UMNO Online - “Beri Kemenangan Kepada BN Untuk Teruskan Agenda Pembangunan Negara” plus 9 more

UMNO Online - “Beri Kemenangan Kepada BN Untuk Teruskan Agenda Pembangunan Negara” plus 9 more

Link to UMNO Online

Beri Kemenangan Kepada BN Untuk Teruskan Agenda Pembangunan Negara

Posted: 22 Jun 2012 07:55 AM PDT

GUA MUSANG, 22 Jun – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta rakyat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru, beliau meminta mereka menilai kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini hasil pemerintahan kerajaan BN.

“Kemenangan pada PRU-13 itu terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan, tetapi saya percaya rakyat akan membuat penilaian dan menentukan keputusan terbaik kepada kerajaan sedia ada,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paloh 3 hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian, berkata rakyat perlu memahami perjuangan sebenar kerajaan sekarang yang lebih banyak membantu mereka menikmati pelbagai kemajuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Gua Musang juga sudah menikmati banyak projek pembangunan, termasuk beberapa sekolah menerima bangunan baru yang serba lengkap dan selesa untuk pelajar.

Bandar Tun Razak Jengka Kekal Milik Bumiputera

Posted: 22 Jun 2012 06:30 AM PDT

KUALA KRAU, 22 Jun  - Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini akan kekal menjadi milik bumiputera jika penduduk dan peniaga bersepakat serta bersatu dalam menguruskan ‘kek’ ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ia kerana kerajaan negeri tidak bercadang mengazetkan bandar itu sebagai bandar bumiputera terulung di negara ini.

Menurutnya, walaupun ada cadangan supaya bandar tersebut digazetkan, namun adalah lebih baik penduduk serta peniaga sendiri bersatu untuk menjadikan bandar berkenaan maju dan kekal dimiliki oleh bumiputera.

“Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin berkembang, para peniaga bumiputera perlu komited terhadap urusan tanpa bergantung penuh kepada keistimewaan tertentu daripada kerajaan.

“Sikap positif penduduk dan peniaga dapat membantu mereka mengekalkan aset sedia ada daripada direbut pihak lain yang lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Medan Selera Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang mengandungi 24 unit gerai bernilai RM2.7 juta, di sini baru-baru ini.

Medan selera tersebut merupakan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan menggunakan peruntukan khas kerajaan Persekutuan untuk kawasan bekas pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Bagaimanapun, Adnan menegaskan, kerajaan negeri memberi jaminan bandar itu akan terus dibantu daripada aspek pembangunan prasarana dan sebagainya.

Jelasnya, ia terbukti dengan pelbagai projek pembangunan seperti terminal bas bersepadu di Nadi Kota yang bakal merancakkan lagi kegiatan di bandar berkenaan pada masa akan datang.

“Bandar ini mempunyai prospek kemajuan sangat pesat kerana kedudukannya berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang yang kini mempunyai bilangan pelajar kira-kira 10,000 orang.

“Di samping itu, lokasinya yang terletak di tengah-tengah Felda Wilayah Jengka dijangka dapat menambahkan lagi nilai-nilai kemajuan dan kepesatan bandar ini,” katanya.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura Dipanggil Ke Wisma Putra Berhubung Penyertaan Diplomat Dalam Bersih 3.0

Posted: 22 Jun 2012 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 – Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra hari ini berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

“Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini,” katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ong itu, Anifah berkata beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

“Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik ASEAN kini kian berkembang,” katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 dimana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata beliau turut menegaskan kepada Ong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.

Anifah berkata beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Ong itu.

“Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Anifah berkata kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.

“Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut,” katanya.

Salahuddin Perlu Mohon Maaf Kerana Samakan Perarakan Thaipusam Dengan Demonstrasi Jalanan – MIC

Posted: 22 Jun 2012 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan meminta Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di Negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan, yang meminta Salahuddin berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, berkata Naib Presiden PAS itu harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut, yang dibuatnya pada debat bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi’ pada Selasa lepas.

Beliau berkata Pemuda MIC juga telah membuat laporan polis terhadap Salahuddin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.

Mohan berkata Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.

“Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Saya hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoal tindakan dan pendirian pemimpin India dalam Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Letak Jawatan : Rafizi Ada Kaitan Video Dari Singapura?

Posted: 22 Jun 2012 06:04 AM PDT

Angin tarak, ribut tarak, tiba-tiba Rafizi letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor aka idolanya, Anwar Ibrahim.  Takkan merajuk kot?  Kalau merajuk, apa yang dirajukkan?

Rafizi didendang sebagai 'hero PKR' kerana peranannya memutar belit fakta dalam laporan audit 2010 mengenai NFC, yang menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan Menteri.

Soal betul atau tidak itu dibelakang, yang penting adalah peranan di mata PKR, bukan tak perform macam Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Nak kata Rafizi meletakkan jawatan kerajaan untuk bertanding dalam pilihanraya, mustahil.  Tarikh sebenar pilihanraya masih belum diketahui bila, awal sangat nak letak jawatan.

Jadi penulis tidak merasakan itu sebabnya, mesti ada sebab lain yang lebih kukuh.  Dalam fikiran penulis ada beberapa teori konspirasi yang boleh difikirkan.

Pertama, mungkinkah perletakkan jawatan yang mengejutkan ini ada kaitan dengan berita yang baru tersebar mengenai video perlakuan homoseksual dua orang lelaki (salah seorang mirip Anwar) yang dikatakan sedang tersebar sekarang.  Video tersebut khabarnya dirakam di Singapura satu masa yang lama dulu, ketika Lee Kuan Yew masih jadi Perdana Menteri Singapura pun.

Kalau benar Rafizi terlibat, mau umurnya sekitar 13 tahun sahaja ketika itu (Lee Kuan Yew bersara dari jawatan PM Singapura pada 1990).  Golongan gay atau biseksual ini memng diketahui mudah 'horny' dengan budak-budak muda, lagi muda, lagi bagus – ketat, rapat, sendat.

Ini bukan suatu yang mengejutkan kerana takkan boleh tetiba Anwar 'intim' dengan Rafizi secara tiba-tiba.  Malah pernah direkodkan pada 1995, Anwar 'berlari' ke England sebaik menerima panggilan dari Rafizi yang ketika itu belajar disana.

Seorang Timbalan Perdana Menteri berlari ke England demi seorang budak lelaki yang diketahui sekarang bukan dari kalangan ahli keluarga, ini mesti ada suatu yang luar biasa.  Tambahan pula kedua-duanya punya kaitan yang sama – MCKK, di mana kepintaran dan 'hentam belakang' antara resepi kejayaan.

Adakah video tersebut kaitannya?

Itu teori konspirasi yang pertama.  Teori konspirasi yang kedua, mungkinkah Rafizi tertekan dengan Azmin Ali yang tidak dapat membendung rasa cemburunya setelah melihat Rafizi naik begitu cepat dalam PKR, walaupun umurnya masih mentah?

Bertambah berbulu Azmin bila Rafizi awal-awal diumumkan akan bertanding di Parlimen Pandan dalam pilihanraya akan datang dan Azmin pula di arahkan Anwar untuk membuat pengumuman tersebut dalam satu siri ceramah beberapa minggu lepas.

Azmin sendiri tidak diberi kelebihan itu walaupun dia lebih senior, lebih lama, lebih banyak berkorban dibanding dengan Rafizi.

Tak perlu disebut lagi apa pengorbanan Azmin yang hebat sangat tu, cukuplah seperti yang dah ramai tahu.  Sedangkan Rafizi korban apa, pungkoq dia sendiri?

Mana-mana satu pun, ini perkembangan yang menarik untuk dinanti.  Tambahan pula laporan The Sun yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Rafizi tidak dapat dihubungi kerana dia tidak menjawab telefonnya.

mykmu.net

Cerita Lynas Dan Orang Pas Kuantan…

Posted: 22 Jun 2012 05:42 AM PDT

Baru-baru ini penulis berpeluang ke Kuantan untuk mengikuti satu kursus yang diadakan di sana. Kebetulan, kehadiran penulis yang dikenali rakan-rakan sebagai penganalisis politik diketahui oleh beberapa rakan Pas yang berada di sana.

Penulis diajak bertemu dan berbual mengenai isu yang agak panas di sana. Apa lagi kalau bukan isu "Lynas". Menurut mereka, mereka ada "rahsia" mengenainya…

Rupa-rupanya, mereka adalah "musuh" kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh…

Marah sungguh mereka pada Ahli Parlimen Kuantan itu. Menurut mereka, kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, sangat benar dan kilang Lynas itu sebenarnya selamat untuk beroperasi di Kuantan.

Penulis  agak terkejut dengan kenyataan mereka dan penulis mempersoalkan apakah mereka merupakan penyokong UMNO? Pertikaian penulis mengenai sokongan mereka kepada UMNO itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Menurut mereka, isu Lynas itu sebenarnya tiada hubung kait dengan politik. Cuma ia sengaja dipolitikkan oleh PKR di Kuantan bagi memenuhi permintaan dan menjaga kepentingan sekutu yang mereka benci iaitu DAP.

Menurut mereka, isu Lynas itu sebenarnya tiada hubung kait dengan politik. Cuma ia sengaja dipolitikkan oleh PKR di Kuantan bagi memenuhi permintaan dan menjaga kepentingan sekutu yang mereka benci iaitu DAP.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat maklumat bahawa produk yang dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng itu akan merencatkan urusniaga import barangan dari China yang dikatakan bergantung kepada sumber nadir bumi.

Antara yang produk import yang dikatakan bakal terjejas ialah pengeluaran barangan elektronik, mikrocip dan beberapa produk lain yang membabitkan sumber tersebut.

Penulis difahamkan bahawa China merupakan antara pengeksport terbesar sumber berkenaan dan sekiranya Lynas membuka kilang nadir bumi di Malaysia, ia akan menjejaskan jumlah eksport negara asal puak-puak DAP itu.

Kata mereka, memang benar , Dr. Che Rosli ada datang ke Kuantan untuk memeriksa dan menilai sendiri tahap kilang tersebut dan ia memang selamat memandangkan kilang tersebut dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang amat tinggi.

Memandangkan kepada kenyataan Dr. Che Rosli di Parlimen baru-baru ini menjadi bahan untuk membuktikan kebenaran isu tersebut memihak kepada BN, rakan-rakan Pas itu risau sekiranya Pas akan kekurangan seorang lagi pemimpin mereka.

Mereka tidak mahu Dr. Che Rosli senasib dengan Dr. Hasan Ali. Kalau Hasan Ali dipecat kerana Pas menjaga kepentingan PKR, mereka tidak mahu Ahli Parlimen Hulu Langat itu pula dipecat kerana DAP.

Penulis bertanya mereka, kenapa mereka benci sangat dengan DAP?

Selamba mereka menjawab bahawa DAP merupakan sebuah parti yang paling mereka benci seumur hidup. Mereka lebih benci pada DAP berbanding UMNO. Dan memandangkan PKR juga dilihat condong kepada DAP, mereka turut membenci parti itu.

Namun pada mereka, para penyokong Pas tidak punya pilihan selain bersekutu dengan DAP dan PKR memandangkan ia telah diputuskan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, meskipun pandangan Menteri Besar Kelantan itu dibantah ramai penyokong Pas.

Mereka memberitahu bahawa ramai golongan pro-ulama Pas yang marah keputusan kepimpinan parti itu untuk bersekutu dengan DAP dan PKR. Tapi apakan daya, mereka terpaksa wala' terhadap pimpinan Pas memandangkan mereka sudah berbai'ah kepada parti.

Alasan itu menyebabkan penulis terkedu dan bertanya, "kalau Tok Guru suruh fitnah UMNO, antum semua buatlah"?

Selamba mereka berkata, "kena buatlah…macam tu lah perang politik!". Sekali lagi penulis geleng-gelengkan kepala. Dalam hati penulis berkata, "lantak hang la labu…".

dukeofmontecristo

Pas Cuba Keliru Umat Islam Ikut Perjuangan Songsang Mereka Menuju Putrajaya

Posted: 22 Jun 2012 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Jun – Perjuangan Pas makin hari dilihat makin 'songsang' setelah mereka seolah-olah berani memperlekehkan ulama terutama cendekiawan agama yang tidak sehaluan dengan parti berkenaan selain kiasan yang hanya menjurus ke arah kepentingan mereka.

Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata perkara berkenaan dapat dilihat apabila pandangan tokoh agama daripada timur tengah pada seminar Fiqh Mentaati Pemimpin baru-baru ini seolah-olah dipandang sinis.

Begitu juga tambah beliau lagi perbandingan yang diutarakan oleh Naib Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berhubung demonstrasi jalanan dengan perarakan sambutan Maulidur Rasul.

"Sikap prejudis terhadap ulama sesuatu yang amat menyedihkan. Ini kerana saya percaya apa yang diutarakan oleh ulama pada seminar berkenaan berdasarkan realiti semasa dan bukannya mempunyai apa-apa motif tertentu.

"Janganlah berprasangka yang tidak baik terhadap cendekiawan agama seumpama itu..Saya amat tidak bersetuju dalam hal ini. Begitu juga dalam soal kiasan itu. Perbandingan antara demonstrasi jalanan dengan perarakan Maulidur Rasul amat tidak kena dan saya nampak apa yang mereka utarakan itu tidak tepat.

"Sebagai contoh jalan yang berlubang tetapi hanya boleh dilalui oleh lori besar sahaja. Tetapi apabila ditanya oleh pemandu kereta kancil yang hendak melalui jalan berkenaan kepada mereka yang berada di tepi jalan tersebut, individu itu menyatakan sebentar tadi sebuah lori telah melalui jalan tersebut.

"Apa yang saya nak tunjukkan di sini walapaun kedua-dua kenderaan berkenaan mempunyai enjin dan masing-masing diperbuat daripada besi, tetapi jalan berkenaan tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil dan hanya boleh dilalui oleh lori yang besar sahaja. Inilah contoh perbandingan yang kadangkala digunakan oleh Pas," katanya.

Kata beliau lagi umat Islam seharusnya melihat dengan mendalam bagaimana perjuangan Pas yang makin hari makin tidak konsisten gara-gara mengejar kuasa menuju ke Putrajaya bersama sekutunya di dalam pembangkang.

"Seperti yang saya sebutkan beberapa kali sebelum ini, matlamat dan nawaitau Pas hari ini tidak lagi sama dengan dulu….Mereka tidak lagi konsisten dan terikut-ikut dengan rentak serta gaya sekutu mereka itu," katanya. -MediaUMNO

Islam Tidak Benarkan Umatnya Ikut Cara Robin Hood

Posted: 22 Jun 2012 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR,  22 Jun – Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya, berkata mana-mana pemimpin Pas yang cuba menyamakan demonstrasi jalanan sesuatu yang dilakukan atas nama Islam perlu melihat semula asas amalan yang bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad saw dan bukannya dengan hanya mengikut pendapat golongan tertentu sahaja.

Justeru itu, beliau menasihati  umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan sebarang pendapat atau fatwa tidak rasmi yang  mengatakan bahawa demonstrasi jalanan itu berasal dari Islam kerana secara asasnya demonstrasi itu adalah haram, biarpun ada sesetengah ulama yang mengharuskan umat Islam mengadakan demonstrasi.

"Memang ada sesetengah ulama mengharuskan demonstrasi,  tetapi ia diharuskan berdasarkan situasi yang benar-benar memerlukan demonstrasi itu diadakan. Persoalannya, dalam konteks suasana politik di negara ini, adakah demonstrasi itu benar-benar diperlukani?

"Kalau kita tengok apa yang berlaku dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang berlaku baru-baru ini, ternyata ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat. Malah, ia telah mendatangkan kemudaratan terhadap orang awam dan juga pihak berkuasa dengan berlakunya rusuhan yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

"Pihak penganjur sendiri secara jujur mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal dan mencegah sebarang kerosakan yang berlaku akibat demonstrasi itu. Jadi jelas, demonstrasi seperti itu  tidak membawa apa-apa kebaikan sebalik mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada orang awam," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Kata beliau lagi, kerana itu Islam lebih mengutamakan kaedah pencegahan untuk menolak sebarang kemungkinan berlakunya kemudaratan kepada orang lain, biarpun dalam usaha untuk menyelesaikan kemashalatan ummah.

"Kita bukan ikut cara Robin Hood. Di dalam Islam, tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara. Mencuri harta orang kaya, untuk diberikan kepada orang miskin bukan cara yang dibenarkan di dalam Islam.

"Begitu juga dalam soal menegur pemimpin negara dan sebagainya. Ada cara dan adab yang telah digariskan oleh Al Quran dan sunnah untuk kita patuhi. Mungkin tujuan kita baik tetapi kita juga perlu menilai, apakah cara kita itu bertepatan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw?," soal beliau.

Secara prinsipnya di dalam Islam jelas beliau, amalan manusia sebagai satu ibadah kepada Allah memerlukan dua prinsip utama iaitu ikhlas, iaitu melakukan sesuatu ibadah itu hanya semata-mata kerana Allah dan bukan selain dariNya, dan yang kedua, amalan itu hendaklah bertepatan dengan cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw untuk dikategorikan sebagai satu amalan yang soleh.

"Inilah tafsir dari Ibnu Kathir terhadap ayat dalam surah Al Khafi ayat 110 yang bermaksud, "...Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

"Justeru itu, umat Islam perlu menilai semula, adakah tindakan mengadakan demostrasi ini benar-benar dilakukan kerana Allah semata-mata, tanpa ada niat untuk memancing undi atau mempengaruhi rakyat untuk memenangi pilihanraya? Dan adakah  ianya (demonstrasi) merupakan satu perbuatan yang  bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w  yang boleh kita kategorikan sebagai satu amalan soleh?," ujar beliau. -MediaUMNO

Najib Yakin Rakyat Boleh Buat Penilaian Untuk Pilih Kerajaan Atau Pembangkang

Posted: 22 Jun 2012 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegaskan bahawa rakyat mesti mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat pilihan antara kerajaan dan pakatan pembangkang berlandaskan kepada penilaian yang dilakukan.

"Yang penting sekali ialah rakyat mesti ada maklumat yang secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik ataupun agenda pembangkang lebih baik, sama ada kita berkemampuan untuk laksana dan tunaikan (janji) ataupun pembangkang lebih meyakinkan kepada rakyat. Itu yang kita mesti dedahkan kepada rakyat, bukan soal debat atau lain-lain perkara," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.

Ujarnya, debat bukanlah budaya politik dalam sistem kita kerana yang penting sekali rakyat mempunyai maklumat secukupnya untuk membuat pilihan dan kerajaan memberi peluang kepada parti-parti politik untuk menyiarkan manifesto masing-masing.

"Mereka (pembangkang) pun cukup aktif sekarang ni, buat ceramah tiap-tiap hari dan kita pun telah terangkan kepada rakyat dengan maklumat secukupnya untuk buat keputusan."

Dalam masa yang sama beliau turut memberi maklumbalas berkaitan perpecahan dalam pakatan pembangkang khususnya di Selangor.

"Nampaknya ada perpecahan yang amat serius dalam kepimpinan PKR di peringkat Selangor, kalau tidak takkan ada orang yang meletak jawatan.

"Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab apa yang penting dalam kita menentukan siapa yang menjadi pilihan kita ialah mana satu parti yang bukan saja menentukan kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil, pentadbiran yang kukuh, yang akan mencerna keyakinan kepada rakyat dan kepada dunia luar juga."

Jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan bukan saja di Selangor tapi di seluruh negara.

"Sebagai sebuah parti kita mesti menunjukkan dan memaparkan kita ada kelebihan mengapa rakyat perlu memilih kita, jadi kelebihan itu yang perlu kita perlihatkan sehingga rakyat boleh yakin bahawasanya BNlah pilihan yang terbaik."

Beliau turut menekankan berkaitan pilihan raya dengan mengatakan bahawa semua orang mempunyai hak untuk memberi pandangan masing-masing dan tidak ada sekatan untuk pilihan raya dilaksanakan lebih awal atau pun sehingga habis tempoh kerana ia terpulang kepada pertimbangan mengikut Perlembagaan yang sedia ada.

"Itu sistem kita melainkan kita ubah sistem kita. Perlembagaan negara kita membenarkan Perdana Menteri pada masa yang berkenaan untuk menasihati Yang Dipertuan Agung membubarkan Parlimen tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun, itu peruntukkan Perlembagaan."

Najib turut ditanya berkaitan pemimpin Pas, Mat Sabu yang mengatakan adalah berdosa sekiranya Perdana Menteri tidak memberi jaminan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan dalam musim haji.

"Maknanya dia lebih daripada tuhan tentukan soal dosa dan pahala, sebab kita tak sekat siapa yang nak naik haji, itu mesti diutamakan dan bukan hal-hal yang lain termasuk pilihan raya kerana kalau kita dah buat ketetapan nak naik haji maka wajib kita teruskan.

"Adakah saya terikat dengan desakan mana-mana pemimpin sedangkan dalam sejarah kita pernah buat pilihan raya waktu musim haji. Saya tahu sebab ada ahli jawatankuasa bahagian saya dicalonkan untuk pilihan raya dan saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia ada di Mekah. Apabila dia balik dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sedangkan kalau dia bertanding dia pasti menang ketika itu," tegasnya lagi.

Berkaitan isu Lynas, beliau menekankan bahawa ia adalah berasaskan soal saintifik tidak ada pa-apa yang boleh dibangkitkan atau yang boleh membawa kepada keraguan tentang keselamatan kepada penduduk dan alam sekitar.

"Maknanya kita utamakan soal keselamatan rakyat tetapi kita mesti buat pertimbangan juga berasaskan kepada fakta yang saintifik. Bukan soal kebimbangan ataupun soal sesuatu andaian tetapi mesti diasaskan kepada soal saintifik, dan antara orang yang mengatakan ia tidak berbahaya adalah YB Ahli Parlimen pembangkang iaitu dari Pas yang cukup yakin walaupun pendirian partinya berlainan tetapi sebagai saintis beliau telah menyatakan pendiriannya."

Sebelum itu, Najib telah memaklumkan keahlian terkini UMNO iaitu 3,359,151 selain perkembangan mesyuarat cawangan sehingga 19 Jun yang telah bersidang ialah 19,891 sementara 8,028 cawangan masih belum melaksanakan tanggungjawab. – MediaUMNO

Pemuda UMNO Tubuh Sekretariat Khas Bantu Golongan OKU

Posted: 22 Jun 2012 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO menubuhkan sekretariat khas bagi memperjuangkan hak golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam pembangunan negara meliputi semua sektor termasuk sector ekonomi, politik dan sosial.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti pergerakan itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata penubuhan sekretariat khas berkenaan bertujuan membantu golongan OKU agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata daripada kira-kira 200,000 OKU di negara ini, hanya 3,860 orang yang mempunyai pekerjaan tetap.

Sementara itu, Pengurus Jabatan ICT Silatul Rahim Dahman yang mewakili Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia berkata sikap dan mentaliti masyarakat yang meragui keupayaan OKU penglihatan perlu diubah bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir dalam konteks sosial.

Beliau berkata masyarakat yang beranggapan golongan ini suka mengambil kesempatan terhadap kekurangan fizikal mereka demi meraih simpati, adalah tidak benar sama sekali.

“Sejak dahulu lagi mentaliti dan sikap masyarakat menyifatkan golongan seperti kami adalah golongan yang tidak dapat menyumbangkan apa-apa kepada negara, sedangkan ada antara kami terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi,” katanya.

Silatul berkata mentaliti masyarakat yang sedemikian menyebabkan golongan itu sukar mendapat peluang pekerjaan kerana ada dalam kalangan majikan yang kurang yakin dengan kemampuan mereka dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

“Di Malaysia hanya 30 peratus orang buta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan masih ramai golongan ini yang belum berdaftar dengan JKM,” katanya.

Silatul berkata sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap kemampuan golongan itu memberi kesan terhadap kredibiliti mereka untuk bekerja dalam sektor swasta mahupun awam.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...