Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PEMIMPIN PKR DEDAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BIAYAI SYARIKAT MILIK FAEKAH HUSIN..!!

Posted: 23 Jun 2012 12:19 AM PDT



Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Ini diperakui sendiri beberapa Pimpinan beberapa Cabang PKR Pro Azmin Ali yang sekian lama menyiasat perkara tersebut.
Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.


KU LI AKHIRNYA AKUI ANWAR SUNDAL MARUAH NEGARA..!!

Posted: 22 Jun 2012 08:16 PM PDT




Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta rakyat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru, beliau meminta mereka menilai kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini hasil pemerintahan kerajaan BN.

"Kemenangan pada PRU-13 itu terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan, tetapi saya percaya rakyat akan membuat penilaian dan menentukan keputusan terbaik kepada kerajaan sedia ada," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paloh 3 hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian, berkata rakyat perlu memahami perjuangan sebenar kerajaan sekarang yang lebih banyak membantu mereka menikmati pelbagai kemajuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Gua Musang juga sudah menikmati banyak projek pembangunan, termasuk beberapa sekolah menerima bangunan baru yang serba lengkap dan selesa untuk pelajar.


KERAJAAN MALAYSIA BALUN PEMIMPIN SINGAPURA SOKONG RUSUHAN BERSIH 3.0..!!

Posted: 22 Jun 2012 06:15 PM PDT




Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.

Dalam pertemuannya itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik Asean kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan Asean di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata, beliau turut menegaskan kepada Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.

Anifah berkata, beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Keng Yong itu.

Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Anifah berkata, kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.

"Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut," katanya dipetik Bernama.


KLIK DI SINI untuk Pendedahan Bukti Singapura Bekerjasama dengan Pakatan Mahu Tumbang Kerajaan.




ISU LYNAS - MP PAS HULU LANGAT 'GELAR' FUZIAH SALLEH OTAK UDANG..!!

Posted: 22 Jun 2012 07:25 AM PDT


Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat berterus terang bahawa pandangannya bahawa tahap radiasi projek Lynas di Gebeng rendah berdasarkan saintifik dan kepakaran beliau.

Maksudnya, jika ada mana-mana pihak nampak pendapatnya itu seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan semua pemimpin pembangkang dalam isu Lynas, itu adalah soal politik sahaja.

"Kita kena pergi pada saintifik. Saya bekerjasama dengan kementerian mana yang mampu tetapi jangan cuba politikkan. Dari dulu saya cakap tahaP radiasi renDah tetapi tidak bermakna projek Lynas selamat," ujarnya kepada media di lobi Parlimen, Rabu.



Menurut pensyarah di UKM itu, semua aspek berkaitan projek itu perlu diteliti dan tidak boleh mengatakannya selamat berdasarkan satu hujah – tahap radiasinya rendah.

Pada sidang Parlimen yang membahaskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung projek Lynas semalam, Dr Che Rosli bangun menyatakan tahap radiasi projek Lynas adalah rendah tetapi perkara lain perlu dirujuk pada pakar-pakar berkaitan.

Beliau mencadangkan kerajaan mengkaji tahap keselamatan pembinaan projek Lynas.

"Kerajaan boleh jalankan ujian makmal yang hanya ambil masa dua atau tiga bulan untuk mengetahui hasil dapatannya.

"Masih belum terlambat. Jalankan ujian makmal mengikut skala industri dan kemudian bentangkan kepada rakyat mengenai tahap keselamatan terhadap persekitaran sekiranya projek ini diteruskan," katanya.



PRU13 - SPR ROMBAK KEMPEN PARTI POLITIK LEBIH DARI 2 MINGGU..!!?

Posted: 22 Jun 2012 03:47 AM PDT


Tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.

"Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas 'around the clock'," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang.


RM3 BILLION - SPRM UMUM SIASAT PASANGAN ANWAR & AZMIN..!!

Posted: 22 Jun 2012 01:36 AM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

"Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.

"Namun, sekiranya terdapat maklumat baru yang signifikan terhadap kes tersebut, kertas siasatan akan dibuka semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada SPRM mempunyai maklumat baru untuk membuka semula siasatan tersebut, Mustafar menjawab: "Buka kes atau pantau kes, saya tidak boleh dedahkan," katanya.



 
Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM meminta SPRM membuka semula kes siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai serta cek.

Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.

Raja Petra melalui portalnya, mendakwa Anwar kemudiannya mengarahkan BPR pada masa itu, menutup siasatan tersebut.


 



Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.

Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.

Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...