BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! MAJORITI BELIA MENERIMA KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK !!!
- BERSARA !!! LAKONAN TERBAIK ANWAR IBRAHIM DARI DULU HINGA KINI !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! ADAKAH NIK AZIZ BOLEH NAFI KAN PERTEMUAN INI ???
- HOT NEWS !!! HADI AWANG KANTOI BERKENAAN ISU HUDUD !!!
- GEMPAR RAYA !!! PAS SONGLAP DUIT ZAKAT FITRAH ???
- HOT NEWS !!! LEBIH 20 RIBU PENGUNJUNG MEMBANJIRI RUMAH TERBUKA PM @NAJIBRAZAK !!!
HOT NEWS !!! MAJORITI BELIA MENERIMA KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK !!! Posted: 20 Aug 2012 11:56 AM PDT Majoriti rakyat negara ini menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka,kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.Lebih membanggakan,katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan,keupayaan,prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.Katanya majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung,merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang,bahkan dari Negeri Sembilan,Melaka,Perak,Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya. "Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam.Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib.Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia,Bapa Transformasi Negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Devamany berkata golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan,idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat di negara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada. "Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka.Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui facebook,twitter,blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka," katanya. - Bernama |
BERSARA !!! LAKONAN TERBAIK ANWAR IBRAHIM DARI DULU HINGA KINI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT sekali lagi kita di hidangkan lakonan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau nak bersara.saya rasa itu semua adalah lakonan terbaru beliau untuk meminta simpati dari rakyat Malaysia.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? kenapa saya kata begitu ??? masihkah anda ingat lakonan beliau satu ketika dulu ??? 1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk.Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati. 2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat.Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya.Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula. 3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara.Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia.Logo dan perlembagaan pun belum ada lagi.apa cerita ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ADAKAH NIK AZIZ BOLEH NAFI KAN PERTEMUAN INI ??? Posted: 20 Aug 2012 01:30 AM PDT Disebalik keghairahan PAS menghentam pihak UMNO/BN serta memutarbelitkan isu hudud yang kononnya mereka sedang perjuangkan.Ramai tak terfikir betapa sandiwara itu sungguh memualkan.Bukan sedikit masyarakat islam yang hayal kerana candu agama yang dimomokkan pemimpin PAS,lebih-lebih lagi PAS dan Nik Aziz sering berfatwa bahawa dengan menyokong perjuangan mereka maka jalan ke syurga menjadi lebih mudah. Alasannya, kerana meraka adalah pejuang hudud.Itu sandiwara PAS dihadapan umat islam,Lain pula sandiwara PAS dan Nik Aziz dihadapan penganut agama lain. Perkara ini perlu Nik Aziz dan PAS nafikan atau PAS harus mengakui bahawa semua itu adalah sandiwara demi meraih undi rakyat,kerana nafsu kemaruk untuk menawan Putrajaya.Faktanya,Nik Aziz perlu ingat janji yang telah dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000.Sewaktu persidangan tersebut PAS telah memberi jaminan tidak akan melaksanakan negara Islam,apatah lagi hudud.Jaminan itu buat dihadapan semua paderi kanan yang hadir, semuanya untuk meyakinkan masyarakat bukan islam di Negara ini tentang perjuangan mereka.Laporan diatas bukan fitnah olahan media UMNO/BN atau Utusan, sebaliknya disuarakan sendiri oleh media Pakatan Haram.Sampai bila PAS dan penyokongnya harus membohongi diri sendiri dengan menyalahkan UMNO dan media untuk menutup permainan kotor mereka.? - Melanau |
HOT NEWS !!! HADI AWANG KANTOI BERKENAAN ISU HUDUD !!! Posted: 19 Aug 2012 10:00 PM PDT Selepas lebih satu dekad peluk pemimpin DAPvLim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih tidak mampu memujuk dua pemimpin parti itu menerima Hudud dan Perlembagaan Islam. Tiba-tiba Hadi mengatakan DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.Kata Hadi dengan sinis: "… penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam…Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud." Hadi membuat pendustaan besar dengan mengatakan UMNO menolak Hudud.Menyokong kenyataannya,"Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN).(Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan,jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak. " Hadi marahkan media kerana gembar-gemburkan isu penolakan hudud oleh DAP selain kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri. Kenyataannya ialah UMNO tidak menolak hudud sebagai sesuatu yang dituntut Islam tetapi UMNO bercakap dalam konteks pelaksanaannya. Malah,PAS sendiri pun terkapai-kapai dalam mencari cara sesuai melaksanakannya. Meluluskan undang-undang tidak sama dengan pelaksanannnya. Maksudnya ialah mesti ada tata cara dan kesesuaian kepada umat Islam dan bukan Islam dalam pelaksanakannya.Kita akui bukan DAP sahaja yang bimbang,malah beberapa pemimpin MCA juga bimbang.Namun bagi UMNO,cara pelaksanaan hokum dan peraturan Islam tidak boleh dipaksa dengan kasar.PAS,khususnya Hadi dan pemimpin lain seperti tidak mahu terima hakikat bahawa sejak diperkenalkan Penerapan Islam,kedudukan agama Islam dan institusi Islam di negara ini begitu kukuh.Kita ambil tiga institusi yang diterima baik oleh bukan Islam dan tiada penentangan pun daripada kafir harbi atau kafir zimin di Malaysia terhadap Universiti Islam Antarabangsa, dasar kewangan Islam, termasuk Bank Islam serta juga takaful Islam.Tetapi PAS pernah memperkecil dan mempersenda Bank Islam! Begitu juga dengan perkara Islam lain, termasuk kepenggunaan Islam, penekanan kepada produk makanan halal, persatuan pengguna Islam, pertubuhan peguam Islam, mahkamah syariah dan sebagainya. Malah kita lihat sahaja bagaimana sistem zakat dan pentadbirannya dipertingkatkan selain Tabung Haji dan beberapa institusi lain turut diperkembangkangkan. Apakah itu sumbangan PAS.Apakah semua itu produk PAS? Berikan satu contoh hasil usaha PAS Kelantan, PAS Terengganu atau PAS Kedah dalam konteks undang-undang Islam dan institusi Islam peringkat negeri yang mereka laksanakan. Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu? Ia produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat, iaitu kerajaan Barisan Nasional, bukan kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun atau kerajaan Terengganu pimpinan Hadi sendiri di Terengganu antara 1999 dan 2004.Berbanding apa yang dilakukan oleh PAS mengenai Hudud kononnya cuba menerangkan kepada bukanIslam, kejayaan BN untuk memperkenalkan produk Islam serta penerimaan mereka terhadap Dasar Penerapan Islam oleh MCA serta komponen lain dalam BN adalah 'jauh langit daripada bumi' berbanding apa yang dilakukan oleh PAS. Kesederhanaan BN dalam memperjuangkan Islam amat nyata lebih berkesan berbanding PAS walaupun Hadi mengatakan "Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia. " Hadi ternyata berbohong apabila mengatakan 'sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno sebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH.' Apakah kerajaan BN tidak menunjukkan Islam adil kepada semua orang? Apakah Umno tidak menunjukkan contoh yang baik dan sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas.Dengan menuding jari kepada UMNO dan BN, Hadi cuba menyorok kelemahan beliau dan pemimpin PAS lain yang ternyata gagal memujuk DAP menerima Hudud dan Perlembagaan Islam.Jika benar PAS istiqamah kenapakah membiarkan Buku Jingga tidak memasukkan Hudud? UMNO dan BN tidak berpura-pura dan istiqamah dalam memperjuangkan Islam kerana ramai pemimpin dan penyokong PAS mendapat pendidikan Islam hasil jasa kerajaan BN yang bukan sahaja menyediakan kemudahan mempelajari Islam di negara ini tetapi juga menghantar pelajar ke luar negara. Dasar berbaik-baik dan kerjasama melalui Pertubuhan Islam (OIC) membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara Islam terkemuka dunia dan ini membuka peluang seluas-luasnya untuk pelajar kita belajar di universiti Islam terkemuka dunia selepas negara-negera berkenaan menerima UIA kita. Apakah ini bukan sesuatu yang wajar diiktiraf sebagai salah satu jasa dan kejayaan UMNO dan BN dalam memperkembangkan syiar Islam di seluruh dunia? Bercakap dan melaksanakan syiar Islam dua perkara yang jauh berbeza. PAS dan Hadi hanya mampu bercakap tetapi UMNO dan BN kurang bercakap tetapi melaksanakannya.Jadi bohonglah Hadi jika menuduh UMNO dan BN tidak melaksanakan Islam hanya kerana tidak melaksanakan Hudud,sedangkan PAS tidak melaksanakan apa-apa dan isu Hudud pun tidak mampu diselesaikan melalui pujukan atau rundingan dengan DAP. Jangan kegagalan sendiri diletakkan di bahu orang lain dan lebih buruk menuduh dan mencerca orang lain kononnya tidak melaksanakan Islam sedangkan ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu, PAS tidak memperkenalkan satu pun dasar Islam walau hanya di peringkat negeri. Oleh Hambali RENUNG-RENUNGKAN |
GEMPAR RAYA !!! PAS SONGLAP DUIT ZAKAT FITRAH ??? Posted: 19 Aug 2012 07:00 PM PDT |
HOT NEWS !!! LEBIH 20 RIBU PENGUNJUNG MEMBANJIRI RUMAH TERBUKA PM @NAJIBRAZAK !!! Posted: 19 Aug 2012 04:00 PM PDT Suasana sambutan Hari Raya tahun ini meriah apabila ribuan pengunjung membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri kabinet.Orang ramai mula beratur seawal 9 pagi untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Majlis rumah terbuka dijadual bermula 10.30 pagi dan berakhir pada 4 petang. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta menteri kabinet.Setakat 1.30 tengah hari,lebih 20,000 pengunjung mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri dan isteri,serta menteri kabinet.Antara kenamaan yang hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.Najib kelihatan segak berbaju Melayu merah jambu gelap manakala Rosmah berbaju kurung warna jingga.Halaman Seri Perdana bertukar dan kelihatan seperti lautan rakyat apabila pelbagai lapisan masyarakat mengambil peluang untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu. Terdapat juga diplomat, pemimpin politik kedua belah pihak, pelancong serta pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).Turut kelihatan bersalam dengan Najib dan menteri kabinet ialah pemenang pingat perak Sukan Olimpik London Datuk Lee Chong Wei dan penyanyi veteran Datuk DJ Dave.Pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah,kebanyakannya menu tempatan seperti sate,rendang,lemang,ketupat dan nasi himpit,serta menerima pek oleh-oleh manakala kanak-kanak diberi duit raya.Kira-Kira 112,000 pek oleh-oleh yang dibungkus khas disediakan untuk pengunjung sebagai tanda penghargaan.Pada 2 petang,Najib dijadual berada di pentas rakyat untuk memotong kek sempena Aidilfitri dan bertemu rakyat.Di luar Seri Perdana,lebih 20 khemah didirikan,lengkap dengan kerusi dan meja,bagi membolehkan pengunjung menikmati juadah sambil dihiburkan dengan persembahan artis tempatan.Najib turut memotong kek Aidilfitri dan Merdeka seberat 120kg di Pentas Rakyat,Seri Perdana dengan ditemani Rosmah,Muhyiddin,Dr Mahathir,Dr Siti Hasmah,Rais dan isteri Datin Seri Masnah Rais.Kek bermotifkan 1Malaysia itu disumbangkan oleh Kuzi Catering.Sambil mengibar Jalur Gemilang,Perdana Menteri kemudian bersama-sama orang ramai menyanyikan lagu Jalur Gemilang, 1Malaysia dan lagu 'Aidilfitri' yang dipopularkan oleh Sanisah Huri.Walaupun panas terik namun orang ramai termasuk pelancong asing tidak putus-putus mengunjungi majlis rumah terbuka itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment