House PK |
- KUNYIT HANGIT! 7 'POINT' MESYUARAT PAKATAN OLEH ANWAR DI JOHOR TERBOCOR - MESTI BACA!
- GAGAP VS JAMBAN! KONFLIK TERBARU KERAJAAN PAKATAN SELANGOR YANG MESTI DIBACA SEMUA!
- PANAS BERAPI! BUKTI RAKYAT SELANGOR SUDAH SEMAKIN MELUAT DENGAN PAKATAN HARAMI
- GEMPAR BERAPI! RAKYAT BERDEMO DEPAN RUMAH AZMIN MINTAK ANWAR JAWAB ISU 3 BILLION!
- VIDEO PANAS ISU PTPTN! Ilmu Wajib Dituntut Begitu Juga Hutang Wajib Dibayar
- PANAS BERAPI! PAS DAN DAP HALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PERAK!
- CILI KASI TARUK! ANWAR KATA NAK SAMAN ESKAY, TAPI ANWAR TAK MUNCUL DI MAHKAMAH - KENAPA?
- HUSAM JAMNAPARI SEMAKIN MENGGILA SETELAH KANTOI DALAM URUSAN DINAR EMAS!
- YAY PERAK MENANG SEMALAM - JOM TENGOK VIDEO FELDA UNITED KENA BELASAH!
- FUYOH! ADA JUGAK ORANG JUAL NAMA RAJA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI EK?
- SELAMATKAN SELANGOR DARI TERUS DIMUSNAH OLEH PAKATAN ROSAK
| KUNYIT HANGIT! 7 'POINT' MESYUARAT PAKATAN OLEH ANWAR DI JOHOR TERBOCOR - MESTI BACA! Posted: 21 Jun 2012 01:00 AM PDT Nampaknya, draf manifesto PR yang dibentangkan oleh Rafizi minggu lepas sudah mendapat keizinan kepimpinan untuk dihebahkan. Masih ada beberapa butiran yang sedang dalam kajian lanjut, tetapi beberapa points asas sudah diterima pada 'dasarnya' oleh PAS dan DAP. PAS memang tidak pernah mempunyai idea baru. Sekadar menumpang dan menganggap inilah satu usaha kerjasama dalam PR. Beberapa points lain masih dalam perbincangan. Masih belum ada keputusan. Namun begitu, PKR di peringkat Negeri dibenarkan untuk mengumumkan manifesto sendiri. Inilah yang mendatangkan pening sesetengah pemimpin di bawah. PKR NS sudahpun mengumumkan manifesto sendiri. Yang jadi masalahnya, DAP NS tidak sama sekali dibawa berbincang mengenai manifesto tersebut. Kes naya. PKR nak 'bulldoze' sahaja manifesto? Antara yang dibincangkan di Johor:- 1. Caruman Wanita Nasional - setiap isteri layak menerima caruman seperti SOCSO dan KWSP. Kerajaan akan membuka akaun khas untuk semua isteri dan mencarum RM50 setiap bulan. Suami diminta mencarum mengikut kemampuan. Usaha ini memang strategik untuk memenangi hati wanita. Tapi belum tentu mampu dilaksanakan secara memyeluruh. Kita ambil contoh di Selangor sahaja, sebelum ini dijanjikan ELAUN KHAS wanita kepada semua surirumah. RM1,500 kalau tidak silap – setahun. Berapa ramai wanita di Selangor yang dah dapat elaun khas ini? - Caruman Wanita Nasional ini memang cadangan Anwar. DAP tidak berapa bersetuju – namun ianya telah diangkat sebagai manifesto PR di Johor Baru. Makna kata, Anwar akan menggunakan kuasa VETO nya bagi melaksanakan cadangan ini. 2. Menyediakan 1 juta peluang pekerjaan - Mengurangkan buruh asing dalam 3 tahun pemerintahan. PR akan berdepan dengan bantahan yang menggila daripada towkay dan pemilik industri. Ini cadangan yang sedap diperkatakan di atas kertas – namun akan mendapat TENTANGAN yang hebat. - Tak terlawan 3.3 juta peluang pekerjaan yang dijanjikan di bawah ETP yang diusahakan oleh kerajaan. Pelan yang dikemukakan oleh Najib nampak lebih 'real' dan mampu dilaksanakan; lengkap dengan key economic areas. Anwar? Setakat cakap lepas. 3. Menyediakan 7 juta tenaga kemahiran - Kalau setakat UNISEL pun sudah berpeluh untuk menguruskannya; apa jaminan 7 juta peluang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan? Apakah perlu bantuan PTPTN kepada pembangunan tenaga kemahiran ini? Apa kaedah dan penekanan? 4. Harga minyak diturunkan - ini janji lama. Tak ada pembaikan. Patut Anwar umum turunkan harga sebanyak RM1. Baru ada 'traction'! 5. Menurunkan caj elektrik - Anwar menyalahkan IPP lagi. Rakyat perlu tahu, bahawa kontrak IPP yang ada sekarang adalah produk kepimpinan Anwar di Kementerian Kewangan. Anwarlah yang mengaut segala keuntungan daripada projek 'National Grid'. Kita semua kena tahu fakta itu. Malahan, kami yang bergerak di zaman reformasi juga dibayar dengan kekayaan IPP ini. 6. Dasar Automotif Negara - Menurunkan harga kereta. Apakah dengan tindakan ini Anwar akan MENGUBURKAN Proton dan Perodua? Anwar melaksanakan dasar ini kerana mahu menunjukkan dendam kepada usaha Tun Mahathir. Anwar mahu PROTON melingkup, supaya dia mempunyai bullet untuk menyerang Tun lagi. 7. PTPTN Dimansuhkan - Cakap tak serupa bikin. UNISEL yang disergah dengan pemansuhan PTPTN (hampir sahaja melingkup). Khalid Ibrahim sendiri mengarahkan UNISEL membuat RAYUAN kepada Kerajaan Persekutuan. Sebab? PTPTN masih relevan dan diperlukan. Sebagai penggerak reformasi pada suatu ketika, kami masih beranggapan bahawa semua janji ini adalah platform Anwar mendapatkan kuasa. Anwar mahu menjanjikan segalanya bagi memastikan dia mendapat tempat ke Putrajaya. Minta maaf cakap, kalangan pimpinan PKR sendiri tak yakin mereka boleh melaksana segala janji yang dikemukakan oleh Anwar ini. Bagaimana dengan manifesto Negara Berkebajikan PAS? Katanya, Anwar mahu PAS tarik balik semua manifesto yang sudah dicetak. Betul ka Pak Sheikh? Sumber: Gelagat Anwar |
| GAGAP VS JAMBAN! KONFLIK TERBARU KERAJAAN PAKATAN SELANGOR YANG MESTI DIBACA SEMUA! Posted: 20 Jun 2012 11:00 PM PDT Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang, 13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat. Dalam laporan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010. Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen 'Kami Sayangkan PKR' yang dihebahkan melalui laman maya. Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri. Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan 'oportunis' untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri. Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa. Menurut sumber dari pihak kerajaan negeri, difahamkan tulisan twitter Azmin itu dibuat sebagai mewakili 'orang PKR' yang tidak setuju dengan tindakan Faekah tidak menyalurkan projek-projek di bawah Geran Selangorku kepada mereka. Read more... |
| PANAS BERAPI! BUKTI RAKYAT SELANGOR SUDAH SEMAKIN MELUAT DENGAN PAKATAN HARAMI Posted: 20 Jun 2012 09:00 PM PDT |
| GEMPAR BERAPI! RAKYAT BERDEMO DEPAN RUMAH AZMIN MINTAK ANWAR JAWAB ISU 3 BILLION! Posted: 20 Jun 2012 07:00 PM PDT |
| VIDEO PANAS ISU PTPTN! Ilmu Wajib Dituntut Begitu Juga Hutang Wajib Dibayar Posted: 20 Jun 2012 05:00 PM PDT 1. PTPTN disalurkan bagi memudahkan anak Melayu yang kurang kemampuan meneruskan pengajian di peringkat tinggi. 2. Pencapaian akademik yang cemerlang adalah motivasi mendapat pendidikan percuma. 3. Islam mewajibkan menuntut ilmu dan Islam juga mewajibkan hutang yang dibuat itu dilunaskan Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam: "Jiwa seseorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya sehingga dia melunasnya" - Riwayat Tirmidzi. |
| PANAS BERAPI! PAS DAN DAP HALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PERAK! Posted: 20 Jun 2012 08:58 AM PDT Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa. "Pembinaan SAR ini sebenarnya tiada masalah pun…kenapa pihak pembangkang nak kacau dan saya sendiri menerima SMS daripada ibu bapa murid sekolah ini yang mahu melihat anak mereka belajar dalam suasana yang lebih selesa. "Oleh itu, saya minta Boon Chye jangan kacau isu pendidikan di kawasan itu kerana majoriti 85 peratus penduduk di situ adalah Melayu dan jika kaum Cina tidak suka kaum lain kacau pendidikan mereka, maka begitu juga kaum Melayu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini. Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye. Read more... |
| CILI KASI TARUK! ANWAR KATA NAK SAMAN ESKAY, TAPI ANWAR TAK MUNCUL DI MAHKAMAH - KENAPA? Posted: 20 Jun 2012 07:30 AM PDT Entah dimana silapnya Anwar Ibrahim ataupun pihak peguam yang mewakili beliau tidak langsung kelihatan di Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi menfailkan saman keatas Dato Eskay. Sms yang dihantara sebelum ini yang menyatakan "Anwar Ibrahim akan menfailkan saman keatas Dato Eskay" tidak berlaku dan ianya amat mengecewakan bukan sahaja para wartawan yang menunggu sejak awal pagi malah rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan video seks Anwar juga hampa dan kecewa. Apa yang cuba dimainkan oleh Anwar Ibrahim ini? Jika benar hendak menyaman Dato Eskay mengapa menangguhkannya? Apakah masa untuk menyaman Eskay belum sesuai kerana Najib Razak Perdana Menteri belum mengumumkan tarikh bubar parlimen? Jika bukan Anwar Ibrahim pelaku dalam video seks China Doll mengapa tidak saman Eskay? mengapa perlu menunggu satu tempoh waktu yang panjang? Apakah saman keatas Eskay hanya akan dilakukan apabila menjelang pilihanraya bagi memberikan satu lagi sandiwara politik dalam menipu rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia akan melihat apa yang berlaku hari ini dimana Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan akan menfailkan saman keatas Eskay berhubung video Seks tidak dilakukan beliau. Satu pembohongan ataupun satu sandiwara dalam terus terusan Anwar Ibrahim dan PKR memperbodohkan rakyat Malaysia. Sumber: Papa Gomo the Dajjal Slayer! |
| HUSAM JAMNAPARI SEMAKIN MENGGILA SETELAH KANTOI DALAM URUSAN DINAR EMAS! Posted: 20 Jun 2012 06:00 AM PDT Sebaik saja berita mengenai penipuan, YG Husam bukan nak jawab tapi nak cover-up. YG Hussam atau YB yang sentiasa Gagal ini kata pihak terlibat seharusnya berjumpa dengannya. Untuk apa, nanti cakap dan komplen itu akan di putarbelit. Surat atau dokumen akan di rampas dan dihilangkan? Selain itu, dia beri penafian. Sapa suruh dia nafi. Baca kickdefella sini Jelaskan apa yang berlaku. Katalah apa langkah terhadap Umar Vadillo jika ada kebenaran - Kenapa Umar Vadillo tidak diumum gantung sambil tunggu penyiasatan??? Yang berlaku hanya laporan polis oleh bekas Executive Direcctor KGT yang mana adalah profesyenal dari Bank Negara dahulu. DIa mungkin tahu apa berlaku dalam. Kenapa Husam dah ghaflah? Baca Flying Kick sini Kickdefella turut menambah cerita mengenai kemungkinan ada keuntungan ghaib masuk poket Umar Vadillo yang mungkin sekali masuk poket Husam juga. Umar vadillo yang menetapkan nilai jualan gold nirar melalui WOrld Islamic Mint yang dia Presidentnya. Dia juga pembekal yang mengetahui nilai campur kos dan profit yang ditetapkan. Dengan demikian kemungkinan Umar Vadillo ada kaut masuk banyak. Itu pasal orang yang latarbe;lakang dan sejarah lepasnya tidak diketahui bersunggyuh2 dan begitu garang berbincang mengenai Sufi Islam interpretasinya dan gold dinar. Muallaf ini kata semua orang sesat dan salah. Nak tanya: Adakah duit gold dinar ini berseal dan tidak boleh dibuka? Adakah ketetapan bahawa jika seal itu dipecah, ianya tidak akan dibeli balik? Mungkin gold dinar itu hanya emas salut dan dalamnya logam lain.... House Pk: Terima kasih The Unspinners kerana menyediakan artikel ini. Husam, berapa ramai orang kau nak saman? Hik hik hik, abis la lu Husam! Run Husam Run! |
| YAY PERAK MENANG SEMALAM - JOM TENGOK VIDEO FELDA UNITED KENA BELASAH! Posted: 20 Jun 2012 05:17 AM PDT |
| FUYOH! ADA JUGAK ORANG JUAL NAMA RAJA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI EK? Posted: 20 Jun 2012 04:47 AM PDT Kerajaan negeri menggesa agar mangsa sindiket penipuan menjual lencana kereta dengan lambang negeri Perak serta keahlian 'Ahli Diraja' tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata, laporan itu diperlukan pihak polis untuk menangkap individu yang terlibat dalam sindiket penipuan yang menawarkan watikah keahlian palsu kepada orang awam. "Kerajaan negeri menasihatkan orang awam yang telah terpedaya atau didampingi oleh mana-mana pihak yang menawarkan keahlian tersebut tampil membuat laporan kepada pihak polis," jelasnya. Beliau berkata, di bawah Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966, secara jelas menggariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi sultan, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan dan darjah-darjah kebesaran, lambang-lambang, pingat-pingat serta lencana yang diperkenankan sultan adalah tidak dibenarkan kecuali diberi kebenaran secara bertulis. "Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa negeri tidak pernah memberi sebarang kebenaran bertulis kepada mana-mana individu untuk mengeluarkan sijil keahlian 'Ahli Diraja," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, sebentar tadi. Read more... |
| SELAMATKAN SELANGOR DARI TERUS DIMUSNAH OLEH PAKATAN ROSAK Posted: 20 Jun 2012 02:34 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.














No comments:
Post a Comment