Gelombang Rakyat |
- AMARAN 'RAMADHAN' PAS PUSAT - TINDAKAN DISPLIN PIMPINAN PARTI ARAH KELAB MALAM DITUTUP..!!
- APA AGENDA SULIT DI SEBALIK INSIDEN BEKAS KETUA WANITA UMNO DIBUNUH..!!?
- DEDAH - GAMBAR NAJIB & ROSMAH PONTENG PUASA DI SEBUAH MAJLIS DISEBARKAN..!!?
AMARAN 'RAMADHAN' PAS PUSAT - TINDAKAN DISPLIN PIMPINAN PARTI ARAH KELAB MALAM DITUTUP..!! Posted: 21 Jul 2012 07:22 PM PDT "Membangun Bersama Islam." Slogan dan karamah laungan PAS satu ketika dahulu yang mencerminkan janji pemerintahan yang bakal dibina mereka jika diberi kuasa tampuk pemerintahan. Sehingga menjadikan ianya sebagai syarat untuk menerima Kerajaan BN iaitu Islam sebagai landasan utama Pemerintahan. Entah apa yang 'kafir dan munafiq' pemerintahan BN ini sehingga diludah PAS begitu sahaja pada ketika itu. Malah dijadikan bahan kempen penolakan BN menerusi ceramah2 mereka mendakwa UMNO mengamalkan pemerintahan kafir kerana terus membiarkan Kelab2 Malam beroperasi di Negeri2 seperti Selangor terutamanya. Sehingga digelar Selangor Darul Maksiat. Walhal bukan UMNO semata2 memegang tampuk kuasa Negeri, akan tetapi di bawah payung BN yang turut bersama MCA, MIC, PPP dan Gerakan. Kini PAS di Selangor bukan sahaja tidak mampu mengurangkan lesen perniagaan Kelab2 Malam di Negeri tersebut, malah bertambah dan lebih mengaibkan, mempertahankannya atas alasan hubungan setiakawan bersama DAP. Lebih memalukan alasan ini turut diberikan yang sama pada bulan Ramadhan. Pimpinan PAS Pro Ulama' Negeri tersebut tidak lagi berani tampil membuat sebarang tegutran berkenaan isu tersebut sejak peristiwa pemecatan Hasan Ali. Begitu juga nasib di Kedah yang diterajui 90% pentadbiran Negeri di bawah PAS turut gagal melaksanakan apa jua janji 'Membangun Bersama Islam' setelah menarik semula penutupan sementara Kelab2 Malam di Negeri tersebut pada bulan Ramadhan tahun lalu. Ianya tidak dapat dilaksanakan setelah DAP Negeri membuat bantahan keras walaupun tidak memegang apa2 jawatan dalam pentadbiran Negeri. Tiada lagi cadangan yang sama dikeluarkan dari pihak MB Kedah seperti tahun lalu setelah pemerintahan beliau dipantau sebuah jawatankuasa yang diberi nama 'PEMANDU' yang memantau sebarang kenyataan dan tindakan beliau yang menggugat hubungan Pakatan. Jikalau ini berlaku berterusan, di mana janji PAS yang mahu melaksanakan Dasar Islam dalam pemerintahan Kerajaan? Bilakah janji yang mereka canang mahu menutup Pusat2 Hiburan yang membawa maksiat di Negeri pemerintahan mereka? Paling tidakpun dikurangkan? Tiada. Mereka hanya menyambung perlaksanaan yang dibawa Kerajaan BN terdahulu yang didakwa mereka sebelum ini mencerminkan pemerintahan sekular dan munafiq. Apa perubahan berlandaskan Islam PAS? Hanya sogokan wang elaun kenaikan gaji Imam dan penambahan peruntukan Majlis Agama Islam sepertimana yang dibangga2 kan Mat Sabu dan Anwar di Negeri Penang? Yang membawa gelaran Umar Ibnu Abdul Aziz dari seorang Pemimpin bernama Lim Guan Eng. Sogokan tersebut akhirnya disentak setahun selepas itu dengan arahan penguatkuasaan larangan menggunakan pembesar suara untuk bacaan ayat2 suci Al Qur'an dan Ceramah2 Agama di Rumah2 Ibadah Islam di Penang. Ianya dihadkan hanya sekadar laungan azan mengikut ketetapan dan syarat mengikut jarak bersesuaian. Penghinaan PAS terhadap dasar Islam yang diterapkan dalam Pemerintahan Kerajaan BN akhirnya memakan diri mereka. Lebih malu kerana mereka menjaja Islam sebagai Addin perjuangan parti. Kini terpaksa menukar slogan kepada 'PAS untuk Semua' bagi menutup aib sendiri. Mereka kini hanya mampu memandang 'hubungan perniagaan' rakan DAP bersama taukey2 Kelab Malam meluluskan perlesenan tersebut. Benarlah kata Lim Guan Eng, "DAP lebih rela bekerjasama dengan PAS daripada UMNO walaupun PAS memperjuangkan Hudud." Kini Rasuah pula menjadi penyebab 'terbaru' PAS menolak Kerajaan BN. Persoalannya, Adakah PKR mahupun PAS sendiri benar2 bebas dari amalan tersebut? Berbeza dengan UMNO, kedua2 Parti ini tidak mengambil langkah siasatan secara serius dalam menangani amalan rasuah dalam parti walaupun telah dilaporkan beberapa Pemimpin parti masing2. |
APA AGENDA SULIT DI SEBALIK INSIDEN BEKAS KETUA WANITA UMNO DIBUNUH..!!? Posted: 21 Jul 2012 01:39 PM PDT Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampong Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam. Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui. Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian. Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau. "Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini. Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani. Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya. Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung. "Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya. |
DEDAH - GAMBAR NAJIB & ROSMAH PONTENG PUASA DI SEBUAH MAJLIS DISEBARKAN..!!? Posted: 21 Jul 2012 07:24 AM PDT Mungkin gambar2 yang didakwa berunsur sebegini dinanti2 kan Pembangkang. Serangan peribadi terhadap isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor. Entah mengapa kadangkala ianya mudah dipercayai tanpa fakta dan bukti releven. Tidak dapat dinafikan, serangan persepsi yang dilempar dan disebar dari pihak pimpinan Pembangkang terhadap kesemua penyokong2 mereka masih dilihat kuat. Namun kita tidak dapat menolak mahupun menafikan, persepsi yang kuat akan tetapi berbentuk fitnah bakal diakhiri dengan kebenaran sebenar. Pembangkang seringkali mencanang kepada penyokong2 tegar malah diasak untuk disebarkan cara hidup mewah yang didakwa menjadi amalan rutin seharian keluarga PM Najib Tun Razak terutamanya isteri dan anak2 beliau. Malah didakwa isteri beliau Rosmah Mansor sebagai seorang yang sombong lagi bongkak untuk berdepan dengan rakyat di peringkat bawahan. Gambar di atas merupakan salah satu bukti ianya sekadar tafsiran sempit Pembangkang. Gambar ini hanya diperolehi dari pihak Bernama dan telah dipaparkan menerusi Sinar Harian. Tatkala kita menyambut Hari Pertama Ramadhan bersama keluarga masing2 secara privacy, Perdana Menteri isteri sekeluarga memilih untuk bersahur bersama anak2 yatim di Pekan Pahang. Nilai sendiri. Jikalau ada juga persepsi buruk yang ditanam di hati anda terhadap Rosmah, terpulang. Kerana kebenaran lebih besar bakal didedahkan. Fitnah besar Pembangkang terhadap Rosmah bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Nantikan dan sudah pasti ianya satu kejutan besar. Kerana anda merupakan antara individu yang mempercayainya sebelum ini. PS : Don't Judge a Book by it's Cover |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment