BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK MEMBAZIR DUIT RAKYAT ADAKAN SAMBUTAN RUMAH TERBUKA ???
- HOT NEWS !!! RAHSIA PENIPUAN LIM GUAN ENG DAH TERBONGKAR ???
- EKSKLUSIF !!! KISAH HUDUD !!! KENAPA DAP MENENTANG PAS ???
- EKSKLUSIF !!! PENINDASAN KE ATAS MASYARAKAT ROHINGNYA MYANMAR PERLU DIHENTIKAN SEGERA !!!
- ISU HUDUD !!! NASRUDIN MEMBELASAH KARPAL SINGH !!! MASA DEBAT KATA KARPAL OK ???
HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK MEMBAZIR DUIT RAKYAT ADAKAN SAMBUTAN RUMAH TERBUKA ??? Posted: 21 Aug 2012 05:00 AM PDT hari raya Aidilfitri.Semua umat Islam seluruh dunia bergembira berjaya melaksanakan salah satu Rukun Islam.Tidak ketinggalan umat Islam di Malaysia.Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin mereka.Pelbagai cara diraikan seperti rumah terbuka pasti menghiasi setiap kali perayaan.Tidak ketinggalan juga yang sponsor bas untuk berkempen pilihanraya...raya la jugak tu..Ketika berita melaporkan mengenai ribuan rakyat menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri dan Kabinet,ada pula pecacai yang cuba mempolitikkan sambutan kali ini.Tidak seperti yang pernah dilakukan sebelum ini,semua rakyat hadir,berseronok,tetapi ada pula yang sengaja membangkitkan isu remeh temeh seperti penggunaan duit rakyat. Ada yang cuba memberi komen mengenai pembaziran yang dilakukan oleh PM kerana menggunakan duit rakyat secara membuta tuli bagi mengadakan sambutan rumah terbuka tersebut.Entah di mana dia letak pemikirannya setaraf itu..Baiklah,memang kerajaan gunakan duit rakyat untuk sambutan tersebut Dan sambutan tersebut pula untuk siapa? Untuk gajah ka? Untuk kambing ka? Bukankah sambutan tersebut untuk rakyat juga? Jadi di mana pula pembaziran sambutan tersebut jika duit rakyat digunakan untuk rakyat? Jika disarankan PM gunakan duitnya sendiri untuk buat sambutan rumah terbuka tersebut,dari mana pula datang duit itu? Nak guna duit gaji beliau? Gaji beliau juga bukankah rakyat juga yang bayar? Jadi di mana pula duit beliau? Adakah pecacai-pecacai Pakatan Rakyat ini beranggapan jika mereka menang PRU akan datang tiada sambutan sebegini kerana ianya satu pembaziran duit rakyat? Oh...singkat dan bangang sungguh pemikiran mereka...tahap bebal nak mampus! Cuba perhatikan pula tindakan MB Selangor yang dengan bangganya mengatakan beliau akan menaja sebuah bas untuk tujuan berkempen pilihanraya.Dia mana ada duit...gajinya pun rakyat yang bayarkan...jadi kenapa dia katakan dia yang taja? (Ikut kefahaman istilah 'duit rakyat' yang difahami oleh sesetengah pecacai bangang PR)Nak bangkitkan isu biarlah bertempat. Sampai bila mahu jadi baghal macam kaldai...kena tendang punggung baru reti nak bergerak.. - Pilihan Anda RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! RAHSIA PENIPUAN LIM GUAN ENG DAH TERBONGKAR ??? Posted: 21 Aug 2012 01:30 AM PDT Ramai yang tak tahu bahawa DAP di P.Pinang sudah semakin hilang kepercayaan dari rakyat negeri ini.. Ramai juga yang tak sedar bahawa Lim Guan Eng kini semakin hilang pengaruh dikalangan masyarakat cina sendiri..Jika sesiapa yang rajin menelaah akhbar cina tempatan, mereka pastinya tahu bahawa DAP dan Lim Guan Eng di P.Pinang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang PRU13..DAP negeri dikaitkan dengan penyelewengan tanah serta kemelut kronisme yang maha dahsyat.. Lim Guan Eng pula bergelut untuk menafikan isu skandal dengan wanita simpanan seperti yang didedahkan oleh pemimpin MCA di sidang Dewan Undangan negeri Melaka tak lama dulu.. Malah,ada khabar angin yang mengatakan Ketua Menteri tersebut mempunyai hubungan sulit dengan lebih dari seorang wanita.. Betul atau tidak khabar angin itu, hanya dia yang mampu menjawabnya..Walaupun ada yang berkata perbuatan menyimpan wanita simpanan dikalangan masyarakat cina adalah biasa, namun ramai orang cina di P.Pinang tak dapat menerima perbuatan Ketua Menteri DAP tersebut..Orang cina melihat kecurangan Guan Eng terhadap isterinya sebagai satu signal bahawa dia tak lagi bersih untuk mentadbir negeri.. Malangnya, tiada pemimpin DAP yang layak menggantikan cina kiasu dari Melaka tersebut.. ANDA NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! KISAH HUDUD !!! KENAPA DAP MENENTANG PAS ??? Posted: 20 Aug 2012 10:00 PM PDT Satu kenyataan kurang cermat Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hassan Tantawi,Julai lalu,mencetuskan polemik politik baru antara Pas dan DAP yang berlarutan sehingga kini.Pengerusi DAP,Karpal Singh mempertikai kenyataan Nasrudin bahawa partinya sudah berlembut pendirian berhubung keinginan Pas mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.Katanya,prospek ini tidak mungkin berlaku selagi parti mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.Rakyat geli hati melihat perkelahian dua parti adik-beradik lain bapa dan lain ibu ini.Mereka tahu ideologi dan retorik politik masing-masing,tetapi masih terhibur membaca kenyataan demi kenyataan para pemimpin kedua-dua pihak : engkau kata aku,aku kata engkau.Engkau tibai aku,aku hentam engkau.Namun,bagi kepimpinan Pakatan Rakyat,perkembangan ini cukup membimbangkan,apatah lagi pilihan raya umum sudah dekat.Mereka masih ingat peristiwa sama yang berlaku 11 tahun lalu.Perbalahan Pas dan DAP mengenai Negara Islam dan hudud menyebabkan DAP keluar daripada Barisan Alternatif,satu eksperimen yang bertahan hanya dua tahun. DAP menentang hasrat Pas kerana bagi mereka,matlamat Pas bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Manifesto Bersama BA 1999.DAP berkata penubuhan negara Islam melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 serta bercanggah dengan prinsip demokrasi dan hak asasi.DAP mengingatkan Pas bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat,pernah memberi jaminan tidak meneruskan hasrat penubuhan Negara Islam semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya,pada Mei 2000.Dalam satu wawancara "Hardtalk" dengan BBC pada September 2003,Datuk Mustaffa Ali memberitahu dunia bahawa tidak ada 'Negara Islam' dalam perlembagaan Pas yang ada hanya "masyarakat Islam".Presiden Pas,Datuk Seri Hadi Awang, tersentak dan menyatakan punca sebenar perbalahan Pas dengan DAP,apabila Pas berjaya membentuk sebuah negara Islam, pemimpin DAP tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri. "Ini realitinya," kata beliau (2 Disember 2003).Lim Kit Siang membidas ulasan Hadi.Katanya DAP menentang Pas atas dasar prinsip,bukan jawatan."If the Pas concept of an Islamic State is divine in origin, and to criticise it is to criticise Allah and was not just to criticise Pas leaders, how could the Pas Islamic State concept once established be criticised, changed or replaced without going against Allah? In fact, a vote against Pas and its Islamic State will become a vote against Allah and therefore blasphemy and treason. How can such a concept be compatible with democracy?" ("Muzakarah Negara Islam : A Discourse on Islamic State", susunan Drs Amnah Khuzairi, Kuala Lumpur, 2004, hal 194). Kit Siang juga tidak yakin dengan jaminan Pas bahawa hudud hanya kepada orang Islam di Kelantan dan Terengganu sahaja,manakala orang bukan Islam boleh memilih untuk diadili di bawah undang-undang sivil atau hudud. "As Muslims represent the majority in Malaysia, doesn't this logically follow that Pas is not just advocating a two-track objective of Islamic states for the northern Muslim states, but also for the whole of Malaysia? Why isn't Pas saying so?" (hal 193) Pas selalu berkata antara sebab utama mereka bersekongkol dengan DAP ialah untuk berdakwah supaya DAP lebih memahami Islam.Melihat kepada perkembangan setakat ini,Pas jelas gagal dalam misinya.Sebaliknya,menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas Umno bagaikan usaha desperado untuk alih pandangan daripada masalah sebenar.Nampaknya DAP lebih berjaya mentarbiyah Pas,yang sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' dan 'Pas For All' serta tidak mampu memasukkan matlamat penubuhan Negara Islam dalam Buku Jingga atau manifesto Pakatan Rakyat.Cukup memalukan dan menghinakan Pas apabila Karpal mencadangkan kalangan pemimpin parti itu untuk mendapat khidmat khutbah daripada bekas Ketua Hakim Negara,Tun Salleh Abbas jika masih tidak faham soal negara Islam. Oleh Dr Mashitah Ibrahim RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! PENINDASAN KE ATAS MASYARAKAT ROHINGNYA MYANMAR PERLU DIHENTIKAN SEGERA !!! Posted: 20 Aug 2012 07:00 PM PDT Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah kami ucapkan kepada warga belia Malaysia khususnya di Selangor.Sambutan lebaran pada kali ini dapat dirasakan begitu meriah sekali untuk semua peringkat masyarakat.Alhamdulillah perayaan besar negara kita ini dapat disambut dengan keadaan aman dan damai,tidak seperti masyarakat Rohingnya di Myanmar.Kami belia Selangor ingin menyatakan kerisauan,kesedihan dan keresahan ke atas apa yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingnya di barat Rakhine Myanmar.Keganasan dan penindasan keatas mereka dapat dilihat begitu kejam dan memilukan.Dalam suasana umat Islam dunia merayakan 1 Syawal dengan gembira,mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan hidup dalam ketakutan. Kami khuatir ada pihak yang mahu melakukan "ethnic cleansing" atau pembersihan kaum yang disebabkan oleh perbezaan pandangan agama. Sejarah memberi tahu kita sejak dari akhirnya pemerintahan British,isu status warga Rohingnya di Myanmar ini masih menjadi persoalan sekian lama. Mereka seperti orang pelarian di negara sendiri.Kami mendesak kerajaan Malaysia bersama negara jiran menerusi pertubuhan ASEAN memainkan peranan bagi memastikan keadaan di Rakhine terkawal dan Selamat.Pertubuhan United Nation (UN) sepatutnya mengambil initiative awal dan pantas bagi memastikan tindakan pengawalan dan keamanan dapat dipantau.Kami tidak mahu apa yang terjadi di Bosnia dan Rwanda berulang sekali lagi di mana sejumlah ramai masyarakat terkorban disebabkan oleh perbezaan sekte kaum dan ugama.Kami juga menyeru sumbangan kemanusiaan diberikan kepada mereka dari segimakanan, tempat perlindungan, perubatan dan keselamatan dapat disalurkan dengan kadar segera sebelum ramai lagi masyarakat Rohingya terkorban. Terima Kasih. Badrul Hisham Badrudin Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor |
ISU HUDUD !!! NASRUDIN MEMBELASAH KARPAL SINGH !!! MASA DEBAT KATA KARPAL OK ??? Posted: 20 Aug 2012 04:00 PM PDT Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat,Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.Katanya,pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam." "Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi. Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu,pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud,Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku.Utk semua : Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi. Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR. - SH SIKIT-SIKIT SALAH UMNO !!! PEMIMPIN UMNO TOLONG JAWAB SIKIT KENAPA TAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD !!! RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment