PISAU.NET

PISAU.NET


Live!Himpunan Hijau Pdg Badawi Medan Lacuran Pas.

Posted: 24 Jun 2012 02:06 AM PDT

Agaknya apa yang tertulis pada kain yang diikat dikepala anak muda lelaki cina ini?

Himpunan Hijau di Padang Bandaran Butterworth perlihatkan kebodohan khawarij Pas yang semua orang tahu tunggangan Dap.

HIMPUNAN INI TAK LEBIH MENUNJUKKAN KESETIAAN DAN KEKUATAN SOKONGAN KHAWARIJ PAS KEPADA DAP PULAU PINANG UNTUK MENGEKALKAN REGIM KERAJAAN NEGERI!

Pisau kata "Pas ikrar taat setia kepada Dap"

Anwar Sendiri Tidak Berjaya Pecat Faekah..

Posted: 23 Jun 2012 11:32 PM PDT


AIDCNews – 23/06/12 – Ramai pemerhati politik berpendapat jika benar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyingkirkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, kaedah lain perlu difikirkan dan bukannya meneruskan strategi yang dilakukan sekarang.


Jika Mohd Naquib Carmeil, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) boleh dipecat serta-merta daripada jawatannya kerana mengadakan sidang media sokong Faekah, namun tindakan sama tidak boleh dilakukan kepada SETPOL MB Selangor itu.


Antara Mohd Naquib Carmeil dengan Faekah Husin, dua individu yang mempunyai naungan politik berbeza.


Sharifudin Jamil ketika menulis komentarnya di Antarapos bertajuk "Faekah bidak politik Khalid, mutiara Wan Azizah" mengambarkan SETPOL MB Selangor itu sebagai,"Pada zaman muram kerjaya politik Wan Azizah ketika Anwar dipenjara, Faekahlah tempat mengadu. Maka apabila di zaman senang ketika PKR yang dipimpin Wan Azizah sudah menakluki Selangor, maka amat wajar Faekah diberi imbuhan – Setiausaha Politik Khalid. Lagipun, Faekah boleh menjadi jambatan bagi mengawal hubungan PKR yang dipimpin Wan Azizah dengan kerajaan negeri Selangor".


Sudah diketahui umum, banyak rahsia-rahsia dalaman keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicurahkan kepada pembantu setianya, Faekah Husin.


Sebagai peguam, pendengar setia dan kawan rapat, Faekah mendengar satu persatu keluhan Dr Wan Azizah itu dan mungkin termasuk isu-isu peribadi yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Barangkali, faktor inilah yang menyebabkan Anwar sendiri gagal untuk menyisihkan Faekah dalam arena politik PKR.


Sharifudin, ketika menulis di Antarapos mendedahkan, sudah dua kali cubaan Anwar untuk menyisihkan Faekah, namun kedua-duanya menemui jalan buntu.


"Bukan sekali dua Anwar cuba untuk menyisihkan Faekah dari lingkungan politik PKR. Namun Ketua Pembangkang tidak berdaya dan langsung tidak berjaya. Pelbagai cara telah digunakannya. Anwar pernah menasihati isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya memanjangkan arahan kepada Khalid supaya Faekah dipecat. Namun tiada kesan.


"Khalid juga menerima wakil khas Anwar, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali supaya menyampaikan keputusan Biro Politik PKR supaya Faekah dipecat. Namun tindakan berdiplomasi ini juga tidak dihiraukan Khalid. Ini membuat Faekah makin galak dan berani," katanya.


Menariknya, sasaran kritikan Faekah bukan kepada Anwar, tetapi kepada pembantu setia Anwar, Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.


Pada pandangan penulis Antarapos, kritikan seorang yang tiada pangkat dalam politik kepada Timbalan Presiden PKR adalah sesuatu yang agak unik.


"Ngauman politiknya menjengkelkan banyak pihak. Baginya membujur lalu melintang patah. Tidak kira betapa besar reputasi seseorang itu, wanita ini sering membuat ramai pemimpin PKR merah muka kerana sergahan dan sindiran politiknya.


"Terbaharu, wanita ini, Faekah Husin namanya, mencabar pemimpin lelaki berpangkat paling tinggi dalam parti itu — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya membuktikan kewibawaanya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR.


"Bagi Faekah, Azmin perlu mengatur strategi bagaimana mahu menang pilihan raya umum ke-13 dan bukan hanya tumpu perhatian pada urusan kerajaan negeri Selangor. Soal pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah tanggungjawab mutlak bosnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Sebelum ini pun Faekah sering membuat bentakan politik terhadap ahli politik lain dalam PKR. Ramai pemimpin lelaki yang tercalar egonya termasuk Ketua Umum yang menjadi ikon perjuangan PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Pastinya, jika bukan Faekah yang membuat kritikan terbuka itu, sudah pasti individu itu akan dipecat serta merta dalam PKR. Zaid Ibrahim misalnya.


Namun Faekah Husin adalah individu yang luar biasa, malah Anwar Ibrahim pun tidak berani bersuara kepadanya.

Ustaz PAS Kotorkan Mimbar..

Posted: 23 Jun 2012 06:00 PM PDT

Masjid di negara ini berjaya ditransformasikan oleh khawarij PAS sebagai pentas politik. Masjid dijadikan tempat berkubang segala macam binatang politik pakatan untuk menghalalkan apa saja melalui pendekatan agama dalam mempengaruhi jemaah agar turut dalam saf perjuangan PAS yang berjaya menjadi tunggangan rasmi DAP.


Khatib yang diimport dari Sik,Ustaz Abdullah Khairi berdoa semasa khutbah menyeru jemaah menggulingkan kerajaan BN dan mengangkat DAP bersama pakatan menjadi kerajaan pada PRU13.


Dikhabarkan Ustaz Abu Bakar Bakilani ,Pengerusi Kariah menjemput Ustaz Khawarij ini naik ke atas mimbar kerana beranggapan kehadiran beliau ke Masjid Saidina Abu Bakar Taman Guar Perahu ,Permatang Pauh mampu mempengaruhi jemaah agar bersama dengan pakatan.


Khawarij PAS beranggapan,Islam dan Allah adalah harta mak bapak diaorang,maka secara otomatik Masjid juga adalah hak mereka.Maka Masjid dibolehkan menjadi tempat mereka berpolitik kerana menurut Nik Aziz mursidol am khawarij bahawa politik itu adalah sebahagian agama.


Korang bayangkan jika politik adalah sebahagian agama,maka mereka secara langsung menghalalkan apa saja kemahuan DAP kerana politik PAS adalah sehaluan dengan mereka.Justeru adalah tidak mengejutkan jika Islam,Allah menjadi lacuran politik dan dagangan untuk meraih undi.


Politik sebahagian agama hingga mereka juga menghalalkan apa saja tindakan Ambiga,Anwar dan juga Lim Guan Eng.


Kerana politik sebahagian agama jugalah Khalid Samad perlekehkan umat Islam hingga menggelar kebimbangan masaalah murtad adalah paranoid Hasan Ali .




Pisau kata " Tak kapir pun kalau tak masuk PAS"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...