Gelombang Rakyat |
- DULU HINA ANJING BULLDOG - MAT SABU TERUS SALAH GUNA LACUR MARUAH GHAFAR BABA..!!
- HUDUD DAP - PARASIT PAS TERGAMAM HADI AWANG DOA KARPAL SINGH CEPAT MATI..!!?
- KHALID GAGAP PENING - DUIT RAKYAT 'LESAP' BAYAR AIR PERCUMA..!!
- ISU USTAZ NASHA - MAJLIS SYURA PAS PUSAT KECEWA SIKAP HADI AWANG..!!?
DULU HINA ANJING BULLDOG - MAT SABU TERUS SALAH GUNA LACUR MARUAH GHAFAR BABA..!! Posted: 27 Aug 2012 01:24 AM PDT Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup. Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk "Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS". Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. "Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu," kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online. "Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua. "Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan PAS yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa." Datin Zainon Ghafar, anak kepada Tun Ghafar yang juga merupakan isteri kepada Ahmad, turut menafikan dakwaan Mat Sabu yang kononnya beliau ada melakukan lawatan ke rumah bapanya sebelum pemimpin itu meninggal dunia. Bagaimanpun, ketika ditanya berkenaan penyertaan Tamrin ke dalam PAS, Zainon hanya menyerahkan perkara itu kepada abanganya. "Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri," katanya. "Hanya dia dengan Allah sahaja tahu tujuan sebenar." PAS sebelum ini mendakwa UMNO ketandusan tokoh Ulama' gara2 sakit hati tengok gambar Ustaz Nasha bersama Najib dan Ulama' terkemuka Arab Saudi. Sebenarnya PAS yang ketandukan tokoh. Bukan sahaja lacur nama artis, akan tetapi Pemimpin UMNO yang dahulu digelar Anjing ini sekarang menjadi bahan publisiti mereka. Lebih hina setelah tokoh UMNO ini telah meninggal dunia. Baru hendak dipuja. Semasa hidup? Dihina. KLIK DI SINI UNTUK PENDEDAHAN PUAK2 PAS DAN PKR GELAR TUN GHAFAR BABA SEBAGAI ANJING BULLDOG KETIKA ERA REFORMASIN ANWAR SATU KETIKA DAHULU. |
HUDUD DAP - PARASIT PAS TERGAMAM HADI AWANG DOA KARPAL SINGH CEPAT MATI..!!? Posted: 26 Aug 2012 07:23 PM PDT Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan kelmarin nyata tidak memberi sebarang penyelesaian berkaitan isu Bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa. Alih2 Presiden PAS Hadi Awang memaklumkan akan menyerahkan bulat2 terhadap Majlis Syura Ulama PAS Pusat untuk membuat kata putus terhadap bekas anak emasnya itu. Nyata Puak2 Parasit PAS gagal menghasut Hadi Awang memecat Ustaz Nasha sebagaimana yang berlaku terhadap Hasan Ali. Akhirnya puak2 ini menyerang UMNO bagi menutup kelemahan sendiri. Jawapan orang bodoh. Tak putus2 mendakwa UMNO menolak Hukum Hudud. UMNO sokong Hudud atau tolak Hudud itu itu hal UMNO dengan BN. Yang kita tanya sekarang soal Kerajaan Pakatan. Bagaimana PAS mampu yakin bekerjasama dengan DAP dalam membina sebuah Kerajaan Pusat jika DAP menolak Hukum Hudud? Bagaimana PAS hendak melaksanakan Hukum Hudud jika terus bersama DAP yang secara tegas berulangkali secara terbuka akan terus berjuang untuk menolak Hukum Hudud? Bilakah dasar perjuangan yang termaktub menerusi Perlembagaan PAS akan menegakkan Undang2 Syariah di Negara ini akan terlaksana jika PAS terus bersama DAP? Semua soalan ini tidak dijawab dengan jelas. Yang dijawab salah UMNO. UMNO tolak Hudud. UMNO khianat Islam. UMNO ludah maruah Islam. Mainan politik UMNO. PAS ni pekak ke buta agaknya. Hampir tiap2 hari Pemimpin DAP terutamanya Karpal Singh secara tegas lagi terbuka memberi amaran pada PAS menolak Hukum Hudud. Karpal Singh itu Pengerusi DAP bukannya Presiden UMNO. "Kita tak heran DAP tolak Hudud. Lebih heran UMNO tolak Hudud." Bagaimana PAS boleh tak 'heran' dengan DAP yang bermati2 an menolak Hukum Hudud? Walhal parti ini akan membina Kerajaan dengan PAS di peringkat Pusat jika menang PRU13. Kalau menang la. Yang dok sibuk UMNO tolak Hudud buat apa? UMNO bukan dalam Pakatan Rakyat. DAP yang bersama kamu wahai pimpinan Parasit PAS yang biol. Inilah cara orang bohong bercakap. Paling lucu puak2 Parasit PAS ini cuba nak buka semula 'buku lama'. Mendakwa Kerajaan di bawah pimpinan Mahathirlah punca yang menyekat Kelantan melaksanakan Hukum Hudud. Jangan cerita 'buku lama'. Kalau nak pegang cerita 'buku lama', bukalah sekali cerita Anwar Ibrahim. Siapa pemimpin ini satu ketika dahulu pada pandangan PAS? Kalau Mahathir dijadikan punca penolakan dan penentang mahabesar Hukum Hudud, Bagaimana PAS boleh mengangkat Anwar selaku PM hari ini walhal Mat Sabu sendiri kata dia lebih ganas dari Mahathir? Pening? Jangan kata Anwar sekarang sudah bertaubat pulak. Karpal Singh bila lagi nak bertaubat? Dia sendiri suruh Anwar bertaubat. Jika dikaji semula isu ini, agak pelik juga apabila Karpal Singh tidak didesak mana2 pihak dalam Pakatan untuk diambil tindakan displin. Kenapa? Sebab Karpal adalah punca keretakan hubungan Pakatan. Dia yang membuat kenyataan secara terbuka hampir setiap hari mengugut PAS agar menolak Hukum Hudud. Bukankah salah satu sebab Hasan Ali dipecat kerana membuat kenyataan secara terbuka yang menimbulkan keretakan hubungan Pakatan. Mengapa tindakan yang sama tidak dibincangkan terhadap Karpal Singh? Ustaz Nasha hanya membalas serangan Karpal. Pemimpin DAP ini yang memulakan dan menjadi penyebab pertelingkahan semua ini. Agenda politik. Ditulis dalam Perlembagaan kata lain. Indah2 belaka dengan nama haruman Islam. Dalam hati kata lain. Bila perjuangan politik tidak ikhlas, ini yang akan terjadi. Bertakbir seolah2 nak berperang demi Islam. Tolak Kerajaan UMNO dan BN kerana guna Sistem Perundangan Kafir. Akhirnya, PAS bina Kerajaan Sekular juga bersama Pakatan. Lebih teruk lagi rujuk Sistem Human Rights ala2 Amerika Syarikat dalam melaksanakan dasar Kerajaan. Bodoh. Sekarang dah ikut perjuangan Anwar pula. Pemimpin yang PAS kata dulu kaki bohong. Tolak Rasuah. Tolak Korupsi. Nak Angkat Pemimpin yang didakwa PAS 1 ketika dahulu pengamal rasuah di Kementerian Kewangan sebagai PM. Ini semua pendirian PAS terhadap Anwar dulu. Buku lama. Kalau PAS boleh buka buku lama seang Mahathir pasal Hudud untuk tutup kelemahan sendiri, bukalah buku lama Anwar sekali. Jika Ustaz Nasha benar2 dipecat, ianya satu kejayaan besar Parasit PAS meludah perjuangan Hadi Awang sebenarnya. Sebab apa? Tanyalah Hadi Awang. Tapi jangan ditanya depan media. Sebab pemimpin2 PAS memang telah dilatih jika soalan berkaitan isu Hudud dan Islam. Depan kamera... action... Salah UMNO. Tanyalah apa soalan sekalipun, jawapannya, salah UMNO. Bengong. |
KHALID GAGAP PENING - DUIT RAKYAT 'LESAP' BAYAR AIR PERCUMA..!! Posted: 26 Aug 2012 04:39 PM PDT Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama 'menanam tebu di bibir'. Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan' telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Malangnya selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan 'batuk di tangga'. Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu. Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal. Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini. Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan. Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai. Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal. Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma. Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu. DATO' SOHAIMI SHAHADAN Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor http://sohaimi-shahadan.blogspot.com/ |
ISU USTAZ NASHA - MAJLIS SYURA PAS PUSAT KECEWA SIKAP HADI AWANG..!!? Posted: 26 Aug 2012 07:22 AM PDT Majlis Syura Pas akan memfokus isu hukum hudud yang kembali menjadi polemik pada mesyuaratnya 9 September ini. Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam Pas itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam menghadapi isu hudud. Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang membuat kenyataan agar Pas menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan hudud. Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa memberi sebarang respons mengenai tindakan Ustaz Nasha menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas untuk mengambil tindakan terhadap bekas anak emasnya itu. "Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda Pas bukan Pakatan. "DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya dipetik Harakahdaily. Mesyuarat Lajnah Politik Pas semalam mengambil ketetapan, parti itu akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud dalam konteks demokrasi di negara ini. Sebelum ini, pimpinan Pas menegaskan tidak ada masalah penentangan DAP terhadap hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment