PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


PANAS!! PAS SETUJU SIASAT ANWAR!! ANWAR AKAN SEDIAKAN AKUAN SUMPAH PALSU!!

Posted: 25 Jun 2012 09:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan semula dengan kontroversi skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion, PAS sebagai sekutu pakatan pembangkang menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang itu disiasat pihak berkuasa.

Pendirian berkenaan disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor BankNegara, Datuk Abdul Murad Khalid kira-kira 13 tahun lalu berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasaatan atas apa-apa tuduhan dan itu adalah pendirian PAS," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Malah Salahuddin turut mencabar SPRM agar menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.

Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BadanPencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Bukan itu sahaja, Abdul Murad juga baru-baru ini dilaporkan menyatakaan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar.

RAKYAT DAH SETUJU SEBUT PAS BODO BAGANG BILA PAS KHIANAT MELAYU!!?? KENAPA?? BACA LA PENGIKUT BODO PAS!!

Posted: 25 Jun 2012 08:03 PM PDT

 "SAYA SETUJU PAS BODO"

SEJAK PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.


Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.


Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.


Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.


Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.


Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.


Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.


Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.


Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

PANAS!! KAUM CINA BENCI ANWAR!!! INGAT DENDAM CINA TERHADAP ANWAR INI!!%$##

Posted: 25 Jun 2012 06:56 PM PDT


Kenapa Kaum Cina Tak Percaya Anwar?

Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.   

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'.   Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.  

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka. 

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini. 

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti. 

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya. 

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka. 

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.   Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.  Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia. 

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.  Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.  Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.  Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.   Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong. 

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi. 

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali. 

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.   Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL).  Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat. 

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.  Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.  

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.  Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli. 

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya. 

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.  Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural. 

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini. 

pssssst: Anwar tetap suci dimata pas walaupun penuh kejahatan dan taik!! Selamatkan Malaysia!!

SUARAM: HANYA PENGKIANAT YANG SANGGUP MEMBELA PENGKIANAT!! BODOH!! EDISI KANTOI KOREK!!

Posted: 25 Jun 2012 02:30 AM PDT


Suaram Pijak dan Hina Undang-undang Perancis!!

SUARAM, kononnya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dan berpegang teguh kepada keadilan.  Menafikan hak kepada orang yang layak, iaitu tidak berlaku adil, adalah satu kezaliman.  Berbohong dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang adalah tindakan yang bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berintegriti. 

Dan itulah SUARAM, iaitu pertubuhan yang menggunapakai nama 'hak asasi' tetapi tidak punya integriti, tidak adil, tidak punya maruah, moral mahupun etika sekali gus tidak punya nilai walau sesen pun.  Hari ini, kita melihat SUARAM begitu hina sekali kerana pertubuhan itu langsung tidak merasa malu atau bersalah, apabila berbohong kepada rakyat Malaysia dan dunia semata-mata kerana ingin memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia. 

Pembohongan itu pula, bukannya sekali, tetapi bersiri, di mana setiap sirinya memaparkan kisah yang kabur diselang-selikan dengan angka-angka yang berubah-ubah.   Sekejap rasuah berjumlah EURO 114 juta dan kemudian berjumlah EURO 1.08 billion pula.   Sekejap digambarkan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri dan kemudiannya dikatakan ada hubungan dengan Abdul Razak Baginda pula.  Katanya, Altantuya adalah penterjemah dan seorang model tetapi semua urusniaga diadakan dalam bahasa Inggeris, yang tidak memerlukan terjemahan.   Sekejap dikatakan rasuah dibayar oleh DCNS kepada Perimekar tetapi kemudian timbul pula nama-nama syarikat lain seperti Thales dan Terasasi yang langsung tidak disebut dalam kontrak pembelian kapal selam. 

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama 'Mahkamah Perancis', 'Undang-undang Perancis' dan 'Hakim Perancis' bagi menguatkan penipuan mereka. 

Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat mula sedar bahawa tiada perbicaraan pun mengenai kes 'rasuah dalam pembelian kapal-selam' oleh Malaysia, SUARAM mula panik.  Lalu, tanpa berfikir panjang mereka cuba meneruskan dan membesarkan lagi pembohongan dengan harapan rakyat akan kembali percaya kepada mereka.   Untuk itu, SUARAM berbohong lagi menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini. 

Entah kenapa SUARAM menyangka yang Jasbir Singh hanya akan berdiam diri bila namanya digunakan untuk kepentingan pertubuhan itu.  Mungkin SUARAM yang mewakili pembangkang ni benar-benar bodoh atau sekadar berada dalam dunia mereka sendiri,  menyangka yang majoriti rakyat akan membantu mereka berbohong, termasuklah Jasbir Singh. 

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan "Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa."

Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina. 

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM. 

Namun, SUARAM, pertubuhan yang ditubuhkan oleh keluarga dan bekas banduan ISA iaitu pengganas dan pengancam keselamatan negara ini diterajui oleh manusia-manusia yang tidak tahu malu.  Biar berkali-kali terkantoi, mereka akan tetap tegar berbohong.  

Jelas, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan biadapnya mempermainkan mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia.  Nampaknya, SUARAM menganggap semua orang sebagai badut, bodoh dan boleh dipermainkan malah Hakim Perancis juga boleh dipijak-pijak dan dipergunakan sewenang-wenangnya. 

Undang-undang, peraturan, moral, etika semuanya tidak bermakna apa-apa bagi manusia-manusia peneraju SUARAM.  SUARAM sememangnya tidak pernah dan tidak tahu menghormati sesiapa dan tidak layak langsung menyebut perkataan 'hak asasi manusia'.

Tetapi, sepandai-pandai SUARAM melompat, akhirnya tenggelam juga.  Hari ini, rakyat Malaysia secara rasminya, merujuk kepada para peneraju SUARAM seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran dan lain-lain sebagai manusia pengkhianat dan penipu yang tidak bermaruah.   Maka, tidak hairanlah kenapa mereka tegar membela mereka-mereka yang mempunyai sejarah ditangkap mengikut Akta ISA.   Hanya pengkhianat yang sanggup membela pengkhianat. 

ANWAR FENING!! PARTI KENCING RAKYAT SEDANG BERAMUK KERANA JANJI MANIS!! SIAPA NAK DI SALAHKAN BILA PKR BUBAR!!??%&%$!!

Posted: 25 Jun 2012 02:00 AM PDT

 SAYA MACAM MANA??

PKR Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggantung sementara Setiausaha Politiknya, Faekah Husin bagi menyiasat kebenaran dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dimana Pengerusi PKR Selangor diterajui oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

"Saya rasa adalah lebih baik digantung dulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati… saya berpandangan elok digantung dulu seperti kes-kes sebelum ini dan tindakan itu dilihat jauh lebih konsisten.

"Jadi tidaklah nanti menjadi tuduhan-tuduhan besar, Menteri Besar melindungi Setiausha Politiknya," katanya kepada Antarapos.
Pada 21 Jun lalu, laman sel13.com mendedahkan dua dokumen berupa dua pucuk surat iaitu sepucuk surat dari firma guaman yang bernama Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates kepada Faekah untuk memohon agar dilantik sebagai panel peguam kepada GLC negeri Selangor, manakala sepucuk surat lagi adalah dari Faekah Husin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, Dato' Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan kepala surat Pejabat MB Selangor meminta agar firma guaman tersebut diberi peluang sebagai panel peguam PNSB.

"Permohonan itu dilakukan oleh salah seorang peguam yang menjadi rakan kongsi kepada firma berkenaan yang bernama Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki . Surat permohonan yang bertarikh 27 Jun 2011 itu dihantar melalui tangan dan diterima pada 28 Jun 2011 .
"Semakan yang kami lakukan , didapati Zeenat Asyiqin Binti Dato'Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato' Ahmad Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR satu masa dulu,"lapor sel13.com

Berdasarkan surat itu, Ketua Penerangan PKR Selangor meminta Khalid merujuk kepada perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB itu:
Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."

Kata Shuhaimi ayat dalam perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya.
"Cuma dalam para keempat (surat Faekah kepada PNSB), sepatutnya tidak harus wujud begitu. Dia sepatutnya terus mengatakan mesti tiada halangan meyokong tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan itu lebih lunak dan tidak mengganggu syarikat (PNSB)," kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.
Katanya lagi Khalid juga harus dilihat konsisten dalam tindakannya, di mana dalam kes-kes sebelumnya, mana-mana kakitangan yang melakukan perkara yang sama seperti Faekah akan dikenakan tindakan.

"Kalau kita lihat seperti kes sebelum ini, maka adalah lebih baik kita konsisten dengan keputusan itu dan sewajarnya pegawai yang terlibat digantung daripada tugasnya untuk diadakan satu sisatan dalaman bagi membersihkan nama pegawai yang terlibat," katanya.

Pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Khalid memecat seorang Ahli Majlis Perbandaran Kelang kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya untuk mendapatkan kontrak pungutan sampah.
Sebelum itu, Khalid Ibrahim juga menggantung tugas Pegawai Khas beliau sendiri, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mohd Yahya Sahri juga dituduh menyalahguna kepala surat berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya. Beliau meletak jawatan pada Jun 2008.
Shuhaimi berkata Khalid harus konsisten dalam menangani isu penggunaan kepala surat Menteri Besar oleh Faekah demi mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri.

Seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dari PAS turut menyokong gesaan PKR Selangor.
"MB sendiri perlu mempertimbangkan perkara ini. Bukan sahaja surat ini, malah jika ada surat-surat yang sebelum ini, (juga) perlu diteliti. Kenapa surat ini sahaja yang menjadi isu," katanya.
Iskandar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan daripada pejabat Perdana Menteri tidak harus digalakkan.
"Seboleh-bolehnya tidak diteruskan. Surat ini tidak ada makna tetapi rakyat yang akan melihat perkara ini," katanya seperti dilaporkan Antarapos.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...