tun faisal dot com

tun faisal dot com


Selepas @RafiziRamli letak jawatan, dijangka lebih banyak dokumen sulit seperti ini akan didedahkan #saveSgor

Posted: 21 Jun 2012 08:30 PM PDT




Surat pertama dari anak buah Faekah kepada dirinya untuk jadi Panel Peguam GLC Selangor.

Surat kedua dari makcik yang mengesyorkan kepada GLC supaya ambil firma guaman anak buahnya.



Bukan salah guna kuasa ke ni?

Nak paham lebih lanjut, sila ke sini (http://sel13.com/archives/2353).

sumber: http://mymassa.blogspot.com/2012/06/panas-dokumen-salah-guna-kuasa-pejabat.html

Zin - Forum Air hanya gimik supaya PR boleh terus tipu rakyat Selangor? #PenipuRakyat

Posted: 21 Jun 2012 02:07 PM PDT

Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab!


1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

2. Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

3. Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

4. Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing-masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya 'bercadang' untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.

5. Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep 'Supply vs. Demand' iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

6. Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.

7. Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

8. Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

9. Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

10. Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

11. Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

12. Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

13. Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

14. Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Dato' Sri Ir Mohd. Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor


@RafiziRamli letak jawatan sebab kalah debat dengan @khairyKJ ?

Posted: 21 Jun 2012 02:57 AM PDT



Rafizi Quits Selangor Economic Office

SHAH ALAM (June 21, 2012): PKR Strategic Director Rafizi Ramli has quit his post as chief executive officer at the Selangor Economic Advisor's office.
Rafizi, who has held the post since opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was appointed State Economic Advisor in 2009, wrote on twitter that he had tendered his resignation and directed all inquiries about his resignation to either the Selangor government or Anwar himself.
"Resigning is a normal process. (I) need rest. (It's) too tiring to work for both the state and party. Ramadhan is near. (Need) to focus on "ibadah"," he tweeted when asked the reason for his resignation.
Rafizi who could not be contacted, continues to respond to queries on his twitter.
"I never stay more than 2 years at a particular job. This one has exceeded 2 years, time to move on. No political dimension to it," he tweeted.
However, Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's political secretary Faekah Hussin told theSun through a text message that "MB (Menteri Besar Inc) has yet to receive any letter from Rafizi."
A source close to Anwar also confirms that the party has yet to be in contact with Rafizi as he did not answer phone calls.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...