Kedah Ke KL - MctHeory |
PERHATIANN!! Blogger pro UMNO Memfitnah Pas Kedah?? #TukarKedah Posted: 27 Jul 2012 08:33 AM PDT Dua hari lepas kami di panggil Iblis oleh satu blog Pas Kedah. Mc mengunakan perkataan kami, sebabkan Mc mewakili TMK untuk menjawab kembali tuduhan demi tuduhan blogger Pas Kedah terhadap kami. Disebabkan Mc agak sibuk kebelakangan ini, Mc meminta sahabat Duke Of UMNO untuk menjawab tuduhan palsu yang mereka terhadap kami. Atau lebih terang lagi, ianya dipanggil FITNAH!! Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak. Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah. Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK. Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya... Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan. Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu... Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak. Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati. Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh! Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh! Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh! Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh! Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..! Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh! Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh! Jadi, siapa yang fitnah sekarang? TMK yang fitnah atau Kedah La yang fitnah? Heh! Kedah La yang berak tengah jalan, tapi kami pulak yang dituduh..!!! Patut ka lagu tu? Aku nak pesan kat blogger Kedah La..KALAU NAK BLOGGING PUN, BLOGGING LA CARA ISLAM..!!! Heh! Kami TMK diajar oleh Islam yang kami pegang untuk tidak menabur fitnah. Kami diajar oleh Rasulullah SAW untuk berpegang pada haq dan menentang kebatilan. Kami bertindak dan berjuang demi membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan PAS Kedah dan konco-konconya... Selama ni blogger pro-UMNO/BN agak kurang menyerang PAS Kedah secara berterusan dan efektif. Jadi kami bersatu sesama kami untuk mendedahkan segala penipuan, penyelewengan, salah laku, salah tadbir dan dasar PAS serta para pemimpinnya yang TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! Perjuangan kami belum selesai. Nantikan lagi pendedahan dan edisi bongkar kami yang seterusnya selepas ini...heh! Siap la hangpa puak-puak "katak hijau yang nak melompat ke Putrajaya". Tak takut kena tindih kereta keeee..??? Baru sampai KL, dah kena tindih dengan kereta kat Highway Sg Besi..heh! Yang pentingnya, kami dengaq nasihat Ustaz Azizan...KAMI BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! HEH! We give back what u give.. bukan senang nak jadi kerajaan, dan bukan susah nak jadi pembangkang. Kepada Pas Kedah.. Salam Ramadhan.. ada satu BOM BESAR akan dilepaskan kelak. Kami bagi peluang hangpa pi raya dulu.. nanti kata kami ni kejam sangat. ha ha ha.. McTheory: Hangpa buat tahi, kami tukang tunjuk saja.. kah kah kah.. | |||||
TUDIAA!! Ngeri Gambar Hantu Terbang di Kulim Hi-Tech? Posted: 26 Jul 2012 12:15 PM PDT Pekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Hi-Tech dekat sini, gempar dengan kewujudan lembaga manusia separuh badan yang dilihat berjalan di sekitar kawasan kilang menjelang waktu tengah malam. Seorang pekerja yang tidak mahu dikenali berkata, sejak kebelakangan ini, lembaga itu semakin kerap ditemui pekerja dan ini mengakibatkan ada dalam kalangan mereka yang takut untuk pergi kerja. Menurutnya, ada dalam kalangan pekerja yang mengalami penyakit aneh setelah pulang dari bekerja malam. "Sebelum ini, seorang pekerja wanita berasa badannya seram sejuk ketika melalui lorong pintu keluar dari kilang untuk kebangunan sebelah. Selain itu, mangsa juga mengadu rambutnya ditarik dari belakang. "Kerana ketakutan, mangsa lari dan mendapatkan bantuan dari rakan sekerja. Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Kami pernah ternampak lembaga manusia berbadan separuh berjalan di sekitar kawasan kilang pada waktu lewat malam," katanya. Menurutnya, kejadian ini sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbiran kilang tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memastikan masalah itu ditangani kerana lembaga yang dilihat berkeliaran di sekitar kilang masih berlaku. Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu Besar, Mohd Nordin Ismail yang melihat keadaan kilang itu berkata, pihak pentadbiran kilang seharusnya mengadakan majlis bacaan Yasin di surau untuk memastikan pekerja berada dalam keadaan selamat. "Sebelum kawasan ini dibangunkan, ia merupakan kawasan hutan tebal dan pelbagai kejadian aneh sering berlaku. Semasa kerja-kerja meratakan tanah di kawasan ini dijalankan, ada beberapa pokok yang tidak boleh dipotong dan ia dibiarkan sehingga kini. Masalah ini bermula ketika bangunan kilang ini hendak memulakan pembinaannya. "Kebanyakan pemaju akan mengadakan majlis pemujaan ditapak pembinaan meminta supaya kerja mereka tidak diganggu makhluk halus. Dengan cara ini perkara tidak diingini tidak berlaku sepanjang pembinaan dijalankan. Setelah siap, tidak ada mana-mana pihak yang menjalankan upacara itu lagi. Ini mengakibatkan makhluk halus itu datang semula ke tapak kilang," katanya. Katanya, kebanyakan pemilik kilang bukan beragama Islam yang berhadapan dengan masalah ini akan mengadakan upacara pemujaan setiap tahun di kawasan lapang ditapak kilang mereka dirikan. "Saya mencadangkan kepada pekerja dan pegawai yang beragama Islam untuk melapangkan sedikit masa mengadakan tahlil dan solat hajat supaya gangguan syaitan dan iblis dapat dihindarkan. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil, kejadian seperti histeria kemungkinan boleh berlaku," katanya. - MPP |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment