Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


KAK WAN DEDAH SKANDAL POLITIK KOTOR AZMIN ALI..!!

Posted: 09 Aug 2012 01:21 AM PDT




Cakap2 mengenai politik kotor Azmin Ali dalam menyebarkan pengaruh kuasa dalaman PKR didakwa kini telah mula mendapat perhatian beberapa Kumpulan Anti Azmin Ali dalam parti tersebut.

Malah puak2 ini turut mendakwa Presiden Parti Wan Azizah semakin bosan dengan politik Azmin Ali yang jelas menafikan janji  Diktator PKR Anwar Ibrahim yang mahu kesemua Jawatankuasa Peringkat Tertinggi memberi peluang kedua kepadanya untuk melakukan perubahan.

Presiden PKR yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan sebelum ini pernah mendedahkan politik kotor Azmin di hadapan beberapa Pimpinan Parti seterusnya menjadi jurucakap kepada Anwar meminta agar semua pimpinan memberi harapan dan peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuannya untuk berubah.

Akan tetapi, Kak Wan kini telah mula diasak semula dari beberapa pihak dalam Parti agar meneruskan misi menggulingkan Azmin dalam parti sebelum ianya semakin tidak terkawal. 

Pada Pemilihan PKR yang lalu, 2 calon saingan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub juga pernah mendedahkan amalan rasuah politik yang dilakukan Azmin Ali agar mendapat undian paling tertinggi bagi jawatan No. 2 tersebut. 

Akibat tekanan tersebut, Zaid Ibrahim bertindak keluar dari PKR kerana kecewa dengan pendekatan Anwar yang cuba menyelamatkan politik Azmin Ali.

Mengulas perkara itu, Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah turut berkongsi nasihat buat Kak Wan yang tahu akan agenda Azmin segera mengambil tindakan lebih tegas.

Sambil menyelar Anwar yang terus menerus menutup skandal politik dan moral Azmin, beliau menjelaskan jika benar  cubaan menutup tanpa mengeluarkan kes terhadap Azmin diteruskan, ia membuktikan PKR bersikap hipokrit serta berdolak-dalik apabila wujud skandal yang dikaitkan dengan pemimpin mereka.



ANWAR PERANGKAP KHALID GAGAP DALAM REKOD KES JENAYAH..!!

Posted: 08 Aug 2012 10:22 PM PDT




 Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama - melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.


ADUN SEKINCHAN OTAK UDANG - FITNAH NOH OMAR MAHU 'PANCING' JAWATAN EXCO ..!!

Posted: 08 Aug 2012 07:24 PM PDT

 


Pancing Jawatan Exco. Itu yang sedang diusahakan ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim yang kini sedang 'berusaha keras' mencipta isu menyerang Pemimpin BN Selangor.

Apa yang diharapkan 'kecemerlangan' dia dalam menanam persepsi baru terhadap rakyat Negeri tersebut mampu diberi ganjaran Exco di masa akan datang.

Akan tetapi, tuduhan dan serangan secara terus terhadap Noh Omar benar2 tidak mengikut 'kronologi' sepatutnya. Menggunakan tiket 'Projek Udang', nampak gayanya serangan beliau membuktikan perang psywar yang digunakan bakal membunuh dirinya sendiri. Mungkin akal tidak diguna. Otak dia agak kecil laksana Udang.

Mungkin dengan cara ini Ng bakal dilihat berpotensi merampas jawatan Exco yang dipegang Ronnie Liu setelah ada usaha dari pihak DAP Negeri pimpinan Teresa Kok mahu mencantas Ronnie dari Negeri tersebut.

Noh Omar menjawab tuduhan tersebut mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP.






Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu.

"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi. Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata beliau kepada media pada satu Majlis malam tadi.

"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata2 'hint' Noh Omar buat Ng meronta2 minta tolong Anwar.



KEDAH & KELANTAN BOIKOT TEMA/LOGO MERDEKA PAKATAN..!!

Posted: 08 Aug 2012 04:43 PM PDT



Pakatan Pakatan yang mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif mereka menerima tamparan hebat setelah hanya Selangor yang mengesahkan akan  menggunakannya.

Setakat ini, 2 Negeri Pakatan Pembangkang iaitu Kedah dan Kelantan telah memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkannya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan Pakatan kini seperti raksasa dalam mitos Yunani yang mempunyai banyak kepala di satu badan.

Beliau menegaskan Pembangkang tidak patut mengeluarkan logo hari kemerdekaan sendiri memandangkan mereka tidak dapat bekerjasama menggunakan tema yang sama.

"Bagaimana mereka hendak hasilkan logo bersama sedangkan tidak boleh bekerjasama menghasilkan tema yang sama," katanya.

Pengumuman Pulau Pinang menggunakan tema "Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat" hari ini melengkapkan empat tema hari kemerdekaan berbeza di negeri Pakatan.



NASIHAT USTAZ AKHIL HAYY BUAT ABBY ABADI - 'JANGAN JADI ALAT POLITIK PAS..!!'

Posted: 08 Aug 2012 08:15 AM PDT





Ustaz Akhil Hayy merupakan antara artis yang terawal melibatkan diri dalam kancah politik pembangkang mencemuh Kerajaan Pusat menerusi ceramah2 beliau. Hampir kesemua ceramah2 yang dijemput akan diselitkan herdikan terhadap Pemimpin2 Kerajaan BN.

Tidak dinafikan beliau merupakan antara individu yang mempengaruhi masyarakat Islam dan Melayu khasnya untuk menolak Kerajaan pimpinan BN sehingga menyebabkan Pembangkang memperolehi kemenangan yang bertambah berganda pada PRU12 yang lalu.

Kini Ustaz Akhil Hayy membuat kenyataan kepada beberapa media hiburan memberi nasihat kepada artis2 yang baru melakukan hijrah ke arah kerohanian lebih berhati2 kerana beliau merupakan antara mangsa permainan politik pembangkang yang dipergunakan untuk kepentingan peribadi.

Dengan rasa rendah diri, beliau menyatakan dengan ikhlas dan bukannya mahu menghina mana2 rakan artis.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat."

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka."

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik." 



 


 
Itu antara nasihat beliau yang dikatakan kepada beberapa media hiburan yang sempat bertanyakan mengenai hal tersebut.

Namun Ustaz Akhil Hayy tidak pernah mempertahankan pendirian menyekat  mana2 artis untuk menyokong, menyertai apatah lagi mengundi mana2 parti politik di Negara ini atas dasar demokrasi.

Akan tetapi, beliau menasihatkan berdasarkan pengalaman beliau mahu artis2 yang baru menjejari satu kehidupan berlandaskan Agama Islam lebih kosisten dalam memperbanyakkan ilmu Agama dan tidak hanya bercakap tentang politik semata2. 

Apabila baru berhijrah, kekurangan pemahanan ilmu Agama menyebabkan ada pihak yang akan menyalahgunakan niat murni artis tersebut kerana melihat sokongan dan pengaruh.  Malah Agama itu bukan hanya memandang sudut politik semata2.

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain. 

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

"Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula."

 Releven kenyataan Akhil Hayy. Kerana beliau pernah mengalami pengalaman seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Aisyah dan 2 3 kerat artis seangkatan mereka sejak sekian lama. 



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...