UMNO Online - “UMNO Gerak 6,667 Pusat Daerah Mengundi Kukuhkan Jentera Pilihan Raya” plus 5 more |
- UMNO Gerak 6,667 Pusat Daerah Mengundi Kukuhkan Jentera Pilihan Raya
- Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Di Syria Tiba Di Tanah Air Selasa Ini
- Government Studying To Restructure Subsidy – Awang Adek
- Jangan Buat Cerita Mengarut Kait UMNO Diresapi Fahaman Komunis – Zahid
- Kit Siang “Jangan Cakap Tak Serupa Bikin” – Tengku Adnan
- Perpaduan Parti Penting Untuk Tolak Pembangkang Pada PRU 13 – Zahid
UMNO Gerak 6,667 Pusat Daerah Mengundi Kukuhkan Jentera Pilihan Raya Posted: 22 Jul 2012 09:10 AM PDT PUTRAJAYA, 22 Julai – UMNO telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara. “Kita telah memberi taklimat kepada semua Ketua Penerangan UMNO Negeri untuk mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini. UMNO pusat akan menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur. “Jentera bahagian UMNO telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu UMNO mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya,” katanya selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini. Kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa, Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut. Ahmad berkata setiap bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi. |
Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Di Syria Tiba Di Tanah Air Selasa Ini Posted: 22 Jul 2012 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kumpulan pertama rakyat Malaysia di Syria yang dibawa pulang oleh kerajaan berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu, dijangka tiba di tanah air Selasa ini. Jurucakap Wisma Putra berkata, kumpulan pertama tersebut terdiri 50 orang termasuk pelajar akan dibawa balik menggunakan penerbangan khas. “Maklumat lanjut proses pemindahan rakyat Malaysia di Syria ini akan diketahui selewat-lewatnya malam ini ataupun pagi esok,” katanya kepada Bernama di sini Ahad. Katanya, Kedutaan Besar Malaysia Syria yang berpusat di Damsyik sudahpun menghimpun semua rakyat Malaysia itu di kedutaan bagi menjamin keselamatan mereka. Pemindahan rakyat Malaysia dari Syria itu diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, kerajaan memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. Najib juga membenarkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan. Seramai 138 rakyat Malaysia terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriatberdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Damsyik. Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM telah bersiap-sedia untuk membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Syria itu. “ATM sudah menerima arahan daripada MKN tetapi butiran pemindahan masih belum dapat dimaklumkan,” katanya. |
Government Studying To Restructure Subsidy – Awang Adek Posted: 22 Jul 2012 05:08 AM PDT BACHOK, July 22 – The Finance Ministry is studying, with a view of restructuring all forms of subsidies, especially oil and gas, to ensure they meet the target groups and help to reduce the burden of the low income earners. Towards this end, Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin, said he welcome suggestions from any quarters to be included for tabling of Budget 2013. He told this to reporters after meeting residents of Kampung Perupuk here today. Awang Adek was responding to a suggestion by UMNO Youth for the government to restructure the subsidies given to the people so that they could be channelled directly to the target groups. According to UMNO Youth leader, Khairy Jamaludin, currently, the subsidies, like for oil and gas, were found to benefit the high income earners more. The matter had been raised by many quarters, but none had submitted a comprehensive delivery system that could meet the target, said Awang Adek, who is also Kelantan UMNO deputy liaison chief. He said the government had placed the price of RON97 under managed float and maintained the subsidy for RON95, used mostly by the low income earners. |
Jangan Buat Cerita Mengarut Kait UMNO Diresapi Fahaman Komunis – Zahid Posted: 22 Jul 2012 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. “Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut,” katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini. Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha UMNO dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin. Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi Pas dan elemen komunis cuba meresapi DAP. |
Kit Siang “Jangan Cakap Tak Serupa Bikin” – Tengku Adnan Posted: 22 Jul 2012 04:54 AM PDT PUTRAJAYA, 22 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang. Beliau berkata BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang. “Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di sini, Sabtu malam. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia memberi kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang. Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak. Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak beramai-ramai untuk meraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen. “Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum,” katanya. |
Perpaduan Parti Penting Untuk Tolak Pembangkang Pada PRU 13 – Zahid Posted: 22 Jul 2012 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta warga parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) supaya mengetepikan masalah dalaman parti dan memberi tumpuan bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau juga mengharapkan sebarang pergeseran dalaman parti yang wujud dalam kalangan parti mesra atau parti komponen BN dihentikan agar BN dapat menampilkan pasukan yang mantap dalam menghadapi pilihan raya. “Saya yakin IPF boleh selesaikan sendiri masalah dalam usaha mengembalikan kekuatan dalam parti,” katanya ketika mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan IPF ke-20 di Seri Kembangan di sini hari ini. Beliau berkata parti komponen dan parti mesra BN perlu mendukung perjuangan kerajaan BN dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi. “Hanya BN yang boleh memimpin negara yang berbilang kaum ini dengan adil dan saksama dan yakin rakyat akan menolak pembangkang pada pilihan raya umum nanti,” kata Zahid, yang juga Menteri Pertahanan. Mengenai permintaan Presiden IPF Datuk M. Sambanthan, antara lain, pemilihan pemimpin IPF sebagai Anggota Dewan Negara (senator), Ahmad Zahid berkata perkara itu akan diusahakan apabila BN memenangi PRU ke-13 nanti. Sementara itu, dalam ucapan dasar parti, Sambanthan berkata parti IPF akan terus berusaha merealisasikan hasratnya supaya diterima sebagai parti komponen BN. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment