UMNO Online - “Turunkan Harga Kereta Bukti PKR Pakar Buat Janji.” plus 9 more |
- Turunkan Harga Kereta Bukti PKR Pakar Buat Janji.
- Janji Ditepati: Pembangkang Rasa Terpukul Dan Tersindir Dengan Tema Hari Merdeka
- Beli Ahli Parlimen BN Satu Penghinaan, Taktik Kotor Anwar Untuk Jadi PM
- Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan Tindakan Kurang Bijak
- Pertahan Hudud Dan Negara Islam: Pas, DAP Dicabar Nyata Pendirian Secara Berdepan
- Musa Mahu Wakil Rakyat Sabah Perbanyak Aktiviti Turun Padang Ketika Ramadan
- Muhyiddin Receives Courtesy Call From Afghanistan Higher Education Minister
- Teraju Generates About RM13 Bln In Business Opportunities For Bumiputeras
- RM13 Bilion Peluang Dan Program Diwujudkan Dan Dilaksanakan Teraju
- Ahli Parlimen BN Bukan Barang Dagangan Murahan Untuk DiJual Beli – Ahmad Maslan
Turunkan Harga Kereta Bukti PKR Pakar Buat Janji. Posted: 26 Jul 2012 01:18 AM PDT KUALA LUMPUR 26 Julai – Semakin hampir pilihan raya umum ke-13, pembangkang dilihat sekali lagi cuba memomokkan pengundi dengan pelbagai janji untuk mendapatkan sokongan seperti apa yang dilakukan mereka ketika pilihan raya 2008. Penurunan harga kereta adalah janji terbaru yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan menyatakan pembangkang akan merombak dan menyusun semula Dasar Automatif Negara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yusof menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal dan terpaksa mengulangi semula apa yang dilakukan empat tahun lalu dengan membuat pelbagai janji pilihan raya. "Tidak perlulah buat janji baru, janji lama masih lagi banyak tidak tertunai, banyak janji yang dibuat masih tak dilunaskan, tak perlu susah payah, turun cukai tanah dan kediaman di negeri yang mereka perintah maka lakukanlah itu dahulu baru boleh bercita-cita besar. "Dulu kata nak beri pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor, tapi sekarang apa yang sudah dilakukan oleh mereka? Itulah cara pembangkang berpolitik, mereka hanya pandai berjanji dan bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakan walaupun punyai kuasa," katanya. Beliau yang juga ADUN Air Limau berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN), semua janji yang dibuat sudah dilaksanakan dan ada juga yang masih dalam perlaksanaan yang mana ia bukan sahaja berbentuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat malah turut membabitkan bantuan untuk meringankan bebanan rakyat. "Apa yang kita janji kita laksanakan, janji BN adalah untuk membantu rakyat sebab itu bantuan yang diberi mencakupi semua lapisan dan peringkat umur. BN tidak pilih kasih dalam memberi bantuan, siapa yang layak boleh menerima bantuan tanpa mengira siapa yang mereka sokong, itulah beza BN dengan pembangkang. "Mengenai pengangkutan awam, banyak perubahan yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat, bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang malah di seluruh negara juga turut menerima transformasi dan perubahan untuk rakyat," katanya. Menurutnya, meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kemudahan rakyat adalah antara janji yang telah dilaksanakan oleh BN untuk rakyat, dan apa yang telah dilakukan pembangkang terhadap perkara itu di negeri yang mereka perintah. – MediaUMNO |
Janji Ditepati: Pembangkang Rasa Terpukul Dan Tersindir Dengan Tema Hari Merdeka Posted: 26 Jul 2012 01:13 AM PDT Kuala Lumpur 26 Julai – Pembangkang terus cuba mempolitikkan isu tema slogan hari merdeka, kerana merasa terpukul dan tersindir dengan tema tersebut serta bimbang rakyat akan mengingati semula siri-siri pembohongan mereka berkenaan janji-janji PRU lepas yang masih tidak lagi tertunai. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Zulkipli Hamid, pakatan pembangkang kini sudah mula dihantui bayang-bayang sendiri dan membuat mereka gelisah apabila slogan ‘Janji Ditepati’ itu sudah mula membuatkan sebahagian kecil rakyat membuka mata terhadap fitnah dan dakyah pembangkang. "Memang hari ini, kerajaan pakatan pembangkang perlu mengakui, bahawa mereka berbohong dengan menabur pelbagai janji, sedangkan mereka tahu bahawa kebanyakkan janji-janji tersebut sukar untuk ditunaikan. "Sebab itu mereka marah kerana merasa terpukul dan tersindir apabila kerajaan menjadikan slogan ‘Janji Ditepati’ itu sebagai tema hari kemerdekaan, kerana puak-puak pembangkang ini terasa bahawa mereka adalah orang yang tidak menepati janji-janji mereka," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, puak pembangkang terlalu melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat hari ini hanya dari sudut politik semata-mata. "Saya pun pelik dengan kelakuan pemimpin pembangkang yang membangkang perkara-perkara yang tidak masuk akal seperti ini. Sepatutnya, isu slogan tak timbul langsung. ‘Janji Ditepati’ itu kata-kata umum dan mempunyai nilai-nilai moral universal dan tak ada kena mengena dengan parti politik. "Jika Setiausaha Agung PAS kata slogan itu mengingatkan rakyat kepada BN, maknanya beliau sendiri mengakui bahawa BN sememangnya sebuah parti yang melaksanakan janji-janji mereka pada rakyat, tidak seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu berjanji, tapi tak tahu nak laksanakannya," ujar beliau . Beliau menggesa pemimpin pakatan pembangkang sepatutnya mencari isu-isu yang lebih bermanfaat untuk rakyat, daripada mencari isu-isu remeh temeh yang kemudiannya cuba dipublisitikan secara murahan. "Pakatan pembangkang sepatutnya menjadi sebuah pakatan yang matang dan memperbahaskan isu-isu serta perkara yang mahu dibangkang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Di dalam sebuah negara yang menuju ke arah negara maju, kita memerlukan sebuah parti pembangkang yang tidak bangkrap idea dan sama-sama dapat menyumbang kepada negara dengan cara dan pendekatan masing-masing," ujarnya. – MediaUMNO |
Beli Ahli Parlimen BN Satu Penghinaan, Taktik Kotor Anwar Untuk Jadi PM Posted: 26 Jul 2012 01:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jul – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, niat ketua pembangkang untuk membeli ahli-ahli Parlimen BN jika gagal membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini merupakan satu tindakan yang pengecut. “Keadaan ini membuktikan sememangnya pihak pembangkang sudah mengetahui mereka tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya akan datang sehingga terdesak untuk melakukan tindakan kotor sedemikian rupa,” ujarnya berikutan pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkenaan niat Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN. "Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri termasuk taktik terkutuk ini dan sebagai salah seorang Ahli Parlimen di Sabah, saya merasakan beliau memandang rendah terhadap prinsip perjuangan kami. "Saya merasakan ini satu bentuk penghinaan kepada rakyat Sabah kerana beliau menganggap perjuangan kami ini boleh dijual beli dengan wang ringgit. Dia memandang kami ini sebagai mata duitan iaitu segalanya boleh di nilai dengan wang ringgit. Penghinaan seperti ini tidak boleh diterima," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Rosnah yang juga merupakan Ahli Parlimen Papar, pemimpin seperti ini tidak wajar disokong malah tidak layak untuk menjadi pemimpin. Jika belum memerintah beliau sudah merancang memperdagangkan perjuangan apatah lagi nanti jika sudah memerintah pasti beliau akan lebih berani berjual beli maruah negara demi kepentingan beliau. Mengulas isu yang sama, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Mejar Datuk Samsudin Yahya melahirkan rasa kesal dan dukacita kerana sekiranya benar wujud perancangan sedemikian oleh Anwar Ibrahim, ini jelas bukan sahaja satu perbuatan yang tidak bermoral malah tidak bermaruah. "Nampak sangat Anwar sebenarnya sangat terdesak untuk menang dan ingin melangkah ke Putrajaya. Sebab itu dia merancang untuk membeli Ahli Parlimen BN terutama dari Sabah. "Bagi saya ini hanyalah angan-angan Anwar yang tidak mungkin berjaya kerana Ahli Parlimen Sabah tetap bersatu dalam menyokong kerajaan dan BN," ujarnya. Tambah Samsudin, dia amat yakin bahawa Ahli Parlimen Sabah mempunyai moral yang tinggi dan harga diri mereka bukan boleh dijual beli. "Saya amat mengutuk perbuatan Anwar Ibrahim ini. Sekiranya ada Ahli Parlimen yang boleh dibeli, itu adalah kerana kita sendiri telah mengenal pasti orang yang akan berbuat demikian. "Mereka ini tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah, sebab itu mereka boleh dibeli. Saya juga yakin, rakyat Sabah sendiri bijak dan tahu siapakah Ahli Parlimen yang boleh mereka sandarkan harapan dan bukannya berpolitik kerana kepentingan peribadi semata-mata," ujarnya lagi. Ketika ditanya adakah diri beliau sendiri pernah ditawarkan jawatan oleh pembangkang untuk melompat parti, beliau menjelaskan tidak pernah menerima sebarang tawaran setakat ini. Katanya, ini mungkin kerana pembangkang sendiri sedar bahawa dirinya tidak boleh di beli sama sekali. "Saya sama sekali tidak akan melompat parti ataupun termakan dengan taktik kotor pembangkang. Hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi dan rambang mata dengan duit akan mudah dibeli pembangkang," tambahnya lagi. – MediaUMNO |
Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan Tindakan Kurang Bijak Posted: 26 Jul 2012 01:05 AM PDT SEKINCHAN, 26 Julai – Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) kecewa dan dukacita dengan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, apabila beliau tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan seperti yang didedahkannya baru-baru ini. Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, Ng Suee Lim tidak menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu ini sebaliknya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan. "Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan–persoalan yang diberikan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor yang dibuat bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Ini adalah suatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB, apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.” Katanya, penjelasan bahawa penjualan pangsapuri di bawah dari harga pasaran dibuat kerana hanya sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal apatah lagi NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010. “Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini diberikan tender tersebut sedangkan apakah asas syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1 bulan lebih sehingga mendapat tender tersebut?," ujarnya selepas membuat laporan polis bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku ini. Tambahnya lagi, alasan MDSB kononnya tidak mementingkan keuntungan yang mengakibatkan penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan hak penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar yang berpeluang mendapakan hartanah tersebut. "Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 sementara pada 4 November 2010 Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender tersebut? “NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?," soalnya lagi. Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab. "Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri dan kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar. – MediaUMNO |
Pertahan Hudud Dan Negara Islam: Pas, DAP Dicabar Nyata Pendirian Secara Berdepan Posted: 26 Jul 2012 01:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pas dicabar untuk duduk semeja bersama DAP dalam memperkatakan mengenai hukum hudud dan pelaksanaan negara Islam jika parti itu benar-benar berani serta berprinsip. Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Mohd Noor Deris berkata tidak ada penghujungnya jika masing-masing mempertahankan pendirian menerusi 'jarak jauh' yang hanya menyerlahkan sikap retorik Pas dalam memperjuangkan isu tersebut. Tegas beliau jika Pas benar-benar berani dan tegas, mereka bukan sahaja tetap istiqamah dalam perjuangan malah mereka akan berjuang habis-habisan agar kedua-dua perkara berkenaan iaitu hukum hudud dan negara Islam dimasukkan dalam buku jingga. "Apakah Pas betul-betul ada prinsip? Ini yang saya cukup hairan dan menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat khususnya umat Islam. Kerana apa, bukankah hari ini kita kedengaran 'Negara Berkebajikan'. "Negara Islam sekali sekala tu adalah tetapi bukannya selalu kerana melihatkan kepada apa yang berlaku hari ini seolah-olah dah tak ada sebaliknya yang ada diwar-warkan kepada umum adalah 'Negara Berkebajikan," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertembungan pendapat mengenai hukum hudud dan pelaksanaan negara Islam antara pemimpin Pas dan DAP yang kini menjadi bualan umum. Prof Mohd Noor seterusnya menambah Pas sewajarnya cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum bercakap soal prinsip dan sebagainya kerana hari ini seolah-olah Pas tidak ada keberanian dalam memperkatakan isu tersebut. Soal beliau, sampai bilakah Pas menjadi bahan bualan umum dan dikatakan hilang taring bila berdepan dengan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang? "Saya bukannya mahu buat tuduhan macam-macam tetapi seolah-olahnya begitulah, malah perkara ini turut dinyatakan oleh penyokong Pas sendiri yang turut sedih dan ada juga yang kecewa melihatkan kepada tindak-tanduk pucuk pimpinan Pas hari ini," katanya. – MediaUMNO |
Musa Mahu Wakil Rakyat Sabah Perbanyak Aktiviti Turun Padang Ketika Ramadan Posted: 25 Jul 2012 11:41 PM PDT SANDAKAN, 26 Julai – Wakil rakyat di negeri ini diminta memperbanyakkan aktiviti turun padang pada bulan Ramadan terutama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengadakan majlis berbuka puasa untuk rakyat. “…ini akan mengeratkan hubungan wakil rakyat itu dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, di Kampung Kenangan Manis, dekat sini hari ini. Terdahulu ketika berucap, Musa berkata keamanan yang dikecapi di negara ini membolehkan rakyat melakukan ibadah puasa dengan selesa. Keadaan itu adalah berbeza dengan beberapa negara Islam bergolak seperti Syria yang menyaksikan rakyatnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, katanya. Sehubungan itu, Musa mengajak penduduk Sabah memastikan keadaan aman di Malaysia berterusan dengan mengelak daripada membabitkan diri dalam kegiatan yang boleh menimbulkan kekacauan. |
Muhyiddin Receives Courtesy Call From Afghanistan Higher Education Minister Posted: 25 Jul 2012 11:39 PM PDT PUTRAJAYA, July 26 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin received a courtesy call from Afghanistan Higher Education Minister Prof Dr Obaidullah Obaid at his office here today. During the meeting, Muhyiddin, who is also education minister, and Obaidullah discussed Malaysia's experience in formulating and implementing higher education policies. Obaidullah, who was appointed Afghanistan Higher Education in March, is in Malaysia for a five-day visit which ends today. He called on Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin at his office here on Tuesday. |
Teraju Generates About RM13 Bln In Business Opportunities For Bumiputeras Posted: 25 Jul 2012 11:36 PM PDT PUTRAJAYA, July 26 – Business opportunities worth about RM13 billion were successfully generated for the benefit of Bumiputeras through the various initiatives launched by the Bumiputera Agenda Steering Unit(Teraju). Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the initiatives by Teraju which was launched in February, was focused on the Bumiputera economic transformation direction announced by the government previously. He said among the initiatives which contributed to the RM13 billion was the ‘carve out’ policy to allow Bumiputera companies to be involved in the MRT project through MRT Co. “To date, 47 per cent of the total packages have been offered to Bumiputera companies, that is exceeding the 43 per cent target set,” he added. He said this at a press conference here after chairing the Third Meeting of the Bumiputera Agenda Action Council (MTAB) here. Najib said according to the current projection, the overall value of the packages was about RM9.3 billion, exceeding the target of RM8.5 billion. He said the government was satisfied with the figure not just from the large amount distributed, but also from the aspect of the process to determine the very best from among the Bumiputera companies in a transparent manner “The process was based on merit, giving no advantage to any company, and solely looking at ability,” he added. Meanwhile, Najib said the MTAB meeting also approved 20 more companies which were eligible for the High-Performing Bumiputera Companies (Teras) programme, another flagship initiative of Teraju, making the total now 150. “Through this initiative, we have now found the paid up capital to be about RM1 billion and total revenue of RM7.9 billion. This means, the Teras companies, have the potential to expand and able to compete for jobs in the public sector,” he added. The Prime Minister also announced the decision by the meeting to extend the Business Financing Guarantee Scheme (SJPP) undertaken by Prokhas, for another year. The unused RM930 million in funding for Bumiputera companies will be allocated until Dec 31, 2013. He said the guarantee scheme in the beginning was only allocated for small and medium business enterprises (SMEs), but now Teras companies which were not of the former but bigger, are eligible to participate. “The members of the Council and I are confident that the initiatives introduced will provide a wider range of opportunities for Bumiputera companies to achieve bigger success in the future,” Najib added. |
RM13 Bilion Peluang Dan Program Diwujudkan Dan Dilaksanakan Teraju Posted: 25 Jul 2012 11:22 PM PDT PUTRAJAYA, 26 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peluang perniagaan berjumlah kira-kira RM13 bilion telah dijana untuk manfaat Bumiputera menerusi inisiatif yang dilancarkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Perdana Menteri berkata inisiatif yang dilancarkan Teraju, yang ditubuhkan Februari lepas, berpandukan kepada hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera yang diumumkan kerajaan sebelum ini. Antara inisiatif yang menyumbang kepada jumlah itu ialah melalui dasar untuk memberi peluang secara “carve out” kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang terlibat dalam projek Transit Pantas Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn Bhd. “Sehingga ini, 47 peratus daripada jumlah pakej, ditawarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera, iaitu melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-tiga Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di sini. Najib berjata, mengikut unjuran ketika ini, jumlah keseluruhan pakej itu bernilai kira-kira RM9.3 bilion, yang menyaksikan jumlahnya melangkaui sasaran RM8.5 bilion. Menurutnya, kerajaan berpuas hati dengan jumlah itu, bukan sahaja dari segi jumlah besar yang berjaya diagih, tetapi juga dari segi proses penentuan syarikat-syarikat berkenaan yang dibuat dengan cara yang begitu telus, berdasarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang terbaik dari kalangan syarikat Bumiputera. “Proses ini dilakukan berdasarkan kepada merit dan tidak memberi kelebihan kepada mana-mana syarikat melainkan berdasarkan kepada kriteria kemampuan dan kebolehan syarikat tersebut,” katanya. Sementara itu, Najib berkata mesyuarat MTAB hari ini juga meluluskan 20 buah lagi syarikat yang layak untuk program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras), yang merupakan satu lagi program perdana Teraju, menjadikan jumlahnya kini 150 buah. “Melalui inisiatif ini, kita dapati bahawa jumlah modal berbayar ialah kira-kira RM1 bilion dan perolehan keseluruhan RM7.9 bilion. Ini bererti syarikat-syarikat Teras ini mempunyai potensi berkembang dan mampu bersaing untuk mendapatkan kerja-kerja dari sektor awam,” katanya. Perdana Menteri seterusnya mengumumkan keputusan mesyuarat melanjutkan tempoh Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah kelolaan Prokhas untuk setahun lagi, di mana dana RM930 juta yang belum digunakan lagi oleh syarikat-syarikat Bumiputera akan diperuntukkan sehingga 31 Disember, 2013. Walau pun skim jaminan iitu pada mulanya hanya diperuntukan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS), namun kini, katanya syarikat-syarikat Teras yang bukan PKS, malah lebih besar daripada itu juga, layak untuk menyertai skim tersebut. “Saya dan anggota majlis yakin inisiatif yang diperkenalkan ini akan memberi peluang yang lebih meluas kepada syarikat-syarikat Bumiputera untuk capai kejayaan lebih besar pada masa akan datang,” katanya. |
Ahli Parlimen BN Bukan Barang Dagangan Murahan Untuk DiJual Beli – Ahmad Maslan Posted: 25 Jul 2012 07:11 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pendedahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa adanya usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membeli ahli-ahli Parlimen BN jika gagal membentuk kerajaan pada PRU akan datang ini, merupakan satu kesinambungan usaha kotor beliau yang sebenarnya sudah menjadi 'rahsia umum' di mana rakyat negara ini turut mengetahui tentang perkara tersebut. Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, Anwar akan terus cuba memujuk dan membuat tawaran harga terhadap ahli Parlimen BN lantaran beliau masih berpegang dengan sangkaannya, bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO merupakan barang dagangan yang begitu mudah untuk dijual beli. "Akibat sangkaan tersebut, justeru itu lahirlah pembohongan yang paling besar dan paling dahsyat dalam sejarah politik tanahair, iaitu pembohongan 16 September. Itulah satu-satunya pembohongan yang amat besar oleh seorang pemimpin politik yang akan dikenang oleh rakyat di negara ini. "Cuma hari ini saya nak bagitau pada Anwar, ahli-ahli Parlimen BN tidak mudah dijual beli. Ahli-Ahli Parlimen BN setia dengan janji untuk berkhidmat pada rakyat. Mereka berjuang da Tambahnya lagi, Anwar sepatutnya berpegang teguh dengan prinsip dan intergriti yang selama ini dilaung-laungkannya dan janganlah bersikap di depan lain di belakang lain. Jelasnya, amalan budaya rasuah politik seperti ini amat bahaya kerana ia boleh menjadi penyebab pelbagai masalah di dalam pentadbiran negara. Selain itu, beliau turut membidas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkenaan isu tema hari kemerdekaan tahun ini, Janji Ditepati. Menurutnya, Setiausaha Agung PAS itu patut berfikiran lebih terbuka dan di luar kotak, dengan tidak melihat slogan itu dari sudut politik semata-mata. "Inilah jadinya apabila segala perkara dinilai dan dilihat dari sudut politik. Bukan kita sebutpun nama mana-mana parti politik dalam tema tersebut. Slogan itu merupakan salah satu nilai moral yang baik dan universal serta diterima oleh semua manusia. “Menepati janji, merupakan slogan yang mengingnatkan rakyat tentang nilai yang amat mulia dan merupakan satu perbuatan terpuji. "Ini juga adalah sebagai satu ransangan dan motivasi kepada rakyat baik di peringkat mana sekalipun. Sebagai ayah, sebagai ibu,sebagai anak, sebagai majikan, sebagai pekerja dan sebagai manusia, menepati janji adalah sikap yang mulia dan patut dijadikan amalan semua," ujar beliau. Justeru itu, beliau meminta para pemimpin pembangkang agar tidak melihat segala usaha kerajaan hanya berdasarkan bacaan politik semata-mata. Kata beliau, jika pemimpin pakatan pembangkang melihat setiap langkah dan usaha kerajaan hari ini dari sudut politik semata-mata, ini cukup jelas membuktikan bahawa cara berfikir pemimpin pembangkang tidak matang dan terbuka, serta hanya mampu berfikir dari sudut satu aspek sahaja. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment