BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KONTROVERSI FACEBOOK !!! ADAKAH @KHAIRYKJ YANG BERSALAH ATAU PAKATAN HARAM PURA-PURA BUTA IT ???

Posted: 25 Aug 2012 01:41 PM PDT



Senang cakap kalau puak pakatan haram tidak pura-pura bodoh dan buta IT,kisah sebuah laman facebook yang guna nama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk muat turun satu poster yang mendakwa undi pakatan rakyat bererti menyokong Kristian jadi agama rasmi negara tidak akan jadi satu isu.Pokok pangkal asasnya di sini semua orang tahu siapa sahaja dengan mudah dalam mewujudkan sebuah laman facebook atas nama apa saja.Pemuda UMNO Malaysia sudah membuat laporan polis menafikan pergerakan itu ada kaitan dengannya pada hari Isnin yang lalu.Juga tidak menghairankan jika ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia disiasat dan berani membuktikan laman itu bukan dikendalikan oleh Pemuda UMNO.Lainlah halnya jika pergerakan itu mengakui ia yang bertanggungjawab bagi muat turun poster yang sensitif itu dan langsung mempertahankannya.

Ia nyata berbeza dengan isu Karpal Singh VS Nasharuddin Mat Isa dan PAS tentang isu hudud.Satu dunia tahu Pengerusi DAP Kebangsaan itu berulangkali menegaskan pendiriannya menentang hudud dan negara Islam.Isu berkenaan adalah fakta yang jelas tertulis.Dalam senario menjelang pilihanraya umum sekarang sudah diketahui memang banyak ' tangan-tangan gatal' yang cuba segala macam cara untuk mencemar nama baik BN.Bagi mereka usaha untuk mencetuskan kemarahan khususnya orang bukan Islam adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan markah BN.Disebalik segala tomahan yang berlegar,hakikatnya Malaysia kekal aman sejak negara Merdeka kecuali peristiwa 13 Mei.1969.Agama Islam merupakan agama rasmi negara sejak sekian lama.

persoalannya sekarang kalau semua sudah tahu begitu mudah sekali bagi sesiapa mewujudkan sebuah akaun facebook apa yang nak diriuhkan sangat.Kalau nak buat jahat Pemuda UMNO juga boleh tuduh laman facebook itu diwujudkan oleh budak-budak pakatan haram untuk mencetuskan kontroversi ini.Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional,Ibdilillah Ishak telah membuat laporan di Balai Polis Tun H. S. Lee di Kuala Lumpur berhubung facebook berkenaan.Beliau mengecam dan memandang serius tindakan pengendali laman sosial terbabit kerana perbuatan itu telah menyentuh sensitiviti agama menerusi poster yang berbaur hasutan.Katanya poster yang dimuat turun di laman sosial Facebook yang memaparkan wajah Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama itu sebenarnya bukan milik rasmi Pergerakan Pemuda UMNO, malah ia dikendalikan tanpa pengetahuan dan mandat ketuanya, Khairy.Sebelum itu menerusi laman twitternya Khairy menafikan poster yang dimuat turun dan disebarkan melalui Facebook itu milik rasmi Pergerakan Pemuda.

ANDA NAK TAHU APA JAWAPAN KHAIRY JAMALUDDIN SEMALAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MANSOR AND GANG NEED TO REVIEW THEIR POSITIONS !!!

Posted: 25 Aug 2012 12:59 PM PDT



Now it is in the open...the relationship between the three parties in Pakatan Rakyat (PR) is not as good as it is made to be and believe. Except for the top leadership of the parties that project the 'so-called closeness',the undercurrent is far from what is shown in public.

Penang deputy Chief Minister Mansor Othman's comments about his boss Lim Guan Eng that was leaked in the minutes of his meeting showed a clear 'antagonistic' attitude towards Guan Eng.Not just the words 'arrogant and to'kong', more so the internal bickering on their working relationship was revealed indirectly – they just cannot work together on seat allocations what more to rule on consensus as the leadership have projected.Guan Eng's antics are no longer a secret, dictatorial with a slant in racism – Malays and Indians do not seem to exist in his administration of the state.
Mansor and other Malay leaders in state PKR as well as PAS should by now decide whether to continue playing second fiddles on tools to dominant DAP or leave the party and join Barisan Nasional (BN).

There is still time for them to reflect on their past and chart a new path for the future that is if all of them think the Malays and Indians in the state should be treated equally economically and politically.There is nothing wrong in admitting one's mistakes and return to the right path because every human make mistakes and returning to the right path is considered as brave and honest.Right now, Mansor and other Malay leaders including PAS leaders in the state are mere followers to a seemingly dictatorial administration where they cannot even open ntheir mouths to proetc or promote the Malays or the Indian voters.

It is no wonder that Guan Eng is so powerful and the Chinese voters in Penang love him as whatever he said is taken as orders – no two ways about it.Mansor and PAS leaders in the state cannot depend on de factor Chief Anwar Ibrahim to defend them because that man is busy planning his own future to be the Prime Minister,no matter what it takes – even selling his loyal friends like Mansor and PAS leaders in the state.Anwar just wanted the support for him to be number one in the country and he could not care less about the rest.Given such situation, Mansor and the Malay leaders in PKR and PAS leaders in the state should think for themselves and the future of their struggle for the Malays and Islam.

KANTOI !!! DR DZULKIFLY DI KATAKAN SESAT KERANA PERTIKAI PERLAKSANAAN HUDUD ???

Posted: 25 Aug 2012 08:30 AM PDT


Seminggu dua kebelakangan ini isu Hudud bergema semula,sekaligus menggegarkan kembali arena politik negara dimasa yang sama ramailah yang akan tampil bersama hujah masing-masing bagi pihak kelompok yang disokong.Sekitar tahun 1990 hinggalah pilihanraya umum tahun 1999 dulu,isu Hudud juga pernah mencuri tumpuan umum walaupun kerapkali ia hanya panas semasa menjelang pilihanraya dan mulai sejuk selepas keputusan pilihanraya diketahui.Semasa isu hudud hebat dimanipulasi oleh PAS untuk kepentingan politik kepartiannya,banyak fatwa politik bergentanyangan dari mulut mereka termasuklah menjatuhkan hukum kafir,anti Islam dan sesat terhadap penyokong dan pemimpin UMNO.Segalanya dilakukan hanya kerana UMNO berpendapat belum tiba masanya untuk negara kita melaksanakan hukum hudud disebabkan halangan populasi penduduk,kekangan kedudukan ekonomi ummah, liku-liku perundangan yang rumit serta suasana semasa yang belum mengizinkan perlaksanaannya.Malah untuk menonjolkan kononnya PAS begitu serius memperjuangkan Hudud sebagai perundangan utama negara, PAS pernah secara tergesa-gesa membentangkan Draf Hudud di DUN Kelantan dan Terengganu walau hakikatnya dari segi persediaan praktikalnya satu bayang pun tidak kelihatan.

Lebih dari itu,PAS juga pernah mengwar-warkan konon hukum Hudud akan terlaksana serta merta sebaik ayam jantan belum habis berkokok tapi kemudiannya walau ayam jantan sudah beribu kali melaungkan kokokannya hingga kini draf hudud hanya kekal sebagai draf semata-mata.Tapi semuanya itu masih tidak menghalang PAS untuk terus bersembang pasal Hudud dan memanipulasikan sebagai umpan politik bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Islam malah strategi fatwa politik termasuk menududh UMNO telah sesat dan anti Islam terus digunapakai hingga sekarang.Namun kini,apabila seorang pemimpin PAS yang datangnya dari kelompok pro Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai puak Erdogan turut berkongsi pandangan sama dengan UMNO dalam isu perlaksanaan Hudud tentunya kita tertanya-tanya apakah hukum atau fatwa politik yang akan dihambur keluar oleh pemimpin PAS yang lain terhadap Dr Dzulkifli ???

Dalam kenyataannya,Dr Dzulkifly Ahmad yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor secara terbuka menyatakan "sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses untuk merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan".Tambah beliau lagi, "isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.Dalam keadaan ini,jika ia tidak ditangani secara baik,banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud".

Membaca kenyataan beliau di atas yang disiarkan oleh Sinar Harian 23 Ogos 2012,jelas senada dengan alasan penangguhan perlaksanaan Hudud yang seringkali disebut oleh pemimpin UMNO,peliknya hingga sekarang tiada satupun komen balas atau kritikan keras yang menghentam Dr Dzulkifly.Tapi bila sahaja UMNO yang menyebut sedemikian rupa bagi menjawab persoalan kenapa Hudud tidak dilaksanakan di Malaysia maka tidak semena-mena ramai pemimpin PAS akan segera memanipulasi ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan hukuman kafir,sesat dan anti Islam yang ditujukan terhadap UMNO.Entah apa respon rasmi PAS kelak,tapi rasanya fatwa politik mereka yang pernah menuduh UMNO telah sesat, kafir dan anti Islam masih boleh diguna pakai terhadap Dr. Dzulkifly kerana nadanya dalam isu Hudud mirip kepada alasan UMNO,tidak begitu wahai pembaca Badut Rakyat ??? Barangkali PAS hanya akan berdiam diri dari mengulas kenyataan Dzulkifly itu dan penyokongnya pula akan buat-buat tidak tahu, atau paling tidakpun mereka akan menganggapnya sebagai kenyataan peribadi sahaja, taktik biasa untuk mengelakkan jadi semakin terhimpit dan tersepit.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! AZMIN ALI ANAK DERHAKA !!! ADAKAH INI SEMUA SALAH UMNO ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Aug 2012 05:00 AM PDT



Tajuk di Meloyakini berbunyi,'leave my mum alone, Azmin tells UMNO' (Jangan ganggu ibu saya,kata Azmin kepada UMNO) membuatkan saya tersenyum sinis.Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO,tetapi Azmin Ali sendiri.Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO,tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan.Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO,tetapi Anwar Ibrahim.Justeru,jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO.Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas,iaitu mencari berita sensasi Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi.Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah,maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media.Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya ??? Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah,tetapi benar belaka.

Paling jelek ialah apabila Azwan,abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya.Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai 'sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings'. Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan.Namun,apa yang kita harapkan dari seorang pondan.Begitupun,Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan.Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat.Malangnya,Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat.Tidak mungkin manusia yang 'hilang arah' mampu memimpin ??? Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya.Tanpa restu ibu,Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah.Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah 'tersumpah laknat oleh ibu' dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat.Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah.Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.Selain itu,sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual,lesbian,biseksual dan transgender.nampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.Apa yang pasti,dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka,sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! PAS ADALAH PUNCA HUDUD DAN ISLAM DI HINA !!!

Posted: 25 Aug 2012 01:30 AM PDT



Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam,sekali gus 'hudud',dari perjuangan mereka demi kerjasama pakatan haram,tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah.Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang 'sedikit cerdik' merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP.Benar,bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang 'sedikit cerdik' yang mendambakan hudud tadi.Justeru,'hudud' dan 'Negara Islam' perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS,sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan 'modal' untuk berkempen dan menyerang UMNO.Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut.Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam,tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu,Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya.Selain itu,terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS.Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011,terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan.Walau apapun,kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana.Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal,hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan,ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna.Selain itu,ia juga memerlukan keikhlasan,ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna,di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini.Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud.

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri,contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden,pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud.Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat atau zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin 'cuak' terhadap hudud.PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya.Selain itu,hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia. Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita.Antaranya, Afghanistan,Sudan,Somalia dan Nigeria.Manakala,Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita.Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama.Gelaran 'mujahidin' dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana.

Secara keseluruhannya,sikap,pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur,tidak adil serta menakutkan.Kerana PAS,Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan,syak-wasangka dan keganasan.Kerana PAS,Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada,tidak ikhlas,sukar bergaul,memusuhi ketenangan,menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain bukan Islam dan juga sesama sendiri.Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh,adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri.Sedarlah bahawa di mata umum,termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu berkahwin 2,3,4,berkhalwat dan berzina.PAS sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut,memaki dan menghamun.PAS sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya 'berjihad' sedangkan isteri yang menanggung semuanya.Dengan itu,saya ingin bertanya PAS, 'jihad' apa ??? Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri. Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri,selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PAS HANYA PARTI POLITIK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Aug 2012 10:00 PM PDT



Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam,berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS,dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya,PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban,jubah,kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya,itu sahaja.Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan,apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO,bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka ???".Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan,PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan,jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.Di awal-awal kewujudan PAS,pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu,lantaran itu beberapa tahun selepas negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada dalam perikatan,maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah,kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulau.Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan Pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.Tapi malangnya,tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara secara muafakat,PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya,DAP si kafir harbi.Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang,setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya,PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR,PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.Bezanya antara PAS dengan UMNO,walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam,PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan haram.UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya,tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan,tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.Jauh berbeza dengan PAS,sudahlah bebalan sepanjang zaman,tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam,segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya.

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! MASALAH ISU HUDUD AKAN SELESAI DENGAN KATA PUTUS ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 24 Aug 2012 07:00 PM PDT



Lakonan PAS,DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata.Sedangkan,umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya pakatan haram memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP,tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.Apapun,kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sebagai 'bakal' Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.

Hari Ini,Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti.Alasan Anwar lagi,hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP. Maka,kesimpulannya,hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah,Noktah.Justeru,eloklah Nasaruddin,Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial. Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU HUDUD !!! SAH !!! PAS MANGSA NASI KANGKANG DAP !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Aug 2012 04:00 PM PDT



PAS dan hudud macam aur dengan tebing,semua orang tahu.Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud,PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN,silap-silap hari bulan,boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir,kalau ditanya orang pun,alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud,jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah,hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam,ada lebih banyak benda lain lagi.Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula,PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud,kalau Terengganu dulu diambil contoh,PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 Iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) pakat-pakat palsu yang sama macam pakatan haram hari ini.Jadi moralnya,PAS perjuang hudud hanya untuk undi,untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini,isu hudud kecoh kembali,sebab apa ??? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebutkepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya),ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok,kelompok yang lain tidak bersetuju,macam Datuk Dr Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi,termasuk Nasharudin Mat Isa.Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.Cuma yang berbeza kali ini,kerana nama Pakatan Haram dikaitkan sekali,DAP yang duduk dalam Pakatan Haram perlu tampil mempertahankan pendirian partinya atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah,Pedih tu.sebelum benda jadi melarat,lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS,termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.Sedangkan Nasharudin berpendapat,menolak hudud sama dengan menolak Islam,melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.BN takpelah,parti lawan,DAP parti kawan,itu yang payah tu.Apa sekalipun,kerana Karpal menolak hudud,PAS sekarang terbahagi kepada 2.Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.Bukan setakat ahli-ahli dibawah,pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin,lebih ramai dibelakang Karpal.Terbaru,ahli Parlimen Kuala Selangor,Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata,"Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa".

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO,baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir,tak payah baca dalam-dalam lagi.Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS,terselamatlah dia dari 'murtad',apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.Bagaimanapun saya percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman,bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.Kalau terdesak sangat pun,fikirlah alasan sendiri,apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula ??? Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,syaitan tapi BN.Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan,nasi kangkang Karpal ke,Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.saya nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan saya mudah saja,pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah,hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.Masa dia cakap tu, ada surahnya,ada rujukannya,ada kitabnya,biasalah PAS.Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud,selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya,confirm dituduh Kafir.Alih-alih sekarang,bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem,perlekeh dan pijak hudud pun,PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...