House PK

House PK


GEMPAR BERAPI! MELAYU SUNGAI KOB SETARAF BABI!!!

Posted: 21 Jun 2012 10:51 PM PDT

Mendidih sungguh darah aku bila membaca laporan KEDAHAN69ERS.COM tentang penduduk Kampung Sungai Kob yang menerima layanan SERUPA BABI daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Daripada apa yang aku dapat tahu, tanah yang dipertikaikan itu adalah Tanah Rezab Melayu. Masa Kerajaan Barisan Nasional dulu, projek tanah perkuburan swasta ni diorang dah propose tapi tak diluluskan. Bila PAS dan Pakatan menang di Kedah, projek yang tak diluluskan tu, serta-merta diluluskan.

Penduduk Sungai Kob dah berjaya dapatkan dua perintah mahkamah untuk menghalang projek daripada diteruskan. Tapi syarikat berkenaan, Prestavest yang difahamkan dilindungi oleh pemimpin Pakatan tertentu, telah membabikan segala perintah mahkamah dengan meneruskan kerja-kerja projek di Tanah Rezab Melayu Sungai Kob.

Pagi tadi, lebih kurang 100 orang penduduk kampung yang berkawal di jalan masuk ke tapak perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu, naik angin apabila kata dua diorang agar projek tidak diteruskan, dianggap sampah oleh pekerja-pekerja Prestavest.

Akhirnya, dua orang pekerja Prestavest cedera. Seorang pekerja India, koyak pipi manakala seorang lagi pekerja Cina lebam matanya.

Polis yang berada di tempat kejadian, telah berjaya mengawal keadaan dan menahan 52 orang penduduk kampung kerana merusuh.

Isu pokok di sini adalah tanah perkuburan Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas Tanah Rezab Melayu pula. Yang ditangkap adalah Melayu... dan yang menangkap juga adalah Melayu... siapa yang bertepuk tangan dalam hal ini?

Korang fikir-fikirkan sendirilah...

Tapi yang paling best, masa kecoh pusat penyembelihan babi, PAS serta Malaysia turun memberikan sokongan kepada penyembelih-penyembelih dan pemilik pusat penyembelihan babi itu. Tetapi bila Melayu Sungai Kob meminta agar tanah perkuburan swasta itu dipindahkan dari kawasan mereka, mereka telah dibabi-babikan....

Maknanya, Melayu Sungai Kob taraf mereka lebih rendah dari BABI ler yek?

BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

SIAL PUNYA FAEKAH ANDARTU! KAU SALAH GUNA KUASA MACAM SELANGOR NI BAPAK KAU YANG PUNYA!?

Posted: 21 Jun 2012 05:00 PM PDT

Pergaduhan PKR di Selangor antara kem Khalid Ibrahim yang berlawan dengan kem Azmin Ali semakin hari semakin panas. Puncanya kerana desakan penyokong-penyokong Azmin agar Setiausaha Politik MB Selangor , Faekah Husin dipecat kerana terlalu melampau dan bersikap lebih sudu dari kuah.

Penulis tidak nafikan perkara tersebut. Semenjak dilantik secara konstrovesi sebagai SUPOL MB Selangor dengan menggunakan kuasa veto Presiden PKR, Faekah tidak pernah sunyi dari masalah. Saban masa ada sahaja berita mengenai Faekah yang diperkatakan baik di laman-laman web atau akhbar. Ada kalanya masyarakat terkeliru siapa sebenarnya MB, Faekah atau Khalid Ibrahim ? Sifat mengada-ngadanya memang terlampau.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempertahankan Faekah dan berkata beliau akan guna formula Anwar Ibrahim, iaitu formula tak layan atau buat tak tahu terhadap desakan agar Faekah dipecat. Sayangnya Khalid Ibrahim kepada Faekah agak luar biasa.

Ditangan kami ada beberapa salah laku tentang Faekah yang kami terima melalui e mel. Sebagai permulaan untuk hari ini kami kemukakan satu dokumen tentang salah laku Setiausaha Politik Khalid Ibrahim. Akan menyusul kelak untuk siri-siri seterusnya.

Sebuah firma guaman yang bernama Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates telah menghantar satu surat kepada Faekah bagi memohon agar dilantik sebagai panel peguam kepada GLC negeri Selangor.

Permohonan itu dilakukan oleh salah seorang peguam yang menjadi rakan kongsi kepada firma berkenaan yang bernama Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki . Surat permohonan yang bertarikh 27 Jun 2011 itu dihantar melalui tangan dan diterima pada 28 Jun 2011 .


Semakan yang kami lakukan , didapati Zeenat Asyiqin Binti Dato'Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato' Ahmad Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR satu masa dulu.

Rentetan daripada surat anak saudaranya itu membuatkan ibu saudaranya, Faekah Husin menghantar satu surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, Dato' Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan KEPALA SURAT Pejabat MB Selangor meminta agar firma guaman anak saudaranya diberi peluang sebagai panel peguam kepada PNSB.


Tujuan beliau menggunakan kepala surat Pejabat MB Selangor adalah untuk mempengaruhi PNSB supaya memberikan perniagaan kepada firma guaman anak saudaranya. Apa yang dilakukan oleh Faekah bertentangan arahan (klik sini) yang dikeluarkan oleh MB Selangor pada tahun 2010 agar anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan berunsur perniagaan.

Berhubung penyalahgunaan kepala surat ini sudah tentu akan mengingatkan kembali rakyat Selangor kepada ketegasan Khalid Ibrahim sewaktu tiga bulan pertama beliau dilantik sebagai MB pada 2008. Pada masa itu Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau,Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Juga kerana Mohd Yahya Sahri menyalahguna kepala surat berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya. Akibat penggantungan itu membawa kepada perletakan jawatan Mohd Yahya pada Jun 2008.

Jika hendak dibandingkan kesalahan yang dilakukan oleh Yahya tidak seteruk yang dilakukan oleh Faekah. Yahya mengutip derma menggunakan kepala surat Pejabat MB dan wangnya dimasukkan ke dalam akaun parti PKR. Manakala berhubung dengan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah, sehingga kini tiada sebarang berita yang mengatakan syarikat yang mendapat surat sokongan ada kaitan dengan Yahya. Khalid Ibrahim tidak ambil peduli semua itu dan dengan tegas beliau menggantung tugas Yahya. Kononnya tidak boleh bersekongkol dengan penyalahgunaan kuasa.

Kini bukti telah terbentang depan mata, kita tunggu samada Khalid Ibrahim akan bertindak tegas atau tidak terhadap Faekah ? Faekah bukan sahaja menyalahguna kuasa dan kepala surat Pejabat MB, malah turut mengamalkan kronisme. Kita tunggu tindakan dari MB Selangor.

Sumber: Sel13.com

PANAS BERAPI! DIN PUDURAYA HINA KAUM HINDU! APA REAKSI PAKATAN?

Posted: 21 Jun 2012 06:16 AM PDT

Berkenaan subjek ,rasa-rasanya itulah satu-satunya cara PAS untuk selamatkan diri daripada musibah yang diundang Naib Presiden parti itu dua hari lepas semasa debat di Karangkraf. hahahaha!!
"Perarakan Thaipusam juga demonstrasi jalan. Ada yang separa sedar ,membawa kavadi tanpa 'tear gas' " - MP PAS ,Yang Ber Salah-uddin merangkap Naib Presiden PAS.

Apakah logiknya YB ini mengaitkan Thaipusam dalam hal ini ? Topik debat adalah samada Demonstrasi Jalanan akan mengukuh atau meruntuhkan demokrasi sesebuah negara. . YB Saifuddin juga menegur Salahuddin agar tidak menyamakan perayaan/perarakan keagamaan dengan demonstrasi jalanan. Kepada sesiapa yang menonton debat tersebut ,penulis pasti anda sedar bahawa selepas teguran tersebut YB Salahuddin langsung tidak bercakap mengenai Thaipusam. KENAPA ? Takut ? Rasa bersalah ?

INGAT LAGIKAH BILA NIK AZIZ KATA SOLAT DAN PENUNAIAN HAJI JUGA ADALAH DEMONSTRASI JALANAN ,BELIAU DIKRITIK HEBAT OLEH ULAMA-ULAMA .SEKARANG ANAK BUAHNYA PULA MENGHINA THAIPUSAM ?
Apakah YB keliru perbezaan perarakaan agama dengan demonstrasi jalanan ? Adakah kerana Bersih(demonstrasi jalanan) dan Thaipusam(perarakan keagamaan) disamakan kerana pakaian kuning mereka ?

1. Thaipusam perlukan permit ,manakala Berish melanggar perintah mahkamah.

2. Thaipusam tidak berniat politik ,Bersih pula sebaliknya.

3.Thaipusam dirayakan dengan menghormati undang-undang ,manakala Bersih melanggar perintah mahkamah.

4. Thaipusam adalah upacara keagamaan ,tetapi di Bersih akan ada peristiwa benci-menbenci,hina-menghina .maki hamun dan sebagainya.

Kemana perginya semua hero India di Pakatan ? tak berani soal ? Dah lah janji Thaipusam di Negeri PAS ,Kedah ,tak ditunaikan sekarang dengan senang hati samakan Thaipusam dengan Bersih ?? Apa kata PAS ? Sehingga kini tiada penjelasan diberikan PAS apabila YB Kamalanathan menghantar surat kepada YB Salahuddin.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...