Gelombang Rakyat |
- AMBIGA BERANG KERAJAAN SEKAT DAKWAH PADERI GAY DI MALAYSIA.
- DIHALAU DARI ASRAMA - KHALID GAGAP CABUL HAK 1000 PELAJAR UNISEL..!!
- NGO PAPAR VIDEO BUKTI - 'PENDAKWAH' HASUT UMAT ISLAM DI PULAU PINANG MURTAD..!!
AMBIGA BERANG KERAJAAN SEKAT DAKWAH PADERI GAY DI MALAYSIA. Posted: 07 Aug 2012 02:16 PM PDT Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu membantah amalan budaya songsang iaitu perkahwinan sejenis yang boleh menjejaskan institusi kekeluargaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bagi tujuan itu, penganut pelbagai agama di negara ini perlu membuat kenyataan bersama bagi membendung gejala negatif tersebut. Masyarakat Kristian di Malaysia juga tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis, katanya mengulas penganjuran majlis resepsi di ibu negara baru-baru ini bagi meraikan perkahwinan sejenis antara paderi gay beragama Kristian yang juga rakyat Malaysia, Ngeo Boon Lin dengan teman lelakinya seorang penerbit muzik, Phineas Newborn III di New York, Amerika Syarikat tahun lepas. "Kejadian ini seumpama memberi gambaran masyarakat Malaysia kini dalam keadaan bercelaru (mengamalkan budaya songsang) sehingga sanggup meraikan perkahwinan sejenis, yang jelas motif mereka adalah memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Ramadan bersama kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di Masjid Negara di sini, malam ini. |
DIHALAU DARI ASRAMA - KHALID GAGAP CABUL HAK 1000 PELAJAR UNISEL..!! Posted: 07 Aug 2012 09:17 AM PDT Kemelut pengurusan operasi dan kewangan yang dihadapi Universiti Selangor (UNISEL) dilihat sampai ke kemuncak setelah dilaporkan lebih 1,000 penuntut dan penginap Asrama Universiti Selangor (Unisel) kini menghadapi masalahmendapatkan tempat tinggal. Ini disebabkan tindakan pengurusan kolej kediaman UNISEL yang tidak membenarkan pelajar2 berkenaan untuk di asrama asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini. Ianya turut mendapat perhatian serius dari Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan yang menjelaskan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan. "Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya setelah disoal beberapa wartawan Media. Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir. "Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas...pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka," katanya. Beliau berkata, bagi menangani masalah itu pihak MPP dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan asrama sementara bagi membantu penuntut yang tidak mempunyai tempat tinggal. Dua beradik Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, menyifatkan masalah itu sebagai satu beban kepada penuntut. "Saya dan adik datang dari kampung untuk menyambung pengajian di sini dan apabila perkara ini berlaku, kami kecewa... pagi tadi apabila sampai dari kampung kami diberitahu oleh pihak (pengurusan) kolej tidak boleh masuk ke asrama sebab tidak ada kunci... itu sahaja alasan yang diberikan," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendedahkan jumlah hutang yang ditanggung UNISEL sebanyak hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Hutang itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor itu. Selain berhadapan dengan masalah penginapan, penuntut juga terpaksa menanggung beban kewangan apabila Unisel didakwa membuat potongan wang dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka, melebihi dari jumlah yang sepatutnya. Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Jeffri mendakwa pelajar mengadu bahawa baki wang pinjaman PTPTN yang diterima mereka pada Sabtu lepas jauh berkurangan. "Bagi penuntut yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, mereka akan memperolehi wang pinjaman dari PTPTN minimum sebanyak RM8,000 untuk setiap semester manakala bagi pelajar diploma, mereka akan menerima RM4,000...separuh daripada jumlah itu pula akan ditolak untuk membayar yuran pengajian...namun apa yang menyedihkan ada penuntut mengadu kepada saya yang mereka menerima baki wang pinjaman hanya berjumlah kira-kira RM1,000. "Kami sebagai penuntut ingin tahu ke mana perginya wang kami...dan kenapa kami tidak diberitahu mengenainya dan apa sebab Unisel melakukan tindakan sedemikian," kata Mohd Jeffri. |
NGO PAPAR VIDEO BUKTI - 'PENDAKWAH' HASUT UMAT ISLAM DI PULAU PINANG MURTAD..!! Posted: 07 Aug 2012 02:19 AM PDT Beberapa NGO Islam peringkat Negeri Pulau Pinang tampil memberi pendedahan buat rujukan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dalam membanteras gejala Murtad yang kian kronik di Negeri tersebut. Terbaru Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) mengesahkan akan menyerahkan bahan bukti berupa gambar dan rakaman video sebarang paparan bukti kepada pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) berhubung dakwaan terdapat cubaan menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam di negeri itu. Pengerusi API, Nur Fitri Amir Muhammad berkata, bahan bukti itu akan diserahkan kepada Yang Dipertua MAIPP Datuk Salleh Man pada Khamis ini. "Kita telah hubungi Datuk Salleh Man dan pagi Khamis ini akan adakan mesyuarat dengan mereka. Kami juga akan serahkan gambar dan rakaman video pengakuan pakcik beca (yang menjadi saksi) sebagai bukti," katanya. Setakat ini, tiada sebarang maklumbalas positif dari Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu tersebut. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment