BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! MANA ENAKMEN HUDUD NEGERI KEDAH ??? TOLONG JAWAB HADI AWANG !!!
- KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR MENIPU RAKYAT TENTANG HARGA AIR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PENDUDUK PULAU PINANG SUDAH PERCAYA LIM GUAN ENG SEBAGAI TOKONG ???
- HOT NEWS !!! DAP SOKONG HUDUD ??? PULAK DAH !!! BIAR BETUL ???
- HOT NEWS !!! MB KEDAH USTAZ AZIZAN BERTEKAD UNTUK MEMPERTAHANKAN JAWATAN SAMPAI MATI ???
- HOT NEWS !!! PAKATAN HARAM TAK FAHAM LAGI KER ??? POLIS TAK BAGI KEBENARAN ' HIMPUNAN JANJI' !!!
- HOT NEWS !!! @PDRMSIA !!! RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGGANAS PADA 30 OGOS INI ???
HOT NEWS !!! MANA ENAKMEN HUDUD NEGERI KEDAH ??? TOLONG JAWAB HADI AWANG !!! Posted: 29 Aug 2012 12:00 PM PDT Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008,Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.Katanya,ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.Namun,tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.Hanya setelah hampir sepenggal,hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah,Dato' Seri Azizan Razak,di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat,bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud,ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.Jelas,PAS Kedah seperti juga PAS Pusat,tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.Sebaliknya,hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik. Mengikut sejarah,apabila PAS memenangi Terengganu,parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.Antaranya,dibolehkan meliwat isteri,orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri,maka tiga lagi saksi boleh dihukum.Perkara ini didedahkan oleh Dato' Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.Lebih menarik lagi apabila Dato' Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir,pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya,sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.Jika ini benar,nampaknya PAS bukan sahaja licik,tetapi busuk hati.Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.Sebaliknya,PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR MENIPU RAKYAT TENTANG HARGA AIR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 29 Aug 2012 08:30 AM PDT Sejak pakatan haram mengambil alih kerajaan Selangor,negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih,pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar,Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.Dalam hal bekalan air bersih misalnya,waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala,kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air. Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai,untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2,dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor.Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat.Tanpa persetujuan kerajaan negeri,tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu,sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina,langsung tiada kaitan antara satu sama lain. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PENDUDUK PULAU PINANG SUDAH PERCAYA LIM GUAN ENG SEBAGAI TOKONG ??? Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya,Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka,dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.Sebenarnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.Malah bukan satu rahsia lagi,dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan. Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini,ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa,kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara masjid.di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DAP SOKONG HUDUD ??? PULAK DAH !!! BIAR BETUL ??? Posted: 29 Aug 2012 01:30 AM PDT Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya,tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya.Sebaliknya,hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.Malah,Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng secara 'rasminya' meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin,ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya ??? Justeru,mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja 'pejuang' (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS).Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika 'pejuang' yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar.Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.Walaubagaimanapun,di kalangan pengundi Cina,mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS.Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri. Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik,termasuklah Melayu PAS.Selain itu,sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS.Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, 'apa sudah jadi ???'.Benar,ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu pakatan haram.Tetapi,selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka.Justeru,kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS ??? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa ??? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP ??? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini. Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR.Oleh itu,kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.Jelas,menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP.Sebaliknya,ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.Di pihak PAS pula,menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah,tegas dan kekal.PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan,secara berani,terbuka,tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP.Bayangkan,bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang.OKU pulak tu. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MB KEDAH USTAZ AZIZAN BERTEKAD UNTUK MEMPERTAHANKAN JAWATAN SAMPAI MATI ??? Posted: 28 Aug 2012 10:00 PM PDT Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas,malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri.Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.Parti pembangkang Kedah,iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi,keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS.Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB,kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.Malah,PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama. Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan ??? Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk 'menjerut' beliau adalah masalah kesihatan.Ini kerana,semenjak beberapa bulan kebelakangan ini,Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya,jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi.Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau,To' Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan.Sejauh mana berita ini benar,tidak dapat pula dipastikan.Namun,rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga. Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP.Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.Maka,tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu 'loklaq' (tak senonoh).Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai 'kesucian' Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar,jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat. Kesemua faktor ini ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya.Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.Walaubagaimanapun,Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.Namun,apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur ??? Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh 'menurunkannya'.Malah,beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat 'Ulama' yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan 'nasihat' parasit-parasit tersebut.Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PAKATAN HARAM TAK FAHAM LAGI KER ??? POLIS TAK BAGI KEBENARAN ' HIMPUNAN JANJI' !!! Posted: 28 Aug 2012 07:00 PM PDT Inilah yang dikatakan musang berbulu ayam.Kalau ia satu perhimpunan sebut dengan jelas ia satu perhimpunan dan ikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.Sebaliknya Gabungan Janji yang didokong oleh aktivis Bersih yang kini menjelma dalam pelbagai NGO cuba berselindung disebalik keramaian malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka untuk menghalalkan perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang akan mereka anjurkan malam itu.Dengan mengunakan alasan mereka juga hendak turun sama-sama merayakan malam menjelang hari bersejarah penganjur himpunan yang akan disertai oleh 49 NGO antara lain tidak memberi notis 10 hari kepada pihak polis seperti yang ditetapkan oleh akta.Sedangkan ia satu perhimpunan yang jelas terancang dimana para peserta diminta turun memakai baju kuning yakni warna lambang Bersih.Gelagat meloyakan puak-puak Bersih ini tak sudah-sudah nak cari pasal dan nak menguji tahap kesabaran pihak berkuasa.Tindak tanduk mereka seolah semua orang bodoh melihat mereka pura-pura bodoh tidak mahu ikut peraturan.Kini kebimbangan yang berlegar ialah siapa yang boleh bagi jaminan perhimpuan itu berjalan aman seperti yang dijanjikan. Selain perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang hendak menuntut pilihanraya bersih dan adil dari jam 10 malam hingga waktu tengah malam,satu lagi perhimpunan anjuran Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) akan diadakan pada malam itu.Ia akan berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.Siapa yang boleh menyekat jika berlaku misalnya jerit pekik antara peserta perhimpunan dengan orangramai yang membanjiri Dataran Merdeka malam itu yang mungkin marah melihat gelagat puak itu.Ia boleh merebak kepada saling lontar melontar objek dan sebagainya yang boleh mencetuskan kejadian yang diluar kawalan.Ini adalah kali pertama dalam sejarah kemeriahan malam ambang Merdeka cuba dicemari dengan satu perhimpunan yang tidak ada kaitan dengannya.Penganjur 'Janji Demokrasi' yang sebelum ini guna nama 'Janji Bersih' senang cakap sahaja bagi jaminan perhimpunan mereka akan berlangsung dengan aman dan tertib.Sebenarnya dari nawaitu mereka sahaja sudah boleh dijangka situasi malam itu besar kemungkinan akan panas.Siapa yang boleh lupa bagaimana perhimpuan Bersih 3.0 telah bertukar kecoh disaat akhir gara-gara 'signal Anwar pada Azmin'. Peserta telah merempuh masuk ke Dataran Merdeka yang menjadi kawasan larangan ekoran isyarat antara mereka berdua.Mereka yang mula.sebaliknya bila polis bertindak mereka riuh menyalahkan polis.Himpunan Bersih sebelum itu juga diwarnai dengan pelbagai gelagat ganas.Tiga hari menjelang perhimpunan yang dirancang itu polis telah memanggil salah seorang taiko Bersih yang kini mengunakan platform Pengarah Eksekutif Empower Selangor, Maria Chin Abdullah memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.Perangainya jelas terpancar.Dalam sidang akhbar selepas memberi keterangan selama kira-kira sejam,Maria memberi kenyataan yang akan mengelirukan kepada wartawan.Katanya polis tidak menyatakan YA atau TIDAK dalam kontek kebenaran kepada mereka adakan perhimpunan itu sebaliknya menekankan aspek keselamatan peserta. "Polis tidak cakap mereka benarkan atau tidak (sambutan) tapi kami sudah terangkan apa yang akan berlaku pada hari itu dan tidak melanggar akta perhimpunan aman 2012," katanya. Turut serta ke balai polis itu ialah beberapa yang lain termasuk Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor,Yong Yew Wei yang akan mengetuai sambutan di Jalan Sultan .Maria berkata,beliau turut memberitahu polis bahawa himpunan Janji Demokrasi hanya akan berada di sekitar Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning dan hanya Sasterawan Negara,A. Samad Said yang akan membacakan puisi. "Seperti yang kita cakap sebelum ini,sebarang ucapan,kain rentang dan sepanduk tidak dibenarkan.Kita akan berada di Dataran Medeka selama dua jam dan akan bersurai selepas jam 12 tengah malam," katanya. Ekoran itu ada portal berita yang tidak faham pakat balun saja kata polis sudah beri kebenaran dan ada pula yang tulis kata polis tidak kata YA atau TIDAK sama ada benarkan perhimpunan itu atau sebaliknya.Maria juga beritahu media,mereka akan mendapatkan permit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu.Persoalannya,betulkah polis sudah beri kebenaran kepada pengajur Janji Demokrasi ??? Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang dihubungi Agendadaily menegaskan tiada kebenaran diberikan bagi tujuan perhimpunan itu.Tegasnya, pengajur tidak mengemukakan notis 10 sebelum perhimpunan diadakan seperti ditetapkan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.|Menurut beliau, polis tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur.Malah katanya, kegagalan itu membolehkan penganjur dikenakan denda sehingga RM10,000 mengikut Seksyen 9(5) Akta sama.Beliau hairan jika penganjur mendakwa polis sudah memberikan kebenaran sedangkan mereka gagal mengemukakan notis mengadakan perhimpunan tersebut ikut tempoh ditetapkan.Menjawab soalan,Zainuddin berkata pihaknya akan memantau perhimpunan itu dan mengambil tindakan menyuraikannya jika perlu.Jelaslah, Maria dan kawan-kawannya termasuk peguam beliau yang berjumpa pihak polis tidak berterus terang apa dibincangkan dalam pertemuan petang semalam.Sepatutnya,mereka tahu mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 dan bagaimanapun mendapatkan kebenaran untuk perhimpunan itu.Agaknya mereka bukan tidak tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu kerana senang nak 'hentam' polis nanti macam berlaku perhimpunan sebelum ini.Mustahil punya ramai ahli parlimen pembangkang yang ada di Parlimen ketika akta itu dibentang dan diluluskan tidak boleh bagitahu pengajur bagaimana nak adakan perhimpunan yang betul-betul bersih dengan patuhi semua undang-undang.Jawapannya, mereka semua ini sengaja nak cari pasal nak bikin sesak dan kacau di ibu negara ketika rakyat sepatutnya tenang dan gembira sambut malam Merdeka.Siapa yang boleh tutup bangkai gajah dengan nyiru..Ramai yang menilai rancangan himpunan itu tidak lebih dari salah satu usaha untuk ' bikin panas' situasi untuk mencari alasan bagi menyalahkan kerajaan menjelang PRU13. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! @PDRMSIA !!! RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGGANAS PADA 30 OGOS INI ??? Posted: 28 Aug 2012 04:00 PM PDT Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa rusuhan pasti akan berlaku 30 hb malam kerana puak-puak ini mahu terus mencari pasal dengan polis dan kerajaan dan menambahkan isu dalam kempen pilihanraya.Dengan itu,samseng yang bakal mencetuskan rusuhan akan ditempatkan di hotel-hotel berdekatan.Tempahan telah dibuat dan sudah ada yang tiba di Kuala Lumpur.Hotel-hotel ternama jadi pilihan puak pakatan haram ini.Penajaan datang dari negeri–negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti diakui masing-masing Nik Aziz,Azizan Razak,Guan Eng dan Khalid Gagap dalam episod ganas Bersih 3.0.Bersih ini dimanipulasikan oleh puak pakatan haram kerana ianya berbeza sedikit dari himpunan haram lain yang dianjurkan parti-parti pakatan haram,kalau berlaku rusuhan pun itu atas nama Bersih,bukan parti-parti pakatan haram.Dengan sebab itu perusuh tidak segan silu nak jahanamkan kenderaan polis,pukul orang dan sebagainya sebab dia yakin parti pakatan haram tidak akan dilibatkan. saya rasa,Kita harus membiarkan sahaja beruk-beruk ini berhimpun di Dataran Merdeka pada malam sambutan Merdeka pada 30 Ogos 2012 dan merusuh.Dengan ini imej Pakatan haram yang menaungi Bersih akan makin hina di mata rakyat Malaysia.Imej keganasan perusuh itu nanti akan menjauhkan lagi undi rakyat dari puak-puak pakatan haram yang kejam dan zalim ini seperti mana yang berlaku dalam Bersih 3.0 yang lepas.Rakyat akan melabelkan pakatan haram ini selain mencetuskan rusuhan mereka ini juga merosakkan sambutan kemerdekaan.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? Segala rekaan cerita konon polis langgar orang dan nak keluarkan mangsa di bawah kereta,yang mana sekarang kita tau terbukti pembohongan semata.pakatan haram tidak mengaku terlibat,cuma beri sokongan kepada NGO bernama Bersih (siapa yang percaya itu memanglah bodoh).Rakyat tahu dah parti-parti pakatan haram ini terlibat dan kalau berlaku apa-apa,parti-parti pakatan haram inilah yang akan disalahkan.Maka dengan itu,kalau berlaku kekecohan nanti,rakyat tidak akan sama sekali menyalahkan polis.Dibeberapa siri himpunan hijau,himpunan oren yang dianjurkan parti pakatan haram ada ke berlaku kekecohan (kalau betullah polis puncanya)??? Kalau jalan elok-elok,tak baling kereta polis,jahanamkan harta benda awam,pukul orang dan sebagainya,tidak kuasa polis nak bertindak,polis pun tau penat. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment