Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Tok Azeez 'Back-Hand' Ustaz Azizan Razak!! #TukarKedah
- PANASS!! Prestasi Merudum, Penyokong Kedah Mengamuk!! #TukarKedah
- TUDIAA!! Lagi Blogger Kedah Dedahkan Pusat Maksiat Baikk Punyaa!! #TukarKedah
- PANASS!! Seorang Lagi Artis Tempah Tiket Ke SYORGA Nik Aziz!! #Pasrabut
| PANASS!! Tok Azeez 'Back-Hand' Ustaz Azizan Razak!! #TukarKedah Posted: 22 Jun 2012 02:12 AM PDT Disebabkan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah, Ketua UMNO Bahagian Baling telah turun padang melihat sendiri apa yang berlaku dikawasannya. Malah kenyataannya yang melibas kerajaan negeri yang diperintah oleh Ustaz Azizan membuatkan kerajaan negeri Kedah tidak senang duduk. Pada yang belum pernah mengenai cerita balak di Gunung Inas.. boleh klik SINI McTheory: Cerita ini tidak habis disini.. tunggu follow up dari kami. |
| PANASS!! Prestasi Merudum, Penyokong Kedah Mengamuk!! #TukarKedah Posted: 21 Jun 2012 11:12 PM PDT Akhirnya penyokong pasukan bola sepak mengamuk dan mahu pengurusan di tukar!! Sememangnya penyokong pasukan Kedah sudah bosan dengan tindak tanduk pengurusan pasukan Kedah yang selalu memberikan banyak alasan apabila pasukan Kedah tewas dalam perlawanan. Terbaru, jurulatih pasukan Kedah pernah menyalahkan pemain dan penyokong dalam setiap kekalahan pasukan Kedah. Mungkin disebabkan demikian, menyebabkan penyokong pasukan bola sepak Kedah mengamuk!! ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam Liga Super semakin tidak memberangsangkan selepas berehat hampir sebulan, malah kedudukannya yang kini berada dua tercorot jelas menghampakan perasaan penyokong setia mereka selama ini. Kalah kepada Kelantan 2-1 pada minggu lalu dan terbaru kepada Johor FC dengan jaringan sama melengkapkan nasib malang Hijau Kuning untuk merekodkan sembilan kekalahan setakat ini. Terbaru ulasan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas tewas kepada Johor FC Selasa malam lalu membuktikan beliau semakin kehabisan ikhtiar dalam meningkatkan kembali mentaliti dan semangat pemain Hijau Kuning yang semakin hilang punca. Dibarisi ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Sabree Abu, selain dibantu dua pemain import berpengalaman, Abd Elfatah Safi dari Magribi dan Vedran Gerc dari Croatia, mereka masih belum mampu melakukan sesuatu buat pasukan. Sama ada salah taktikal, formasi mahupun tidak mengikut arahan, semua itu perlu dilihat kembali untuk memastikan Hijau Kuning terus mampu beraksi dalam Liga Super pada musim depan. Menyelusuri maklum balas di laman sosial dan blog sukan di seluruh tanah air, rata-rata rakyat Kedah, terutamanya penyokong tegar Hijau Kuning seolah-olah sudah hilang sabar dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka yang dipamerkan pada musim ini. Malah, ada juga suara-suara yang membayangkan Kedah pasti menjadi calon tepat untuk turun pangkat ke Liga Perdana pada musim depan sekiranya gagal menyaingi pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada pertemuan ke-20 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini. Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah pada masa sama turut menerima desakan daripada peminat agar melakukan sesuatu dalam usaha menyelamatkan maruah sukan kegemaran nombor satu di negeri Jelapang Padi ini. Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, malah perkembangan berkenaan mampu membuatkan penyokong tidak berminat untuk bertandang ke SDA lagi. Katanya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membuka mata dan mengambil pendekatan drastik bagi tempoh beberapa baki perlawanan dan harapan untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan masih ada jika bermula dari sekarang. "Di mana sahaja bila bercakap pasal mutu bola sepak Kedah sudah tidak ada pujian, malah perasaan tidak puas hati diluahkan mereka hari ini dan masing-masing menuntut perubahan dan KFA perlu menyelesaikan segera masalah ini. "Sebelum ini, sudah ada dua gelombang demonstrasi diadakan peminat untuk mendesak perubahan di peringkat KFA dan kami tidak mahu gelombang ketiga menyusul sekali lagi dalam masa terdekat ini," katanya. - sinarharian Mc salah seorang para peminat bola sepak yang hardcore.. Mc juga kecewa dengan prestasi pasukan Kedah. Atas sebab demikian Mc pernah menemubual Datuk Othman Aziz bekas pengurus pasukan Kedah untuk mengenal pasti masalah pasukan Kedah dan janjinya jika UMNO/BN merampas balik Kedah dari tangan kerajaan Pas. McTheory: Jom kita KALEH balik la noo... |
| TUDIAA!! Lagi Blogger Kedah Dedahkan Pusat Maksiat Baikk Punyaa!! #TukarKedah Posted: 21 Jun 2012 08:12 PM PDT Di merata-rata tiang letrik dan lampu sekitar Bandaraya Alor Setar a.k.a Bandaraya "Islam Versi PAS Kedah" dengan bangganya memaparkan sepanduk gambaran perempuan sedang melentik ala-ala macam gambar di atas tu - sungguh menggeletik gayanya, kan ?! ... Sepanduk yang tertera nama sebuah pusat hiburan baru di Mergong Alor Setar yang katanya telahpun di buka baru-baru ini ... AloQStaQBlog hairan sungguh dengan teramat kurangnya kawalan Kerajaan PAS Kedah dalam KEWUJUDAN BARU pusat-pusat hiburan khasnya di BAndaraya Alor Setar, khasnya pusat Karaoke dan Bistro sehingga diberi permit sah untuk dibuka dengan begitu banyak seolah-olah ianya satu keperluan penting rakyat Kedah amnya dan Alor Setar khasnya ! Sedangkan majoriti masyarakat Alor Setar adalah MELAYU ISLAM. Bukannya seperti bandar Georgetown di Pulau Pinang yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Melayu Islam yang ramai. Agak pelik apabila AloQStaQBlog sudah beberapa kali membuat pendedahan berkaitan dengan Pusat Hiburan tumbuh bak cendawan di Bandaraya Alor Setar selama ini, dipandang dingin oleh Kerajaan Negeri Kedah - Nak kata diorang tak tahu mengenai pendedahan AloQStaQBlog, agak mustahil kerana Blog lidah Pakatan Rakyat Kedah yang paling popular iaitu KEDAHLANIE juga sudah pernah siarkan posting pendedahan AloQStaQBlog mengenai perkara tersebut ... Pelik bukan? sebuah PARTI ISLAM yang memerintah di dua negeri berbeza (Kedah & Kelantan) tetapi mereka mempunyai hala tuju dan prinsip dalam pemerintahan Islam yang amat berbeza di antara PAS Kedah dengan PAS Kelantan. PAS Kedah nampaknya tidak kesah pun kewujudan pusat hiburan baru yang tumbuh melata bercambah-cambah di negeri Darul Aman ini, sedangkan pemerintahan PAS di Kelantan (aku dimaklumkan) bahawa Nik Aziz cukup mengawal ketat bab kewujudan Pusat Hiburan, ianya tidak dibiarkan tumbuh dengan mudah dan bercambah-cambah seperti Negeri Kedah yang diperintah oleh parti yang sama (PAS) tak sampai 5 tahun punnn !!... PAS sewaktu belum jadi pemerintah negeri sebelum ini , sering berceramah menghentam teruk kepimpinan UMNO / BN Kedah yang dituduh sebagai bersubahat dengan perkara-perkara MAKSIAT dan mereka menuduh UMNO membiarkan kewujudan pusat-pusat hiburan dan pusat untuk berpeleseran kepada para remaja dan anak muda. Sambung baca SINI |
| PANASS!! Seorang Lagi Artis Tempah Tiket Ke SYORGA Nik Aziz!! #Pasrabut Posted: 21 Jun 2012 05:12 PM PDT Alah bisa tegal biasa.. bila seseorang artis menyertai pembangkang, mereka akan bersungguh-sungguh mengutuk kerajaan dan UMNO. Sedangkan dahulunya, mereka hidup mewah dan bekerja dengan aman dibawah pemerintah kerajaan UMNO/BN. Bila mereka tidak lagi laku dipasaran malah dicemari dengan aktiviti yang tidak sehat, mulalah mereka meroyan mencari pelindungan dan cara pengampunan dosa dengan pantas dan cepat. Satu cara yang amat mudah untuk 'menyucikan' dosa mereka adalah dengan menyertai Pas! Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini. Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar. Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri. "Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin. Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik. "Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan? "Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya. Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang. "Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira. Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya. "Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya. Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah. "Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. Hairie Othman ni pernah ditangkap khalwat bersama dengan dua wanita disebuah Hotel di Langkawi satu ketika dahulu. Malah selepas dia ditangkap khalwat, imejnya teruk terjejas dan kerjayanya sebagai pelakon turut terjejas. Mungkin disebabkan demikian, Hairie memilih jalan mudah untuk ke syurga, dengan menyertai Pas. Tengok video dibawah apabila seorang pemaksiat cuba untuk mencuci dosanya! Bagi Mc, memang sesuai Hairie memilih Pas untuk bernaung. Disebabkan Pas dan Pakatan Haram memang tempat mengumpul para pemaksiat untuk bekerjasama dan mencuci dosa. McTheory: Berebut depa nak jumpa Nik Aziz untuk ambil tiket ke syurga!! he he.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

.jpg)

No comments:
Post a Comment