Gelombang Rakyat |
- KJ BAKAL DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 114A..!!?
- PAS KEDAH TOLAK SLOGAN MERDEKA ANWAR BERBAU SEKULAR DAP..!!
- AGEN US - MAHATHIR DEDAH AGENDA ANWAR LEBIH TERUK DARI OBAMA..!!
- TERUS TIKAM BELAKANG - HAIRAN KERJASAMA 'LUAR BIASA' KERAJAAN BN & MALAYSIAKINI..!!
- ANGKARA PRO PKR!!? - POLIS SIASAT AKAUN FACEBOOK PEMUDA UMNO 'ANTI KRISTIAN'..!!
KJ BAKAL DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 114A..!!? Posted: 22 Aug 2012 07:38 PM PDT Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut. Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan. Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut. Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu. Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan. Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut. Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno. Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. |
PAS KEDAH TOLAK SLOGAN MERDEKA ANWAR BERBAU SEKULAR DAP..!! Posted: 22 Aug 2012 04:38 PM PDT SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal. Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah. Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain. 'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya. Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana? Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga. Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar. 'Sejiwa' memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas? Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini. Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit. Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi "Janji tidak ditepai" Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu 'Janji ditepati". Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik. Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya "Janji Ditepati" adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema "Janji ditepai" bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya. Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi. Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema "menepati janji" amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat 'tidur sebantal'. Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: "Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain". Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Artikel berdasarkan Utusan Malaysia m.s 7 semalam (22 Ogos 2012) |
AGEN US - MAHATHIR DEDAH AGENDA ANWAR LEBIH TERUK DARI OBAMA..!! Posted: 22 Aug 2012 10:05 AM PDT Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menurutnya menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi. Oleh itu beliau menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan. "Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal," katanya dalam blog chedet.cc semalam. "BN mendengar (keluhan) rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini," kata Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu menyatakan bahawa tindakan memberikan peluang kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan selama lima tahun adalah langkah berbahaya kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh itu. "Banyak perkara boleh dimusnahkan dalam lima tahun. Selain itu, pembangkang yang menjadi kerajaan akan memastikan BN tidak kembali berkuasa. Pegawai kerajaan akan digunakan untuk mengancan sesiapa yang cuba menukar kerajaan," jelasnya. Mahathir juga berkata, janji Pakatan untuk memberi pendidikan dan tol percuma serta bayaran 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak akan menyebabkan negara akan menyebabkan negara menjadi bankrap seperti negara Greece. Tambahnya, negara memerlukan dana yang cukup untuk menbangunkan negara dan menghasilkan subsidi. Namun sekiranya Pakatan membatalkan cukai, tol dan bayaran lain, negara akan kehilanfan dana dan rizab tunai. Menurutnya lagi, kerajaan hanya boleh meminjam wang sekiranya ia boleh menghasilkan keuntungan dari pelaburan dan bukannya untuk perbelanjaan. Mahathir juga mendakwa Anwar hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan tidak membuat apa-apa perubahan ketika masih dalam kerajaan. "Sekarang apabila menjadi ketua pembangkang, dia mendakwa mahu membawa perubahan. Perubahan apa yang diperkenalkannya semasa dia masih dalam kerajaan? "Apa yang dia mahu adalah untuk naik dalam Umno untuk menjadi Perdana Menteri. Bagaimana di mencapai objektif itu tidak dipertikaikan," katanya lagi. |
TERUS TIKAM BELAKANG - HAIRAN KERJASAMA 'LUAR BIASA' KERAJAAN BN & MALAYSIAKINI..!! Posted: 22 Aug 2012 07:39 AM PDT Malaysiakini yang sidang redaksinya diketuai Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas, Steven Gan menimbulkan persoalan tentang integriti media. Kita, sebahagian besar rakyat negara ini tidak tahu apa yang berlegar dalam fikiran sidang redaksi portal berita ini. Apa sebenarnya definisi media dan agenda Malaysiakini. Portal ini dilihat terlalu memihak. Pengaruh DAP begitu ketara di dalamnya. 'Penyaringan' berita di Malaysiakini begitu ketat. Jika 10 berita memaparkan laporan positif kerajaan, sembilan daripadanya 'dilepaskan' dalam bentuk seolah-olah tidak ada kebaikan langsung di pihak kerajaan. Asyik menghentam, sinikal dan berita diolah dalam bentuk memperlekehkan kerajaan. Apakah Malaysiakini akan menjadi seperti pakatan pembangkang yang cuba mengubah asas kenegaraan? Banyak kali sidang akhbar melibatkan Perdana Menteri negara ini khususnya bermula dari yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad; kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Tun Razak, hasil penyiaran oleh portal ini begitu di 'luar jangkaan'. Apatah lagi jika ia membabitkan 'cuma' kenyataan-kenyataan oleh menteri. Habis dipokahnya. Apakah Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi realitinya ia langsung tidak mendukung nilai-nilai berkenaan? Suatu ketika kita, rakyat Malaysia didedahkan dengan sajian berita daripada portal ini yang bertajuk: "Pengundi baru: Pagi ini PR, petang warganegara". Ia kisah seorang yang bernama Mismah yang dikatakan diberikan taraf warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memiliki IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi. Namun, ternyata apa yang dibongkarkan oleh wartawan Malaysiakini adalah pembohongan besar. Dakwaan bahawa Mismah menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat PR ternyata tidak benar. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan dia telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Mismah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia. Hampir heboh satu negaralah dibuatnya Malaysiakini. Itu belum termasuk dikeluarkan berita bahawa kononnya cerita kenyataan PM Bangladesh yang rakyatnya diberi Mykad dan boleh mengundi. Dan dalam banyak berita, Suruhanjaya Pilihan Rayalah yang paling kerap menjadi 'mangsa' portal berita ini. Tidak ada belas kasihan langsung. Suatu ketika gelagat wartawan Malaysiakini ketika membuat liputan juga cukup merisaukan saya. Pernah di depan saya dan para wartawan lain sekitar pertengahan tahun lepas, gelagat wartawan portal berita ini ketika berada dalam majlis agak menjengkelkan. Ketika semua orang berdiri untuk menghormati lagu korporat SPR yang sebelum itu didahului nyanyian lagu NegaraKu di lobi SPR, Putrajaya itu, dia tanpa rasa bersalah, duduk menghadap nasi bungkus ambeng. Makan, seolah-olah di sekeliling tidak ada pemerhati sehinggakan ada yang prihatin cuba melemparkan sepotong rock melon terhadapnya. Tapi mujurlah rock melon yang entah siapa pelemparnya tidak hinggap terus kepadanya. Tetapi sudah cukup menyedarkan salah seorang daripada rakan di sebelahnya untuk bingkas bangun serta-merta menyertai sama hadirin menghormati lagu berkenaan. Tapi si wartawan portal ini terus dengan lagaknya. Kita, rakyat negara ini cukup risau dengan bentuk agenda yang dibawa Malaysiakini. Check and balance tidak banyak diperjuangkan. Bukan seorang dua membidas agenda Malaysiakini. 'Mangsa' yang acap kali digodak mereka termasuklah Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof yang sering kali terpaksa mempertahankan kredibiliti dan kewibawaan suruhanjayanya daripada terus ditohmah oleh Malaysiakini. Antaranya, beliau sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan keras menyifatkan Ong Boon Keong dari Malaysia Election Observation Network (MEO-Net) sebagai pembohong besar. Ini berikutan dakwaan Boon Keong semasa pilihan raya negeri Sarawak April tahun lepas yang disiarkan dalam Malaysiakini bahawa berlaku keadaan kertas undi berlebihan daripada jumlah pemilih berdaftar di pusat mengundi SK Pasai Siong Tengah. Sedangkan siasatan SPR mendapati dakwaan itu tidak benar. Semakan SPR mendapati nama pusat mengundi SK Pasai Siong Tengah yang dimaksudkan Boon Keong juga tidak wujud dan bukan pusat mengundi yang telah diwartakan oleh SPR sebagai pusat mengundi bagi pilihan raya DUN Sarawak Ke-10. Kes-kes laman web yang memaparkan pornografi, mencerca raja-raja Melayu, menghina Islam atau memperkecilkan budaya orang lain adalah isu sensitif dalam negara ini. Namun, kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan pihak berkuasa gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah. Soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi. Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan. Barangkali jugalah Malaysiakini yang hampir setiap hari menyiarkan berita-berita berbau sentimen sukar diambil tindakan oleh kerana mungkin juga pelayan webnya berada di luar negara. Dan ia mungkin juga mendatangkan kekangan buat pihak berkuasa untuk bertindak termasuk dari aspek fizikal. Lagipun, dalam banyak keadaan apabila pihak berkuasa membuat serbuan ke atas laman web yang memaparkan elemen berbaur hasutan, mereka dengan licik akan memadamkan terus cakera padat (CD) dan apabila perisiannya dimusnahkan, maka SKMM kena menelitinya secara perkomputeran, ia memakan masa dan rumit. Banyak kes berbaur sentimen, hasutan dan perkauman di Internet menimbulkan keresahan rakyat. Malaysiakini dan portal-portal berita lain perlu bersama-sama bertanggungjawab mengekang elemen ini. Jangan kerana 'mengejar' Pilihan Raya Umum Ke-13, segalanya jadi tak kena di mata rakyat. Nukilan Penulis dari Utusan Malaysia. |
ANGKARA PRO PKR!!? - POLIS SIASAT AKAUN FACEBOOK PEMUDA UMNO 'ANTI KRISTIAN'..!! Posted: 22 Aug 2012 06:43 AM PDT Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan satu akaun laman sosial Facebook, yang menggunakan nama Pemuda Umno dan memaparkan mesej berbaur hasutan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, "kita masih menyiasat kes ini dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak." "Setakat ini, kita hanya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Kelmarin, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis selepas menyedari kewujudan laman sosial palsu itu pada Sabtu lalu, yang meletakkan profilnya sebagai 'Pemuda Umno Malaysia'. Dalam laman sosial sama turut diletakkan satu paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. Laman sosial itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor yang kini mempunyai lebih 50,000 pengikut. Difahamkan, akaun tersebut sudah tidak aktif pada petang sebelum laporan polis dibuat oleh Ibdilillah. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment