UMNO Online - “Turunkan Harga Kereta Janji Manis Pembangkang Untuk Pancing Undi” plus 9 more

UMNO Online - “Turunkan Harga Kereta Janji Manis Pembangkang Untuk Pancing Undi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Turunkan Harga Kereta Janji Manis Pembangkang Untuk Pancing Undi

Posted: 25 Jul 2012 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kereta sekiranya mereka mendapat mandat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah janji populis yang dibuat secara spontan untuk memancing undi.

Katanya, janji tersebut adalah sebahagian daripada janji-janji lepas yang gagal ditunaikan oleh pakatan pembangkang.

"Bagaimana pakatan pembangkang mahu membiayai janji-janji tersebut iaitu nak kurangkan harga kereta sedangkan 4.6 bilion ringgit dikorbankan dari segi cukai, tetapi ditambah pula dengan janji untuk penghapusan tol, janjiuntuk beri pendidikan percuma, janji untuk hapuskan PTPTN, janji untuk beri gaji minimum setiap keluarga, yang mana semua janji-janji ini akan bangkrapkan negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Dilaporkan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU ke-13 akan datang.

"Janji ini adalah sebahagian daripada janji-janji yang lepas sedangkan ia akan memberi kesan kepada kewangan negara kita sebanyak 4.6 bilion setiap tahun dari segi cukai.

"Kita boleh janji tetapi sekiranya kita tidak beri penjelasan bagaimana nak biayai janji-janji tersebut, maka saya risau bahawa janji ini akan membawa kemudaratan kepada ekonomi negara kita," katanya.

Ujar beliau lagi, sekiranya harga kereta diturunkan, ia juga akan memberi kesan kepada pengangkutan awam dan menambahkan lagi kesesakan di jalan raya.

"Dari segi pengangkutan awam, hari ini dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ada satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam sama ada dari segi LRT, MRT, komuter dan perkhidmatan bas dan saya ingin melihat ramai lagi yang akan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

"Perkara ini tidak dikaji oleh pihak pakatan kerana mereka hanya membuat janji populis untuk turunkan harga kereta tetapi tidak fikirkan kepada kesesakan dan juga penggunaan pengangkutan awam yang telah kerajaan buat komitmen melalui pembinaan MRT dan sebagainya."

Tegasnya, cadangan ini walaupun dari segi beban kepada rakyat mungkin baik tetapi tidak difikirkan implikasinya dari segi kewangan dan pengangkutan awam.

"Ini adalah janji yang dibuat secara spontan untuk pancing undi dan tidak bertanggungjawab."

Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN mengumumkan bahawa pergerakan tersebut akan mengadakan Tadarus dan Khatam Quran Perdana 1Malaysia yang akan berlangsung di Masjid KLCC dengan melibatkan 2,000 peserta terdiri daripada kalangan pemuda, pelajar-pelajar universiti dan tahfiz selain kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

"Program tersebut akan diadakan pada 11 Ogos depan dan terdahulu pada 10 Ogos akan berlangsung acara yang sama di Negeri Kedah. Turut menyusul dalam program tersebut ialah penyerahan kepada lebih 800 sumbangan untuk golongan fakir miskin."

Jelasnya lagi, selain itu, bersempena Ramadan, Pergerakan Pemuda UMNO juga akan mengagihkan 30 kotak barang-barang keperluan makanan di setiap bahagian dengan melibatkan sejumlah 5,730 melalui program Ihya Ramadan. – MediaUMNO

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam, Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan

Posted: 25 Jul 2012 03:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Nasrudin Patut Cabar Karpal Singh Berdebat Pula…

Posted: 25 Jul 2012 01:26 AM PDT

Nampaknya kedunguan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mungkin dia semakin teruk setelah disergah dengan hujah-hujah ilmiah oleh Presiden Sekretariat ILMU, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jayaha baru-baru ini.

Semalam, Nasrudin mempertahankan dua fakta debatnya bersama ilmuan muda Islam itu dan menegaskan bahawa Presiden DAP, Karpal Singh serta parti sekutunya itu sedia berkompromi mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Fakta kedua yang dipertahankan Nasrudin pula ialah mengenai dakwaannya yang menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti "dominan" di dalam Pakatan Haram!

Malah dia yang tidak berpuas hati dengan pertikaian mengenai "fakta-fakta"nya itu mencabar mana-mana pihak untuk menganjurkan debat kali kedua antaranya dengan Ustaz Fathul Bari!

Terus terang saya katakan bahawa apabila mengetahui mengenai "penegasan fakta-fakta" oleh Nasrudin itu, saya di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah melihat kebodohan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Benar-benar saya tidak menyangka seorang yang dikatakan "ustaz berkaliber" dan dijangka menjadi calon PAS pada PRU ke-13 nanti boleh menunjukkan tahap IQ yang begitu rendah dan dangkal mengenai "fakta-fakta"nya.

Apakah Nasrudin pekak, bisu, tuli atau buta huruf untuk membaca kenyataan Karpal Singh yang membidas secara spontan dan tidak berpuas hati dengan kenyataannya mengenai soal DAP berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud!

Suatu masa dahulu, Karpal pernah mencabar mana-mana pihak untuk melangkah mayatnya sekiranya mahu melaksanakan hudud di Malaysia. Atau mungkin Nasrudin belum lahir lagi ketika itu?

Atau tidakkah Nasrudin membaca laporan NST yang menyatakan bahawa Karpal begitu marah dengan kenyataan sesuka hati Ketua Dewan Pemuda PAS itu yang kononnya Karpal dan DAP sanggup berkompromi mengenai perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya?

Apa punya jenis manusialah Nasrudin ini. Sudah terang lagi bersuluh. DAP bertegas tidak mahukan hudud, apakah susah benar untuk Nasrudin memahami kenyataan Karpal tersebut?

Inilah yang dikatakan "tak reti bahasa"!

Lebih menggamatkan ketawa saya ialah mengenai kononnya PAS adalah parti dominan di dalam gabungan pembangkang itu. Rasanya, kalau disampaikan pada Datuk Dr. Hasan Ali mengenai kenyataan Nasrudin ini, berkemungkinan beliau akan ketawa guling-guling di hadapan rumahnya!

Kalau dilihat di Selangor dan Pulau Pinang, PAS bagaikan "melukut ditepi gantang"! Layaknya PAS bagaikan "hidup segan mati tak mahu"! Hasan Ali contohnya dipecat bagai "anjing kurap" atas "arahan" Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, sebelah mata pun Guan Eng tak pandang PAS!

Kalau di Kedah dan Kelantan pula, PAS dikawal oleh Pakatan Pembangkang di peringkat pusat. Pentadbiran Azizan yang serba tidak tahu itu dikawal sepenuhnya oleh PEMANDU yang rata-ratanya pro-PKR dan DAP!

Di Kelantan pula tak payah ceritalah. Rasanya, Nik Aziz itu seolah-olah sudah menjadi boneka Husam Musa yang rapat dengan Anwar dan golongan Anwarinas semakin menghakis golongan pro-ulama PAS di negeri itu.

Macam itu Nasrudin boleh katakan bahawa PAS itu parti dominan di dalam gabungan Pakatan Haram? Nasrudin berminat menyertai program realiti Maharaja Lawak?

Rasanya, tak payahlah Nasrudin mencabar lagi Ustaz Fathul Bari untuk berdebat kali kedua. Risau juga nanti kalau-kalau Dewan Pemuda PAS kehilangan Ketuanya yang semakin mengarut dengan "fakta-fakta" tahap tidak siuman itu.

Kalau Nasrudin mahu sangat berdebat, patutnya Ketua Dewan Pemuda PAS itu berdebat saja dengan Karpal Singh mengenai perlaksanaan hudud. Itu pun kalau Nasrudin ada "telur"lah!

Kalau tak ada "telur", lebih baik dia saja dan tunggu Karpal mati. Sekurang-kurangnya, Nasrudin mungkin berpeluang untuk melangkah mayat Karpal Singh. Itupun kalau dibenarkan Gobind, anaknya. Atau tunggu saja hingga Nik Aziz selesai buat kajian draf hudud, itu pun kalau dia reti la…

 mykmu.net

Slogan “Janji Ditepati”…. Kenapa Macam Beruk Kena Belacan?

Posted: 25 Jul 2012 01:21 AM PDT

Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan 'Janji DiTepati' nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.

Untuk itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.

Mustafa Ali juga mengakui bahawa 'bila orang tengok saja tema 'Janji Ditepati' ini, mereka akan terus ingat kepada BN'.

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada 'Janji Bukan Untuk diTepati' supaya mengingatkan rakyat kepada PR?

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah Pas untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun Pas hanya melukut di tepi gantang.

Apakah hak Mustafa Ali atau Pas untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?

Lagipun, apa yang Pas faham dengan kemerdekaan?  Bukankah Pas bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk 'menjajah' Malaysia?

Bukankah Pas bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan Pas dengan mereka menunjukkan yang Pas tidak menghargai kemerdekaan?

Ini semua adalah bukti bahawa Pas langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema 'Janji DiTepati' ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana Pas memperbesarkannya.

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

 

Oleh itu, 'janji' wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu 'tanggungjawab' atau 'amanah'.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.

Maka jelaslah bahawa tema 'Janji DiTepati' adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

Mr Beruang Biru

Pelik Lagi Ajaib, Pas Akui Bertembung Dengan DAP Tapi Junjung “Buku Jingga”

Posted: 25 Jul 2012 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai – Politik retorik yang melingkari perjungan Pas sejak akhir-akhir ini seolah-olah tidak boleh dipisahkan lagi. Bak kata pepatah bagai irama dengan lagu dan bagai aur dengan tebing.

Hakikat itu boleh dilihat sekali lagi hari ini apabila mereka sendiri mengakui wujud perbezaan pendapat dengan DAP berhubung dasar negara Islam dan hukum hudud, namun masih setia menjunjung Buku Jingga yang dikatakan teras kepada part-parti pembangkang. Sedangkan di dalam buku jingga tidak dimasukkan negara Islam mahu pun hukum hudud.

Mengulas mengenainya aktivis UMNO, Datuk Hj Zainal Abidin Sakom berkata itulah politik sebenar Pas yang jika dilihat secara luaran cukup meyakinkan dan boleh memberi keyakinan kepada umum untuk bersama dengan mereka.

Namun jika dilihat secara teliti dan mendalam kata beliau lagi, Pas seolah-olah penuh dengan hipokrit dan seperti yang diperkatakan umum, Pas hari ini bakal terperangkap dengan perjuangan retorik mereka sendiri.

"Pas dilihat bukan sahaja 'kluk-klek' tentang perjuangan malah mungkin akan  terperangkap dengan gaya politik retorik mereka gara-gara untuk mencapai cita-cita menawan Putrajaya bersama sekutunya dengan berpaksikan kepada Buku Jingga.

"Yang menghairankan saya mereka mengakui wujud perbezaan pendapat berhubung negara Islam, Hukum hudud tetapi boleh terima pula Buku Jingga yang menjadi pegangan parti pembangkang.

"Sedangkan di dalam buku jingga berkenaan tidak wujud soal negara Islam dan hukum hudud. Apakah perjuangan ini benar-benar sejati atau sekadar penuh dengan nawaitu untuk menumbangkan kerajaan yang ada kini," katanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata Pas tetap dengan dasar perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Sambil mengakui wujud perbezaan pendapat dalam pakatan sendiri berkenaan dasar itu, beliau berkata hal itu tidak seharusnya diperbesarkan kerana bagi umat Islam sendiri  mereka perlu menerima hukum berkenaan.

Ustaz Zainal seterusnya menambah persoalan dasar atau asas perjuangan sewawajarnya tidak perlu disentuh atau diusik sewenang-wenangnya.

"Jika kita kembali kepada Tauhid……Kita boleh berbincang apa sahaja tetapi ianya tidak boleh sama sekali melibatkan dasar kita. Apabila melibatkan Islam, asas itulah yang perlu kita pertahankan.

"Ini tidak…lain pula gaya yang kita nampak hari ini….Saya tidak mahulah amsuk campur lebih-lebih cuma ulas sepertimana yang diperkatakan banyak pihak Pas tidak lagi seperti dulu…Penuh dengan 'kluk-klek'," katanya. -MediaUMNO

Beli Ahli Parlimen BN : Bukti Anwar Cukup Terdesak Mahu Jawatan Perdana Menteri

Posted: 25 Jul 2012 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memujuk dan membeli wakil rakyat Barisan Nasional jika gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti adalah petunjuk bahawa Ketua Pembangkang sendiri tiada keyakinan dengan kemampuan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri menyifatkan perancangan Anwar itu lebih bersifat peribadi, apa yang ingin dilakukan itu adalah untuk merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkan sejak dahulu.

"Tindakan Anwar itu jelas melihatkan beliau mengetahui kemampuan pembangkang pada pilihan raya nanti, sebab itu beliau membuat perancangan awal untuk membeli wakil rakyat BN, seperti apa yang pernah cuba dilakukan pada pilihan raya 2008.

"Jika benar seperti apa yang didedahkan, apa yang dilakukan Anwar itu lebih menjurus kepada cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri, pada dirinya menjadi Perdana Menteri adalah matlamat utama dalam karier politiknya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Nancy berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan menjadi tumpuan Anwar untuk dipujuk bagi menyertai pembangkang jika mereka gagal membina kerajaaan selepas pilihan raya nanti.

Menurutnya, pendedahan itu secara tidak langsung melihatkan Anwar memandang rendah kepada wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang begitu mudah untuk dipujuk atau dibeli oleh pembangkang.

"Itu adalah suatu penghinaan kepada kami sebagai rakyat Sabah dan Sarawak, apakah Anwar menganggap prinsip perjuangan kami boleh dibeli dengan wang ringgit, jika inilah sikap Anwar, beliau tidak layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

"Pemimpin seperti ini perlu ditolak, takut nanti negara ini juga akan mengalami nasib serupa seperti apa yang cuba dilakukan olehnya terhadap wakil rakyat di Sabah dan Sarawak, perkara ini bukannya sesuatu yang mustahil. Perjuangannya adalah perjuangan peribadi hanya untuk mencapai cita-citanya, bukannya perjuangan untuk rakyat," katanya.

Nancy berkata, perlu ada keasedaran di kalangan rakyat supaya menolak mana-mana pemimpin yang hanya berpolitik kerana untuk menyampai cita-cita peribadi dan bukanlah berjuang untuk rakyat sebenarnya. -MediaUMNO

Universiti AWLU Sokong Penduduk Kampung Pertahan Hak Sendiri

Posted: 25 Jul 2012 12:25 AM PDT

GEORGE TOWN, 25 Julai – Asian Women’s Leadership University (AWLU) menyokong tindakan penduduk Kampung Genting, Balik Pulau mempertahan tanah milik mereka  daripada diambil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk pembinaan sebuah Institut Pengajian  Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Genting , Shahril Ahmad berkata surat yang ditulis Presiden AWLU Barbara Hou ituk telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala  bagi menyatakan penolakan cadangan tanah di Kampung Genting untuk didirikan universiti.

“Surat bertarikh 11 Julai itu menyatakan bahawa AWLU menolak pengambilan tanah  di Kampung Genting atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kerana tanah itu  adalah milik sah penduduk dan mempunyai geran.

“AWLU sendiri yang menyokong penduduk, jelas sekali AWLU tak nak timbul masalah tapi  entah kenapa kerajaan negeri yang hendak sangat AWLU di bina di Kampung Genting. AWLU hendakkan tanah yang kosong daripada kerajaan negeri bukan tanah yang ada penduduk,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rentetan daripada surat penolakan itu, pada 22 Julai lepas Lim mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan  bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain di  kawasan Pondok Upeh bagi pembinaan university itu.

“Dalam hal ini ketua menteri telah cuba untuk menjadi hero di saat-saat akhir  walaupun sebenarnya beliau yang mahu mengambil tanah penduduk kampung, hakikatnya penduduk  kampung adalah hero dan disokong oleh AWLU,” katanya.

Cadangan pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting seluas 40 hektar untuk  pembinaan IPTS oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dibuat hampir dua tahun lepas. Penduduk mungkin terpaksa keluar dari kampung itu sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil tanah mereka.

Lebih daripada 50 peratus pemilik tanah di situ ialah keturunan Melayu, selebihnya adalah milik kaum Cina dan sebuah syarikat. Kebanyakan pemilik tanah  Melayu berkongsi tanah dengan ramai anggota keluarga.

Sementara itu anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang yang juga Pengerusi  Barisan Nasional (BN) Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang turut hadir berkata penduduk tidak menolak usaha menjadikan Balik Pulau sebagai hab pendidikan tetapi ia harus dibina di kawasan bersesuaian.

“Memang dalam cadangan kawasan Balik Pulau akan dijadikan sebagai hab pendidikan dan  kawasan pelancongan kerana keadaan semula jadinya yang menghijau tetapi carilah tanah yang  kosong, tidak perlu susahkan orang kampung,” katanya.

Muhyiddin To Make One-Day Working Visit To Sabah This Saturday

Posted: 25 Jul 2012 12:21 AM PDT

KOTA KINABALU, July 25  - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will be making a one-day visit to Sabah this Saturday.

He will start his visit with a walkabout at the Indah Permai Bazaar in Sepanggar near here shortly after his arrival at Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport.

Muhyiddin will later attend the breaking of fast at the Kampung Likas Jamek Mosque where he will open the mosque’s Anjung Ilmu (reading section), said a statement from the Sabah Information Department today.

It said the deputy prime minister would also present tithes to elderly people, single mothers and Muslim converts, house keys to new house owners of the People’s Housing Project, and a RM70,000 donation from several corporate figures to the mosque.

The deputy prime minister will also deliver ‘zam-zam’ water and dates for all mosques in the state on behalf of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak before returning to Kuala Lumpur, said the statement.

Pembangkang Politikkan ‘Janji Ditepati’ Untuk Tutup Kegagalan Tunai Janji Sendiri

Posted: 24 Jul 2012 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang mensensasikan 'Janji Ditepati'  iaitu slogan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini adalah antara taktik mereka bagi mengaburi kepincangan dalam pentadbiran pakatan pembangkang.

Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim membidas taktik dangkal pakatan pembangkang yang lebih terserlah menuding jari mencari kesalahan kerajaan tadbiran Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang ini bukan saja ketandusan idea untuk memburukkan kerajaan yang ditadbir dengan baik dan berlandaskan perancangan yang lancar tetapi mereka juga terdesak dan tersepit untuk mencari isu bagi dijadikan bahan propaganda terbaru.

"Selama ini pelbagai isu telah cuba diheret oleh pakatan pembangkang untuk mengambarkan keburukan kerajaan termasuklah memainkan isu FELDA, isu PTPTN, dan macam-macam lagi tetapi malangnya ia tidak menggambarkan realiti sebenar kerana kerajaan sentiasa menguatamakan rakyat," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi, 'Janji Ditepati' yang diangkat sebagai slogan bagi hari bersejarah negara tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia menepati hala tuju dan pendekatan kerajaan.

"Janji Ditepati ini adalah gambaran kerajaan yang sentiasa memahami aspirasi dan cita-cita rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab iaitu memastikan semua masyarakat mendapat kehidupan terbaik di negara ini," katanya.

Ujarnya, pakatan pembangkang bukan saja mengkritik apa yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi lebih teruk lagi apabila mereka juga turut mencemuh dan mempersenda pelaksanaan pelbagai program yang dilakukan.

"Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan akan diangkat sebagai bahan propaganda dan diburukkan oleh pakatan pembangkang dengan pelbagai manipulasi sedangkan dalam masa yang sama mereka juga turut mendapat imbuhan dan kesenangan hasil daripada pelaksanaan pelbagai program dan transformasi kerajaan.

"Inilah pembangkang yang tidak pernah bersikap matang dalam berpolitik sehinggakan mereka membawa perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu sebagai satu bahan propaganda sedangkan dalam masa yang sama bukankah lebih baik sekiranya mereka menyumbang idea yang bernas untuk kesejahteraan dan keamanan masyarakat keseluruhannya," katanya.

Namun demikian, beliau juga tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang mensensasikan slogan tersebut adalah kerana mahu berselindung daripada kesilapan dan kegagalan mereka dalam pentadbiran.

"Selepas kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sehinggalah mereka mendapat mandat mentadbir empat buah negeri banyak janji-janji pakatan pembangkang yang masih belum tertunai dan ia tidak pernah disebutkan sebaliknya mereka lebih senang mencari salah kerajaan BN.

"Makin banyak pembangkang memburukkan BN tetapi makin terbukti hanya BN yang mampu menjaga kebajikan rakyat malah setiap hari ada saja berita-berita gembira yang dibawa oleh pemimpin tertinggi sebagai hadiah untuk rakyat sebagaimana BR1M, KR1M, KAR1SMA, TR1MA dan macam-macam lagi," katanya lagi.

Tegasnya, BN adalah kerajaan yang proaktif dan sentiasa memikirkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya tanpa mengambil kira pandangan dan idealogi politik mana-mana individu. - MediaUMNO

Projek Balak : Kerajaan Pas Kedah Usah Dolak Dalik, Perguna Nama Ladang Rakyat

Posted: 24 Jul 2012 11:10 PM PDT

ALOR SETAR, 25 Julai – Kerajaan Kedah diminta berhenti daripada terus berdolak-dalik mengenai kesan pembersihan hutan di Gunung Inas yang menjejaskan sumber air penduduk di kawasan sekitar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah juga meminta kerajaan negeri pimpinan Pas itu berhenti berselindung di sebalik ladang rakyat.

“Kalau Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kata nak buang pokok-pokok yang tua sahaja ia tidak masuk akal kerana  untuk buat ladang rakyat kena tebang 100 peratus pokok yang ada di kawasan itu,” katanya selepas majlis berbuka puasa, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata akibat pembersihan kawasan seluas lapan hektar itu, penduduk di daerah Sik dan Baling kini berdepan masalah bekalan air bersih.

Minggu lepas, JAS mengeluarkan arahan agar kerja pembalakan di kawasan hutan itu dihentikan bagi membolehkan jabatan tersebut membuat penilaian mengenai kesan ke atas alam sekitar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata tindakan Azizan menjual semula semua saham Felda Global Ventures Holding adalah satu kerugian besar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan tindakan yang tidak bijak.

“Sebenarnya semua perbadanan kemajuan negeri diberi peluang oleh kerajaan untuk memiliki saham-saham yang dianggarkan boleh menguntungkan mereka dan sebab itu PKNK boleh beli saham itu dengan jumlah yang begitu besar.

“Saya juga hairan kenapa beliau (Azizan) kata tidak tahu dan tak dimaklum tentang pembelian saham itu sedangkan cek yang melebihi RM2 juta perlu ditandatangani oleh Pengerusi PKNK dan beliau sendiri adalah pengerusi tersebut,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...