Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Video Dua Kumpulan NGO Bertempur di Bukit Aman!! #bersih #bersih3
- EKSKLUSIF!! Peneroka FELDA Akan Di Beri DURIAN RUNTUH Secara Berulang?? #Felda
- TUDIAA!! Menteri Besar Kuala Kedah Desak Kerajaan Pas Kedah?? #saveKedah
- TUDIAA!! Video-Video Kejayaan Bersih 3.0 Mari Kita Saksikan Kejayaannya!! #bersih #bersih3
- TUDIAA!! Sesungguhnya Nik Aziz Adalah Ulamak SESAT Akhir Zaman!! #bersih #bersih3
- EKSKLUSIF!! Cikgu Zainol Akan LONDEH dan BOGELkan Pas Kedah!! #savekedah
- PANASS!! Ponteng Sekolah Hanya Untuk BERZINA Dengan Kekasih!!
PANASS!! Video Dua Kumpulan NGO Bertempur di Bukit Aman!! #bersih #bersih3 Posted: 07 May 2012 08:33 AM PDT Selamatlah polis halang ahli NGO penyokong kerajaan tu dari terus memaki hamun puak NGO penyokong Bershit. Kalau tak pastinya akan berlaku pergaduhan. Kalau bergaduh, tentunya Cikgu Bard menjadi orang pertama yang akan lari duluuuu.. ha ha ha.. Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang prokerajaan dan pembangkang hampir 'bertempur' ketika secara tidak sengaja bertembung semasa menyerahkan ikrar taat setia serta memorandum kepada polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi. Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit. Ikrar taat setia itu dilafazkan sebagai tanda menyokong penuh polis dan menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai anasir jahat yang ingin memecah-belahkan negara serta rakyat. Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis. Ikrar taat setia dan memorandum kedua-dua kumpulan NGO itu diterima Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf. Ramli berkata sedikit perbalahan telah berlaku ketika pertembungan itu, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi dan polis mampu mengawal keadaan dengan baik. "Pertembungan mereka adalah secara kebetulan, dan tiada kejadian buruk berlaku kerana mereka menuruti arahan polis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Mohd Ali Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri menahan ketua penganjur perhimpunan 28 April kerana telah melakukan provokasi sehingga menimbulkan huru-hara. Dalam perkembangan berkaitan, SAMM dan 28 NGO menghantar memorandum untuk meminta polis yang terlibat dengan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan itu tampil membantu siasatan. -BERNAMA |
EKSKLUSIF!! Peneroka FELDA Akan Di Beri DURIAN RUNTUH Secara Berulang?? #Felda Posted: 07 May 2012 07:53 AM PDT Pelik dan menghairankan apabila ada pihak yang berdengki dengan durian runtuh yang bakal diperolehi oleh peneroka Felda. Apakah salah, kerajaan memberi 'ganjaran' kepada peneroka Felda, setelah mendapat keuntungan yang berlipat ganda daripada hasil pelaburan selama ini? Adakah mereka tahu sejarah Felda bermula? Bagaimana daifnya kehidupan peneroka diwaktu mereka berusaha dari bawah. Kawasan FELDA juga tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Malah air dan juga letrik pun tidak semua yang dapat. Namun segalanya berubah apabila keluarga FELDA berubah menjadi lebih besar. Bukan hanya di Jengka, malah ia tersebar luas dimerata tempat di Malaysia. Bagaimana kejayaan FELDA bermula? Semuanya bermula dari kejayaan FELDA dalam membawa kemajuan melalui penerokaan tanah yang diiktiraf di seluruh dunia. Hasil perancangan yang betul membuatkan jumlah peneroka dan penempatan juga bertambah. Sehingga mencapat 112,635 orang peneroka dan 317 penempatan. Sedangkan dulu, Felda hanya mempunyai aset RM10juta. Namun dengan kegigihan peneroka dan kebijaksanaan pentadbiran, membuatkan aset FELDA sudah bertambah. Hari ini, terima kasih keluarga peneroka yang bersatu dan setia bersama FELDA. Kini FELDA, bukan lagi syarikat kecil, malah FELDA kini syarikat yang mempunyai aset berbillion ringgit. Malah penempatan FELDA yang dulu daif, kini diberkati dengan kemudahan, malah keluarga peneroka juga mempunyai pendapatan yang tinggi dan mampu hidup mewah. Keuntungan luar biasa yang dibuat oleh FELDA dalam tempoh dua tahun yang lepas kerana harga minyak sawit yang tinggi di pasaran dunia dari US $ 775 pada bulan Mei 2010 kepada US $ 1105 setiap nada metrik pada masa ini. Atas keuntungan inilah, kerajaan memberi durian runtuh sedikit demi sedikit kepada peneroka. Mc difahamkan, ini bukanlah durian runtuh yang terakhir dari kerajaan. Hasil keuntungan pelaburan akan di kumpul dan diberi secara berperingkat. Gambaran ini menunjukkan FELDA akan terus berkhidmat kepada orang-orang yang bertanggungjawab untuk membawa FELDA di mana ia terletak pada hari ini, iaitu peneroka. Walaupun nanti FELDA akan disenaraikan kedalam Bursa Saham. Namun ia sebenarnya tidak menjejaskan langsung tanah peneroka. Peneroka akan terus memiliki tanah sekarang dan tidak akan disentuh walau seinci pun tanah yang dimiliki oleh peneroka yang akan terlibat dalam penyenaraian FGVH. Penyenaraian ke Bursa Saham adalah pelaburan FELDA untuk masa depan bagi melipat gandakan keuntungan. Ia misi dan visi masa depan FGVH untuk membangunkan keluarga FELDA menjadi lebih besar dan lebih maju. Insyallah, bila FELDA menjadi satu syarikat yang kuat dan maju, nescaya peneroka akan diberi dengan kurniaan 'durian runtuh' yang lebih besar. Oleh disebabkan demikian, kita harus mengucapkan syukur (berterima kasih) setelah sejauh ini dalam mencapai syahdu (kecemerlangan) dan kami berharap untuk terus kekal dan kuat dan bersatu sebagai sebuah keluarga dan hidup dengan aman dan damai (sejahtera) Bersyukurlah dengan limpah dan kurnia olehNYA. Bukanmya dengan membuat fitnah dan pembohongan untuk menjatuhkan perkara yang baik atas dasar hasad dengki. McTheory: Bersyukur dengan rezeki yang diberi.. |
TUDIAA!! Menteri Besar Kuala Kedah Desak Kerajaan Pas Kedah?? #saveKedah Posted: 07 May 2012 06:12 AM PDT Dah lama MB Kuala Kedah ni dok diam, tiba-tiba boleh pulak dia bersuara. Ingatkan dah malu muka nak bercakap, tapi orang macam dia ni, mana tau malu. Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu. "Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir. "Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang. Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus. "Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan," katanya. Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih. "Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan," katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar. - SH Sudah-sudah la Phahrolrazi weiii.. orang pun tahu apa yang hang buat kat kawasan hang. Orang pun boleh kira berapa kali hang turun padang tengok rakyat yang susah. Hangpa bubar pi la waktu mana pun, kalau rakyat tak suka, tetap juga rakyat dah tak pilih hangpa. Macam mana nak pastikan pilihanraya tu adil mengikut acuan puak hangpa? Hangpa kena menang semua dulu, baru nak iktiraf pilihanraya tu adil? Nak kena buat sampai lagu tu ka? Tak payah cakap banyak la Phahrolrazi, orang kenal sangatlah si gila kuasa macam hang tu. Hang tak cakap pun buruk, hang cakap lagi la teruk! McTheory: hang pegang MB Kuala Kedah cukup laa.. |
TUDIAA!! Video-Video Kejayaan Bersih 3.0 Mari Kita Saksikan Kejayaannya!! #bersih #bersih3 Posted: 07 May 2012 03:51 AM PDT Memang hebat!! Sungguh berjaya Bersih 3.0 kali ini. Kejayaan melingkupkan Agama, Bangsa dan Negara. Jikalau inilah yang mereka banggakan, Mc rasa, kalau mereka diberi peluang mereka memerintah negara. Maka negara kita ni akan jadi lebih teruk atau sama seperti keadaan demo bersih tempohari. Huru-hara yang tiada kesudahan. Mahukah kita duduk dinegara seperti itu? Fikir la baik-baik.. |
TUDIAA!! Sesungguhnya Nik Aziz Adalah Ulamak SESAT Akhir Zaman!! #bersih #bersih3 Posted: 07 May 2012 01:07 AM PDT Tentu Mc akan dimarahi dan dimaki oleh penganut agama Pas kerana memanggil Nik Aziz dengan panggilan seperti itu. Benarkah panggilan dan gelaran yang Mc berikan pada Nik Aziz itu salah? Bukankah Nik Aziz merupakan contoh terbaik Ulama akhir zaman yang mengunakan ayat Quran untuk kepentingan diri dan parti politiknya saja? Berapa banya umat Islam di Malaysia yang menyanjung dan menyembah Nik Aziz umpama dewa? Bukankah itu jalan kesesatan? Pas hanya pandai melihat salah orang, sedangkan diri sendiri pun banyak tak betul. Kalau Ulamak tersohornya pun bengong-bengong macam Nik Aziz. Apa lagi yang kita boleh harapkan dengan ahli Pas yang lain? McTheory: Kalau dah sampah, apa lagi yang boleh kita buat, jual untuk kitar semula? |
EKSKLUSIF!! Cikgu Zainol Akan LONDEH dan BOGELkan Pas Kedah!! #savekedah Posted: 06 May 2012 08:12 PM PDT Nampaknya Pas Kedah akan berdepan dengan satu lagi masalah besar yang bakal menjadi duri dalam daging. Baca cerita menarik yang Mc petik dari blog Media Kedah PAS Kedah semestinya kenal siapa gerangan di dalam gambar ni, bukankah ini Cikgu Zainol bekas exco pemuda pas Kedah? Malah beliau juga merupakan bekas penulis Harakah dan juga merupakan sahabat baik Timbalan Presiden PAS. Cikgu Zainol juga merupakan Individu yang menulis buku Air Mata i di Bumi Memali. Buku Air Mata Bumi Memali, merupakan buku yang di haramkan oleh PAS kepada Ahlinya, kerana di dalam buku itu menceritakan bagaimana penyelewengan jutaan ringgit hasil dari tabung memali yang telah di kutip PAS. Di dalam buku terbabit di sertakan bukti-bukti kukuh, seperti salinan resit dan audit tabung memali. Cikgu Zainol juga sanggup di saman sekiranya apa yang di dedahkan merupakan satu fitnah. Cuba PAS Kedah terangkan apa jasa Cikgu Zainol untuk PAS berkaitan Tabung Memali dan apa yang telah di lakukan PAS Kedah terhadap Cikgu Zainol setelah PAS Kedah mempertahankan penyelewengan jutaan ringgit yang telah di lakukan Senator Yussof Hussin yang cukup rapat dengan Azizan Razak. Untuk Pengetahuan PAS Kedah, kami telah berjumpa dengan Cikgu Zainol di Madarasah Salihiah ketika menyampaikan ceramah. Cikgu Zainol sudah bersumpah akan mempertahankan Madrasah Salihiah sehingga titisan darah terakhir. Selepas ini Cikgu Zainol akan menyampaikan ceramah pendedahan secara terbuka sekiranya PAS masih berdegil akan meneruskan untuk meruntuhkan Madrasah Salihiah dan di bina projek Aman Central. McTheory: Bongkarr semuanya Cikgu.. bongkarrr!! |
PANASS!! Ponteng Sekolah Hanya Untuk BERZINA Dengan Kekasih!! Posted: 06 May 2012 12:27 PM PDT Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu. Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah. Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari. Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam. Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan. "Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya. "Dia turut mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks," katanya. P/s: Apa nak jadi la dengan budak-budak zaman sekarang ni. Bercinta sampai sanggup mengadai maruah diri! Nak bercinta tu, bercintalahh.. namun jangan sampai terjebak dengan maksiat. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment