! | ||
TUDIAA!! Mat Sabu Menghina Allahyarham Tun Ghafar Baba!! Posted: 27 Aug 2012 02:14 AM PDT
Nampaknya Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas yang paling takdak otak, buat lawak bodoh lagi. Kenyataan Mat Sabu yang kata kalau Allahyarham Tun Ghafar masih hidup, arwah akan menyertai Pas, benar-benar menguris hati keluarga Allahyarham Tun Ghafar. Mungkin hanya Tamrin yang suka, tetapi lain semua membantah kata-kata Mat Sabu itu. Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'. Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab. "Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua. "Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa," katanya kepada media di sini, semalam. Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk. Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian. "Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri. Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar," katanya. McTheory: Mat Sabu cakap mana pakai otak, sebab tu dia main sembur saja.. | ||
GEMPAR!! Apa Motif Kadiaq Pi Jumpa Tun Dr Mahathir?? UnTold Story Mesti Baca!! Posted: 26 Aug 2012 11:15 PM PDT Ahh.. kecoh bila Kadiaq pi beraya ke rumah Ayahanda Tun Dr Mahathir. Pelik betui la Kadiaq ni.. bila ceramah maki UMNO bagai nak rak. Namun bila raya boleh pulak dia mai tunjuk muka. Sebenarnya banyak yang Mc tau pasal Kadiaq ni. Baru-baru ni Mc ada berjumpa dengan bekas orang kuat Kadiaq di Kulim Bandar Baharu. Kiranya dia ni punya rapat umpama tangan sebelah kanan Kadiaq la. Namun bila Kadiaq keluar UMNO dan sokong parti pembangkang, dia tak ikut, sebab hatinya tetap pada UMNO. Apa yang baguihnya Kadiaq ni ialah, bila dia dah keluar dari UMNO, penyokong dan pengikutnya di Kulim Bandar Baharu ni langsung tak ikut dia. Mereka tetap dengan UMNO, malah Kadiaq menyuruh pengikutnya ini menyokong adiknya pula si Datuk Aziz, Ketua Bahagian UMNO Kulim Bandar Baharu. Haa.. tentu pembaca pelik kan dengan Kadiaq ni.. atas pentas dia maki UMNO, tapi dibelakang, nampak wajahnya ada sedikit lain. Dulu ada dengar-dengar Kadiaq nak bertanding di parlimen Kulim Bandar Baharu. Kalau dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu kemungkinan besar dia akan berhadapan dengan adiknya Aziz. Keinginannya itu, telah dibantah keras oleh bekas penyokong-penyokongnya dulu. Jadi Kadiaq pun membatalkan hasrat untuk menjadi calon di Kulim Bandar Baharu. Selepas pada itu, Kadiaq terus menyepi.. dengar kata puak Pakatan pun tak berapa nak layan dia lagi. Alaa.. Kadiaq ni bukan ada pengaruh pun.. habis Anwar pakai dia, sampai masa kena buang jugak la nanti. Semua orang tahu memang itu perangai Anwar. he he.. Mungkinkah disebabkan Kadiaq disisihkan oleh Pakatan, menyebabkan dia cuba rapat balik dengan UMNO? he he.. politik bro.. segalanya mungkin.. Selambaa badak saja dia buat bodoh pi beraya rumah Tun Dr M. he he.. ada apa-apa kot Kadiaq? he he.. McTheory: Tun Dr M mau sekeh sikit pala dia, baru dia sedaq.. hahah... | ||
GEMPAR!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Bersedia Berdepan Karpal di dalam Mahkamah!! Posted: 26 Aug 2012 10:05 PM PDT Apa macam Karpal Singh? Ada berani ka? Cabaran sudah disambut, apa tunggu lagi? | ||
PANASS!! Siapa Individu Yang Akan Membeli KUIN Dari Pas Kedah? Posted: 26 Aug 2012 05:36 PM PDT Ramai yang tertanya-tanya benarkah berita Kerajaan Negeri Kedah akan menjual KUIN kepada syarikat swasta. Cerita kerajaan negeri ni nak jual KUIN sebenarnya dah lama tersebar. Malah kepada siapa mereka nak jual pun Mc dah tahu. Individu yang mahu membeli KUIN itu namanya Sya'ya Othman, bekas CEO Insaniah Holding. Mc dah dapat maklumat ini dari blog Adik Wak tempohari, namun kini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari DS Mahazir Khalid. Mula-mula dulu ingat benda ni sekadar kabar angin, tetapi ketua pembangkang Kedah dah bersuara.. maknanya memang ada kebenaranlah.. KUALA NERANG – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta. Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas. "Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. "Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini. Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA Mc nak tambah sikit lagi. Di fahamkan, jalan cerita ni diilhamkan oleh Ustaz Azizan dan Jamil sendiri.. mereka dah tak tahan nak tanggung KUIN yang saban hari dibelenggu hutang yang bertimbun-timbun. Perancangan mereka tu memang bagus, duit kerajaan negeri pun mungkin akan bertambah. Tapi...apabila mereka menjual KUIN kepada syarikat swasta, ini bermakna KUIN akan diswastakan pelajarannya. Fahamlah bila dah swasta, yuran dan segalanya yang berkaitan dengan wang akan naik secara mendadak, untuk menampung kos pelajaran. Mana ada syarikat swasta yang sanggup rugi? yang jadi mangsa nanti adalah, pelajar-pelajar KUIN sendiri. Bagaimana nasib mereka kelak apabila yuran pelajaran dan kos di KUIN akan meningkat naik? Tak dapat Mc fikirkan. Malah yang paling sedihnya ialah, rakyat Kedah kehilangan sebuah IPT yang dimajukan oleh kerajaan negeri, namun tergadai disebabkan 'kecuaian' dan 'kebodohan' pentadbiran kerajaan negeri. Sedihh sedihh.. McTheory: Apa lagi yang tinggal? Semua dah gagal.. | ||
HOT!! Penjaga Gol Sensasi Malaysia, Khairul Fahmi APEX, Kemalangan?!! Posted: 26 Aug 2012 03:42 PM PDT Semalam Mc mendapat berita mengatakan penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilaporkan cedera dalam satu kemalangan membabitkan kereta mewah milik beliau. Kemalangan dilaporkan berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan tengah malam kelmarin. Belum dapat dipastikan tahap kecederaan beliau. Namun Mc doakan beliau selamat dalam kemalangan tersebut. Jangan pula ada cerita lain disebalik kemalangan tersebut. Biasa la kita rakyat Malaysia ni, banyak cerita dongeng yang akan keluar bila ada sesuatu perkara yang berlaku. heh.. Apa pun Apex, Malaysia masih memerlukan ko beraksi untuk memartabatkan dunia bola sepak. Bab sosial ko tu, ikut suka ko la... jangan melampau sangat sudah.. apa pun, doakan ko selamat, itu paling penting bro.. McTheory: Tengok kereta macam tak teruk.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment