Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Budak Umur 6 Tahun Jadi Mangsa Rogol Bergilir-gilir!!

Posted: 24 Aug 2012 08:15 AM PDT


Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang.

Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona.

Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, "Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu," terang Kamdani, "Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orangtua mangsa."

"Dari hasil pemeriksaan" sambungnya, "memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno.

Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu. -maklumat.my

PANASS!! Mufti Kedah Sound 'Keras' Karpal Singh!!

Posted: 24 Aug 2012 05:36 AM PDT

Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad

Akhirnya ramai tokoh agama telah bersuara mengenai suara sumbang kritikan Karpal Singh terhadap hukum Hudud. Kali ni Mufti Kedah yang telah kita ketahui sememangnya Pro Pas, telah mengeluarkan kenyataan keras kepada Karpal.

SHAH ALAM - Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.

Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

"Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

"Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia," katanya.

Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.

"Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia," katanya. - Sinar


McTheory:
Masih ada orang Islam nak sokong Dap??

HOT!! Tahniah Guan Eng, Pencapaian Cemerlang! Hebat!!

Posted: 24 Aug 2012 02:14 AM PDT


Khawarij PAS hari ini mengucapkan kesyukuran dan berasa bangga apabila khalifah Lim Guan Eng akhirnya secara rasmi dianugerahkan gelaran doktor falsafah.

Kegigihan Guan Eng bertungkus lumus bohong,kencing,belit & seleweng semasa menjadi ketua menteri regim DAP selama 4 tahun sejak 2008 telah membuahkan hasil apabila lulus cemerlang.

Yang semua orang tahu Lim Guan Eng tidak pernah gagal untuk cakap bohong dan pembelit,banyak sekali pembohongan yang beliau lakukan. Sana sini heboh kononnya regim DAP membina rumah murah..nah hingga sekarang tidak ada satu unit pun rumah murah untuk rakyat dibina.

Lim Guan Eng mengaku beliau berjaya menghapuskan hutang kerajaan negeri dari 630juta kepada 30 juta walhal hutang 600 juta kerajaan negeri dihapuskan atas ehsan Najib Perdana Menteri kerajaan BN.

Ini cuma sebahagian pendedahan kecemerlangan Guan Eng dalam karier sebagai pembohong dan pembelit nombor satu dinegeri Pulau Pinang.

Semenjak merdeka,tidak ada mana mana ketua menteri Pulau Pinang berjaya menjadi broker tanah terbaik 4 tahun berturut turut.Malah Lim Guan Eng yang mengamalkan cekap,telus dan akauntabiliti berjaya mengkayakan diri sendiri dengan jutaan ringgit dengan sekelip mata walaupun baru sepenggal menjadi ketua menteri.

Sambung baca SINI

Anugerah khas kedoktoran untuk Guan Eng.. lulus cemerlang!

PANASS!! Nampaknya Anwar Sudah Pening Kepala Dengan Lajim!!

Posted: 23 Aug 2012 11:14 PM PDT

Lajim Gila..
Nampaknya kaduk sudah naik junjung. Kalau dah sampah tu,  'make up' la macam mana pun, tetap jadi sampah. Itulah yang terjadi pada Anwar sekarang ni. Mengikut blog Gelagat Anwar di HQ PKR, Anwar sudah mula merungut dengan suasana politik Sabah. Anwar pening kepala, kerana terlampau banyak demand yang dikemukakan oleh kumpulan yang melompat ini. Macam-macam.

'Those people are stupid fools' – pernah diutarakan dalam meeting penting.

Nampaknya, Anwar akan berdepan dengan karenah politik Lajim, Bumburing ini sampai menjelang pilihanraya. Khabarnya, Lajim tidak akan menerima sebarang jawatan yang lebih rendah. Anwar diberikan dua pilihan:-

  • Lajim sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru jika PR menang;
  • Lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kuota Borneo – rotation dengan wakil Sarawak);
Mendengar dua tekanan ini sahaja Anwar sudah naik angin. Tak masuk dek akal, untuk seorang yang sudah sunset seperti Lajim mengemukakan demand yang macam itu. Anwar banyak lagi perkara yang mahu difikir. Kuota Pas. Kuota DAP. Semua perlu masuk senarai.

Ketika ini, Azmin tersenyum kerana dia pernah ingatkan Anwar dengan permainan politik Lajim. Azmin sudah lama mengatakan keperluan PKR hati-hati dengan game yang mahu dimainkan oleh Lajim. Orang tak cukup inci (pendek) seperti Lajim ini bahaya. Azmin pernah ingatkan hal ini.

Siapa Lajim untuk demand sebagai Timbalan Perdana Menteri? Kalau setakat sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri cabuk – Lajim mesti cepat sedar diri dan tidak menggila. Mana nak campak Kit Siang? Haji Hadi? Mat Sabu?

Payah kalau orang tak sedar diri ni..


McTheory:
Nasib la hang Anwar... nasib laa...

EKSKLUSIF!! Bila Blogger Upahan Pas Sudah Terkantoi!!

Posted: 23 Aug 2012 08:23 PM PDT


Blogger Pas kedah yang lebih dikenali sebagai Tok Senapi atau Zulkifli Yahaya baru-baru ni menafikan bahawa beliau pengendali blog Kedah La. Zul Ya kata dia tak ada banyak masa nak tulis dalam blog Kedah La sebab ada banyak komitmen, serta berjawatan dalam kerajaan negeri dan Pas kawasan Alor Star..Tapi sayangnya, sebab lagak dan sembang besaq Zul Ya dalam blog Kedah La yang berselindung disebalik nama Tok Senapi, akhirnya makan diri lepas dikantoikan.


Sebelum tu tok senapi a.k.a Zul Ya keluarkan artikel memfitnah kononnya Umno mengupah samseng pukul cybertroopers pas Asfanizam Abdullah (AA) baca artikel di bawah..




 http://kedahla.blogspot.com/2012/08/kumpulan-samseng-umno-belasah-asfanizam.html 

Malangnya artikel tersebut telah dikeluarkan, selepas AA dapat tahu dan nak ambil tindakkan saman ke atas pemilik blog ( baca SINI ) dalam pada itu Zul Ya menjelaskan dalam status FBnya bahawa beliau bukan pengendali blog kedahla cuma penulis jemputan sahaja..Tapi status itu pun Zul Ya buang sebab dikantoikan sekali lagi bila identiti sebenar disebalik blog Kedah La dibongkarkan..


Rupanya pemfitnah tua Kedah La yang berselindung di sebalik nama dan karektor karektor dalam blog tersebut hanyalah untuk mengaburi mata pembaca sahaja kononnya ada ramai penulis dalam  blog terbabit..Tapi hasil risikkan hanya 2 atau 3 orang sahaja penulis dalam blog tersebut..

Hak Eksklusif Team Media Kedah

Mc nak tambah sikit, kalau blogger Pas dan Pas Kedah sibuk nak cari kami.. takpa, kami pun nak cari hangpa semua juga. Kita tengok sapa yang kantoi beradap nanti. TMK bukan sorang atau dua orang, kami ramai. Kami ni satu batalion perang yang dah sedia untuk gempur kemungkaran segenap pelusuk Kedah. Kalau tak percaya, kita tunggu tengok!! ha ha ha..


McTheory:
Lepas raya ni banyak lagi keluar nak... tunggu noo..

TUDIAA!! UMNO Jumpa Ulama Sunnah, Pas Jumpa Ulama Syiahh Kenapa?!!

Posted: 23 Aug 2012 05:37 PM PDT




Apa yang anda lihat setelah meneliti kedua gambar diatas?. Kita biarkan pembaca untuk menilai. Siapa As-Sunnah dan siapa Syiah!

sumber Keris7Lok

McTheory: 
nampak sangat Pas pro Syiah Malaysia!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...