House PK |
- PANAS BERAPI! ABBY ABABI BARU MASUK PAS DAH SURVEY NAK BELI RUMAH MEWAH?
- FUYOH! UCAPAN NAJIB YANG WAJIB KITA HAYATI!
- CILI KASI TARUK! DIMANA KEDUDUKAN USTAZ NASHA SEKARANG NI DALAM PAS?
- AL KISAH THE DEVIL WE KNOW AND THE ANGEL WE DONT KNOW!
- PANAS BERAPI! MISI KE ROHINGYA ANJURAN KP1M NI SELAMAT KE?
PANAS BERAPI! ABBY ABABI BARU MASUK PAS DAH SURVEY NAK BELI RUMAH MEWAH? Posted: 27 Aug 2012 09:00 PM PDT Bercakap bila terlalu banyak sangat sudah tentu sedikit sebanyak akan ada elemen pembohongan dalam percakapannya. Atau pun dipanggil penambah perisa. Seseorang yang bercakap bohong tidak akan tetap percakapannya.... Jumpa orang itu dia cakap lain....jumpa orang ini dia cakap lain....minggu ini dia cakap lain....minggu depan dia cakap lain sebabnya dia tidak ingat apa yang dicakap atau dibohonginya sebelum itu.... Dalam kes ini sebenarnya saya nak menulis tentang seorang ustazah baru di negara kita. Dulu dia khayal dalam dunia glamor. Hari ini dia pula yang mengutuk dulu glamor yang pernah diceburinya dulu. Katanya dunia itu tidak islamik dan sebagainya. Tapi dia sendiri pun masih lagi memakai nama yang dipakai semasa dia berada dalam dunia glamor. Kalau nak buang kasi buang semualah. Jangan main sekerat-kerat. Dunia artis kau tinggalkan, nama artis kau kekalkan. Apa punya insaf ? Pakailah nama sebenar yang betul yang diberikan oleh ibu bapa. Baca seterusnya di RBF Online... |
FUYOH! UCAPAN NAJIB YANG WAJIB KITA HAYATI! Posted: 27 Aug 2012 07:00 PM PDT "Tidak semua perubahan yang dijanjikan boleh memberi kebaikan kepada rakyat". Demikian antara kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, dekat Pekan hari ini. Katanya, rakyat perlu sedar bahawa soal untuk tukar kerajaan tidak seharusnya berlaku semata-mata hanya kerana sudah sampai masa untuk membuat perubahan. Malah, terang Najib, rakyat pelbagai golongan perlu ingat dan sedar bahawa tidak semestinya semua perubahan itu membawa kepada kebaikan. "Ada juga perubahan yang dilakukan membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini. "Kita dalam Barisan Nasional bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik. "Justeru saya meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka," katanya. Najib turut mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. Read more... |
CILI KASI TARUK! DIMANA KEDUDUKAN USTAZ NASHA SEKARANG NI DALAM PAS? Posted: 27 Aug 2012 05:00 PM PDT Di sana sini, bahkan sehingga ke peringkat Mursyidul Am PAS, Nasharuddin menerima kecaman yang bukan sedikit. Tidak cukup dengan itu, golongan yang berpihak dan menjadi penyokong kuat Mat Sabu di seluruh Malaysia, menganggap Nasharuddin sebagai ANJING UMNO dan sedang meruntuhkan PAS dari dalam. Dek kerana itulah, Dewan Pemuda PAS Kelantan telah memberi kata dua kepada pimpinan PAS Kelantan agar menghalau Nasharuddin dari Bachok dan tempatnya digantikan oleh orang lain. Itu nasib yang diterima oleh Nasharuddin sekalipun kesetiaannya kepada PAS tidak pernah berbelah bahagi, malah sudah beberapa kali berikar tidak akan keluar atau meninggalkan PAS untuk masuk UMNO. Di sebalik nasib malang yang diterima oleh Nasharuddin Mat Isa semenjak ura-ura Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS sendiri, dan kemudian gambarnya bersama-sama Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama beberapa orang ulama, masih ada usaha yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa untuk membersihkan PAS daripada kekotoran IBLIS dan PARASIT PAS. Pada 20 Ogos lalu, satu kematian telah berlaku di Batu 16, Padang Lumat, Yan. Jam 3:00 petang, Nasharuddin Mat Isa telah mengimamkan jenazah Bilal bin Abdullah yang berumur 9 tahun. Allahyarham Bilal bin Abdullah adalah anak kepada Abdullah bin Hashim, ahli PAS Kumpulan 30 yang diketahui amat menentang Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak. Mungkin kumpulan yang menentang Menteri Besar Kedah dari PAS tidak menyangka bahawa Nasharuddin Mat Isa akan muncul dan menjadi imam solat jenazah ahli kumpulan mereka. Apatah lagi kumpulan penentang Menteri Besar Kedah seringkali dikaitkan sebagai sekutu kuat dan penyokong Mat Sabu serta ahli-ahli kumpulan IBLIS dan PARASITnya. Hubungan antara Nasharuddin Mat Isa dengan Abdullah bin Hashim bukanlah baru. Abdullah merupakan antara pembantu utamanya ketika Nasharuddin berjaya menjadi Ahli Parlimen Jerai pada tahun 1999. Dengan kata lain, seperti juga Mat Sabu, Nasharuddin turut mempunyai pengaruh dan sekutunya di Kedah. Dilaporkan seramai lebih 80 orang telah turut serta dalam solat jenazah yang diimamkan oleh Nasharuddin Mat Isa. Dan berbeza daripada tanggapgan yang diberikan oleh kumpulan PARASIT serta IBLIS PAS kononnya Nasharuddin tidak diterima oleh ahli-ahli PAS, begitu meleset memandangkan sambutan yang diberikan kepada Nasharuddin amat mesra. Kehadiran Nasharuddin di Padang Lumat, Yan, sudah tentu memberikan petanda tertentu. Bukan rahsia lagi apabila para pengundi dan penyokong PAS di Padang Lumat marahkan Kerajaan PAS Kedah kerana sikap menganaktirikan Sekolah Menengah Taufikah Khairiyyah Al Halimiah sehinggakan pada satu peringkat, bekalan air ke sekolah tersebut diputuskan oleh SADA dan geran bantuan yang diterima dari Kerajaan Negeri semasa Kedah di bawah UMNO, dihentikan sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah. Ironinya, pada masa yang sama, Kerajaan PAS Kedah mengumumkan bantuan puluhan juta ringgit kepada sekolah-sekolah aliran Cina di seluruh Kedah! Sekolah berkenaan sekarang ini menerima bantuan dan geran dari Kerajaan Persekutuan.... BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM |
AL KISAH THE DEVIL WE KNOW AND THE ANGEL WE DONT KNOW! Posted: 27 Aug 2012 08:16 AM PDT Dalam sungguh makna Tun M ni..perghhhh, cofom Pakatan terasa sampai ke lobang kunyit la! Muahahahahahaha |
PANAS BERAPI! MISI KE ROHINGYA ANJURAN KP1M NI SELAMAT KE? Posted: 27 Aug 2012 06:45 AM PDT Untuk galeri penuh foto, KLIK SINI Jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali. Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan jaket berkenaan dibekalkan kepada sukarelawan yang turut serta dalam misi tersebut. Bagaimanapun katanya, jaket tersebut hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut. Sebaliknya tambah beliau, sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan jaket itu. "Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi. "Atas sebab itu kita ada meminta bantuan PDRM dan ATM untuk menyediakan jaket keselamatan… dan ia akan digunakan oleh peserta yang memasuki kawasan berisiko tinggi. "Selain itu insurans juga akan disediakan kepada setiap peserta misi ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penerimaan Sumbangan dari Agensi Kerajaan dan Swasta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M kepada Etnik Rohingya pagi tadi. Read more... House PK ucapkan semoga Kelab Putera 1Malaysia berjaya dalam misi ini dan semoga Allah melidungi mereka semua yang terlibat! Aku nampak kali ni persiapa lebih mantap. Tapi kalau terjadi apa-apa maka kena terima je la. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment