Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! 30 Samseng Merancang Bertempur Bertembung Polis!!
- TUDIAA!! Air Nescafe O Segera Seluruh Kelantan Atas Usaha dan Bakti Nik Aziz!!
- PANASS!! Selepas Di Pinggirkan Oleh Rakyat Permatang Pauh, Anwar Lari Ke??
- PANASS!! Sebab Azmin, Azwan Ali Berani UGUT PM DS Najib!! @Azwanhjali @NajibRazak
- GEMPAR!! Bila Sami Buddha Bersembahyang di Masjid Kelantan!!
- PANASS!! Blog Anwar di Sabotaj Orang PKR Sendiri, Wan Azizan Nak Bubar Parti!!
PANASS!! 30 Samseng Merancang Bertempur Bertembung Polis!! Posted: 23 Aug 2012 08:13 AM PDT
Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam. Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana. Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian. Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut. Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut. "Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis. "Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis. Disebabkan kejadian demikian, polis terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri, dengan melepaskan tembakan. | ||
TUDIAA!! Air Nescafe O Segera Seluruh Kelantan Atas Usaha dan Bakti Nik Aziz!! Posted: 23 Aug 2012 05:36 AM PDT Hanya di Kelantan!! Hebat kepimpinan Nik Aziz dan pembesar Pas Kelantan. Apabila air 'Nescafe O' disalurkan kesetiap rumah di Kelantan melalui paip air. Tak pernah Mc dengar negeri atau negara lain mampu melaksanakan perbuatan atau binaan terbesar begini. Memang patutla Kelantan menjadi negeri contoh di Malaysia untuk puak Pakatan Haram banggakan, kerana percapaian ini terlalu besar dan terlalu hebat untuk dibandingkan dengan negeri-negeri dibawah pemerintahan kerajaan BN. Kerajaan BN dinegeri lain hanya mampu salurkan air paip 'kosong' yang dirawat untuk kegunaan harian rakyat. Namun Nik Aziz dan pembesar Pas Kelantan mengambil inisiatif dengan menyalurkan air minuman ke paip rumah rakyat Kelantan masing-masing. Jikalau dulu, mereka salurkan 'teh o' kini tahap air sudah di'upgradekan' dengan 'Nescafe O'.. hebat-hebat.. Mungkin selepas ini, akan ada 'ais kacang coklat' sekali dalam paip tersebut, jika anda terus mengundi Pas. he he.. P/s: Hanya di Negeri Pas Sahaja!! McTheory: Di Kedah, cuma Baling yang bertuahh.. ada Teh Susu percuma untuk rakyat sana.. | ||
PANASS!! Selepas Di Pinggirkan Oleh Rakyat Permatang Pauh, Anwar Lari Ke?? Posted: 23 Aug 2012 02:13 AM PDT Setelah Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan oleh P"Gay"R di kawasan Parlimen Permatang Pauh gagal menarik pengunjung yang datang, P"Gay"R khususnya Anwar Ibrahim mencuba nasib pula untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di kawasan Parlimen Nibong Tebal pada 02 September ini. Pada Hari Raya Pertama yang lalu, Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di padang Taman Guar Perahu di dalam DUN Penanti dan di dalam Parlimen Permatang Pauh gagal mengumpulkan Rakyat Pulau Pinang terutama pengundi-pengundi Permatang Pauh. Kehadiran jumlah tetamu di antara 1,000 ke 2,000 orang amat mengecewakan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim semakin resah dan gelisah. Ini kerana Rumah Terbuka Aidil Fitri lebih digunakan sebagai kayu pengukur dan menguji sokongan pengundi-pengundi setempat, yang diberitakan semakin menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tidak dapat tidak, Rumah Terbuka Aidilfitri terpaksa diadakan semula di kawasan Parlimen baru di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal. Bukan menjadi rahsia lagi Anwar Ibrahim telah lama menyuarakan kebimbangannya dengan penolakan pengundi-pengundi di Permatang Pauh dan beliau juga diberitakan telah bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat iaitu di Parlimen Nibong Tebal. Untuk mengaburi mata orang ramai, majlis ini kononnya akan diadakan dan diuruskan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegubard. Siapa yang tidak kenal dengan Chegubard. Chegubard bukan melakukan semua ini dengan percuma. Semuanya adalah untuk mengambil hati dan perhatian Ketua Umum P"Gay"R ini yang telah beralih kasih dan sayang kepada Rafizi Ramli. Untuk memastikan kehadiran yang datang di Rumah Terbuka Aidil Fitri itu berjalan lancar dan dipenuhi dengan orang ramai, P"Gay"R telah menyediakan gula-gula atau hadiah berupa "door gift" atau cenderamata khas bagi 5,000 tetamu terawal. Belum pernah dalam sejarah di Malaysia, CTS mendengar bahawa cenderamata atau "door gift" terpaksa diiklankan dengan bertujuan menarik orang ramai untuk hadir di rumah terbuka Aidil Fitri. Begitu terdesak dan kemaruknya juak-juak P"Gay"R ini untuk mendapatkan sokongan dari penduduk di Pulau Pinang!!! CTS menjangkakan Anwar Ibrahim akan bertukar ke Parlimen Nibong Tebal sekiranya sambutan ke atas Rumah Terbuka Aidil Fitri di atas mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Cucu Tok Selampit | ||
PANASS!! Sebab Azmin, Azwan Ali Berani UGUT PM DS Najib!! @Azwanhjali @NajibRazak Posted: 22 Aug 2012 11:13 PM PDT Tiba-tiba 'timeline' laman sosial Twitter penulis penuh dengan 'tweet' Azwan Ali. Rupa-rupanya, selebriti 'panas' yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah 'naik angin' dengan sebuah stesen televisyen. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya. Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya. Selepas beberapa minit kemudian, 'timeline' penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik. Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan 'sesuatu' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen. Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom. Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang? Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin 'hangat'. Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul. Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari. Rupanya tidak! Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya. Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut. Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. Sumber asal di kutip dari Mynewshub. Aiyoo.. si Pondan Azwan Ali dah mengamuk pulak dah.. Apa kena mengena hubungan Mak Tom dengan Azmin Ali dan politik? Mak Tom cuma menangis kerana anak jantannya tidak pulang ke rumah walaupun raya. Bahkan untuk meminta ampun pun tidak. Soo.. TV3 melaporkan dalam buletin utama. Apa masalah dengan politik pulak? Azwan ni kadang-kadang dah melampau.. bila kena kecam, terus melutut minta maaf. Dulu dia kutuk Tun Dr Mahathir, lepas tu meraung menangis minta maaf bila kena kutuk. Kali ni dia cuba nak mengugut DS Najib pulak. Apa dia ingat orang heran sangat lelaki lembut macam dia ni? Pergi mampus laa.. Jangan pulak lepas ni ada lagi adegan meraung teresak-esak sebab kena hentam teruk-teruk akibat ugut DS Najib pulak.. nak minta maaf je meraung, balik-balik ulang skrip yang sama.. bosan la Azwan, bosannn.. McTheory: Sudah la Azwan oii.. menyampah dah tengok muka lu tuu.. | ||
GEMPAR!! Bila Sami Buddha Bersembahyang di Masjid Kelantan!! Posted: 22 Aug 2012 08:14 PM PDT Apa kejadahnya ni? Sami Buddha bersembahyang di dalam masjid di Kelantan? Ahh keliru, celaru, tersipu.. apa cerita sebenarnya ni? Ada sapa-sapa boleh beritahu Mc ke? Kenapa mereka turut berjemaah bersolat bersama. Apakah ada mazhab baru ke kat Kelantan ciptaan Nik Aziz membenarkan semua ini berlaku? Sapa-sapa tolong jelaskan apa yang tak berapa nak jelas ni. adoiyaii.. makin pelik la pulak.. McTheory: Sungguh pelik perilaku ni.. sesat mu beribu batu jauhnya... | ||
PANASS!! Blog Anwar di Sabotaj Orang PKR Sendiri, Wan Azizan Nak Bubar Parti!! Posted: 22 Aug 2012 05:33 PM PDT Mymassa baru mendapat info dari rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar. Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam PKR sendiri. Seorang petugas lelaki. Maka Mc pun membuat panggilan kepada beberapa rakan PKR. Kata mereka kecoh juga dikalangan mereka tentang perkara ini dan tuduh menuduh sesama sendiri telah berlaku. Buat masa ini mereka mengesyaki seorang AMK yang bertugas dalam biro IT PKR. Hanya mahu dikenali sebagi 'Shah'. Tetapi berkenaan tuduhan puak troopers PKR yang menuduh kerja UMNO ternyata salah. Ini sebenarnya adalah bukti masalah dalaman PKR yang kian hancur. Dengar cerita Wan Azizah akan mengumumkan pembubaran PKR namun sedang ditahan oleh Anwar Ibrahim. Apapun apabila blog Anwar digodam orang sendiri menunjukkan bahawa kini PKR sangat bermasalah. Itu sumber yang Mc ambil dari blog Keris7Lok. Nampaknya tuduhan-tuduhan cai Pakatan kepada UMNO dengan mengatakan troopers UMNO yang 'HACK' blog Anwar tu nampaknya 'bidaah' semata-mata. Rupa-rupanya orang dalam PKR sendiri yang sabotaj blog Anwar. Perbezaan Team A dan Team B dalam PKR sudah jelas ketara. Kita tunggu apa pulak yang akan berlaku selepas ini.. he he.. McTheory: Wan Azizan dah bosan dengan Azmin dan Anwar.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment