UMNO Online - “Najib Bantu Palestin, Anwar Lindungi Israel” plus 9 more | |
- Najib Bantu Palestin, Anwar Lindungi Israel
- Rafizi Letak Jawatan : Pergolakan Di Selangor Terus Parah!!!
- Pemuda UMNO Syor Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Dilaksanakan
- Isu Lynas : Bagi Pembangkang Auta Lebih Penting Dari Fakta Pakar
- Dakwaan Tunku Aziz DAP Beri Rasuah, Ini Bukan Isu Main-main – Presiden MBM
- Selangor Sengaja Politikkan Isu Air – Peter Chin
- ‘Jom Santai Sihat’ Eratkan Hubungan Puteri Klang dan Masyarakat
- Krisis ‘Keluarga 69’ Selangor Bakal Meletup Menjelang PRU 13
- Musa Yakin Sabah Terus Jadi Kuat BN Pada PRU 13
- Peneroka Tidak Pernah Dipaksa Tandatangani Borang Pembiayaan Kewangan
| Najib Bantu Palestin, Anwar Lindungi Israel Posted: 21 Jun 2012 04:08 AM PDT
Terbaru seperti dilaporkan muka depan Utusan hari ini bahawa Najib memberi komitmen untuk membina sekolah di Palestin. Nampaknya macam mudah dan murah sahaja komitmen Perdana Menteri itu, tapi yang tidak diketahui orang ramai, bukan mudah nak buat sekolah di Palestin, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Israel dan malangnya beberapa negara Arab berjiran juga. Silap-silap, kita bawa guni simen, dia kata baja nak buat bom.. Jadi janganlah dibandingkan membina sekolah di negara ini dengan sekolah di Palestin, di sini kita tidak ada masalah seperti mana yang dialaminya disana, sebab itu penulis tidak dapat menahan air mata, sebak membaca kesudian Datuk Seri Najib membantu. Sudah tentulah dalam sebut menyebut mengenai Palestin ini, kita tidak boleh sama sekali lupa dengan komitmen Anwar untuk melindungi Israel yang diucapkan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas. Usah kata nak membantu yang teraniaya, yang menzalimi pulak nak dilindungi keselamatannya oleh Anwar. Apa sakit otak mamat seorang inipun penulis tidak tahulah. Tapi inilah dia orang yang Pas sokong sangat-sangat untuk dilantik jadi Perdana Menteri negara ini. Macam mana Pas boleh hidup dalam kecelaruan pun penulis tak tahu. Betullah Pas bantah kenyataan Anwar dalam WSJ tapi dia tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri, apa ni? Dalam pada sebut yang bukan-bukan tentang UMNO, bekas pemimpin kita juga yang diharap-harapkan sangat untuk jadi Perdana Menteri. Lebih dari 50 tahun ditubuhkan, rupanya Pas gagal nak namakan seorang pemimpinnya yang layak jadi Perdana Menteri, sebaliknya penyokong dan pelindung kesalamatan Israel ini juga yang dipilihnya. Cina DAP pun tak bodoh nak sokong Anwar jadi Perdana Menteri buta-buta, dia ada agenda lain dibelakangnya. Cina tahu, peluang untuk menjadikan Guan Eng (sebut cina) sebagai Perdana Menteri hanya akan diperolehi kalau Anwar jadi Perdana Menteri dulu. Anwar hayat kat luar pun tak lama, penulis yakin selesai rayuan nanti, Anwar ke dalam jugak le. Apa depa nak rugi lagi dah, takda apa. Tak macam Pas, sokong buta tuli sampai tak boleh nak beza apa lagi dah, asal sahaja ada pemimpinnya dapat jadi Menteri ke Menteri Besar ke, cukuplah tu. Jadi inilah yang penulis nak rakyat Malaysia fikirkan. Tolaklah orang seumpama ini, Anwar ni. Otak dia tak betul lagi dah, yang zalim nak dilindunginya, yang teraniaya hanya dijadikan bahan untuk menjual nama, umpamanya, "Oh saya ikut pandangan Hamas", "Oh, Fatah pun sama pendapat dengan saya", begitu le. mykmu.net |
| Rafizi Letak Jawatan : Pergolakan Di Selangor Terus Parah!!! Posted: 21 Jun 2012 03:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk SOohaimi Shahadan melihat perlekatakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini membuktikan jelas pergolakan dan krisis dalaman yang semakin teruk dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Tegas beliau itulah realitinya PKR, mereka tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi. "Isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini. Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994. Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu. Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat," ujarnya mengulas perletakan jawatan Rafizi hari ini. “Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Terdahulu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi. Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu. Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini. |
| Pemuda UMNO Syor Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Dilaksanakan Posted: 21 Jun 2012 03:55 AM PDT PUTRAJAYA, 21 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatic bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu penting kerana sebilangan besar rakyat masih tidak menunjukkan minat atau mengambil inisiatif untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih, meskipun pelbagai usaha telah diambil. “Kita tidak boleh memaksa…jadi masalah ini tidak akan wujud sekiranya sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri forum bertajuk ‘Righs vs Security: To Strike A Balance’ sempena seminar kebebasan berhimpun di sini hari ini. Khairy berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pemilih. Golongan ini masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini andainya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos ini. Khairy berkata Pemuda UMNO berjaya mendaftar seramai 150,000 pemilih baharu melalui pelbagai program di seluruh negara sehingga awal bulan ini. Cadangan melaksanakan proses pendaftaran pemilih secara automatik telah beberapa kali dibangkitkan oleh pelbagai pihak namum SPR belum bercadang untuk melaksanakannya. SPR sebelum ini menjelaskan cadangan itu boleh menimbulkan beberapa kesulitan kepada pemilih itu ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka. |
| Isu Lynas : Bagi Pembangkang Auta Lebih Penting Dari Fakta Pakar Posted: 21 Jun 2012 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pakatan pembangkang telah terserlah dengan sikap mereka yang tidak akan mengambil peduli berkaitan apa jua keadaan asal saja matlamat mereka untuk mendapatkan kedudukan, kuasa dan pangkat menjadi kenyataan. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menganggap kedegilan anggota pembangkang yang terus mensensasikan isu berkaitan projek kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang biarpun laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berkaitannya telah dipersetujui oleh pakar nuklear termasuklah saintis daripada anggota mereka yang mendapati tahap radiasi projek kilang adalah rendah dan tidak berbahaya. "Pembangkang ini akan terus memutarbelit dan mereka-reka cerita tanpa mengambil kira pernyataan dan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pakar berlandaskan fakta-fakta sains teknologi kerana apa yang penting bagi mereka adalah agenda politik mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online. Jelas beliau, pakatan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, Pas dan DAP akan menjadikan perkara tersebut sebagai bahan politik untuk dipropagandakan kepada rakyat biarpun ada di kalangan anggota mereka sendiri telah mengakui kebenaran laporan yang dibuat. "Inilah yang dinamakan matlamat menghalalkan cara, iaitu mereka tidak peduli sama ada perkara itu benar atau tidak kerana apabila sejak awal mereka telah mengatakan ia salah maka ia akan tetap dianggap salah biarpun kebenaran adalah sebaliknya. "Mereka tidak akan peduli dengan pendapat pihak lain walaupun yang memberikan hujah itu adalah golongan profesional yang pakar, arif dan bijak kerana apa yang mereka lihat adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa perkara tersebut adalah negatif," katanya lagi. Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, ini bukanlah kali pertama atau baru berulang sekali dua tetapi acapkali ada perkara yang dimanipulasikan maka mereka tidak akan menerima apa jua penjelasan. "Kita lihat bagaimana mereka memperkatakan berkaitan haji yang minta ditangguhkan demi pilihan raya sedangkan pelbagai ulama dari peringkat antarabangsa telah memberikan pandangan yang menolak hujah tersebut tetapi mereka tetap berdegil dan mempertahankan apa yang mereka ucapkan. "Dulu pakatan pembangkang khususnya Pas pernah menggesa kerajaan untuk menutup kilang arak tetapi apabila mereka menjadi kroni kepada golongan yang berkuasa tidak pula tindakan tersebut dibuat. Begitu juga dengan pelaksanaan negara Islam, hudud, kafir mengkafir dan macam-macam lagi." Tambahnya, apa yang diperkatakan oleh pakatan pembangkang menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa khususnya Lynas yang sebenarnya tidak ada isu untuk diperbincangkan. "Gesaan, demonstrasi dan pelbagai manipulasi dibuat oleh pembangkang ibaratnya kita mahu membangunkan janakuasa nuklear sedangkan Lynas tidak membahayakan atau memberi kesan negatif kepada masyarakat." Sehubungan itu, beliau amat yakin bahawa rakyat dapat membezakan antara perkara yang berlaku dengan membuat penilaian secara matang berlandaskan kepada hujah dan fakta yang ada. "Masyarakat kita bukannya bodoh untuk membezakan siapa yang bekerja atas dasar populis atau siapa yang berkhidmat demi kualiti dan pembangunan masa hadapan; rakyat kita bijak menilai siapa yang tidak bermoral, siapa yang derhaka kepada ibunya demi politik, siapa yang sanggup pergunakan agama kerana kuasa. Rakyat tahu," tegasnya lagi. - MediaUMNO |
| Dakwaan Tunku Aziz DAP Beri Rasuah, Ini Bukan Isu Main-main – Presiden MBM Posted: 21 Jun 2012 02:55 AM PDT KUALA LUMPUR 21 Jun – 'Kalaulah saya berada di tempat Setiausaha Agung DAP hari ini, tentunya saya akan mengambil tindakan khususnya membuat siasatan berhubung dakwaan oleh Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz. 'Dan jika siasatan dalaman membuktikan segala-galanya dan dakwaan oleh Tunku Aziz itu tidak benar, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana dakwaaan cubaan rasuah itu adalah cukup berat dan menyentuh integriti parti," kata Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhamed Maliki Mohamad Rafie. Menurut beliau lagi adalah sesuatu yang amat menghairankan dan boleh menimbulkan pelbagai persoalan kepada masayarakat umum status dakwaan oleh orang dalam parti sendiri. "Jika tuduhan berkenaan datangnya daripada pihak luar dan sebagainya, bolehlah dianggap dakwaaan cubaan rasuah itu adalah bersifat politik dengan tujuan untuk memburukkan parti. "Tetapi ini lain….Ianya melibatkan DAP dan Guan Eng pula tu…Dan bukan calang-calang orang pula yang membuat dakwaan tersebut kerana ianya datang daripada pengamal undang-undang dan bekas Naib Presiden parti itu. Apabila parti didakwa dengan tuduhan berat itu, takkanlah DAP boleh berpeluk tubuh saja. "Guan Eng dan kepimpinan DAP yang lain tidak seharusnya berdiam diri dan sampai bilakah perkara berkenaan diperapkan sebegitu lama. Saya pun nak tahu dan kita percaya orang ramai juga ingin tahu status dakwaan oleh Tunku Aziz itu. Betul atau tidak," katanya. Beliau seterusnya membidas sikap hipokrit kepimpinan pembangkang yang hanya nampak ghairah dan bersemangat apabila sesuatu dakwaan seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan sebagainya melibatkan pihak lain. Tegas beliau prinsip integriti dan ketelesuan sepatutnya bukan sekadar menjadi bahan untuk bercakap di pentas ceramah tetapi sebaliknya perlu dijadikan amalan. "Apabila pihak lain terlibat dengan dakwaan rasuah dan sebagainya bukan main lantang mereka berkokok tetapi apabila dakwaan melibatkan diri mereka sendiri, sunyi sepi pula. "Justeru MBM berharap perkara ini ada penjelasannya untuk kepentingan umum kerana ianya dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi dan tanggapan negatif bukan sahaja kepada DAP malah Tunku Aziz itu sendiri," katanya. -MediaUMNO |
| Selangor Sengaja Politikkan Isu Air – Peter Chin Posted: 21 Jun 2012 02:33 AM PDT PUTRAJAYA, 21 Jun - Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Forum Air secara tertutup tanpa menjemput wakil-wakil kerajaan Persekutuan dan operator-operator air hanya bertujuan untuk mempolitikkan isu air di negeri itu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Dalam forum yang diadakan pada 12 Jun itu, beliau berkata, kerajaan negeri Selangor mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat untuk mengelirukan rakyat tanpa memberi peluang kepada kerajaan Persekutuan menjelaskan kedudukan sebenar. “Sekiranya kerajaan negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Selangor, mereka sewajarnya berani untuk bersemuka dengan pihak kerajaan Persekutuan dan membincangkan isu-isu tersebut secaraprofesional dan terbuka sepertimana yang dibuat kerajaan Persekutuan,” katanya di sini, Khamis. Chin berkata, sebelum ini kerajaan Persekutuan menjemput wakil kerajaan negeri Selangor menganggotai Pasukan Petugas bagi Menangani Krisis Bekalan Air di Negeri Selangor, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee. Beliau berkata, forum terbuka membolehkan semua pihak memberi pandangan secara profesional bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai isu air di negeri Selangor. Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semasa forum mengenai ketidakwajaran pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) seharusnya dibincangkan semasa mesyuarat Pasukan Petugas atau mana-mana forum terbuka. “Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan satu lagi forum air terbukakepada semua termasuk NGO dengan menjemput wakil-wakil dari kedua-dua pihak untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Biar semua fakta-fakta ini diketahui,” katanya sambil menambah bahawa satu tarikh akan ditetapkan bagi mengadakan forum itu. Sementara itu, Chin berkata, masalah gangguan air di Lembah Klang dijangkabertambah teruk pada musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga Ogos iniapabila kadar permintaan air melebihi kapasiti pengeluaran air. Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), beliau berkata, kapasiti pengeluaran air dari 34 loji-loji dalam negara ialah 4,371 juta liter sehari (JLH) tetapi kadar permintaan tertinggi pada 17 Jun mencecah 4,410 JLH. “Kapasiti rizab air dijangka menurun pada musim kemarau ini. Contohnya, kapasiti rizab air pada 5 hingga 11 Jun adalah antara 2.06 peratus hingga 1.22 peratus sahaja. “Kita ada margin rizab yang nipis. Maka, kita perlu menambah kapasiti air dengan membina Langat 2 yang dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa membina loji-loji rawatan air tambahan,” katanya. Chin berkata, fasa pertama Langat 2 dijangka membekalkan 1,130 JLH seharidengan peruntukan sekitar RM5 bilion sahaja berbanding dengan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion yang diperlukan untuk menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) dari 32.3 peratus pada tahun ini kepada 20.83 peratus pada tahun 2020 iaitu penjimatan purata tahunan sekitar 126 JLH sahaja. “Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan projek-projek untuk menurunkan kadar NRW bukan merupakan jawapan bagi menangani masalah bekalah air di Selangor sebaliknya pelaksanaan Langat 2 merupakan opsyen terbaik. “Saya menyeru kerajaan negeri Selangor memberikan kerjasama untuk memberikan kelulusan yang diperlukan bagi melaksanakan Langat 2. “Saya menyeru kerajaan negeri Selangor supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai bekalan air di negeri Selangor tetapi bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya demi kebaikan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya |
| ‘Jom Santai Sihat’ Eratkan Hubungan Puteri Klang dan Masyarakat Posted: 21 Jun 2012 02:30 AM PDT
Selaras dengan itu, Ketuanya, Roselinda Abdul Jamil memaklumkan bahawa program Klinik Kesihatan yang bertemakan 'Jom Santai Sihat' adalah antara program yang mendapat tumpuan memandangkan cara hidup seharian memberi kesan kepada masa hadapan. "Dengan program tersebut kita telah mendekati masyarakat khususnya para pengundi dan golongan muda bagi menerapkan gaya hidup sihat kerana rutin seharian hari ini akan mencerminkan kualiti masyarakat pada masa hadapan," katanya kepada UMNO-Online. Terangnya, program tersebut dilaksanakan berterusan khususnya di Pulau Indah dengan mengadakan kerjasama langsung dengan Jabatan Kesihatan dan bersama-sama menaik taraf Pusat Kesihatan di kawasan terbabit. "Dengan adanya pusat kesihatan yang lengkap dan sempurna maka para penduduk di sini tidak perlu lagi mendapatkan rawatan yang jauh iaitu di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana klinik tersebut juga telah mempunyai kemudahan peralatan bagi kes-kes kecemasan," katanya. Sebelum ini, penduduk Pulau Indah yang mempunyai kepadatan kira-kira 22,000 penduduk terpaksa ke HTAR yang terletak lebih 20km lantaran tidak ada kelengkapan dan alatan perubatan yang mencukupi. "Puteri UMNO Klang telah mengadakan kerjasama dengan jabatan kesihatan dan kita juga mendapat maklumbalas yang sangat memuaskan dan sambutan juga amat menggalakkan. "Secara tidak langsung, dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat kita juga dapat membantu mereka mengamalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang tekanan," katanya lagi. – MediaUMNO |
| Krisis ‘Keluarga 69’ Selangor Bakal Meletup Menjelang PRU 13 Posted: 21 Jun 2012 02:23 AM PDT
Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nadzmi Rosli berkata sebelum bercerita lebih lanjut alangkah elok diimbau sepintas lalu asas pemilihan Faekah sebagai Setiausaha Politik Khalid bagi menggantikan Nik Nazmi pada waktu tersebut. Menurut beliau tidak salah diperkatakan bahawa pemilihan Faekah adalah semata-mata untuk mengurangkan kuasa Azmin dalam parti sekaligus mengukuhkan cengkaman Khalid terhadap kerusi empuk yang didudukinya hari ini. "Bayangan awal atau mesej perkara berkenaan saya dah nampak pada waktu itu. Ini kerana bukankah jawatan Setiausaha Politik adalah orang penting dalam mencaturkan pergerakan dan segala-galanya untuk 'boss' dia. "Jadi dalam soal ini perkara tersebut tidak boleh diselindung lagi. Kenapa saya katakan begitu… ini kerana dalam struktur parti pun dah tak betul. Bukankah satu perkara yang pelik dan janggal MB adalah Khalid manakala Pengerusi PKR negeri adalah Azmin. "Dan cuba kita bayangkan…ketika mesyuarat pentadbiran negeri, Khalid yang berkuasa manakala ketika mesyuarat parti pula, Azmin berkuasa. Ini tentunya menimbulkan konflik sekiranya masing-masing menggunakan 'power' yang ada di tangan. Sebab itulah saya gelarkan mereka ini keluarga 69," katanya kepada UMNO-Online di sini. Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut. Mohd Nadzmi seterusnya menambah krisis dan pertembungan keluarga 69 itu dijangka akan beterusan dan mungkin kemuncaknya akan berlaku menjelangnya PRU ke-13 nanti. "Apa yang saya nampak seolah-olah mereka ini antara Azmin, Khalid dan Faekah telah membuat persedian rapi dalam usaha mengukuhkan kedudukan masing-masing dan saya tidak menolak kemungkinan besar cantas-mencantas akan berlaku selepas ini. "Seperti yang diperkatakan umum Azmin berhasrat untuk pergi ke kerusi empuk dan Khalid tentunya mahu mempertahankan kedudukan beliau. Jadi dalam perkara ini hanya Fakeah yang jadi batu penghalang. "Sebab itulah saya sebutkan diatas itu yang mana akan berterusan dan kepada rakyat nilailah dan lihatlah bagaimana perangai golongan ini yang dilihat bukannya untuk memperjuangkan rakyat tetapi adalah sebaliknya," ujar beliau. -MediaUMNO |
| Musa Yakin Sabah Terus Jadi Kuat BN Pada PRU 13 Posted: 21 Jun 2012 02:12 AM PDT TUARAN, 21 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) berdasarkan sokongan padu rakyat serta kepercayaan terhadap keupayaan BN membawa pembangunan negara. Beliau berkata rakyat kini menyedari bahawa pembangunan pesat di Sabah hanya datang daripada kerajaan BN. “InsyaAllah Sabah akan terus jadi kubu kuat Barisan Nasional (pada pilihan raya akan datang). Rakyat Sabah kini semakin matang menilai dan kerajaan BN mempunyai rekod lampau yang amat baik,” katanya selepas menghadiri siri terakhir perjumpaan khas ketua masyarakat daerah Tuaran, Kota Belud dan Ranau di Dewan Seri Sulaman, di sini hari ini. Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditanya mengenai aliran sokongan rakyat terhadap BN dalam siri perjumpaannya dengan ketua-ketua masyarakat di seluruh Sabah. Ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah di Keningau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sabah masih simpanan tetap kepada BN dan mengajak rakyat supaya terus bersatu menyokong kerajaan yang memerintah hari ini serta mengelak sebarang bentuk perbalahan. Musa berkata beliau berpuas hati dengan hasil perjumpaan bersama ketua-ketua masyarakat dan mereka kini lebih memahami hasrat dan komitmen kerajaan BN untuk membawa pembangunan yang berterusan bagi kemudahan rakyat di seluruh negeri. “Kami berharap mereka akan menyampaikan mesej ini kepada pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi supaya mereka benar-benar faham akan niat baik kerajaan membela nasib rakyat,” katanya. Beliau berkata turut ditekankan dalam siri perjumpaan itu ialah tentang pentingnya mengekalkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Terdahulu, dalam ucapannya Musa meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan pelbagai janji manis yang ditabur pembangkang bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum. |
| Peneroka Tidak Pernah Dipaksa Tandatangani Borang Pembiayaan Kewangan Posted: 21 Jun 2012 01:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Jun – Peneroka Felda tidak pernah dipaksa untuk menandatangani borang pembiayaan kewangan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata sesi penerangan dijalankan di setiap pejabat rancangan Felda mulai 24 April 2012 berkenaan proses langganan saham FGV, keperluan, kelebihan, risiko serta terma-terma pembiayaan kewangan yang diperinci oleh setiap wakil bank yang dilantik. Ahmad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang bertanya mengapa peneroka seolah-olah dipaksa menandatangani borang berkenaan, yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan kurang difahami oleh peneroka. Menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mengenai sumber dana untuk pemberian durian runtuh kepada peneroka, Ahmad berkata bagi fasa pertama pembayaran duit durian runtuh itu dibiayai oleh Felda dengan menggunakan dana dalaman sementara menerima imbuhan melalui penjualan saham di FGV yang perlu disalur kepada Felda selewatnya akhir bulan depan. “Pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula menggunakan wang imbuhan yang akan diterima daripada FGV yang dijangka akan mula dibayar pada Julai 2012. “Pembayaran bagi fasa pertama sebanyak RM5,000 telah pun selesai dibayar pada Mei lepas. Secara keseluruhannya, Felda memperuntukkan RM1.69 bilion bagi tujuan pemberian durian runtuh ini,” katanya dalam jawapan bertulis itu. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment