Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Nampaknya Tantawi Pulak Kena Pijak Dengan Karpal Singh!!

Posted: 23 Jul 2012 08:14 AM PDT


Pi mai, pi mai.. nampaknya Pas terpaksa berbohong lagi pasal Dap. Kononnya Dap ni dah boleh menerima Islam. Malah Tantawi kata, Pas selalu tarbiah Dap pasal Islam. he he.. lawak pun ada jugak.

Kalau benarlah Pas selalu tarbiah Dap pasal Islam. Tentunya Dap menjadi semakin baik dan menerima Islam. Namun setelah berbelas tahun Pas bersama Dap. Mc tengok sama juga perangai Dap. Kat Selangor tu, bersepah-sepah rumah urut dan pelacuran. Kat Kedah pulak kelab tarian separuh bogel menjadi sumber kewangan utama puak Dap. Kat mana yang berubah menjadi lebih baik tu?

Rasanya itulah kesannya, apabila Pas tarbiah Dap.. Dap menjadi lagi teruk, sebab Islam Pas kan songsang!! Mau tak sesat jauh Dap.. he he..


McTheory:
Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus la jadinya..

TUDIAA!! Beli Saham FGVH, Ustaz Azizan Berbohong Lagi!! #TukarKedah

Posted: 23 Jul 2012 05:36 AM PDT



Pada Azizan Razak, mungkin selepas mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham FGVH berjumlah 500,000 unit itu, maka isu akan selesai dan dia tidak akan dipersalahkan lagi dalam hal tersebut.

Kata Azizan, dia sebagai Pengerusi PKNK tidak dimaklumkan langsung mengenai pembelian saham FGVH itu oleh para pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu dan keputusan untuk membeli saham tersebut tidak dirujuk padanya.

Dalam ertikata lain, Menteri Besar Kedah itu mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai pembelian saham tersebut dan tidak terlibat sama sekali mengenainya…

Mungkin Azizan fikir dengan menyalahkan CEO dan para pegawai PKNK maka PAS tidak akan marah padanya dan dia tidak akan dituduh cuba mensabotaj kempen membantah penyenaraian saham FGVH di Bursa Malaysia yang dipelopori Mazlan Aliman dan Mat Sabu.

Namun Azizan tidak sedar bahawa rakyat, khususnya rakyat negeri Kedah, juga tidak bodoh untuk menilai kebenaran di sebalik pembohongan yang dibuat oleh Menteri Besar mereka.

Malah saya percaya bahawa Mat Sabu, Mazlan Aliman dan kepimpinan PAS yang mengaku "terluka" atas pembelian saham tersebut akan menjadi lebih parah apabila mendapat tahu bahawa berkemungkinan besar bahawa Azizan telah berbohong kepada mereka.

Agak menyentap jantung Azizan Razak apabila bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid tampil menempelak Azizan dengan mendakwa bahawa ketua "kultus agama PAS" di Kedah itu telah berbohong mengenai kenyataannya yang kononnya tidak tahu langsung mengenai isu tersebut.

Menurut Mahadzir yang pernah menjawat jawatan Pengerusi PKNK, sebarang urusan pengeluaran cek yang bernilai lebih dari RM1 juta yang mestilah ditandatangani oleh Pengerusi PKNK dan kelulusannya tidak boleh diputuskan oleh CEO.

Justeru, beliau melahirkan rasa hairan apabila Azizan mendakwa dia sebagai Pengerusi PKNK tidak tahu apa-apa memandangkan dia perlu menandatangangi cek untuk membeli saham tersebut.

Lagipun, hakikatnya jika Azizan Razak tidak menandatangani cek itu, sudah tentu PKNK tiada wang untuk membeli saham FGVH yang bernilai lebih dari RM1.3 juta itu.

Sebenarnya, saya tidak tahu apakah hukum untuk melakukan pembohongan di dalam "agama PAS". Namun Islam sebenarnya melarang sama sekali para penganutnya untuk berbohong dan sekiranya melakukan juga pembohongan maka dosa pelakunya akan dicatatkan malaikat.

Selain itu, bangsa Melayu juga melarang keras pembohongan berdasarkan beberapa peribahasa, pantun dan ungkapa lamanya. Sebagai contoh, "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".

Saya fikir, ramai juga yang diajar oleh ibubapa masing-masing bahawa menipu itu dilarang sama sekali dan mungkin ada dikalangan kita yang ditakutkan ibubapa masing-masing bahawa Allah akan memotong lidah mereka jika berbohong.

Namun, Pesuruhjaya PAS Kedah ini berbohongkah dalam hal menandatangani cek bernilai lebih sejuta ringgit untuk membeli saham FGVH itu?

Atau Azizan lupa, tidak ingat, nyanyuk atau sedang mengigau ketika diberikan cek bernilai jutaan ringgit itu untuk ditandatangani?

Saya harapkan agar Azizan berterus terang di dalam hal ini. Kalau dia tahu, katakan dia tahu. Dia juga tidak perlu menyalahkan orang lain, menafikan kebenaran dan menipu dalam hal tersebut seolah-olah dia tidak tahu. Kalau tahu, katakan tahu…

Saya sering mengingatkan Menteri Besar Kedah itu untuk bekerja dengan cara Islam sebagaimana yang dia katakan kepada seorang wartawan pada satu sidang DUN tidak lama dulu.

Namun selepas Azizan herdik wartawan tersebut, dia pula dibuktikan dan dibongkarkan Allah melakukan kerja dengan tidak ikut ajaran Islam yang sebenar. Mungkin Azizan Razak ikut ajaran "agama PAS", kot?

sumber MyKMU

HANGAT AIHH!! MB Kedah Beri Kroni-Kroninya Projek Berjuta-Juta!! Mai baca Mai!! #TukarKedah

Posted: 23 Jul 2012 01:13 AM PDT

sayaa.. sayaa tak tau...
Ini cerita paling panass dalam sejarah pentadbiran negeri Kedah. MB Kedah beri projek pada kroninya yang bernilai jutaan ringgit. Cerita ini bukan fitnah, ini cerita benar-benar berlaku. Kalau fitnah Mc takkan berani tulis pasal cerita ni. Malah yang bawa cerita ni pun sebenarnya dari dalam pejabat MB sendiri.

He he he.. dulu Pas selalu kutuk UMNO bab projek. Depa kata kita kroni la, nepotisme la dan macam-macam lagi depa dok kutuk kita. Lani, bila depa pulak memerintah, macam-macam kes yang kita dengar.. malah yang terbaru ni yang Mc dapat. Ustaz Azizan Razak, beri projek pada kroninya yang berharga jutaan ringgit. huyooo.. dahsyat la Ustaz ni.

Oklahh.. Mc taknak sambung cerita ni lagi.. biar Ustaz Azizan dan Pas Kedah fikir apa yang perlu depa buat. Sebab kali ni mereka bakal malu besarrr.. ha ha ha..


McTheory:
Selamat Berbuka Puasa Ustaz Azizan.. he he..

TUDIAA!! Mengucap Dua Kalimah Syahadah Belum Tentu ISLAM? - Abby Abadi

Posted: 22 Jul 2012 08:43 PM PDT


Mc makin tak faham dengan Abby. Kalau pagi tadi dia kata, masuk Pas umpama dah ada list dalam syurga nak baca klik SINI.

Kali ni dia kata, walaupun mengucap dua kalimah syahadah, belum tentu masuk syurga, sebab Nabi Muhammad SAW tak mengaku kita ni umatnya?? wow! berat kenyataan ni..


Mc nak tanya Cik Abby, bagaimana agaknya nasib umat Islam diluar negara dan diwaktu Pas belum wujud lagi? Apakah Nabi Muhammad SAW tidak mengaku mereka itu umatnya, walaupun berpegang teguh dengan Rukun Islam dan Rukun Iman? Jawab Abby Jawab..

Masuk Pas, undi Pas, tidak termasuk dalam rukun Islam ataupun rukun Iman.


McTheory:
Ya Allah..selamatkanlah Umat Mu dari kesesatan di alam nyata!!

PANASS!! Abby Abadi Semakin Jauh Tersesat!! #Pasrabut

Posted: 22 Jul 2012 06:12 PM PDT


Lihat video diatas..

Kemudian dengar betul-betul kenyataan dari Abby.


Apakah ini bermakna Abby sudah tersesat jauh? Siapa agaknya yang mengajar Abby, masuk Pas, umpama masuk list  ahli syurga?

Inilah yang dikatakan artis yang baru nak insaf, sudah disesatkan oleh Pas. Mereka ini jahil, apabila hendak kembali ke jalan yang benar, mereka ini tersalah memilih Pas sebagai panduan. Pas pula memperbodohkan orang-orang yang jahil ini dengan fahaman yang bukan-bukan.

Hasilnya nanti, jadilah seperti di atas.

Cerita artis join kumpulan ajaran sesat sebenarnya bukan baru. Dulu ada artis yang geng dengan Ayah Pin, ada artis yang masuk Aqram, guru yahya, dan sekarang ni.. musim artis bodoh-bodoh ni disesatkan oleh Pas pula.

Apa la nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni.. minta ada bijak pandai agama yang perlu mencegah perbuatan ini dari terus menjadi melampau.

Ya Allah.. tunjukkanlah kebenaran mu di bulan puasa yang mulia ini.


McTheory:
Puak Pas semakin melampau.. melampau sangat sesatnya..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...