Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Lagu Kontroversi yang Pernah Di HARAMKAN Suatu Ketika Dulu!!
- INFO! Lanun Jack Sparrow Seorang Muslim??
- TUDIAA!! Dua Pemimpin Dap Bakal Menyertai BN?
- TUDIAA!! Abby Bosan Politik Nak Berlakon Balik Pulak?
HOT!! Lagu Kontroversi yang Pernah Di HARAMKAN Suatu Ketika Dulu!! Posted: 20 Aug 2012 05:37 AM PDT Lagu ni pernah diharamkan suatu ketika dulu kerana lirik yang kontroversi dan menyentuh bibit perkauman.. tapi tetap TOP selepas tu. |
INFO! Lanun Jack Sparrow Seorang Muslim?? Posted: 20 Aug 2012 12:19 AM PDT Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti. Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an. Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol. Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan. Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara 'pilihanraya' pertama di kalangan para lanun. Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali 'Violet' yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight. Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun. Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju. Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean. Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris. Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum. Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau. Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina. Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk 'A Christian Turned Turk'. Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian. Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean. Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya. Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi). Sumber asal |
TUDIAA!! Dua Pemimpin Dap Bakal Menyertai BN? Posted: 19 Aug 2012 08:37 PM PDT Gambar ini diambil semasa Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri bersama rakyat di Putrajaya semalam. Tak sangka Guan Eng dan Teresa Kok juga datang memeriahkan rumah terbuka tersebut. Bagus la kalau mereka datang untuk menunjukkan semangat '1 Malaysia'. Semasa jamuan tersebut, Guan Eng dan Terasa ada berjumpa dan bersalaman dengan DS Najib, apakah ini bermakna mereka juga akan menyertai BN? seperti mana dakwaan pembangkang kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Jika mereka ini boleh, kenapa Ustaz Nasha tak boleh bergambar bersama DS Najib? Pelik la dalam Pakatan ni, ada 'double standart' antara dua darjat. Kalau Dap darjat tinggi, Pas pulak darjat kelas ketiga. Darjat pemimpin Pas yang tinggi sikit kalau mereka tu pro Anwarisma atau artis. Kalau mereka tu geng Ulamak atau Ustaz-Ustaz biasa, confirm la jadi kelas ketiga, tak dilayan atau dipinggirkan. Gred ni bukan Mc yang bagi, tapi memang realiti. Orang Pas yang buat sendiri.. kita cuma pemerhati. Belum pun mereka jadi pemerintah kita dah tengok Melayu Islam Pas dah jadi kelas ketiga. Kalau Pakatan memerintah, apa jadi agaknya dengan nasib Melayu Islam? McTheory: Menang Sorak, Kampung Tergadai!! |
TUDIAA!! Abby Bosan Politik Nak Berlakon Balik Pulak? Posted: 19 Aug 2012 05:13 PM PDT Apa hal pulak dengan Abby ni.. sejak masuk Pas, duit ceramah yang dia dapat dah tak cukup makan ka? rm2500 untuk satu ceramah merepek dan memfitnah itu kerja mudah. Cuma ulang skrip kutuk UMNO dan hina kerajaan, Abby akan dibayar rm2500.. bukankah kerja mengutuk orang itu mudah? PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya. "Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam. Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu. "Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat. "Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik. "Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya. Susah dapat tawaran kerajaan Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini. "Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan. "Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut. Rujuk bersama Norman? Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga. Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik. "Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya. "Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'. "Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya. Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey. Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang. - Sinar McTheory: Dia yang banyak pusing, lagi mau kata orang pusing.. apa raa.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment